Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN DI DALAM KELAS / BILIK DARJAH

1. Murid mesti berdiri dan mengucapkan salam kepada guru yang masuk ke kelas. Sekiranya Guru Besar datang melawat kelas, pelajar berbuat demikikan juga. 2. Murid hendaklah sentiasa membawa buku teks, buku latihan, buku kerja, kerja kursus, alat tulis yang sesuai dan bahan-bahan yanh diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran. 3. Murid yang tidak dibenarkan membaca bahan bacaan yang tidak ada kaitan dengan pelajaran. Murid mestilah sentiasa bersedia mengikuti pelajaran dan latihan bertulis yang diberikan oleh guru mesti disiapkan dan dihantar pada masa yang ditetapkan. 4. Murid mesti menyoal atau menjawab soalan secara bersopan santun dan menghormati guru. 5. Jadual tugas serta pelan duduk di dalam kelas disediakan dan diletakkan di hadapan kelas. Tempat duduk murid tidak boleh ditukar tanpa keizinan Guru Kelas. Murid yang bertugas dikehendaki mematuhi Jadual Tugasan Harian. 6. Murid hendaklah sentiasa berdisiplin sama ada ketika guru berada di dalam kelas atau tidak. 7. Murid hendaklah menghormati Ketua Kelas / Penolong Ketua Kelas dan pelajar lain. 8. Murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kelas. 9. Murid hendaklah menjaga kemudahan di dalam kelas. Ketua Kelas bertanggungjawab melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda kelas kepada Guru Kelas dengan segera. 10. Pelajar tidak dibenarkan makan / minum di dalam bilik darjah kecuali untuk waktu rehat. 11. Murid yang ingin keluar dari kelas untuk sesuatu urusan mesti mendapatkan keizinan daripada guru dan mendapatkan kad pas keluar daripada guru. Pas dipualngkan kepada guru sebaik sahaja pelajar kembali ke kelas. 12. Murid hendaklah keluar dari kelas pada waktu rehat kecuali pelajar yang bertugas membersihkan kelas. 13. Murid yang tidak sihat dan perlu berehat di dalam Bilik Rawatan mesti mendapat surat izin daripada Guru Kelas / Guru Mata Pelajaran ketika itu. Murid tidak dibenarkan tidur / berehat semasa guru mengajar. 14. Murid yang ingin balik awal sebab sakit dikehendaki mendapatkan kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan HEM. Untuk sebab-sebab lain, ibu bapa atau penjaga dikehendaki datang ke sekolah menyatakan sebab-sebabnya.

Anda mungkin juga menyukai