Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih pengacara majlis.Yang dihormati Pn.guru besar Puan Noraini bte Din,Barisan Guru penolong kanan,guru-guru,ibu bapa serta anak didik yang disayangi.

Saya selaku penyelaras transisi ingin memberi maklumat tentang program transisi 2014. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian program transisi pra sekolah ke tahun satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di Tahun satu.Program ini dilaksanakan dalam tempoh 3 minggu.Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi,persekitaran akan dapat menyesuaikan diri secara formal.Tema Transisi ialah Minda cerdas Mata bercahaya.

Tujuan program. 1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran,guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat. 2.Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif,emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum proses P&P secara formal. 3.Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa masalah. 4)Membantu semua murid tahun satu yang datang dari latar belakang ,pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di tahun 1 mereka melalui tahap pencapaian yang hampir sama.

Objektif khusus.

1)Semua pihak yang terlibat dapat membuat persediaan yang sesuai untuk menerima kemasukan murid ke tahun 1

2).Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik,bersepadu dan main sambil belajar.

3) Murid yang mempunyai kemahiran dan potensi diri yang tinggi dapat mebgaplikasikan apa yang diperolehi dalam kehidupan seharian.

Nota-Perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa serta muridmurid sepanjang minggu transisi

1.Minggu transisi berlangsung selama 3 minggu. 2.Murid-murid perlu membawa buku transisi-tunjuk contoh Pinjam pada pn Ruzina.

3.Bawa alat tulis,pensel warna ,gam.

4.Guru akan memaklumkan bila murid mesti memakai pakaian sukan.Pakaian sukan seluar biru tua atau hitam/baju putih/baju sukan oren /baju rumah sukan(koperasi) kerana ada aktiviti sukan .

5.Jadual waktu kelas akan diberi pada minggu ke tiga.

6. Pastikan murid-murid memakai tanda nama setiap hari persekolahan.

Anda mungkin juga menyukai