Anda di halaman 1dari 4

Justifikasi (ikan) Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha.

Industri ini semakin berkembang seiring dengan

perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. berikutan itu, perhiasanperhiasan yang terdapat dipasaran juga telah menigkat dan wujud kepelbagaian dari segi tujuan dan penggunaan. Bagi projek kali ini, tema akualego digunakan memandang nilai estetika yang dirasakan dapat memberi kelainan dan nafas baru dalam mennghias akuarium. Berdasarkan daripada tema, sudah pasti dapat memberi gambaran awal bahawa lego merupakan aksesori utama yang akan digunakan dalam perhiasan projek ikan hiasan ini. Pemilihan lego juga dibuat bersandarkan kepada beberapa faktor tertentu. Perkara pertama yang diambil kira adalah kesesuaian bahan tersebut untuk diletakkan di dalam air. Hal ini kerana dikhuatiri bahan yang tidak sesuai akan mengganggu kualiti air terutamanya dari segi tahap pH air. pH air amatlah penting memandangkan tahap pH air akan mempengaruhi tahap kesihatan ikan dalam akuarium. Oleh itu jenis lego yang dipilih daripada jenis yang tidak bertoksik dan tidak bertindak balas dengan air. Perkara yang kedua diberi perhatian adalah impak yang dapat diberikan terhadap kecerian hiasan akuarium dengan pengggunaan lego. Jika dilihat secara umumnya kebanyakan penggemar ikan hiasan lebih gemar untuk menggunakan perhiasan yang dekat dengan keadaan semulajadi habitat ikan. Namun begitu idea menggunakan lego ini diharapkan dapat memberikan dimensi baru dalam menghias akuarium kerana jika dilhat, lego dibina dalam pelbagai warna dan bentuk yang mampu menaikkan seri dan menceriakan akuarium. Projek yang akan dilaksanakan telah melalui ujian percubaan dengan mengimpilimenkan lego sebagai perhiasan utama dan dapat dillihat kepelbagaian warna lego telah memberikan kelainan malah menjadikan akuarium lebih cantik ditambah pula dengan struktur dan susun atur yang digunakan yang menarik. Perhiasan ditakrif sebagai sesuatu yang digunakan untuk berhias atau

menghias.(Kamus Dewan Edisi Keempat). Perhiasan akuarium yang baik tidak boleh bergantung kepada satu aksesori sahaja. Oleh itu, sesebuah akuarium, memerlukan penggunaan beberapa aksesori agar kelihatan lebih cantik. Aksesori sampingan yang digunakan adalah seperti pasir dan batu. Pasir dan batu merupakan aksesori penting dalam menghias akuarium kerana ia bukan sahaja sekadar menghias malahan turut mempunyai fungsinya tersendiri. Dalam projek ini, pasir diletakkan secara berlapis bersandarkan kepada

faktor kecantikan hiasan akuarium dan juga fungsi pasir serta batu. Pasir berfunsgsi sebagai sistem penapis air semulajadi di samping penggunaan sistem penapis elektrik. Pasir yang paling halus diletakkan di dasar akuarium dan diikuti oleh pasir yang lebih kasar sehingga akhir sekali diletakkan batu. Dengan ini sistem penapisan semulajadi ini dapat berfungsi dengan lebih baik dan berkesan. Perhiasan yang seterusnya adalah tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akuatik turut diselitkan di samping penggunaan lego sebagai perhiasan utama. Tumbuhan akuatik digunakan bagi memberikan sedikit unsur alam atau habitat semulajadi ikan. Tumbuhan akuatik diletakkan di bahagian belakang agar tidak menenggelamkan lego yang digunakan.Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahanbahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Kitaran tersebut dapat melambatkan air menjadi kotor berpunca daripada sisa makanan dan bahan perkumuhan ikan. Kualiti air amatlah penting dalam memelihara ikan hiasan yang mana terdapat ikan yang sensitif terhadap perubahan kualiti air. Untuk itu, penggunaan alat sistem penapisan elektrik turut digunakan bagi menapis air dan sekali gus mengekalkan tahap kebersihan air.pam motor yang digunakan diletakkan di penjuru belakan dan sedikit tersorok agar tidak mencacatkan tema akualego yang diterapkan. Namun begitu ia dipastikan tidak mengganggu fungsi pam tersebut keran dikhuatiri akan menyebabkan sistem penapisan air tidak dapat berfungsi dengan cara yang sepatutnya. Selain itu tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan di samping tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Kehadiran tumbuhan akuatik juga akan

membolehkan ikan herbivor memakan daun-daunnya. Selain itu, aksesori seperti motor pam oksigen turut digunakan. Hal ini penting bagi memastikan edaran udara yang mencukupi. Edaran udara yang baik akan dapat memberikan ruang buat ikan-ikan di dalam akuarium untuk menerima pengudaraan yang baik kerana udara di dalam akuarium tersebut telah digerakkan. Tidak ketinggalan, pam oksigen yang menghasilkan gelembung udara juga dapat menjadikan hiasan akuarium lebih menarik dan cantik. Ini akan menjadi nilai tambah kepada hiasan akuarium. Kesimpulannya, tema akualego yang diterapkan dapat mencantikkan dan

menceriakan akuarium dan seterusnya menjadikan Susana dalam akuarium lebih menarik.

Justifikasi (hamster) Hamster merupakan haiwan penggerit yang terdiri daripada pelbagai spesis. Hamster merupakan antara haiwan yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan haiwan perliharaan. Hal ini kerana rupanya yang menarik dan kecil untuk dijaga. Namun begitu persediaan dan pengurusan sangkar bagi hamster adalah amat penting. Susun atur aksesori dan bahan menjadi antara aspek penting dalam memelihara hamster. Pertamanya penggunaan ketaman kayu sebagi alas hamster. Ini penting untuk menyerap cecair mahupun sisa air kensing hamster. Dengan itu kebersiham sangkar lebih mudah untuk dipelihara dan terjamin. Alas tersebut juga dapat memberikan kehangatan yang diperlukan oleh hamster. Hamster amat sensitif terhadap suhu kerana hamster tidak mampu bertahan dalam suhu yang ekstrem..oleh itu alas yang digunakan bukan sahaja dapat memberikan kehangatan malah dapat mengekal serta mengawal perubahan suhu. Aksesori yang seterusnya adalah bekas air hamster. Pemilihan untuk bekas air pula adalah lebih sesuai menggunakan dari jenis gantung (botol air) seperti yang digunakan dalam projek. Ini kerana untuk mengelak air di dalam botol tersebut tidak akan terkeluar dan menyebabkan kebasahan pada bedding hamster tersebut. Manakala bagi bekas air yang terdedah di dalam sangkar membuatkan kebasahan berlaku di dalam sangkar itu. Botol air yang tergantung memudahkan anda menukar ganti air jika air di dalamnya habis atau kurang. Terdapat pelbagai saiz untuk botol air ini. Oleh itu saiz yang bersesuaian digunakan sepadan dengan bilangan hamster dalam sangkar. Tidak lengakp jika sudah air tetapi tiada makanan. Untuk itu bekas makanan diperlukan untuk mengisi makanan. Bekas makanan yang dipilih adalah bersesuaian dengan bilngan hamster. Bekas makanan diletakkan di tingkat atas bagi menggalakkan pergerakan hamster agar hamster menjadi lebih sihat. Bekas makanan jug diletakkan di tingkat atas untuk memudahkan ia diisi semula memandangkan hamster sangat kuat makan. Aksesori yang ketiga dan penting juga adalah roda hamster. Roda ini diletakkan bertujuan untuk membolehkan hamster berlari dan mengekalkan keaktifan hamster. Haiwan ini sangat aktif pada waktu malam. Oleh itu roda tersebut menjadi tempat untuk hamster berlari. Roda tersebut diletakkan di aras bawah atas faktor keselamatan keran dikhuatiri jika diletakkan terlalu tinggi, hamster tersebut akan jatuh dan cerdera. Sebrang kecedaraan pastinya sangat-sangat tidak digemari kerana boleh memendekkan jangka hayat hamster.

Tempat mandi pasir turut diletakkan di dalam sangkar di bahagian bawah. Temapt mandi ini bertujuan untuk membolehkan hamster mandi dengan pasir khas yang diletakkan dalamnya. Dengan ini hamster akan sentiasa kekal bersih dan wangi. Tempat atau bekas mandi tersebut diletakkan di bahagian bawah untuk memudahkan hamster

menggunakannya memandangkan hamster yagn dipelihara banyak berkeliaraan di bahagian bawah. Pemeliharaaan hamster juga memerlukan rumah untuk hamster. Ia bertujuan untuk memberikkan perlindungan kepada hamster daripada sebarang ancaman hamster yang lain. Selain itu rumah tersebut juga merupakan tempat pilihan untuk hamster betina melahirkan anak. Ia diletakkan di bahagian atas untuk menggalakkan pergerakan hamster.