Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN 1 TEORI DAN PENDEKATAN

PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan yakin sistem pendidikan Negara ini mengajar muridmurid berfikir. Ini benar. Buktinya, sekolah tidak mengajar murid supaya tidak berfikir. Guru-guru pun yakin mereka mengajar murid-murid berfikir. Buktinya, murid-murid mereka Berjaya lulus di dalam peperiksaan. Murid-murid yang cemerlang keputusan peperiksaannya memasuki university dan keluar sebagai siswazah cemerlang. Ini ialah hasil yang dicipta oleh suatu sistem yang membuktikan kebenaran dirinya sendiri. Sistem pendidikan kita menyediakan sendiri peperiksaan yang tujuannya ialah menguji sejauh mana ia Berjaya melatih murid-murid untuk menduduki peperiksaan itu. Gejala ini boleh diistilahkan sebagai kesan pintu gerbang. Gejala ini menerangkan, kalau seratus orang murid cemerlang masuk pintu gerbang, maka seratus orang jugalah murid cemerlang yang akan keluar dari pintu gerbang tersebut . Pintu gerbang itu tidak ada peranan langsung pada kecemerlangan murid-murid tersebut. Ia hanya menyebabkan mereka berasak-asak sewaktu hendak melaluinya. Gejala ini menerangkan bagaimana sekolah terbaik Negara ini mengeluarkan pelajar terbaik. Sebabnya ialah, sekolah itu hanya mengambil murid-murid terbaik. Jadi, sekolah itu bukan berjaya mengeluarkan pelajar terbaik kerana cara mereka mengajar aadalah baik, tapi kerana pelajar yang diambil adalah yang terbaik.

Mengajar maklumat adalah mudah. Bahan yang mengandungi maklumat itu, seperti buku teks, sudah ada. Maklumat diuji secara objektif di dalam peperiksaan. Dalam mata pelajaran seperti sejarah dan geografi, yang diajarkan ialah maklumat semata-mata. Tidak ada pemikiran sama sekali. Dalam mata pejalaran seperti itu, ada masanya berfikir membawa maksud murid meneka-neka mana satu jawapan yang betul. Setiap kanak-kanak memiliki kemampuan kreativiti. Perhatikan bagaimana kanak-kanak bermain, sama ada sendiri atau dalam kumpulan, dan kita dapat menyaksikan daya kreativiti semula jadi mereka. Sayangnya, membesar kanak-kanak membesar, kemampuan kreativiti mereka ditekan melalui latihan dan asuhan yang mereka terima atas nama mengembangkan keupayaan lain. Pendidikan yang diterima di sekolah dan seterusnya hingga ke university, serta latihan-latihan profesional yang mereka ikuti, berjaya mengembangkan keupayaan lain tetapi dengan cara menekan kemampuan kreativiti semula jadi mereka. Malah, lebih serius dari itu, dalam banyak situasi mereka tidak diizinkan untuk berfikir cara kreatif, umpamanya sewaktu mereka cuba menyelesaikan masalah. Individu kreatif yang kita temui bukanlah kreatif hasil sistem pendidikan sekarang, sebaliknya mereka kreatif meskipun ditekan oleh sistem yang ada. Sudah diakui bahawa ada dua cara berfikir, iaitu berfikir cara analitikal-logikal, dan cara kreatif. Para pelajar kita mempunyai kemahiran berfikir cara analitikal-logikal kerana sistem pendidikan kita melatih mereka untuk mendapatkan kemahiran itu.

Di dalam bilik darjah dan dewan kuliah, guru dan pensyarah ialah faktor utama yang menekan kreativiti para pelajar mereka. Guru-guru tidak toleran kepada jawapan lain. Mereka hanya mahu mendengar jawapan yang tepat daripada para pelajar. Dengan demikian para pelajar belajar memberikan jawapan yang dikehendaki oleh guru mereka. Sistem pendidikan begini membentuk sikap konformati, atau taklid pada pola yang ada di sekeliling kita. Mentaliti ini tidak mengizinkan individu mencabar persekitaran di mana mereka berfungsi. Apabila berhadapan dengan masalah, mereka terdorong menggunakan cara penyelesaian yang sedia ada. Mereka tidak mencabar penyelesaian yang sedia ada itu untuk mencari cara penyelesaian lain, yang sudah tentu ada, dan barangkali lebih baik lagi. Sistem pendidikan kita sekarang melahirkan lepasan sekolah dan siswazah yang gerun hendak memikirkan dan mencuba idea baru yang menyeleweng dari kebiasaan. Kata-kata Apa salahnya kalau kita.. sering berfikir secara analitikal-logikal, mereka dapat mengadakan macam-macam alas an mengapa lebih baik untuk terus menggunakan cara yang sudah sekian lama terbukti betul. Mereka juga mampu mengemukakan macam-macam alas an logical kenapa idea baru itu akan gagal, atau takkan boleh jalan langsung. Cara berfikir analitikal-logikal percaya hanya ada satu jawapan yang betul, serupa seperti dalam logic matematik. Cara berfikir kreatif yakin ada banyak jawapan yang semuanya betul belaka. Kebenaran logikal adalah kebenaran tunggal. Kebenaran kreatif bersifat jamak.

Latihan di dalam buku teks mengkehendaki satu sahaja jawapan yang betul. Ini juga yang dikehendaki di dalam kertas-kertas soalan peperiksaan sekarang. Di dalam kehidupan sebenar, tidak ada situasi yang memerlukan bakat dan kepintaran mencari satu sahaja jawapan. Pertanyaan Apa kita boleh buat dengan stoking buruk? dapat dijawab dengan macam-macam jawapan. Majalah Gila-gila pernah mencadangkan stoking buruk jangan dibuang. Ia boleh dijadikan penapis teh!

GEJALA KINABALU

Anda mungkin juga menyukai