Anda di halaman 1dari 14

Tajuk : Ekosistem Tanah Biota Tanah dan Jaringan Makanan Pendahuluan : Ekosistem merupakan seluruh sistem, termasuklah organsma

a kompleks dan faktor-faktor fizikal dalam alam sekitar. Konsep ekosistem merujuk kepada interaksi hidupan dengan unsur-unsur yang merupakan asas kepada alam dalam hubungan yang saling berkait rapat. Ekosistem boleh dikaji dan dibahagikan kepada skop yang luas serta menerangkan situasi hubungkait antara hidupan dengan alam semula jadi. Makrofauna ialah organisma bersaiz sederhana dalam lingkungan 2 mm.Makrofauna dikenalpasti sebagai jururutera ekosistem kerana mereka mengubahsuaistruktur tanah dengan mengorek dan mencipta struktur yang lebih spesifik bagi membolehkan mereka bergerak dan melakukan aktiviti harian seperti membuat lubang dan sebagainya supaya tanah lebih berongga. yangbertindak inimenguraikan sebagai bahan esofauna adalah organisma bersaiz antara 0.1 mm dan 2 mm penukar organik daun reput (litter transformer). bahan Mesofauna daripada

melalui

penghadaman

tumbuhan.Mereka ini juga akan memakan kembali najis mereka dan najis organisma lain untuk menggunakan nutrien dan bahan lain untuk aktiviti harian mereka. Tindakan inimenyediakan habitat baik bagi aktiviti mikrobial, seterusnya menguraikan lagi bahan organik untuk menghasilkan nutrien yang penting bagi organisma lain.

Objektif : Untuk mengenalpasti jenis dan bilangan makrofauna dan mikrofauna yang ditemui ke atas dua kawasan yang berbeza Bahan dan radas : Sampel tanah, larutan formalin, corong tulgren, kaki retort, bikar, lampu, corong turas kain kasa, piring petri, forseps, kanta pembesar, dan mikroskop Prosedur : 1. Sampel tanah di bawah litupan daun gugur (Lingkungan O) dan tanah permukaan (Lingkungan A- tidak melebihi kedalaman 3cm) dikumpulkan daripada dua lokasi berbeza. 2. Sampel-sampel dimasukkan ke dalam beg plastik, dimeteri dan dilabel dengan nama saya.

3. Jenis tanaman yang terdapat pada lokasi dan ciri-ciri lokasi dalam Jadual 1 direkodkan. 4. Maklumat yag diperolehi digunakan untuk membandingkan habitat tanah dari dua lokasi. 5. Campurkan sampel Lingkungan O dan Lingkungan A dari lokasi yang sama apabila kembali ke makmal. 6. Campuran tanah dari lokasi 1 dimasukkan ke dalam corong Tulgren dalam kuantiti yang diketahui. Campuran tanah dibiarkan selama 2 hari. 7. Prosedur 6 dan 7 diulang dengan menggunakan campuran tanah dari lokasi kedua. 8. Selepas 2 hari, kandungan balang pengumpul dituangkan ke dalam piring petri dan bilangan individu setiap order atau kumpulan fauna kedua-dua lokasi dikenalpasti. 9. Daripada beg-beg sampel, campuran tanah dari Lingkungan O dan Lingkungan A diambil dalam kuantiti yang diketahui. Sampel tanah diperiksa dengan menggunakan mikroskop atau kanta tangan. Sebarang fauna yang dijumpai dimasukkan ke dalam piring petri untuk dikenalpasti. 10. Semua fauna dikenalpasti. Order atau kumpulan fauna yang berlainan dikelaskan. 11. Bilangan individu dalam setiap kumpulan dikira. 12. Jumlah individu setiap kumpulan yang diperolehi daripada prosedur 1 dan 2 dikira dan direkodkan ke dalam Jadual 2 dan 3. Keputusan : Ciri-ciri lokasi Jenis Tanaman Tahap Naungan Kelembapan/kekeringan tanah pH Tanah Kemampatan Tanah 6.5 Mampat 6.5 Kurang mampat Lokasi 1 Semak dan rumput Panas Kering (18.0%) Lokasi 2 Pokok akasia Redup Lembap (82.1%)

Tekstur Tanah Suhu

Liat dan berpasir 28 C

berbatu 28 C

Jadual 1: Perbandingan Ciri-ciri Lokasi Sampel Tanah

Order atau Kumpulan Makrofauna

Bilangan Individu Lokasi 1 Isipadu tanah = 500 cm 2 Lokasi 2 Isipadu tanah = 500 cm 1

Dipolopoda (Ulat gonggok)

Labah-labah hitam

Labah-labah coklat

Lipan

Kumbang tanah

Jadual 2 : Makrofauna Besar

Order atau Kumpulan Makrofauna

Bilangan individu Lokasi 1 Lokasi 2 Isipadu tanah =500 Isipadu tanah =500 cm cm 4 30

Semut hitam kecil

Semut hitam

Semut coklat

Rotifera

Jadual 3 : Makrofauna Kecil

Makrofauna Bil. kumpulan per liter tanah Bil. individu kumpulan ulat gonggok per liter tanah Bil. individu labah-labah hitam per liter tanah Bil. individu labah-labah coklat per liter tanah Bil. individu lipan per liter tanah Bil. individu kumbang per liter tanah Bil. individu semut hitam per liter tanah Bil. individu semut coklat per liter tanah Bil. individu semut hitam kecil per liter tanah Bil. individu kutu tanah per liter tanah

Lokasi 1 26 4

Lokasi 2 80 2

4 4 0 0 2 4 8 0

4 2 4 2 0 0 60 60

Jadual 4 : Bilangan makrofauna bagi seliter tanah

Perbincangan :

Daripada eksperimen yang telah dijalankan, saya mendapati terdapat perbezaan antara jenis dan bilangan makrofauna antara Lokasi 1 dengan Lokasi 2. Bilangan individu makrofauna di Lokasi 2 adalah sebanyak 40 yang terdiri daripada dipolopoda (ulat gonggok), labah-labah hitam, labah-labah coklat, semut hitam kecil, dan lipan. makrofauna yang terdapat di lokasi-lokasi itu adalah dipolopoda (ulat gonggok), labahlabah hitam, labah-labah coklat, dan semut hitam kecil. Manakala di Lokasi 1 pula, bilangan individu makrofauna adalah lebih sedikit berbanding di Lokasi 2 dengan jumlah individu makrofauna sebanyak 13 sahaja yang terdiri daripada dipolopoda, labah-labah hitam, semut hitam dan semut coklat. Perbezaan jumlah bilangan individu makrofauna yang ketara ini disebabkan oleh faktor-faktor abiotik di kedua-dua kawasan tersebut yang berbeza. Faktor persekitaran abiotik secara amnya dapat dibahagikan kepada dua iaitu faktor fizik dan faktor kimia. Antara faktor kimia ialah pH, kadar organik tanah dan

unsur-unsur mineral manakala faktor fizik ialah suhu, kadar air, keliangan dan tekstur tanah. Menurut Leksono (2007), faktor persekitaran abiotik sangat menentukan struktur komuniti haiwan-haiwan yang terdapat di suatu habitat. Walaupun pH tanah di kedua-dua lokasi adalah sama iaitu 6.5 dan suhu juga sama iaitu 28 C, namun oleh kerana tahap naungan di Lokasi 2 adalah redup menyebabkannya sesuai untuk makrofauna hidup, jika dibandingkan dengan Lokasi 1 yang tahap naungannya panas. Selain itu, kelembapan tanah di Lokasi 2 adalah lembap dengan kehadiran air per 50 g tanah adalah sebanyak 82.1% dan mempengaruhi bilangan individu makrofauna yang terdapat di kawasan ini. Menurut Suin (2006), kehidupan haiwan tanah sangat bergantung kepada habitatnya disebabkan kewujudan dan kepadatan populasi haiwan tanah di sesuatu kawasan ditentukan oleh faktor persekitaran, iaitu faktor abiotik dan biotik. Selain itu, tanah merupakan campuran batu-batuan yang telah pecah, mineral,organisma hidup dan juga bahan-bahan organik yang mereput yang juga dikenalisebagai humus. Humus adalah berwarna gelap, lembut dan kaya dengan nutrien. Di permukaan tanah terdapat banyak makrofauna. Makrofauna didefinisikan sebagai semua haiwan invertebrata yang diasingkan menggunakan penapis dengan saiz aringan 0.5 atau 1.00 mm (Baker dan Wolff, 1987). Makrofauna memainkan peranan penting dengan bertindak sebagai pengurai yang akan menguraikan tisu tumbuhan atau haiwan yang telah mati dan mempercepatkan proses penguraian bahan organik kepada cebisan-cebisan kecil supaya mudah untuk diuraikan. Sebahagian dari tenaga tersebutakan diserap ke dalam tanah dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan. Selain itu,makrofauna turut berperanan dalam meningkatkan struktur tanah serta terlibat dalam kitaran nutrien (Biology: The Study of Life, 1993). Dalam sesebuah ekosistem tanah, perbezaan fakor abiotik iaitu pH, kelembapan, kepadatan tanah dan jenis makanan yang terdapat pada satu ekosistem serta struktur tanah mempengaruhi kehadiran makrofauna.

Makrofauna memainkan peranan penting dalam ekosistem tanah. Berdasarkan rajah jaringan makanan ini, tumbuhan hijau berperanan sebagai autotrof (pengeluar) menggunakan cahaya matahari untuk mensintesis karbohidrat dan protein melalui proses fotosintesis. Heterotrof yang mengambil makanan dengan memakan detritus adalah detritivor. Ini menyumbang kepada penguraian dan kitaran zat makanan. Detritivor hidup dalam mana-mana tanah yang mempunyai komponen organik, dan juga hidup dalam ekositem marin di mana mereka dinamakan kesalingbolehtukaran dengan penghantar bawahan. Tenaga dan nutrien akan hilang dan tidak dapat disalurkan lagi melalui rantai makanan tersebut jika organisma di bahagian atas iaitu burung dan tikus telah mati. Oleh itu, ulat akan memainkan peranan sebagai pengurai semulajadi. Perpindahan tenaga di dalam ekosistem boleh dikesan dari satu aras kepada aras yang lain. Walaupun begitu, hampir 85% tenaga akan hilang kepada persekitaran sebagai haba dan akan semakin berkurangan kerana ia bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain. Akhirnya, tenaga tersebut akan hilang dan perlu diganti oleh tenaga daripada matahari dan proses pengaliran tenaga berulang sekali lagi.

Kesimpulan : Sesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan, haiwan dan faktor-faktor abiotik yang bekerjasama untuk menjana, menyimpan dan memindahkan tenaga, nutrien dan air. Dalam ekosistem tanah, makrofauna memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem tersebut. Soalan : 1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza? Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka. Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan- perbezaan tersebut? Perbezaan jumlah bilangan individu makrofauna dan jenis makrofauna yang terdapat pada kedua-dua lokasi tersebut adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor abiotik di kedua-dua kawasan tersebut yang berbeza. Faktor persekitaran abiotik secara amnya dapat dibahagikan kepada dua iaitu faktor fizik dan faktor kimia. Antara faktor kimia ialah pH, kadar organik tanah dan unsur-unsur mineral manakala faktor fizik ialah suhu, kadar air, keliangan dan tekstur tanah. Menurut Leksono (2007), faktor persekitaran abiotik sangat menentukan struktur komuniti haiwan-haiwan yang terdapat di suatu habitat. Walaupun pH tanah di kedua-dua lokasi adalah sama iaitu 6.5 dan suhu juga sama iaitu 28 C, namun oleh kerana tahap naungan di Lokasi 2 adalah redup menyebabkannya sesuai untuk makrofauna hidup, jika dibandingkan dengan Lokasi 1 yang tahap naungannya panas. Selain itu, kelembapan tanah di Lokasi 2 adalah lembap dengan kehadiran air per 50 g tanah adalah sebanyak 82.1% dan mempengaruhi bilangan individu makrofauna yang terdapat di kawasan ini. Menurut Suin (2006), kehidupan haiwan tanah sangat bergantung kepada habitatnya disebabkan kewujudan dan kepadatan populasi haiwan tanah di sesuatu kawasan ditentukan oleh faktor persekitaran, iaitu faktor abiotik dan biotik.

2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut. Makrofauna ialah organisma bersaiz sederhana dalam lingkungan kerana 2

mm.Makrofauna

dikenalpasti

sebagai

jururutera

ekosistem

mereka

mengubahsuaistruktur tanah dengan mengorek dan mencipta struktur yang lebih spesifik bagimembolehkan mereka bergerak dan melakukan aktiviti harian seperti membuatlubang dan sebagainya supaya tanah lebih berongga (Biological Resources, 2011).Setiap makrofauna mempunyai peranan yang tertentu

dalam mengawal atur cirifizikal dan proses kimia dalam tanah. Sebagai contoh makrofauna yang dijumpaidalam eksperimen yang dijalankan seperti cacing, berfungsi sebagai agen penyubur tanah. Cacing tanah ini akan selalu bergerak dan menembusi tanah secara tidaklangsung ia memberi ruang pengudaraan yang baik kepada struktur tanah.Di samping itu juga, cacing boleh menjadi pengurai yang baik kepada sampahorganik yang terdapat pada tanah. Seterusnya, hasil kotoran cacing tersebutdijadikan sebagai nutrien kepada tanah. Manakala semut penting dalam tanahkerana mereka mengubah persekitaran fizikal dan kimia serta menambahbaik kapasiti tanah untuk menakung air. Disebabkan semut

menambahkan keliangan tanah, ia juga menyediakan ruang bagi akar untuk bertumbuh (Clive A. Edwards,2011). 3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota (contohnya,fungi, nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa, pemakan daun dll) dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga berlaku. Contoh, dimanakah bermulanya pembentukan tanaga dan dimanakah ianya berakhir (puncak rantai makanan). Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada puncak rantai makanan mati? Sertakan rajah ini dengan laporan anda.

g1 e1

g2

e2 f b e3 i d c

Tumbuhan Bahan organik Bakteria

e2

Nematod (pemakan kulat dan bakteria) Nematod (pemangsa) Kulat Arthropod (pencincang-shredder) Arthropod (pemangsa) Burung Tikus

b c c

e3 f g1

Protozoa g2

e1

Nematod (pemakan akar) h i

Dalam ekosistem tanah ini, selain daripada faktor abiotik, faktor biotik jugamempengaruhi dan saling beriteraksi untuk membentuk satu ekosistem semula jadiyang stabil dan

seimbang. Berdasarkan siratan makanan ini, terdapat 2subkomponen faktor biotik iaitu autotrof dan heterotrof. Autotrof terdiri daripadasemua tumbuhan yang menjalankan proses fotosintesis iaitu ia bertindak sebagaipengeluar manakala heterotrof terdiri daripada semua haiwan dan saprofit yangtidak boleh membina makanannya sendiri tetapi bergantung kepada haiwan lainataupun tumbuhan dan dikenali sebagai pengguna (Biology: The Study of Life,1993). Merujuk kepada rajah siratan makanan ini, autotrof (rumput hijau) akanbertindak memerangkap tenaga cahaya untuk membina makanannya sendiri melaluiproses fotosintesis. Kemudian, tenaga yang diperangkap akan dipindahkan kepadapengguna seterusnya iaitu pengguna primer, sekunder dan tertier (heterotrof).Lazimnya, dalam sesuatu rantai makanan, bilangan peringkat adalah terhad keranapemindahan tenaga akan berkurangan di setiap peringkat sehinggalah semuatenaga habis digunakan. Salah satu contoh rantai makanan yang boleh dikenalpastiberdasarkan siratan makanan di atas iala rumput nematod (e1) arthropod (g1) arthropod (g2) burung (h)

Rumput ialah pada aras trofik pertama (pengeluar), nematod (e1) ialahpengguna primer, arthropod (g1) ialah pengguna sekunder, arthropod (g2) ialahpengguna tertier manakala burung ialah pengguna di aras tertinggi. Apabila organisma di puncak siratan makanan mati (burung dan tikus),tenaga yang tersimpan dalam tubuh haiwan tersebut tidak akan hilang, sebaliknya iaakan diuraikan oleh ulat-ulat untuk dikembalikan kepada tanah. ulat ini akanberfungsi sebagai pengurai semulajadi. Dalam proses pemindahan tenaga ini, 90%tenaga akan hilang kepada persekitaran sebagai tenaga haba. Justeru, tenaga yanghilang ini harus diambil lagi daripada matahari oleh pengeluar.

Rujukan : Leksono, A.Setyo.2007.Ekologi Pendekatan Deskriptif dan Kuantitatif. Malang : Bayumedia

Suin, N.M.2006.Ekologi Hewan Tanah.Jakarta : Bumi Aksara

Renny, A. (2012). Makrofauna tanah. Dimuat turun daripada http://rennyambar.blogspot.com/2012/04/makrofauna-tanah.html pada 9 Juali 2013.

Borman, F.H. dan G.E. Likens. (1970). "The nutrient cycles of an ecosystem." Scientific American, Oktober 1970, ms 92-101. Wessells, N.K. dan J.L. Hopson. (1988). Biology. New York: Random House. Tajuk. 44.

Anda mungkin juga menyukai