Anda di halaman 1dari 2

MARI BELAJAR HADIS SECARA TALAQQI DAN BERSANAD Belajar secara talaqqi dan mendapat ijazah dan sanad

adalah sunnatullah ulama'-ulama'. KEPENTINGAN IJAZAH DAN SANAD? Apa itu ijazah? Sama kah dengan ijazah dengan diambil di manamana universiti atau tempat pengajian? Abdullah Ibn Mubarak rahimullah taala berkata: tanpa sanad orang bebas bercakap apa yang disukainya Sanad sebahgian daripada agama Dalam Muqoddimah Sahih Muslim, dari Mujahid bahawa beliau berkata: telah datang Basyir Al-'Adawi kepada Ibn Abbas r.a. lalu dia sering mengucapkan: telah berkata Rasulullah s.a.w., telah berkata Rasulullah s.a.w.". Lalu Ibn Abbas r.a. tidak mengizinkan untuk meriwayatkan hadith yang diriwayatkan olehnya dan tidak pula melihat kepadanya (tidak mengendahkannya). Maka, dia berkata: "Wahai Ibn Abbas. Kenapa engkau tidak mahu mendengar perkataanku (hadith yang ku riwayatkan). Aku menyebut hadith daripada Rasulullah s.a.w. namun kamu tidak mahu mendengarnya?" Ibn Abbas r.a. menjawab: "Sesungguhnya dahulu jika kami mendengar seseorang berkata: "telah bersabda Rasulullah s.a.w" kami akan menumpukan perhatian kami kepadanya dan mendengar ucapannya. Namun, setelah manusia ditimpa malapetaka dan kesusahan (timbulnya banyak fitnah dan pendustaan dari kalangan manusia), maka kami tidak akan meriwayatkan hadith melainkan daripada orang yang kami kenal sahaja Pengajian secara bersanad terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu: 1.talaqqi secara bersanad bagi qiraat (bacaan) al-Quran. 2.talaqqi secara bersanad bagi kitab-kitab hadith muktamad, seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Muwatta Malik d...an sebagainya. 3.talaqqi secara bersanad bagi himpunan hadith-hadith tertentu, seperti al-Awail alSunbuliyyah, atau hadith-hadith tertentu, seperti hadith musalsal. 4.talaqqi secara bersanad bagi kitab-kitab karangan ulama dalam berbagai bidang ilmu, seperti fiqh, usul-fiqh, tauhid, tafsir, sirah, hadith, mustalahul-hadith, tasawuf dan sebagainya. 5.talaqqi secara bersanad bagi amalan tariqattariqat sufiyyah. Keistimewaan ini bertolak daripada suatu keistimewaan asas lain iaitulah konsep Isnad atau sandaran dalam bidang ilmu-ilmu agama. Sesuai dengan maksud hadith Nabi Shollallahu alaihi wasallam- yang menyebut bahawa: Para ulama adalah pewaris para Nabi, maka sudah tentulah ilmu Nabawi itu diterima oleh para ulama secara pewarisan. Dalam konsep pewarisan dalam tradisi pembelajaran ilmu agama inilah wujudnya konsep atau tradisi sanad atau sandaran. Periwayatan secara bersanad diteruskan kerana ia adalah satu kemuliaan dan keistimewaan yang dapat dilihat dari sudut-sudut berikut; 1. merupakan pertalian yang bersambungsambung sampai kepada Rasulullah SAW (2 .... ) . merupakan iqtida (tauladan) terhadap para salafus-soleh dalam tradisi belajar dan mengajar (3 .) . merupakan satu jati diri dan ikatan ilmu yang hanya dimiliki oleh umat Islam, maka ia adalah satu kebanggaan buat mereka (4 .) . merupakan satu usaha berterusan memelihara persambungan sanad hingga ke hari kiamat (5 .) . merupakan satu rahmat dan barakah () . Mereka yang mengkritik pengajian bersanad juga seharusnya membezakan pengajian bersanad yang bagaimana yang dikritik, bukan menghentam secara pukulrata. Perlu dibezakan juga antara ijazah am dan ijazah khas. Jika tidak ia hanya satu kejahilan terhadap sistem sanad dan juga seni-seninya. Perkataan Imam Sufiyan At-Thauri r.a.: " : " . Ibnu Hibban menukilkan dari Sufyan at-Thauri dalam Muqoddimah Al-Majruhin 1/27: Isnad adalah senjata bagi orang beriman, jika ...tanpa senjata, bagaimana dia mempertahankan diri? : Maksudnya: "Isnad dari sudut bahasa adalah kat...a terbitan bagi perbuatan asnada (iaitu

menyandarkan) seperti dalam kata mereka: Saya sandarkan perkataan ini kepada si fulan. Iaitu, menyandarkan sandaran, bilamana ianya diangkatkan kepada yang berkata. Maka menyandarkan perkataan bererti mengangkatkan perkataan (mengembalikan perkataan kepada orang yang berkata dengan perkataan tersebut). Oleh kerana itulah yang dimaksudkan isnad pada sesuatu perkataan di sisi ahli bahasa ialah seseorang menyandarkan sesuatu perkataan atau mengangkatnya (mengembalikannya) kepada orang yang berkata dengan perkataan tersebut Al-Hafiz Ibn Hajar AlAsqollanni mentakrifkan Isnad dengan berkata: : (( : 91 : " ))) ( Al-Isnad: penceritaan tentang kedudukan jalan matan" (nuzhatu An-Nazhor: 19) ijazah am ini, ijazah yang diberikan walaupun tanpa seseorang penuntut itu talaqqi dengan guru yang memberikan ijazah tersebut. Hal ini, menurut Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin alMaliki, dibolehkan oleh para ulama malah dipraktikk...an oleh beberapa orang ulama besar bagi memastikan sanad sesuatu ilmu itu terus hidup dan tidak terkubur begitu sahaja. Seseorang itu boleh mengambil ijazah sesuatu ilmu daripada seorang guru, tetapi mempelajari dan mendalami ilmu tersebut daripada guru yang lain. Selain daripada itu, pemerolehan ijazah sesuatu ilmu itu juga adalah penting bagi mendapatkan berkat dalam mempelajari dan mengamalkan ilmu tersebut. ijazah khas pula hanya layak diberikan kepada murid yang telah selesai talaqqi sesuatu ilmu itu dengan gurunya.talaqqi ini berguru face to face dengan guru yang mengajar dan bertemu lutut ke lutut dengan guru tersebut,yang mana sistem pen...gajian ini amat berbeza dengan sistem pengajian yang wujud pada hari ini sistem talaqqi biasanya bermatlamatkan khatam seluruh isi kitab dari kulit ke kulit daripada mensyarahkan tajuk pada kitab,riwayat hidup pengarang kitab sehinggalah pada apa yang disampaikan oleh pengarang kitab pada penutup dibahagin akhir kitab,walau macam mana pun,kitab itu semestinya dihabiskan Berbeza pula dengan sisitem pengajian disekolah-sekolah serta universiti-universiti,yang mana matlamat mereka pula : menghabiskan keseluruhan syllabus pelajaran yang telah ditetapkan serta yang telah disaring jikalau pengajar yang mengajar seperti bullet train,dengan izin Allah akan habislah kesemua syllabus tersebut,makanya persoalan tentang kefahaman pelajar terhadap apa yang diajar hanya Allah sahaja yang maha tahu,manakala jikalau pengajar yang mengajar seperti kura-kura ,makanya terkadang setengah mukasurat pun tidak sampai,terus dibuat peperiksaan sekadar pada apa yang dipelajari kerana mengejar masa.