Anda di halaman 1dari 3

SINOPSIS CERPEN

CERPEN SUMBER : NENEK, Keris Mas, Dewan Sastera, Mei 1981 : Edisi Khas Sasterawan Negara: Keris Mas, Kumpulan Cerpen 1946-1989, Dewan Bahasa dan Pustaka

TERBITAN : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1992

Kehilangan

nenek pada suatu hari menggemparkan seisi rumah Haji

Syamsuddin bahkan seluruh kampung ikut gempar. Kehilangan nenek Edah benarbenar menjadi tanda tanya. Kerisauan Haji Syamsuddin bertambah apabila Nani mengurung diri tanpa keluar makan dan minum sejak kehilangan nenek. Semua anakanaknya dihubungi ditanya jika nenek ada pergi kerumah mereka namun hampa dan semuanya sudah balik berkumpul dirumahnya. Magrib petang itu Akil menceritakan dia ada melihat nenek bertengkar dengan seorang pegawai penguatkuasa bandar raya yang melarangnya menjual pecal di satu kawasan Pasar Senin yang akan dimajukan untuk dibina rumah pangsa tapi tiada kemungkinan untuk nenek ditangkapnya. Jadi kemana telah nenek pergi? Haji Syamsuddin merenung jauh mengingatkan kisah silam dirinya yang terlalu mengejar pangkat, mengejar nama dan meninggalkan anak, nenek, rumah, jauh dibelakangnya. Tiga tahun lalu, bertambah masalah apabila Nani yang umur setahun jagung mulai berperangai liar, dan Adnan berhenti kerja lalu pergi dari rumah. Apapun kini anak-anaknya sudah besar dan berumahtangga. Dia terimbas lagi semasa arwah isterinya masih ada, masalah seperti ini tidak timbul. Nenek diam dengan pecalnya, anak-anak tahu menghormatinya dan menurut kata. Ketika di masjid, ada seseorang duduk disisi Haji Syamsuddin. Seorang anak muda lengkap dengan berjubah serban, berjanggut, dan berjambang. Setelah tiga tahun, anak muda itu merenung jauh ke dalam matanya, jauh ke dalam hatinya, jauh ke

dalam jiwanya. Dilihat air jernih berlinang dalam kelopak mata anak muda tersebut. Adnan, datangnya membawa khabar nenek telah pulang namun dalam hatinya terpalit suatu perasaan kurang selesa yang dilemparkan Nani, mengatakan dialah punca nenek menghilangkan diri. Adnan mengimbas perkara tiga tahun lalu, adakah benar yang dikatakan Nani? Nani kini tidak lagi liar seperti dulu, dia kini tinggal di rumah dan mengerjakan apa yang patut. Namun apakah yang menjadikan Nani mengatakan perkara sebegitu? Adakah itu kerana perasaan Nani yang terlalu sayangkan nenek atau adakah kerana dia merasakan dirinya terkongkong dan nenek pula lari kerana ingin keluar dari rasa sunyi yang ditanggung oleh cucu kesayangannya itu? Apapun, kehilangan nenek benar-benar memberi impak sehinggakan anak sulung Haji Syamsuddin yang jarang-jarang pulang juga dapat melapangkan masa untuk pulang. Sampai dirumah, Haji Syamsuddin menerima berita mengejutkan

mengatakan nenek sekali lagi sudah pergi. Tiada siapa yang tahu kemana dia pergi begitu juga dengan Nani yang diceritakan Nana, dia ingin ke pasar. Namun apakah betul dia akan ke pasar kerana tiada urusannya disana. Rumah pak haji kembali muram seperti lepas ribut dan hujan lebat. Yang tinggal hanyalah becak-becak diatas tanah dan basah-basah bekas tempias di atas rumah. Keluarga yang baru berkumpul itu merasakan mereka terpisah jauh di antara satu sama lain. Mereka yang pulang kerana kehilangan nenek kini sekaligus kehilangan nenek dan Nani. Nani, dalam perjalanannya selepas ribut di rumah tadi masih tidak tahu kemana harus dituju. Dia merasakan dirinya keseorangan di dunia ini dan dia tahu, hanya nenek yang dapat mengembalikan keluarganya yang bahagia seperti dulu. Nasihat Abang Adnan dirasa telah menyejukkan dirinya dan menjauhkan dirinya dari dari kehidupan yang merosakkan. Nasihat itu juga yang dirasakan jujur kerana Allah, bersih kerana kasih sayang, tidak seperti kemarahan ayahnya yang gila terlalu menjaga nama baiknya sahaja. Nani merasa menyesal kerana menuduh abang Adnan, dia ingin meminta maaf namun entah mengapa, kakinya terus membawanya menuju ke pasar. Dia hanya inginkan kasih sayang ayahnya kembali namun dia ingin nenek dan abang Adnan bersama di rumah.

Nenek menunggu Nani di Jalan Raja Aman. Dia percaya Nani pasti melalui jalan itu apabila pulang dari pasar nanti. Nenek merasakan hidupnya kosong tanpa Nani. Disitu dia merasakan tidak lama lagi dia akan mati. Bau maut seperti terlalu dekat baginya tika itu lagipun cucunya juga sudah berkumpul di rumah. Namun, dia masih terpikir, bagaimana keluarganya nanti. Haji Syamsuddin, Nani, juga Adnan. Nenek merasakan doa yang dipohonnya setiap kali usai solat seperti akan termakbul namun dia ingin sekali sebelum pergi, melihat Nani kembali mendapat kasih sayang ayahnya dan lekas berkahwin.