Anda di halaman 1dari 12

LITERASI BAHASA

Bengkel Aktiviti Penulisan Mekanis

6.0

PENGENALAN

Penulisan mekanis merupakan sambungan kepada kemahiran pratulisan. Penulisan mekanis dijalankan setelah murid-murid melalui proses pratulisan seperti diajar memegang pensil serta cara duduk yang betul dan selesa.

6.1

TUJUAN PENULISAN MEKANIS

Antara tujuan penulisan mekanis adalah untuk menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dengan betul dan selanjutnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Selain itu, kemahiran penulisan mekanis ini diperlukan untuk mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas. Tambahan pula, bertujuan juga untuk meningkatkan fleksibiliti pergerakan tangan seseorang kanak-kanak bagi proses menulis. Melalui penulisan mekanis juga membolehkan kanak kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan dan seterusnya mendedahkan kanak-kanak cara penulisan yang betul.

6.2

PERINGKAT PERINGKAT AKTIVITI PENULISAN MEKANIS


Murid membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan.

Murid dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris.

Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan.

Bermula daripada garisan lebar hingga kepada lembaran satu garis.

62

LITERASI BAHASA

Bengkel Aktiviti Penulisan Mekanis

6.3
6.3.1

CONTOH AKTIVITI PENULISAN MEKANIS


MENULIS HURUF KECIL DAN HURUF BESAR

Murid diberikan kertas berkotak, bergaris empat, tiga, dua dan satu. Kemudian, murid dikehendaki menulis huruf besar dan huruf kecil berdasarkan contoh yang diberikan.

Guru perlu membimbing murid semasa aktiviti dijalankan.

Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua / tiga.

Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu

63

LITERASI BAHASA

Bengkel Aktiviti Penulisan Mekanis

6.3.2

MEMADANKAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL

A
b

6.3.3

MENGISI TEMPAT KOSONG DENGAN HURUF YANG TERTINGGAL

64

LITERASI BAHASA

Bengkel Aktiviti Penulisan Mekanis

6.3.4

LATIHAN MENULIS SUKU KATA DAN PERKATAAN

BU + KU

= =

BUKU

I + KAN

IKAN

6.3.5

MEMBINA AYAT TUNGGAL BERDASARKAN GAMBAR

65

LITERASI BAHASA

Bengkel Aktiviti Penulisan Mekanis

6.4
6.4.1

PELAKSANAAN AKTIVITI

MENULIS HURUF KECIL DAN HURUF BESAR DARIPADA A HINGGA Z DI ATAS KERTAS BERKOTAK, BERGARIS EMPAT, BERGARIS TIGA DAN BERGARIS SATU
: MARI MENULIS

AKTIVITI

PERUNTUKAN MASA : 20 MINIT PELAKSANAAN :

1. Guru akan mengajar dengan menggunakan tayangan slaid yang akan menayangkan cara-cara menulis huruf-huruf besar dan kecil. 2. Kemudian, guru akan mengajar murid menulis huruf kecil dan juga huruf besar daripada a sehingga z di atas kertas kosong. 3. Seterusnya, guru akan mengajar murid menulis di atas kertas yang berjalur iaitu berkotak, bergaris empat, bergaris tiga dan juga bergaris satu. 4. Setiap murid perlu melakukannya sendirian pada kertas secara berkumpulan. 5. Penilaian akan dilakukan oleh guru dengan melihat hasil tulisan tangan murid yang kemas.

66

LITERASI BAHASA

Bengkel Aktiviti Penulisan Mekanis

6.4.2 AKTIVITI

MELAKSANAKAN AKTIVITI SUSULAN


: PADANKAN SAYA : 10 MINIT :

PERUNTUKAN MASA PELAKSANAAN

1. Setiap kumpulan akan diberikan kad manila yang ditulis padanan huruf kecil dan huruf Aktiviti Pertama besar. 2. Diskriminasi Dalam kumpulan masing-masing, murid-murid dikehendaki mengisi jawapan yang betul di ruangan yang disediakan. 3. Kemudian, wakil daripada setiap kumpulan akan tampil kehadapan untuk sama-sama melihat jawapan yang telah diberikan sambil membaca setiap huruf tersebut.

6.4.3

MELAKSANAKAN AKTIVITI MENULIS HURUF MENGIKUT URUTAN, MENGISI TEMPAT KOSONG DENGAN HURUF YANG TERTINGGAL DAN LAIN-LAIN
: HURUF BERANTAI

AKTIVITI

PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT PELAKSANAAN :

1. Murid-murid dikehendaki mengisi dan menulis huruf mengikut urutan yang betul Aktiviti Pertama bermula daripada huruf a sehingga huruf z. Diskriminasi 2. Lembaran kad manila yang pertama ialah huruf kecil manakala lembaran kad manila yang kedua ialah huruf besar. 3. Murid diberi masa selama 5 minit untuk menjawab. 4. Setelah masa menjawab telah tamat, setiap kumpulan akan menghantar wakilnya ke hadapan untuk membuat penilaian.

67

LITERASI BAHASA

Bengkel Aktiviti Penulisan Mekanis

6.4.4
AKTIVITI

LATIHAN MENULIS SUKU KATA, PERKATAAN DAN AYAT TUNGGAL


: CERAKINKAN PERKATAAN BAGI MEMBENTUK SUKU KATA

PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT PELAKSANAAN :

1. Murid-murid dikehendaki untuk cerakinkan perkataan yang telah diberikan kepada Aktiviti Pertama suku kata-suku katanya di atas ruangan garis tiga yang telah disediakan. Diskriminasi 2. Setelah itu, wakil daripada setiap kumpulan akan tampil ke hadapan untuk dibuat penilaian oleh guru.

AKTIVITI

: MEMBENTUK PERKATAAN BERDASARKAN KEPADA PECAHAN - PECAHAN SUKU KATA SERTA GAMBAR YANG TELAH DIBERIKAN

PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT PELAKSANAAN :

1. Murid-murid diberikan pecahan suku kata di dalam sampul surat. Aktiviti Pertama 2. Dengan menggunakan pecahan suku kata tersebut, murid-murid dikehendaki untuk Diskriminasi membina seberapa banyak patah perkataan dengan menulis kembali perkataan yang dibina pada kad manila yang mempunyai garis tiga. 3. Bagi teka silang kata, murid-murid perlu meneka perkataan yang sesuai berdasarkan kepada gambar yang diberikan.
68

4. Kemudian, penilaian akan dibuat oleh guru.

LITERASI BAHASA

Bengkel Aktiviti Penulisan Mekanis

AKTIVITI

: MEMBINA AYAT TUNGGAL BERDASARKAN GAMBAR

PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT PELAKSANAAN :

1. Murid-murid dikehendaki berbincang dengan ahli kumpulan masing-masing bagi Aktiviti Pertama membina ayat tunggal berdasarkan kepada gambar yang diberikan. Diskriminasi 2. Setelah selesai, wakil daripada setiap kumpulan akan tampil ke hadapan untuk membacakan ayat tunggal yang telah dibina oleh mereka dan penilaian dibuat oleh guru. 3. Jika terdapat kesalahan, guru akan menegur mereka dan jika ayat yang dibina sempurna, ganjaran akan diberikan.

AKTIVITI

: LATIHAN PENGUKUHAN

PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT PELAKSANAAN :

1. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan sehelai kertas mahjung yang mempunyai Aktiviti Pertama garisan berkotak dan bergaris tiga. Diskriminasi 2. Murid-murid akan menulis semula serta menekap abjad yang telah diberikan. 3. Kemudian daripada abjad tersebut, murid dikehendaki membentukkan suku kata berdasarkan kepada abjad tadi di atas garisan tiga. 4. Setelah itu, daripada suku kata, murid perlu mencantumkan suku kata tersebut menjadi perkataan dan murid perlu menulis perkataan di atas kertas bergaris tiga juga. 5. Akhir sekali, daripada perkataan yang dibina, murid dikehendaki membina satu ayat tunggal yang sesuai di atas kertas bergaris tiga juga.

69

LITERASI BAHASA

Bengkel Aktiviti Penulisan Mekanis

6.4

RUMUSAN

Penulisan mekanis ini amat penting kepada diri setiap murid kerana melalui penulisan mekanis ini dapat menjadi asas yang kukuh supaya murid dapat melahirkan idea, fikiran dan perasaan dengan pantas, cekap dan baik. Selain itu, kemahiran ini juga penting untuk menghasilkan bentuk penulisan kreatif dalam jangka masa panjang. Dengan penulisan serta pergerakan tangan sahaja yang dapat melatih pergerakan otot-otot halus dan juga otot-otot kasar. Sehubungan dengan itu, penulisan serta pembacaan juga harus datang seiring kerana keduaduanya adalah saling melengkapi.

70

LITERASI BAHASA

Bengkel Aktiviti Penulisan Mekanis

6.5 DOKUMENTASI

71

LITERASI BAHASA

Bengkel Aktiviti Penulisan Mekanis

72

LITERASI BAHASA

Bengkel Aktiviti Penulisan Mekanis

73

Anda mungkin juga menyukai