Anda di halaman 1dari 7

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

9.0

PENGENALAN

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahirankemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikapsikap positif terhadap aktiviti fizikal. Pendidikan kesihatan pula merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalaman bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

9.1

TUJUAN AKTIVITI MEMBACA DAN MENULIS DILAKSANAKAN DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Aktiviti-aktiviti membaca dan menulis juga turut diterapkan dalam mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. Hal ini bertujuan untuk : Meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis Aktiviti yang mengandungi permainan pendidikan dan permainan rekreasi dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan Menjadikan murid boleh berfikir bagaimana hendak menyelesaikan beberapa masalah yang timbul daripada sesuatu permainan dengan pelbagai cara dan strategi Boleh dimainkan secara berkumpulan, perseorangan dan berpasangan mengikut kesesuaian

96

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

9.2
9.2.1

Pelaksanaan aktiviti
AKTIVITI BERMAIN DENGAN HURUF DAN PERKATAAN SECARA LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

AKTIVITI

: CARI DAN PADAN

PERUNTUKAN MASA : 8 HINGGA 10 MINIT PELAKSANAAN :

1. Kumpulan pelajar diberikan lembaran kertas berupa tempat kosong yang perlu diisi. 2. Pelajar diminta untuk mengisi tempat kosong dalam masa yang diberikan. 3. Pelajar akan mencari huruf di dalam tepung dan kemudiannya menampal huruf tersebut di tempat kosong pada kertas tersebut. 4. Pelajar seterusnya akan bergerak ke stesen 2 dengan melompat di dalam gelung.

97

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

AKTIVITI

: PETI HARTA KARUN

PERUNTUKAN MASA : 15 HINGGA 20 MINIT PELAKSANAAN :

1. Setiap kumpulan diberikan satu kad manila yang mempunyai gambar dan satu gelung. 2. Setiap kumpulan diminta untuk mencari gambar yang sama dalam kotak-kotak yang diletakkan berjauhan. Mereka juga perlu mencari perkataan bagi gambar tersebut. 3. Mereka perlu bergerak untuk mencari gambar dan perkataan dengan cara skip dalam gelung rotan. 4. Hanya satu kad yang boleh diambil dalam satu masa. 5. Kemudian, mereka perlu menampal setiap gambar di atas gambar dan perkataan di bawahnya. 6. Kumpulan yang berjaya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang paling singkat dikira sebagai pemenang.

AKTIVITI

: BENTUKKAN AKU

PERUNTUKAN MASA : 8 HINGGA 10 MINIT PELAKSANAAN :

1. Kumpulan pelajar diberikan sejumlah kad perkataan dan plastisin. 2. Mengikut kreativiti kumpulan tersebut, mereka diminta untuk membina model berdasarkan kad yang diberikan. 3. Apabila wisel dibunyikan, pelajar akan diminta untuk berhenti.

98

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

9.2.2
AKTIVITI

PERMAINAN MENGEJA
: SIAPA BANYAK DIA JUARA

PERUNTUKAN MASA : 8 HINGGA 10 MINIT PELAKSANAAN :

1. Kumpulan pelajar diberikan sejumlah suku kata. 2. Mereka diminta untuk membentuk seberapa banyak perkataan berdasarkan kad yang ada dan menulisnya pada kad manila. 3. Apabila wisel dibunyikan, pelajar diminta untuk berhenti dan seterusnya diminta untuk bergerak ke stesen seterusnya dengan melakukan pergerakan hoop menggunakan gelung. 4. AKTIVITI : DAM ULAR

PERUNTUKAN MASA : 15 HINGGA 20 MINIT PELAKSANAAN :

1. Setiap kumpulan akan diwakili oleh kon yang berlainan warna. Setiap kumpulan akan menghantar wakil untuk menggerakkan kon tersebut. 2. Kumpulan yang mula dahulu, akan membaling dadu dan seterusnya menggerakkan kon mereka mengikut nombor yang tertera pada dadu. 3. Pelajar akan diminta untuk mengambil satu kad dari kotak yang disediakan jika mereka tiba di petak yang mempunyai tanda soal. 4. Seterusnya, mereka akan diminta untuk mengikut setiap arahan yang diberikan.

99

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

9.2.3
AKTIVITI

PERMAINAN MEMBENTUK AYAT


: BINA AYAT DAN MENANG

PERUNTUKAN MASA : 8 HINGGA 10 MINIT PELAKSANAAN :

1. Kumpulan pelajar diberikan sejumlah kad perkataan. 2. Mereka diminta untuk membentuk seberapa banyak ayat dengan menggunakan kad yang ada dan seterusnya menulis ayat tersebut pada kad manila. 3. Apabila wisel dibunyikan, pelajar diminta berhenti dan meneruskan aktiviti ke stesen 4 dengan merangkak.

9.3

RUMUSAN

Kesimpulannya, guru perlulah bijak dalam menerapkan kemahiran membaca dan menulis dalam mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. Hal ini disebabkan, murid-murid bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis mereka malah mereka juga akan berasa seronok dalam mempelajari kemahiran tersebut.

100

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

9.4 DOKUMENTASI

101

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

102