Anda di halaman 1dari 3

Tajuk

Kaedah Bimbingan Secara Individu Dan BBM Dalam Membantu Murid Pemulihan Mengenal Nombor 1 hingga 5

Penulis Sumber

: :

Hycinthanita Anak Paha Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu ambilan Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, m/s 12-25

Tahun

2012

Tajuk Matematik : BBM :

Mengenal Nombor 1 hingga 5 Kad nombor, kad gambar, kertas surih, kad nombor bertitik, video, tanah liat, lembaran kerja, papan nombor

Kaedah Strategi Penerangan

Latih tubi berbentuk tulisan, Bimbingan secara individu

: Berbual, menggunakan bahan bantu mengajar maujud :

Papan Nombor

Plastisin/ tanah liat

Kad Nombor

Guru menunjukkan kad nombor kepada murid dan juga kad gambar yang menunjukkan bilangan nombor yang ditunjukkan. Selain daripada menggunakan kad nombor dan kad gambar, guru juga menggunakan kertas surih dan kad nombor bertitik. Murid meletakkan kertas surih di atas kad nombor yang bertitik dan mula menyurih nombor tersebut. Selain daripada menggunakan bahan maujud, sebagai

sampingan guru juga menggunakan alat bantu mengajar (ABM) yang berbentuk multimedia seperti video mengenai cara mengenal nombor dan menulis nombor dengan betul. Plastisin digunakan bagi melatih pergerakan psikomotornya. Melalui manipulasi model konkrit, murid-murid berpeluang melalui pengalaman matematik yang akan membantu mereka memperoleh pemahaman konsep matematik dan seterusnya meningkatkan pencapaian dalam Matematik. Lembaran kerja ini juga merupakan latihan tubi yang guru jalankan ke atas murid tersebut untuk melatih murid supaya dapat mengenal setiap nombor yang diperkenalkan. Contoh latih tubi yang digunakan ialah latih tubi yang berbentuk tulisan, iaitu latihan tracing.

Cadangan

Guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar maujud berbentuk seperti bahan yang biasa dalam kehidupan seharian seperti guli atau buah-buahan untuk murid membilang. Guru meminta murid untuk memadankan nombor pada bilangan bahan yang diberikan dengan betul. Selain itu, guru juga perlu mempelbagaikan cara bimbingan dan gaya pembelajaran mengenal nombor 1 hingga 5 terhadap murid untuk mengelakkan murid berasa bosan. Ganjaran perlu diberi kepada murid sekiranya murid dapat melakukan latihan dengan baik sebagai peneguhan. Ujian berterusan sama ada

secara langsung mahupun tidak langsung untuk memantapkan pembelajaran dan pemahaman murid.

Disediakan oleh : NURFARAH FATIN BINTI MOHD ZAMRI UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN ( SK ) SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2012

Anda mungkin juga menyukai