Anda di halaman 1dari 2

LONTAR PELURU : GAYA MELUNGSUR SELANGKAH

GAYA MELUNGSUR SELANGKAH FASA DISKRIPSI Berdiri di dalam bahagian belakang bulatan dengan pusingkan badan ke arah kanan, dan pada masa yang sama membawa tangan kiri menyilang ke kanan. Persediaan Peluru ditempatkan di bawah dagu sehingga

bersentuhan leher. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku keluar. Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. ** Lungsuran dilakukan secara pantas dan licin. Lungsuran Berat badan masih di kaki kanan, bahagian badan masih dalam keadaan membongkok. Kaki kiri diletakkan di hadapan bulatan. Kilaskan pinggang sambil menyilangkan badan sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula. (Bahu dan tangan kanan masih menghala ke belakang.)

Lontaran Pulihan

Tolak kaki kanan dengan kuat sehingga badan terangkat dan melentik. Pada masa yang serentak, membawa kembali tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua-dua belah kaki. Luruskan tangan yang memegang peluru mengikut arah lontaran yang dilakukan. Membawa kaki kanan (kaki belakang) ke hadapan bulatan (belakang papan penahan), Pada masa yang sama, gerakkan kaki kiri ke belakang secara tergantung untuk membantu

imbangan badan.