Anda di halaman 1dari 10

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Model ASSURE Rekabentuk Pengajaran


Tajuk: Kemahiran Bola Baling hantaran aras dada dan atas kepala. Guru: Ahmad Akira B. Che Aziz Tahun: 4 Ihsan Mata Pelajaran: Pendidikan Jasmani Tempoh Masa: 7.45 8.45 pagi Analisis Pelajar a)Ciri-ciri umum pelajar 1. Umur 2. Jumlah pelajar 3. Pelajar lelaki 4. Pelajar perempuan 5. Penempatan : 10 tahun : 28 orang : 14 orang : 14 orang

: Murid-murid kelas pertama dan mempunyai pencapaian akademik yang baik dan mereka sangat aktif. : Murid-murid luar bandar yang terdiri daripada keluarga berpendapatan sederhana.

b) Kompetensi khusus : Murid pernah melihat dan melakukan aktiviti baling bola semasa mempelajari teknik asas bola jaring. c)Gaya pembelajaran : Murid-murid mempunyai gaya pembelajaran interpersonal. Mereka dapat berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik dalam melakukan tugasan. Hampir 90% murid dalam kelas tersebut mudah belajar menggunakan bahan visual dan model. Murid-murid akan menjadi lebih aktif apabila ada aktiviti Hands-On.

AHMAD AKIRA B CHE AZIZ

PPG FEB 2012 (PJK)

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Nyatakan objektif Diakhir pengajaran dan pembelajaran: 1.Murid-murid dapat dan berkebolehan melakukan aktiviti menghantar bola pada satu jarak menggunakan teknik hantaran aras dada dengan cara yang betul. 2. Murid-murid boleh menyatakan 2 teknik hantaran dan bila teknik tersebut sesuai digunakan.
Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan

A. Set Induksi Media : Bahan maujud

Kaedah :Tunjuk cara atau demonstrasi. Bahan : Bola baling. Rasional pemilihan : Bahan maujud ini dipilih bagi menarik perhatian murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid akan lebih berminat jika dapat melihat, memegang dan merasai sendiri bahan yang akan digunakan untuk belajar. Bahan maujud ini bertujuan mengaitkan murid dengan tajuk pelajaran yang hendak diajar oleh guru iaitu menghantar bola menggunakan teknik hantaran aras dada dan atas kepala.

B. Langkah Satu Media : Visual (Gambar)

Kaedah : Penerangan Bahan : Slaid visual hantaran bola teknik hantaran aras dada dan atas kepala secara

berpasangan. Rasional pemilihan : Penggunaan slaid visual ini dapat menarik perhatian murid tentang tajuk yang akan dipelajari. Penggunaan slaid yang dilengkapi dengan visual yang berwarna-warni dan audio yang jelas mampu membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri murid-murid. Visual yang berkaitan dengan cara hantaran bola dengan teknik yang betul dapat ditunjukkan dengan lebih jelas lagi.

AHMAD AKIRA B CHE AZIZ

PPG FEB 2012 (PJK)

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

C. Langkah Dua Media : Visual (Teks)

Kaedah : Penerangan dan tunjukcara Bahan : Slaid teks Rasional pemilihan : Murid lebih berminat belajar secara auditori iaitu membaca teks pada slaid berbanding dengan hanya membaca teks daripada buku teks. Dengan penggunaan slaid, murid akan lebih berminat untuk belajar dan memberi tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Slaid seperti ini juga mudah untuk disediakan oleh guru. Manakala penggunaan slaid yang dilengkapi dengan visual yang berwarna-warni dan audio yang jelas mampu membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri murid-murid. Visual yang berkaitan dengan cara hantaran bola dengan teknik hantaran aras dada dan atas kepala oleh murid secara berpasangan. Kaedah tunjukcara atau demonstrasi lebih memudahkan murid untuk faham dan melihat sendiri dengan jelas teknik yang betul bagaimana setiap hantaran dilakukan.

D. Langkah Tiga Media : Bahan maujud Bola baling Kaedah : Bermain amali dalam kumpulan Bahan : CD lagu Rasional pemilihan : Bahan maujud iaitu bola sangat penting dalam aktiviti pengajaran kali ini. Kaedah amali yang dilakukan dalam bentuk permainan dalam kumpulan menggalakkan komunikasi dan interaksi antara murid dimana mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dan ditambah lagi dengan teknik yang baru diperolehi pada langkah satu. Manakala CD lagu pula dipasang ketika murid sedang bermain untuk menggalakkan pergerakan yang aktif. Lagu yang dipilih perlulah lagu yang mempunyai irama yang rancak.

AHMAD AKIRA B CHE AZIZ

PPG FEB 2012 (PJK)

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

E. Penutup * Media : Teks

* Kaedah : Bertulis * Bahan : Lembaran kerja * Rasional pemilihan : Tujuan lembaran kerja ini diedarkan kepada murid-murid ialah untuk menguji sejauh mana kefahaman mereka terhadap isi kandungan pelajaran hari ini. Lembaran yang disediakan mengandungi gambar teknik hantaran bagi membolehkan murid menamakan teknik hantaran yang telah dipelajari.

Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah

A) Set induksi Media bahan maujud mampu menarik minat murid untuk mengikuti isi pelajaran berikutnya. Bagaimana disemak/dipratonton : Guru perlu memastikan bahan-bahan yang dipamerkan jelas sama ada bunyi mahupun grafik yang terlibat. Bahan yang

digunakan juga perlulah bersesuaian dengan peringkat umur dan tahap kefahaman murid. Ia juga perlu mampu menarik minat murid. Persediaan persekitaran: Pastikan pencahayaan di dalam bilik sesuai untuk memulakan sesi pembelajaran begitu juga dengan susun atur dalam kelas agar keadaan yang selesa dapat diwujudkan. Persediaan pengalaman pembelajaran: Pembelajaran ini lebih berpusatkan murid dan bahan. Murid perlu fokus kepada bahan dan dapat mengaitkan bahan dengan isi pelajaran. B) Langkah 1 Guru menayangkan slaid visual (gambar) cara hantaran bola dengan teknik yang betul.

AHMAD AKIRA B CHE AZIZ

PPG FEB 2012 (PJK)

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bagaimana disemak/dipratontonkan : Guru perlu memastikan slaid yang digunakan jelas dari segi visual supaya murid dapat membaca dan memahami visual dengan baik.

Persediaan persekitaran: Guru perlu memastikan murid dapat melihat slaid yang dipaparkan di skrin dalam keadaan selesa seperti sistem pencahayaan yang tidak terlalu cerah yang boleh menganggu paparan slaid. Jarak di antara murid juga perlu diambilkira bagi memastikan keselesaan semasa proses pembelajaran. Warna tulisan juga sangat penting bagi memastikan murid dapat membaca bahan yang disediakan dalam bentuk tulisan. Elakkan dari menggunakan warna merah sebagai tulisan utama.

Persediaan pengalaman pembelajaran: Pembelajaran adalah berpusatkan murid dan bahan. Murid perlu fokus kepada bahan yang ditayangkan bagi memudahkan mereka memahami isi-isi penting yang terdapat dalam slaid.

Langkah 2 Guru memaparkan visual teks yang berkaitan dengan cara dan teknik menghantar bola dengan betul. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kaitan visual-visual yang telah di tayangkan tadi. Bagaimana disemak/dipratonton : Guru perlu memastikan visual yang disediakan bersesuaian dengan tahap murid dan slaid yang disediakan dalam keadaan baik. Murid duduk dalam keadaan yang selesa ketika menonton tayangan slaid. Persekitaran juga harus berada dalam keadaan yang sesuai untuk tayangan slaid. Persediaan persekitaran Pastikan murid berada dalam keadaan yang selesa dan pencahayaan di dalam bilik sesuai untuk tayangan slaid. Persediaan pengalaman pelajaran: Pembelajaran adalah berpusatkan murid dan bahan. Murid perlu fokus kepada bahan yang ditayangkan bagi memudahkan mereka memahami isi-isi penting yang terdapat dalam isi kandungan pelajaran. Murid perlu fokus ketika tayangan untuk memastikan mereka memahami isi pelajaran yang hendak disampaian.

AHMAD AKIRA B CHE AZIZ

PPG FEB 2012 (PJK)

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah 3 Guru menunjukkan cara menghantar bola dengan teknik yang betul dan murid pula secara berkumpulan menggunakan alatan untuk menjalankan aktiviti permainan. Bagaimana disemak/dipratonton: Guru perlu memastikan bilangan bola adalah mencukupi. Lebih sesuai sekiranya 2 orang murid menggunakan 1 bola untuk sesi latihan hantaran. Persediaan persekitaran: Murid diagihkan dalam kumpulan yang tidak terlalu besar untuk menjalankan amali permainan. Bilangan yang sesuai 4 orang satu kumpulan. Persediaan pengalaman pembelajaran: Pembelajaran berpusatkan bahan dan murid. Bola yang disediakan perlu ditentukan saiz yang sesuai dengan peringkat umur murid.

Penutup Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid untuk mengukur sejauh mana kefahaman mereka terhadap isi kandungan pelajaran hari ini. Bagaimana disemak/dipratonton: Guru perlu memastikan setiap murid mendapat kertas lembaran kerja tersebut. Setelah murid-murid menjawab, guru dan murid bersama-sama membincangkan jawapan yang betul. Gambar yang dipilih perlulah jelas agar murid tidak keliru untuk memberikan jawapan. Persediaan persekitaran: Persekitaran perlulah sesuai dengan keadaan murid. Persediaan pengalaman pembelajaran: Murid menjawab latihan secara individu.

AHMAD AKIRA B CHE AZIZ

PPG FEB 2012 (PJK)

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penglibatan Pelajar

Guru akan cuba membimbing dan membantu semua murid berinteraksi dan melibatkan diri secara langsung dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan.

Set induksi ( 5 minit ) Murid melakukan regangan memanaskan badan yang ditunjuk oleh guru.

Langkah 1 ( 15 minit ) Murid melihat tayangan slaid visual yang di pamerkan Murid dan guru bersoal jawab tentang visual tersebut

Langkah 2 (15 minit ) Murid melihat slaid teks cara hantaran bola yang di pamerkan Murid dan guru bersoal jawab tentang teks tersebut

Langkah 3 (20 minit ) Murid melihat tunjukcara hantara bola aras dada dan atas kepala pada satu jarak. Murid melakukan aktiviti hantaran secara berpasangan. Selepas itu, murid diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti permainan (amali). Murid mengaplikasi pengetahuan mereka tentang teknik hantaran dengan melakukan hantaran menggunakan 2 teknik sahaja.

Penutup ( 5 minit ) Guru menunjukkan cara melakukan regangan menyejukkan badan

AHMAD AKIRA B CHE AZIZ

PPG FEB 2012 (PJK)

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid sebagai pengukuhan dan untuk mengukur sejauh mana kefahaman mereka tentang tajuk menghantar bola menggunakan teknik hantaran aras dada .

Menilai dan Menyemak Semula

Penilaian Pelajar : Murid dapat mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan dengan baik dan mereka bersungguh-sungguh dalam melakukan aktiviti. Penilaian murid berdasarkan pemerhatian semasa aktiviti amali dalam permainan dan lembaran kerja. Penilaian Media: Keseluruhan media dan bahan dapat berfungsi dengan baik. Murid menunjukkan minat terhadap paparan dan slaid yang ditayangkan. Bola yang digunakan juga mempunyai saiz yang sesuai serta bilangan bola yang cukup untuk memberi peluang kepada semua murid merasai pengalaman melakukan hantaran aras dada dan atas kepala. Penilaian Guru : Pada keseluruhannya, sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat mencapai objektif yang dirancangkan berdasarkan hasil dapatan dan tindakbalas murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Impak/Keberkesanan : Murid dapat membaca dan memahami teks isi kandungan pelajaran dengan betul. Menyatakan teknik hantaran dan bila teknik ini sesuai untuk digunakan. Melakukan tunjuk cara menghantar bola dengan teknik yang betul (hantaran aras dada dan atas kepala)

Disediakan oleh : AHMAD AKIRA B. CHE AZIZ (820415-03-5939) PPG PJK AMBILAN FEB 2012 AHMAD AKIRA B CHE AZIZ PPG FEB 2012 (PJK)

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IPG PEREMPUAN MELAYU MELAKA Untuk Perhatian : PN. ZURAIDAH BINTI BAHARIN EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AHMAD AKIRA B CHE AZIZ

PPG FEB 2012 (PJK)

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN