Anda di halaman 1dari 2

Apa Itu PASTRY ?

Pastry adalah nama yang diberikan kepada pelbagai jenis produk bakar yang diperbuat daripada bahanbahan seperti tepung, gula, susu, mentega, lelemak, serbuk penaik, dan telur. Kek kecil, tart dan lain-lain produk bakar manis dipanggil PASTRI.

Pastri juga boleh merujuk kepada doh dari mana-mana produk bakar dibuat. Doh pastri dilaksanakan nipis dan digunakan sebagai asas untuk produk bakar. Pastri yang baik adalah ringan, lapang dan lemak, tetapi cukup pejal untuk menyokong berat pengisiannya.

KLASIFIKASI PASTRI

Pastri Rapuh - adunan tepung sama banyak dengan mentega Pastri Lapis - adunan mentega lebih banyak daripada tepung Pastri Choux - adunan tepung bergantung kepada jumlah cecair yang digunakan

Disebabkan menu pada minggu ini berasaskan semua jenis pastri, jom kami ceritakan serba sedikit pasal jenis-jenis pastri ini.

PASTRI RAPUH

Pastri rapuh merupakan salah satu daripada jenis pastri yang biasa digunakan untuk membuat pai, tart yang menggunakan filling/inti pedas @ savouri. Terdapat 2 jenis pastri rapuh iiatu pastri rapuh bergula dab pastri rapuh tanpa gula. ia lebih dikenali sebagai short crust pastry dan sugar pastry. Bahan yang digunakan adalah tepung, garam, marjenrin dan digaul untuk mendapat doh yang baik. Ia tidak menggunakan gula sebagai bahan utama. Blinda bake adalah proses yang biasa digunakan untuk membakar doh pai untuk mengelakkan doh daripada menggelembung dan mencapai tekstur yang terbaik. Semasa menguli, perlu berhati-hati kerana marjerin mudah cair dan boleh menyebabkan doh menjadi keras. Pelbagai jenis inti yang boleh digunakan untuk membuat pai dan tart daripada short crust pastry seperti quiche lorraine, pai ayam, pai daging dan sebagainya.

Bahan-Bahan 100 ml air 45 gm mentega 1 biji telur 60 gm tepung serbaguna diayak tsp garam 1 tsp gula

Cara Penyediaan: 1. Didihkan air, masukkan mentega bersama-sama gula dan garam. 2. Alihkan perik dari api dan masukkan tepung sekali gus. 3. kemudian, letakkan semula di atas api. Kacau sehingga tepung tidak melekat di tepi periuk. 4. Angkat dan alihkan adunan ke dalam mangkuk adunan. Sejukkan. 5. Kemudian, masukkan telur perlahan-lahan sambil memutar adunan sehingga sebati dan licin. 4. Dengan menggunakan nozzle dan piping bag, paipkan menjadi bentuk puff dan clairs.

INTI CREAM 250 ml susu disuamkan 1 biji telur 1 biji kuning telur 15 gm tepung kastard 15 gm tepung jagung 50 gm gula kastor tsp esen vanilla

Cara penyediaan: 1. Pukul telur, kuning telur, tepung kastard, tepung jagung, gula kastor dan esen vanilla hingga sebati. 2. Tuangkan susu yang telah disuamkan dan kacau adunan hingga rata. 3. Masak di atas api sederhana sehingga kastard mendidih dan agak likat. 4. Sejukkan sebelum digunakan.

Anda mungkin juga menyukai