Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Manusia mempunyai lima deria penting. Setiap deria ini mempunyai organ dan fungsinya tersendiri.
Deria yang terlibat Deria rasa Deria bau Deria sentuhan Organ deria Lidah Hidung Kulit Rangsangan yang dikesan Rasa (bahan kimia dalam makanan) Bau Sentuhan, tekanan, haba, kesakitan, kesejukan Cahaya Bunyi

Deria penglihatan Deria pendengaran

Mata Telinga

Walaubagaimanapun, deria penglihatan dan deria pendengaran kita mempunyai had dan halangan tertentu. Sebagai contoh, mata kita tidak dapat melihat objek yang sangat kecil seperti kuman. Manakala, telinga kita pula tidak dapat memdangar bunyi yang sangat perlahan atau yang sangat kuat. Namun, dangan adanya teknologi moden, halangan dan had deria seperti ini dapat diatasi. Terdapat beberapa alatan yang dapat membantu mengatasi masalah had deria penglihatan dan pendengaran.
Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah had deria penglihatan dan pendengaran?

Definisi Had Deria Penglihatan dan Had Deria Pendengaran


Had Deria Penglihatan adalah terbatas disebabkan oleh halangan tertentu pada fungsi organ mata
Contoh :

Tidak dapat melihat objek yang terlalu kecil Tidak dapat melihat objek yang terlalu jauh Tidak dapat melihat objek yang terselindung

Had deria pendengaran juga terbatas disebabkan oleh halangan tertentu pada fungsi organ telinga
Contoh :

Tidak dapat mendengar bunyi yang terlalu perlahan Tidak dapat mendengar objek yang terlalu kuat

Antara alatan yang sesuai untuk mengatasi masalah had deria penglihatan dan pendengaran : Teleskop Mikroskop Kanta pembesar Sinar-X Periskop Teropong Mikrofon Pembesar suara Stetoskop Alat bantu pendengaran

Alat Untuk Mengatasi Masalah Had Deria Penglihatan


Teleskop

Fungsi :
Melihat objek yang sangat jauh seperti bulan

Mikroskop

Fungsi :
Digunakan untuk melihat objek yang sangat kecil/seni seperti mikroorganisma

Kanta Pembesar

Fungsi:
Dapat membesarkan objek yang dilihat. Contohnya, membesarkan benda yang kecil seperti semut.

Sinar-X

Fungsi :
Dapat mengimbas imej tubuh badan (digunakan untuk tujuan perubatan)

Periskop

Fungsi :
Untuk melihat objek yang terselindung oleh halangan. Contohnya, melihat objek yang terselindung di sebalik dinding

Teropong

Fungsi :
Digunakan untuk melihat objek yang jauh

Alat Untuk Mengatasi Masalah Had Deria Pendengaran

Mikrofon

Fungsi :
Menukarkan gelombang akustik ke dalam bentuk getaran mekanikal

Pembesar Suara

Fungsi :
Digunakan untuk menguatkan bunyi yang dihasilkan

Stetoskop

Fungsi :
Untuk mendengar bunyi degupan jantung

Alat Bantu Pendengaran

Fungsi :
Untuk membantu menguatkan lagi bunyi yang masuk ke dalam telinga. Alat ini dipasang di cuping telinga.

Kesimpulan

Kemajuan teknologi masa kini banyak membantu kita untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik seperti membantu mengatasi masalah had deria penglihatan dan pendengaran. Namun, kita haruslah menjaga organ deria kita dengan baik. Hal ini membolehkan kita menikmati segala kurniaan Tuhan dengan sempurna dan tanpa perlu bersusah-payah.

Anda mungkin juga menyukai