Anda di halaman 1dari 1

Monday, September 14, 2009

apa makna dan maksud USTAZ???


Masa HAri guru 16 MEI yang lalu,Ana bertanyakan DR MIR HAZIL tentang apa makna dan masud USTAZ.Ana dah lama tercari cari maknanya dalam bahasa Arab dan akhirnya inilah jawapan dari Dr Mir Hazil. SILA BACA YER, JAWAPAN sy UNTUK SOALAN : MAKSUD USTAZ.. Huh.. sebenarnya saya juga pernah tertanya-tanya persoalan ini suatu masa dulu. Ada berbagai versi jawapan yang ditemui. Setahu saya, perkataan ustadz tiada dalam alQuran..Setahu saya..perkataan ustadz (ejaan arabnya , , , , ) ini berasal dari bahasa FARSI (Irani). Banyak perkataan-perkataan farsi telah menular masuk ke bahasa arab suatu masa dahulu. Ia adalah gelaran untuk cikgu (teacher). Ada juga perbahasan yang mengatakan ia berasal dari bahasa Sepanyol (Spanish) USTED yang umumnya adalah kata ganti-nama ke tiga seperti dia atau mereka yang boleh merujuk kepada lelaki atau perempuan (umum). Sejarahnya dikatakan perkataan usted ini berasal dari perkataan Sepanyol tua Vuestra Merced bermaksud Yang Pengasih. Kata vuestra ini kemudiannya disebut Vested hingga akhirnya menjadi Usted (dimana dahulunya huruf v dan u adalah sama dalam bahasa mereka). Ada yang berpendapat terdapatnya ambilan perkataan-perkataan arab atau farsi ke dalam bahasa Sepanyol Tua. Namun, perbahasan ini agak lemah kerana tiada bukti jelas menyokong fakta tersebut. Mungkin sebutan kata usted dalam bahasa Sepanyol ini kebetulan sama dengan kata ustadz. Pendapat mengatakan asal kata ini dari FARSI punya kekuatan sejarahnya. Malah perkataan ini masih digunakan di Negara tersebut juga di Negara Arab. Maksud dikeduadua Negara adalah sama iaitu : cikgu atau guru. Malah, dalam bahasa Farsi, ustadz merujuk kepada guru di universiti atau secara tepatnya professor. Status cikgu atau pensyarah dan professor jauh berbeza. Profesor adalah tenaga akademik yang paling tinggi taraf jawatannya di universiti. Mereka adalah insan yang tahu secara mendalam akan sesuatu bidang yang mereka kuasai. Bukan hanya penyampai wacana bidang tersebut, mereka adalah PAKARNYA. Maka, status atau gelaran ustadz ini tinggi martabat atau duduknya. Di Malaysia ustaz merujuk kepada guru agama. Malah kata ini di muannaz (merujuk kepada perempuan) menjadi ustazah bagi merujuk guru wanita yang mengajar agama. Seperti perbincangan tentang perkataan artikel guru yang lalu, kata ustadz ini juga pada hemat saya telah sedikit dimurahkan martabatnya. Sempat juga bertanya kepada sahabat saya al-ustadz Mohd Gunawan Aziz, Antara jawapan beliau: Kata Ustadz adalah kalimah khusus yakni (baca:iaitu) ia bukan kalimah terbitan dari mana-mana kalimah akar. Contoh kalimah terbitan adalah seperti kata mualim yang kalimah akarnya adalah alima. Ia digunakan sebagai gelaran yang disandarkan (diberikan) kepada orang yang mengajar apa jenis ilmu sekalipun, samada khusus atau tidak JUGA berkaitan agama atau tidak. Oleh kerana itu, gelaran ini jarang digunakan di Negara Arab untuk merujuk kepada guru agama. Di Arab, gelaran ini amat terkenal digunakan untuk cikgu sekolah awam rendah dan menengah termasuklah cikgu muzik. Cuma di Malaysia, gelaran ini lebih maruf untuk guru aliran agama. wallahualam alfakirmaster G

Anda mungkin juga menyukai