Anda di halaman 1dari 10

Berhati-hati Bahan Seramik Tulang dalam Penapis Air

Ramai para pengguna Islam tidak menyedari tentang fakta bahan Seramik yang banyak digunakan di dalam kebanyakan alat sistem penapis air yang terdapat di pasaran. Bahan Seramik ini biasanya terdapat pada bahagian pertama mana-mana sistem penapis air. Ia berfungsi untuk menyaring bahan lumpur, lumut, microorganisma dan bahan-bahan cemar yang besar sebelum melalui proses penyaringan berikutnya. Akan tetapi satu hakikat yang perlu disedari oleh kesemua pengguna Islam ialah banyak bahan seramik yang ada di pasaran diperbuat dari bahan Tulang Haiwan yang dihancurkan, diproses secara mampatan serta dibentuk seperti tiub untuk dipasang pada kartrij sistem penapis air. Fakta kedua yang lebih menakutkan ialah ada juga bahan ini diperbuat dari tulang Khinzir. Ramai juru jual sistem-sistem penapis air pun tak tahu tentang fakta ini. Dr. Noordin menyedari dan menginsafi perkara ini dan memberikan alternatif kepada para pengguna Islam untuk memilih sistem beliau, Rx-Water yang beliau reka sendiri dengan menggunakan bahan Seramik yang diperbuat dari Batu bermutu tinggi. Ia lebih Selamat & Suci. Bagaimana nak mengenal bahan seramik dari tulang?

Mudah, tetapi ianya perlu diperiksa sebelum sistem itu dipasang di rumah anda dan sebelum memasukkan air ke dalam system tersebut. Buka alat kartrij Seramik tersebut dan gosok sedikit dengan jari anda. Jika anda lihat ada serbuk putih pada jari anda, bermakna ianya diperbuat dari Batu. Akan tetapi, jika ianya terasa agak licin & sukar untuk mengeluarkan serbuk padanya, maka kemungkinan besar ianya adalah diperbuat dari Tulang. Bahan tulang ini efektif, murah & mudah didapati di dalam pasaran. Oleh yang demikian, banyak syarikat pengeluar alat penapis air ini menggunakannya.

Cubalah renungkan, hampir 90% alat penapis air di pasaran negara kita adalah diimport terutamanya dari negara-negara Timur seperti Taiwan, Jepun & Korea. Malah produk penapis yang datang dari negara2 Barat pun menggunakan bahan-bahannya yang diproses di China & Taiwan. Sistem rawatan Air berAura Rx-Water adalah satu-satunya sistem dalam sejarah yang dihasilkan oleh seorang doktor pakar Muslim yang mana beliau sendiri mengharungi penyakit Kanser yang serius dan diberi ilham oleh Ilahi dengan penemuan unsur Tanah liat & Air suci & mempunyai unsur tenaga (semasa bertarung dengan kanser dulu) dan menghasilkan sistem ini untuk dirinya sendiri pada mulanya (sehingga beliau sembuh dengan izin Allah) dan kemudian dimanfaatkan oleh orang lain. Sistem rawatan Air berAura Rx-Water adalah satu-satunya sistem dalam sejarah yang dihasilkan oleh seorang doktor pakar Muslim yang mana beliau sendiri mengharungi penyakit Kanser yang serius dan diberi ilham oleh Ilahi dengan penemuan unsur Tanah liat & Air suci & mempunyai unsur tenaga (semasa bertarung dengan Kanser dulu) dan menghasilkan sistem ini untuk dirinya sendiri pada mulanya (sehingga beliau sembuh dengan izin Allah) dan kemudian dimanfaatkan oleh orang lain. Kebenaran ini juga telah diperakui dimana RxWater ini mempunyai sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Mari kita Terokai Ilmu Air


Tahukah anda bahawa Air yang terbaik di dunia ialah Air Zam-Zam. Manakala air yang terbersih di dunia ialah air Reverse Osmosis (R.O). Apakah maksudnya?

Air sebenarnya mempunyai Roh & Perasaan. Wajah air yang hidup bertukar-tukar mengikut pendedahan pada persekitarannya. Air hujan, air matair, air perigi, air sungai adalah air hidup walaupun pada hakikatnya ia mungkin nampak tidak berapa bersih. Akan tetapi, ada 6 tempat di dunia ini yang Allah S.W.T kurniakan pada air hidup ini yang mempunyai kesan penawar yang menakjubkan.

Antaranya ialah telaga Zam-Zam, Air Terjun Okinawa (Jepun), Air mata air di Hunza (Pakistan), di Equador dll. Air yang Hidup mempunyai sifat boleh Mengingat atau Merakam, Menyimpan & Memindahkan dan oleh itu mempunyai sifat Terapi. Manakala air yang sudah melalui proses R.O, Didihan, Deionize & Sulingan (distilled) & air kitar semula (NEW WATER) adalah air yang sudah dimatikan & sudah tiada lagi sifat Terapi walaupun ia sangat bersih & selamat diminum. Bagi umat Islam, istilah bersih adalah yang kedua atau ketiga penting. Yang paling penting ialah ianya perlu SUCI dan diberkati. Sifat Air Hidup ini telah ditemukan secara saintifik oleh seorang Saintis terkemuka dunia dalam ilmu air iaitu Dr. Masaru Emoto. Dr. Masaru mengkaji reaksi wajah air atau molekul kristal air yang berubah-ubah setelah didedahkan pada muzik rock, lagu-lagu lembut, kata-kata yang buruk, ucapan Terima Kasih, bacaan Al-Quran dan malah gambar Kaabah yang ditampalkan/dipaparkan pada bekas balang berisi air tersebut.

Wajah air yang diucapkan dengan perkataan yang baik atau penghormatan, menunjukkan wajah kristal yang cantik manakala wajah kristal dari air yang sama akan menjadi hodoh & terpencar jika ditunjukkan perkataan, paparan atau bunyi yang buruk. Dr. Emoto sangat kagum dengan masyarakat Islam yang begitu menghargai & menggunakan air dalam pelbagai aspek selain sebagai agen penyucian/Taharah, berwudu', perawatan/terapi dan malah orang-orang Islam yang meninggal dunia pun sebelum dikebumikan akan dimandikan dahulu. Beliau juga sangat kagum dengan kristal air Zam-Zam yang dianggapnya paling unik di antara mana-mana sampel kristal air yang pernah dikajinya.

Pada masa ini saya akui, memang sukar untuk mendapatkan bekalan air hidup berpenawar sepanjang masa. Jika kita hendak gunakan untuk Terapi, sekurang-kurangnya kita memerlukan 2.5L air itu setiap hari dan diminum berserta doa. Walaupun tidak ada data yang disimpan, tetapi sudah banyak kes kanser & penyakit-penyakit lain yang sudah sembuh dengan menggunakan air Zam-Zam secara berterusan sebagai Terapi. Semuanya ini dengan izin & kehendak Ilahi. Walaupun tidak mudah untuk mendapat bekalan air Zam Zam dalam jumlah yang banyak setiap hari untuk tujuan Terapi, akan tetapi kita bertuah kerana Dr. Noordin Darus telah menemukan sejenis bahan tanah liat yang diperolehi dari ilham yang dikurniakan Allah semasa bertarung dengan Kanser Darah pada tahun 2001 dulu. Beliau sama sekali tidak menyangka bahawa air bersih yang melalui tanah liat tersebut mempunyai unsur Medan Tenaga yang seakan-akan air Zam-Zam & air berpenawar lain yang boleh membangkitkan (rejuvenate) sistem penyembuhan semulajadi Tubuh. Sifat unik ini tidak terdapat dalam mana-mana air pun dari mana-mana sistem penapis yang ada di dalam pasaran. Air yang keluar dari bahan unik ini juga adalah air hidup yang dibersihkan dengan memori baru (kerana sepanjang perjalanan air itu ke rumah kita, ia telah terdedah dengan banyak perkara yang negatif). Dengan izin Allah, beliau akhirnya sembuh dari Kanser dan telah membantu ramai lagi yang menderita dengan pelbagai jenis penyakit.

Hasil rekaan Dr. Nordin walaupun nampaknya seperti alat penapis air biasa tetapi sebaliknya adalah satu sistem perawatan air yang mempunyai kesan Terapi yang menakjubkan hasil dari bahan Tanah Liat & Aura Converter tersebut yang terkandung pada Kartrij keempat. Kesannya Rx-Water bukan hanya penapis air biasa tetapi adalah Aura Converter atau Sistem Terapi Penyembuh Aura.

Perbandingan Jenis-Jenis Air


Air didih

Ia tidak menyingkirkan bahan-bahan cemar organik & logam berat secara keseluruhan. Ia menghasilkan bi-produk dari Klorin iaitu Trihalomethanes (TTHM) yang boleh menyebabkan Kanser serta rasa & bau Klorin masih kekal. Gumpalan molekul2 air juga adalah besar & tidak mudah diserap. Air didih juga adalah air yang telah mati dan sudah tiada roh dan tidak mempunyai sifat terapi menyembuh yang ada pada air yang hidup. Ia paling murni tetapi sudah tidak lagi mengandungi bahan2 mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Digunakan untuk bateri kereta & untuk rawatan tertentu tetapi tak sesuai untuk diminum sehari-hari kerana ia boleh melarut-resap mineral-mineral alkali yang berguna dari dalam tubuh kita. Ia mempunyai rasa hambar & gumpalan molekul air agak besar untuk diserap dan tidak

Air suling (distilled water)

sesuai diminum untuk jangka panjang. Air suling adalah juga air mati yang sudah tiada roh lagi serta tidak mempunyai sifat terapi menyembuh yang ada pada air yang hidup. Kualiti yang tidak konsisten dan bergantung pada sumber bahan mineral tersebut. Jika sumbernya tercemar, maka airnya juga akan tercemar. Gumpalan molekul2 air juga adalah besar & tidak mudah diserap. Disaring melalui membrane yang telap & biproduk air disalir keluar semula. Teknik ini sangat efektif dalam mengasingkan bahan cemar & bendasing dalam air tersebut. Ianya terlalu kosong hinggakan mineral2 baik dalam air pun dikeluarkan. Air R.O sangat sesuai untuk rawatan pesakit2 buah pinggang dan untuk rawatan2 tertentu termasuk yang terkena racun. Akan tetapi kesesuaiannya masih dipertikai untuk kegunaan sehari-hari oleh orang2 biasa, orang2 tua & kanak2 kerana selain ianya boleh menyerap toksin di dalam badan, ia juga boleh menyerap zat-zat & mineral berguna dari badan kita menyebabkan malnutrisi dan dalam jangka panjang, ia boleh mendatangkan mudarat terutama pada ginjal kita. Air R.O yang keluar dari alat penapisnya tidak boleh disimpan dalam botol plastik dan dibiarkan untuk jangkamasa yang lama kerana ia akan menyerap karbon dioksida dari bahan petroleum botol itu & merbahaya untuk diminum. Ia hanya sesuai disimpan dalam botol kaca. Air R.O juga termasuk dalam golongan Air Mati yang sudah tiada Roh lagi serta tidak mempunyai sifat terapi menyembuh yang ada pada air yang hidup. Air R.O banyak terdapat dalam jenama2 alat penapis air di pasaran. Menggunakan teknik elektrolisis untuk mengasingkan air asidik & air alkali. Walaupun air alkali boleh mengimbangkan tahap asid di dalam badan kita, tetapi kealkaliannya ianya perlulah menyamai cecair tubuh kita. Air yang terlalu beralkali juga tidak sesuai untuk bayi, vegetarian & kanak-kanak yang sedang membesar serta tak sesuai untuk kulit. Penapis air beralkali buatan manusia tidak boleh disamakan dengan air alkali asli dari punca air Hidup seperti air Zam-Zam di Tanah Suci kerana ia unik & tersendiri serta selamat diminum walaupun tahap pHnya ialah 8.5. Air alkali buatan manusia menggunakan bahan kristal proses yang ditambah pada air tersebut. Ia juga menyebabkan zat-zat dari makanan yang dimasak dengan air ini tidak seimbang. Ia juga kurang efisien kerana pembaziran air hampir 50% kerana pengasingan Asid & Alkali. Sebahagiannya memerlukan 24 jam penggunaan elektrik. Ia boleh memecahkan molekul-molekul air ke gumpalan-gumpalan kecil tetapi tidak boleh bertahan lama. Air paip kita adalah air hidup yang ada roh, (cuma terdapat kotoran & bahan cemar). Teknologi UV yang bertujuan untuk membunuh kuman & mikroorganisma akan menyebabkan roh air akan mati dan hilang unsur Terapi pada air tersebut walaupun ianya selamat diminum.

Air mineral yang diproses

Reverse Osmosis

Air Ionise electrolisis & Air Alkaline

Alat-alat penapis air yang menggunakan teknologi sinar UV