Anda di halaman 1dari 22

1.

0 KEPERLUAN KHAS DALAM MATEMATIK

Pengajaran Kreatif dan Efektif Keperluan Khas

Keberkesanan Kemahiran Mengajar Keperluan Khas


Strategi Pembelajaran Keperluan Khas

Aktiviti Pengayaan

Keperluan Khas Dalam Pendidikan Matematik


Aktiviti Pemulihan

Disleksia

Dispraksia

Jenis Ketidakupayaan Pembelajaran

Diskalkulia

Disfasia

2.0 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kanak kanak berkeperluan khas merupakan kanak kanak yang mempunyai perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani dalam kalangan kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah . Selain daripada pengaruh baka dan persekitaran, kanak-kanak berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza.

Murid-murid mungkin berbeza daripada rakan-rakannya yang lain dari segi kemampuan mereka menyelesaikan masalah, kebolehan berbincang dan bergaul dengan rakan, mengawal perasaan atau menjalani kegiatan fizikal.

Ramai orang yang beranggapan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat anggota, pekak , bisu dan buta.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan sebagai OKU di bawah masalah pembelajaran.

2.1 Ciri Ciri Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Kanak-kanak ini menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa, misalnya keupayaan kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi sesama rakan.

Kanak-kanak ini mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, dan terencat akal. Malahan murid-murid pintar cerdas juga dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas

3.0 AKTIVITI PENGAYAAN

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. Sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar. Selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu

3.1 Objektif Aktiviti Pengayaan

Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan murid-murid. Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk meningkatkan pencapaian murid-murid. Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat muridmurid. Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran

3.2 Cadangan Pengajaran dan Pembelajaran Kreatif dan Efektif

Permainan, Projek mini, Penggunaan ICT, P&P di luar bilik darjah / Lawatan, Taman Matematik. Memberikan pelajar tugasan kumpulan berkolaborasi contohnya projek mini. Penggunaan ICT, contohnya perisian Excel dalam pengajaran topik pengendalian data.

3.3 Penggunaan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan Bahan Manipulatif dan Cadangan Aktiviti

Contoh 1: Topik : Bentuk dua matra Lego Tangram Papan geo Model geometri (Permainan / P&P Kretif 3D) (Permainan / P&P Kretif 2D) (Bahan manipulatif P&P 2D) (Bahan manipulatif P&P 3D)

Contoh 2: Topik : Penambahan nombor bulat Tahun 1 Abakus sudoku (Permainan / P&P Kreatif) (Permainan / P&P Kreatif tetapi untuk nombor bulat sahaja, bukan penambahan) Cuisenaire rods Coloured-beads (Bahan manipulatif P&P) (Bahan manipulatif P&P)

Contoh 3:
Jenis Permainan Contoh Aktiviti Ular dan tangga Domino Cantuman nombor dengan bilangan benda Aktiviti jual beli Teka-teki Meneka nombor waktu operasi bentuk dan lain-lain Projek melukis corak dan pola berdasarkan bentuk geometri membina objek daripada bentuk-bentuk geometri yang diberi

3.4

Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaaan

Aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan mengikut kebolehan. Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan kumpulan

menjalankan aktiviti pemulihan. Aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan.

4.0 KONSEP PEMULIHAN

Pemulihan boleh diertikan sebagai sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Koh (1982) menyatakan pendidikan pemulihan adalah terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Sampson (1975), pendidikan merupakan tindakan-tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran. Ee (1998) pula menyatakan bahawa pendidikan pemulihan merupakan suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan untuk menolong pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran dengan pendekatan, bahan- bahan pengajaran serta aktiviti yang alternatif.

4.1 Aktiviti Pemulihan

Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang berusaha menolong muridmurid untuk mengatasi masalah pembelajaran. Dilaksanakan kepada kumpulan murid yang tidak dapat memberi tumpuan kepada matapelajaran yang sedang diajar atau yang sebelumnya. Aktiviti pemulihan juga perlu diberi kepada murid-murid yang sering melakukan kesilapan (khususnya dalam proses mengira).

4.2 Prinsip Pemulihan dan Tujuan Pelaksanaannya

Program pemulihan matematik harus dijalankan secepat mungkin sebaik sahaja murid-murid dikesan mempunyai masalah tertentu dalam pembelajaran matematik

diberikan kepada murid-murid yang bermasalah di dalam kemahiran-kemahiran matematik tertentu

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid

Aktiviti harus dikembangkan daripada yang mudah kepadadan daripada konkrit kepada abstrak

kaedah mengajar yang sesuai supaya murid-murid dapat mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih mudah

pelbagai jenis latihan yang mudah dan menarik untuk menolong murid-murid tersebut memperkukuhkan konsep dan kemahiran matematik

4.3 Tujuan Pemulihan dalam Matematik

Membantu murid mengatasi masalah salah tanggapan (miskonsepsi)

murid-murid membina konsep matematik asas dan menguasai kemahiran supaya tidak ketinggalan daripada murid-murid lain

dapat menggunakan kemahiran asas untuk menyelesaikan masalah matematik dan seterusnya membina keyakinan diri

Membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang salah dipelajari

peluang kepada murid-murid mempelajari matematik mengikut kadar kebolehan sendiri.

4.4 Pendekatan Pemulihan Matematik

Mengenal pasti murid-murid yang bermasalah

Mengenalpasti kaedah dan teknik yang sesuai yang dijangkakan dapat menghasilkan pengajaran pemulihan yang berkesan

Membuat analisis masalah pembelajaran

Membuat perancangan dan menjalankan pengajaran

Penilaian terhadap konsep dan penguasaan kemahiran.

4.5 Mengenalpasti Murid yang Bermasalah Dalam Matematik

Ujian Saringan Ujian ini boleh dilakukan secara tidak formal dengan bersoal jawab lisan, pemerhatian aktiviti pembelajaran serta meneliti latihan daripada buku latihan pelajar. Ujian Saringan bertujuan mengesan dan mendapat maklumat murid yang perlu mengikuti program pemulihan.

Ujian Diagnostik Ujian Diagnostik diberikan setelah selesai Ujian Saringan dilakukan. Ujian ini menguji semua kemahiran asas dalam sesuatu topik ataupun sesuatu unit pelajaran matematik Apabila kelemahan telah dikenal pasti perancangan aktiviti pemulihan kepada pelajar yang tercicir kemahiran boleh dilakukan supaya mereka berpeluang untuk mempelajari matematik mengikut kadar kebolehan mereka

4.6 Strategi-strategi Pengajaran Pemulihan

Pengajaran secara individu

Pengajaran Secara Kumpulan Kecil dan Keseluruhan Kelas

Projek Pelajar

Permainan dan Teka-teki Matematik

Bimbingan rakan sebaya

4.7 Contoh Aktiviti Pemulihan

Menggunakan kad berwarna

Aktiviti mengingat / latih tubi ingatan ketika berjalan atau sedang membuat latihan

Menggunakan carta alir atau gambarajah

Menggunakan kad imbasan

Menggunakan kertas graf

Membuat simulasi

Menjalankan aktiviti hands-on

MURID MURID BEKEPERLUAN KHAS DI MALAYSIA

Sememangnya menjadi hasrat ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran supaya dapat menjadi orang yang berkelayakan dan berjaya apabila dewasa kelak. Bagaimanapun, memang menjadi satu hakikat di mana kurang daripada lima peratus sahaja kanak-kanak yang didaftarkan di sekolah-sekolah biasa akan berjaya memasuki institusi-institusi pengajian tinggi. Ini menimbulkan perasaan persaingan di kalangan para penuntut. Selain daripada kecacatan akal ada banyak lagi masalah yang boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju dalam pelajarannya di sekolah walaupun minat untuk bersekolah tetap ada. Masalah-masalah ini boleh disenaraikan seperti berikut: 1 ) Masalah kekurangan pendengaran dan / atau penglihatan. 2 ) Perkembangan yang lambat. 3 ) Masalah bahasa dan pertuturan. 4 ) Kekekokan (clumsiness). 5 ) Kekurangan tumpuan perhatian terhadap pelajaran. 6 ) Masalah kelakuan. 7 ) Gangguan kesihatan jasmani.

KEKURANGAN PENDENGARAN DAN / ATAU PENGLIHATAN

Kanak-kanak yang pekak lazimnya tidak boleh bertutur dengan jelas walaupun dia boleh memahami percakapan orang lain sama dengan cara bacaan bibir atau cara-cara lain. Oleh kerana pendengaran merupakan deria yang paling mustahak untuk pembelajaran, kanakkanak yang pekak akan ke belakang di dalam kelasnya. Kanak-kanak ini memerlukan cara pengajaran yang khas. Kanak-kanak yang kurang jelas penglihatannya akan kurang mampu menangkap maklumat yang ditulis di papan hitam. Jika dia tidak menyatakan masalah kepada guru dan gurunya pun tidak mengetahui, keadaan ini akan berterusan sehingga akan menjejaskan pembelajarannya. Kebanyakkan daripada kanak-kanak ini boleh dan mesti dipulihkan dengan memberi kaca mata yang sesuai. PERKEMBANGAN YANG LAMBAT Ada pula kanak-kanak yang menempuhi proses perkembangan mental yang lambat tanpa apa-apa kecacatan jasmani. Walaupun umurnya sudah enam tahuin umpamanya,

pengalaman dan pemikirannya mungkin seperti kanak-kanak yang berumur lima tahun. Kanak-kanak ini perlu diberi galakkan dan bimbingan yang sewajarnya untuk membolehkan perkembangan kognitifnya berterusan. Walaupun ada baiknya jika pendaftaran persekolahan dilambatkan ini selalunya tidak dapat dilakukan pada masa kini. kanak-kanak seperti ini bukanlah mengalami kecacatan akal dan jika tidak dikenalpasti dan diberi bimbingan yang sewajarnya mungkin ada menyerap konsep diri yang tidak sihat. Kanak-kanak ini akan mendapat manfaat jika dirancang. MASALAH BAHASA DAN PERTUTURAN

Kefahaman bahasa serta pertuturan adalah mustahak bagi seseorang itu berinteraksi dengan orang lain. Jika seseorang itu tidak boleh memahami bahasa atau mengunakan bahasa kerana sesuatu gangguan pada urat sarafnya, ini akan menjejaskan

pembelajarannya. Keadaan ini tidak selalu berlaku tetapi perlu dikenal pasti supaya dapat diberi cara pemulihan yang sesuai untuknya. KEKEKOKAN (CLUMSINESS)

Kanak-kanak yang mengalami masalah ini kadangkala mempunyai tahap pemikiran yang sederhana atau lebih baik daripada biasa. Tetapi kesukarannya untuk menulis atau membuat aktiviti yang memerlukan kemahiran seperti melukis selalu mengakibatkan dia dianggap sebagai kanak - kanak cacat akal. Kanak-kanak ini mungkin selalu menunjukkan kebolehannya dalam aktiviti yang lain seperti bermain catur, berbahas atau membaca yang tidak memerlukan kemahiran tangan. Kanak-kanak seperti ini perlu dikenalpasti kebolehan serta kelemahannya supaya satu kurikulum pembelajaran yang khas dapat dirancangkan untuknya. Kelemahannya untuk menulis mungkin boleh diatasi dengan cara berlatih selalu. Aktiviti sehari-harian seperti mengikat tali kasut boleh diajar dengan menunjukkan setiap gerak geri tangan sehingga selesai tali kasut diikat. Ada lebih mendatangkan manfaat bagi kanak-kanak ini mengunakan pita rakaman atau menaip kerana kekekokan tangannya menghalangnya daripada menulis dengan sempurna.

KEKURANGAN TUMPUAN PERHATIAN

Kanak-kanak yang begini selalu dipanggil Hyperactive dalam bahasa Inggeris. Selalunya tidak ada gangguan yang jelas terdapat dari peperiksaan klinikal. Kebolehan menumpukan perhatian kepada sesuatu kerja adalah perlu untuk seseorang kanak-kanak itu menerima arahan dan pengajaran dari guru-guru atau ibu bapanya. Kanak-

kanak ini tidak boleh maju dalam pembelajaran oleh sebab dia tidak dapat menarik perhatian penuh. Sebaliknya, dia mungkin membawa kesulitan kepada guru dan murid-murid lain kerana dia tidak boleh duduk di kerusinya dengan lama. Kanak-kanak seperti ini perlu diberi pemulihan khas yang dipanggil behavioural modification untuk menambahkan tempoh tumpuan perhatiannya sebelum dia dapat menerima pengajaran dengan berkesan. MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS

Keadaan ini selalu dipanggil dyslexia dalam bahasa Inggeris. Ini dapat dikenali sebagai satu keadaan di mana kanak-kanak yang tidak mengalami kecacatan akal atau kurang minat mengalami kesukaran sama ada membaca, menulis atau mengira. Keadaan ini selalu tidak dikenali dan ini menyebabkan kanak-kanak ini meneruskan persekolahan mereka tampa mendapat bimbingann yang sesuai. Akibatnya timbul perasaan konsep diri yang negetif atau kelakuan yang mungkin menimbulkan masalah disiplin di sekolah. Kanak-kanak yang mendapati sukar membaca memerlukan orang untuk membaca kepadanya atau diajar melalui rakaman pita. Masalah pembelajaran khusus ini memang sudah lama dikenali tetapi hanya sedikit sahaja bilangan kanak-kanak yang berjaya dikenalpasti dan diberi kurikulum pembelajaran khas oleh kerana kekurangan pakar-pakar dalam bidang Psikologi Pembelajaran.

MASALAH KELAKUAN

Keadaan ini boleh berlaku akibat daripada masalah kekurangan pendengaran, masalah pembelajaran khusus atau kekekokan. Oleh itu keadaan-keadaan seperti ini mestilah dikenalpasti dan langkah diambil untuk mengatasinya. Kadangkala kelakuan yang ganjil itu tidak dapat dikesan puncanya dengan jelas. Kanak-kanak yang telah menempuh pengalaman yang pahit dan menakutkan mungkin suka mengasingkan diri , tidak suka bergaul atau selalu bercakap seorang diri. Berikut adalah riwayat seorang kanak-kanak yang mengalami gangguan kelakuan. "... Azim yang berumur lima tahun mempunyai kebolehan seakan akan kanak-kanak yang berumur tiga tahun. Dia selalu menolak kanak-kanak lain dan tidak mengindahkan sesiapa disekelilinganya. Azim boleh bertutur sedikit jika berada dalam kumpulan kanak-kanak lain dia memerlukan banyak perhatian daripadanya, tetapi ibunya sendiri mendapat sangat sukar hendak mendisplinkannya. Dia tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu dengan lamanya. Azim asyik suka bergolek-golek di atas lantai serta bercakap-cakap seorang diri..."

Keadaan ini perlu dirawat dengan cara yang khas sambil memberi peluang untuk kanak kanak ini meneruskan perkembangan sosial, emosi, kognitif dan bahasanya. GANGGUAN KESIHATAN JASMANI

Seseorang kanak-kanak yang tidak sihat sudah tentulah tidak akan menumpukan perhatian yang cukup kepada pelajarannya disekolah. Kanak-kanak yang pucat mungkin sering merasa mengantuk di kelas. Kanak-kanak yang menghidap penyakit sawan mungkin menerima ubat yang menjejaskan tumpuan perhatiannya. Jika keadaan ini berterusan dan tindakan yang berkesan tidak diambil, kanak-kanak ini akan kebelakangan dalam pelajarannya. KESIMPULAN Semua keadaan yang dinyatakan ini mesti difikirkan jika seseorang kanak-kanak itu mengalami masalah pembelajaran di sekolah. Ibu bapa haruslah bekerjasama dengan guru serta doktor untuk memastikan yang anak mereka dapat mencapai potensi dengan seberapa daya. Keadaan seperti masalah pembelajaran khusus dan kekekokan memerlukan galakan serta perasaan timbang rasa daripada guru-guru dan diberi kurikulum khas. Ramai kanakkanak seperti ini akan tidak dapat dikenalpasti di sekolah kerana kekurangan para profesional yang boleh membuat penilaian menyeluruh ke atas kanak-kanak ini serta merancangkan sesuatu kurikulum yang khas bagi mereka.

JENIS-JENIS PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Program Pemulihan Khas Program pemulihan khas ini adalah untuk murid-murid yang memerlukan pemulihan dalam subjek-subjek atau kemahiran-kemahiran tertentu. Pemulihan khas ialah satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing. Glosari Pengajian Melayu: Satu rancangan khas bagi membantu dan memulih murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran yang dikenal pasti oleh guru. Semasa melaksanakan program ini, muird-murid diasingkan daripada kelas biasa dan ditempatkan di dalam kelas khas bersama-sama dengan murid yang menghadapi masalah yang sama daripada kelas-kelas lain. Matlamat pengajaran di program pemulihan kelas khasmat adalah untuk : menguasai kemahiran asas 3 M, Meneruskanpembelajaran di kelas biasa, Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran Program ini meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar (wthdrawl system) dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan Pemulihan kelas khas dilaksanakan di sekolah rendah objektifnya ialah untuk "Menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ketahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat sekolah menengah. Perbezaan minat, bakat, pengalaman dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Cara mengadakan kelas pemulihan khas i. Sekolah-sekolahyang mempunyai dua (2) kelas atau lebih bagi sesuatu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja. Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang, ii. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang, iii. Sekiranyamurid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan diantara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.

Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System) Melalui sistem ini murid yang dikenal pasti akan ke kelas pemulihan pada waktu tertentu untuk subjek Bahasa Melayu atau Matematik atau kedua-duanya sekali. Selepas belajar di kelas khas pemulihan mereka akan pulang semula ke kelas masing-masing untuk mengikuti pengajaran di kelas biasa. Sebagai contoh, Murid A merupakan murid pemulihan. Murid A akan belajar seperti biasa di dalam kelas perdana tetapi apabila tiba waktu mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik, murid A ini akan ke kelas pemulihan khas untuk mengikuti pembelajaran pada waktu itu. Setelah tamat waktu berkenaan, murid A akan kembali ke kelas perdana dan meneruskan pembelajaran subjek lain.

Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR adalah di bawah tanggung jawab guru mata pelajaran KBSR. Guru mata pelajaran akan menilai pencapaian murid pada setiap sesi pengjaran dan pembelajaran. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut guru membuat analisis terhadap pencapaian murid dan seterusnya menentukan adakah terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang diajar. Sekiranya terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang telah diajar, maka guru mata pelajaran tersebut perlu melaksanakan pendidikan pemulihan dalam darjah dengan segera agar murid tersebut tidak ketinggalan dan jika dibiarkan, kemungkinan murid akan mengumpul kemahiran-kemahiran yang gagal dkuasainya. Program pendidikan pemulihan yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran ini lebih berfokus kepada kegagalan murid menguasai kemahiran yang diajar pada waktu tersebut. Program pemulihan dalam kelas KBSR ini menggunakan sukatan mata pelajaran KBSR. Kegagalan berterusan murid yang telah mengikuti program pemulihan dalam kelas KBSR ini membantu guru mata pelajaran untuk mencalonkan murid tersebut agar dapat dibantu dengan lebih khusus dalam program pendidikan pemulihan khas. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan KBSR pada tahun 1983. Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak dapat menguasainya akan dibantu melalui Program Pemulihan. Menurut Buku Panduan Am KBSR yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira atau 3M. Pengajaran dan pembelajaran pada tahap 1 (tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mempunyai

masalah penguasaan 3M. Di dalam KBSR, terdapat beberapa jenis program pemulihan yang dijalankan seperti KIA2M, PROTIM, LINUS, selain daripada aktiviti pemulihan dalam kelas. Program Literasi dan Numerasi (LINUS) Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di seluruh negara mengikut zon negeri masing-masing. LINUS mensasarkan 100% murid tahun 3 menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum ke tahun 4 mulai tahun 2013 kecuali murid berkeperluan khas. Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M) Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini adalah bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabung jalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu. Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini. Oleh itu strategi pengajaran dan

pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh. PROTIM PROTIM adalah perkataan singkat bagi Program Pemulihan Tiga M (membaca, menulis, mengira) . PROTIM adalah sebahagian daripada sejarah hidup program pemulihan. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan pemulihan. Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik untuk murid tahun 4- 6. Murid yang mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap sekolah.. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR. Murid yang terlibat adalah mereka yang gagal praujian UPSR. Sekiranya murid gagal dalam ujian bahasa melayu, maka murid ini akan mengikuti PROTIM Bahasa Melayu yang dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan

bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang bermasalah 3M. Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Murid yang mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap sekolah. Untuk mengetahui sejauh mana pencapaian murid, satu ujian hendaklah dijalankan.Soalan disediakn bersama modul yang disertakan bersama surat pelakasanaan PROTIM. Murid yang gagal mendapat keputusan 90% dan ke atas hendaklah mengikuti PROTIM. Kelas Inklusif/ Integrasi pendidikan pemulihan Kelas Inklusif/Integrasi adalah dikenali sebagai pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak menghalangkan mereka untuk berkembang. Ini bermaksud tidak ada pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanak-kanak biasa. Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa. Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa. Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada tahun 2000 iaitu: 6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa. Dalam program integrasi atau inklusif murid khas atau pemulihan khas dapat dipastikan

mendapat pendidikan dalam persekitaran yang paling minimum halangannya (Least Restricted Environment).

Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa dan tidak rasa terpinggir. Ini bermakna murid yang mengalamai masalah pembelajaran dan dalam konteks ini adalah murid pemulihan tidak perlu diasingkan. Mereka boleh belajar di dalam kelas biasa dan guru pemulihan bertindak sebagai guru reso atau sumber. Murid pemulihan boleh merujuk kepada guru pemulihan sekiranya mereka menghadapi kesulitan semasa belajar di dalam kelas. Keberkesanan program ini bergantung kepada kerjasama antara guru kelas dan guru pemulihan, khusunya ketika merancang pengajaran dan menyelesaikan bersama jika ada masalah yang timbul. Terdapat dua jenis Pendidikan Inklusif. Separa Inklusif Inklusif Sepenuh Masa

Separa Inklusif Dalam kelas ini murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Waktu selebihnya murid mengikuti program di kelas khas. Guru Pendidikan Pemulihan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. Murid yang mengikuti program ini dikehendaki mengambil ujian mata pelajaran terlibat sama dengan murid biasa.

Inklusif Sepenuh Masa Bagi murid mengikuti inklusif sepenuh masa, mereka mengambil semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa. Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan Pemulihan Khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkah laku. Pelajar pemulihan / pendidikan khas yang layak dari segi pencapaian akademik boleh diberi peluang untuk mengambil peperiksaan UPSR/PMR/SPM dsb. Program Kelas Bercantum Program ini merupakan kelas yang diwujudkan kerana bilangan murid dalam tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang dan bilangan ini tidak mencukupi untuk membentuk sebuah kelas biasa. Ini biasa diamalkan di Sekolah Kurang Murid yang biasanya didapati di sekolah-sekolah di kawasan terpencil dan pedalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Kelas ini diwujudkan dengan mencantumkan dua atau tiga kumpulan murid yang terdiri daripada tahun persekolahan yang berbeza di dalam satu kelas. Sesebuah kelas bercantum

mungkin mengandungi murid-murid daripada dua atau tiga tahun persekolahan ( iaitu Tahun 1 dan Tahun 2 atau Tahun 1, 2 dan 3 ). Seorang guru akan dikehendaki mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan secara serentak. Sebagai contoh, sebuah kelas yang mencantumkan murid-murid Tahun 1 dan 2 adalah dalam lingkungan tujuh hingga lapan tahun. Percantuman murid-murid mengikut umur yang hampir sama dilakukan bagi memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pelajaran di dalam kelas bercantum.

Anda mungkin juga menyukai