Anda di halaman 1dari 8

Amali 3 Pengenalan kepada kaedah pencerapan kelakuan haiwan di lapangan.

Tempat Amali Bukit Malawati, Kuala Selangor.

Tarikh 27 April 2013

Matlamat 1. Mempelajari kaedah-kaedah mencerap kelakuan haiwan (kebanyakannya terhabituasi) di lapangan. 2. Menyenaraikan dan menghuraikan kelakuan-kelakuan haiwan yang dicerap. 3. Memahami kaedah-kaedah membuat pensampelan kelakuan.

Kaedah 1. Kelakuan haiwan Lutong kelabu, Trachypithecus cristatus dan kera, Macaca fascicularis dicerap dan kelakuannya dicatat. 2. Kelakuan yang terbanyak dipamerkan oleh primat tersebut dipilih untuk mengetahui kesignifikan dalam hidup. 3. Satu kumpulan primat yang terdiri daripada Lutong kelabu, Trachypithecus cristatus dan kera, Macaca fascicularis dipilih untuk dicerap. 4. Cerapan kelakuan primat tersebut menggunakan cara persampelan titik. 5. Bahagikan satu jam cerapan kepada beberapa sela (10 minit). 6. Setiap perbuatan yang sama dicatat sebagai skor yang berbeza (i.e. jika 10 kali memakan, skornya adalah 10 dan seterusnya).

Hasil

Pencerapan kelakuan primat dijalankan ke atas dua kumpulan primat yang berbeza iaitu Lutong Kelabu, Trachypithecus cristatus dan Kera, Macaca fascicularis. Kumpulan Lutong Kelabu dan kera ini diperhatikan berhampiran Meriam Sejarah, Bukit Malawati. Kira- kira 35- 40 individu Lutong Kelabu dan 15- 25 individu kera telah dicerap kelakuan. Setiap perbuatan yang sama dicatat sebagai skor yang berbeza (i.e. jika 10 kali memakan, skornya adalah 10 dan seterusnya). Jadual 1 dan Jadual 2 menunjukkan hasil pencerapan kelakuan dua kumpulan primat iaitu Lutong Kelabu, Trachypithecus cristatus dan Kera, Macaca fascicularis selama sejam dalam sela masa 10 minit.

Kelakuan Masa 12:10PM 12:20PM 12:30PM 12:40PM 12:50PM 1:00PM

Dandan 8 6 6 4 13 10

Makan 11 14 15 10 7 5

Mengawan 0 3 1 0 0 0

Rehat 4 7 5 3 6 3

Jadual 1: Kelakuan Lutong Kelabu, Trachypithecus cristatus

Kelakuan Masa 12:10PM 12:20PM 12:30PM 12:40PM 12:50PM 1:00PM

Dandan 5 0 3 0 1 1

Makan 9 19 18 23 13 13

Mengawan 1 1 0 0 2 0

Rehat 4 5 8 7 5 6

Jadual 2: Kelakuan Kera, Macaca fascicularis

Perbincangan

Lotong Kelabu, Trachypithecus cristatus Hasil cerapan pada 10 minit pertama mendapati kumpulan Lutong Kelabu melakukan tiga kelakuan iaitu medandan, memakan dan berehat. Kelakuan memakan dilihat semakin meningkat sehingga pada minit ke 30 (12.30PM) dengan jumlah skor tertinggi iaitu 15. Hal ini kerana kehadiran pengunjung yang ramai tidak melepaskan peluang untuk memberi makan kepada primat yang terdapat di situ terutamanya lutong ini. Selepas minit ke 30, aktiviti memakan oleh lutong semakin berkurangan sehingga ke minit terakhir cerapan (1.00PM). Pada cerapan terakhir ini, hanya lima skor kelakuan memakan yang dapat diperhatikan. Aktiviti rehat Lutong Kelabu menunjukkan skor yang hampir sama sepanjang pencerapan. Secara purata, lutong ini berehat sebanyak 4- 5 kali pada setiap sela 10 minit. Individu betina dewasa yang membawa anak kecil kelihatan kumpulan individu yang paling banyak berehat. Kumpulan lutong ini berehat di kawasan yang teduh seperti bawah pokok dan di atas dahan. Lutong yang sedang berehat hanya memerhatikan keadaan sekeliling tanpa melakukan aktiviti makan dan berdandan. Pada minit ke 20 pencerapan (12.20PM), aktiviti mengawan dapat dilihat sebanyak tiga kali oleh dua pasangan yang berbeza. Satu pasangan lutong ini melakukan aktiviti mengawan sebanyak dua kali, dan satu pasangan melakukan hanya sekali. Aktiviti mengawan ini dilakukan oleh Lutong Kelabu di bawah pokok yang berlainan. Pada minit ke 30 pencerapan (12.30PM), terdapat satu lagi kelakuan mengawan dilihat. Namun tidak dapat dipastikan individu yang sama mengawan atau yang lain. Di bawah adalah graf kelakuan Lutong Kelabu, Trachypithecus cristatus yang dicerap selama sejam pada sela masa 10 minit.

Kelakuan Lutong Kelabu


16 14 12 Kekerapan 10 8 6 4 2 0 12:10PM 12:20PM 12:30PM 12:40PM 12:50PM 1:00PM Masa dandan makan mengawan rehat

Graf 1;

Induk betina lutong celak putih (Trachypithecus obscurus) dan kebanyakan primat lainmenghabiskan masa lebih dari satu pertiga masanya untuk membersihkan dan mendandan ahli kumpulannya (Arnold & Barton 2001). Namun, hasil cerapan Lutong Kelabu, Trachypithecus cristatus di Bukit Malawati mendapati kelakuan memakan lebih banyak berbanding dengan kelakuan mendandan. Kehadiran pengunjung yang memberikan makanan menyebabkan lutong- lutong ini terhabituasi. Habituasi menyebabkan lutong yang pada mulanya takut dengan kedatangan pengunjung berubah menjadi kurang takut dan menghampiri manusia untuk mendapatkan makanan. Graf 2 juga menunjukkan apabila kelakuan memakan meningkat kelakuan mendandan berkurangan. Kehadiran pengunjung menjadi faktor pola utama bagi dua kelakuan lutong ini.

Kelakuan Lutong
16 14 12 Kekerapan 10 8 6 4 2 0 12:10PM 12:20PM 12:30PM 12:40PM 12:50PM Masa 1:00PM dandan makan

Graf 2: Perbandingan kelakuan makan dengan kelakuan berdandan Lutong Kelabu.

Kera, Macaca fascicularis Hasil cerapan kera adalah berbeza dengan Lutong Kelabu. Kera menunjukkan kelakuan memakan yang sangat dominan berbanding dengan kelakuan lain. Skor paling tinggi bagi kelakuan makan untuk kera adalah 23 yang dicerap pada sela minit ke 30 (12.30PM). Kehadiran pengunjung yang ramai tidak melepaskan peluang untuk memberi makan kepada primat. Antara makanan yang diberikan adalah kacang panjang, pisang muda, kekacang dan biskut. Apabila pengunjung berkurangan, kelakuan memakan turut berkurangan. Pola kelakuan rehat kera hampir sama dengan pola kelakuan rehat Lutong Kelabu. Kera akan berehat secara purata 5- 6 kali dalam sela 10 minit selama sejam. Hasil pemerhatian mendapati individu sub- dewasa kera lebih banyak berehat berbanding individu betina dewasa kumpulan Lutog Kelabu. Kebanyakan aktiviti rehat dalam kumpulan kera berlaku selepas aktiviti memakan. Kelakuan mengawan kumpulan kera dapat dilihat 4 kali sepanjang pencerapan. Pada sela minit ke 10 (12.10PM) dank e 20 (12.20PM), kelakuan mengawan hanya sekali bagi setiap sela. Individu kera yang sama melakukan kelakuan mengawan itu. Pada sela minit ke 50 (12.50PM), terdapat 2 kali kelakuan mengawan dapat dicerap. Seekor kera jantan dewasa mengawan dengan seekor kera betina yang membawa anak melakuakan 2 kali kelakauan mengawan secara berturut- turut. Graf 3 menunjukkan kelakuan Kera, Macaca fascicularis yang dicerap selama sejam pada sela masa 10 minit.

Kelakuan Kera
25 20 Kekerapan 15 10 5 0 12:10PM 12:20PM 12:30PM 12:40PM 12:50PM Masa 1:00PM dandan makan mengawan rehat

Graf 3: Kelakuan Kera, Macaca fascicularis

Kelakuan berdandan bagi kera di Bukit Malawati ini kurang berbanding dengan kelakuan berdandan Lutong Kelabu. Semasa pencerapan, kera dilihat bersifat solitary ketika menghampiri manusia untuk mendapatkan makanan berbeza dengan lutong yang berada dalam satu kumpulan. Selain itu, jumlah kera yang sedikit di kawasan cerapan mungkin menyebabkan kurangnya interaksi intraspesies kera tersebut. Skor tertinggi bagi kelakuan berdandan untuk kumpulan kera ialah 5 dan pada cerpan sela minit ke 20 (12.20PM), tiada aktiviti berdandan antara kera diperhatikan. Graf 4 menunjukkan tiada corak yang berkait antara aktiviti memakan dan berdandan. Hal ini jelas menunjukkan perbezaan ketara kelakuan makan antara kera dan Lutong Kelabu di kawasan cerapan.

Kelakuan Kera
25 20 Kekerapan 15 10 5 0 12:10PM 12:20PM 12:30PM 12:40PM 12:50PM 1:00PM Masa makan dandan

Graf 4: Perbandingan kelakuan makan dengan kelakuan berdandan.kera.

Hasil cerapan mendapati kelakuan makan merupakan kelakuan yang paling banyak dicerap. Kelakuan makan dalam kumpulan kera, Macaca fascicularis lebih tinggi berbanding jumlah skor kelakuan makan dalam kumpulan Lutong Kelabu, Trachypithecus cristatus. Diet antara dua kumpulan primat yang berbeza ini menjadi faktor kepada jumlah kelakuan makan yang telah direkodkan pada waktu pencerapan. Menurut Md-Zain, B. M. 2012, diet lutong kelabu merangkumi daun, bunga dan buah menepati peranannya sebagai penyebar biji benih di kawasan hutan apabila biji benih dan bahan kumuh dibuang ke lantai hutan. Manakala, kera adalah omnivor dan mengeksploitasi pelbagai jenis makanan berbeza yang mencerminkan kepelbagaian habitat mereka. Kumpulan kera ini memakan pelbagai jenis makanan seperti buah-buahan, bunga, serangga, daun, kulat, dan rumput. Ketika pencerapan dijalankan, terdapat kera yang membawa bungkusan makan yang dibuang oleh manusia di dalam tong sampah. Selain itu, kera terlibat dalam perilaku mencuri makanan daripada Lutong Kelabu. Graf 5 menunjukkan perbezaan kelakuan makan antara kumpulan Lutong Kelabu dan Kera di Bukit Malawati semasa pencerapan dilakuakan.

Kelakuan Makan
25 20 Kekerapan 15 10 5 0 12:10PM12:20PM12:30PM12:40PM12:50PM 1:00PM Masa Lutong Kelabu Kera

Graf 5:

Kesimpulan

Primat seperti manusia merupakan haiwan sosial yang mempunyai struktur oganisasi sosial, memperuntukkan masa untuk aktiviti harian, mempunyai tekanan hidup, peranan individu dalam komuniti dan sentiasa menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah (Md-Zain et al. 2010b; Md-Zain et al. 2011). Hasil cerapan di Bukit Malawati ini membuktikan primat mampu memperuntukkan masa untuk aktiviti harian. Selain itu, hasil cerapan mendapati sifat lutong yang segan, pemalu dan kebolehan bersembunyi dengan kehadiran manusia telah diadaptasi. Lutong Kelabu, T. cristatus di Bukit Melawati, Selangor telah berjaya menunjukkan keadaptasian dengan manusia yang telah berhabituasi dan hidup secara komensalisme dengan manusia (Harding 2010). Interaksi antara Lutong Kelabu dengan kera di Bukit Malawati ini menandakan komuniti yang stabil. Kestabilan sesuatu komuniti primat adalah bergantung kepada keupayaan beradaptasi kepada persekitaran tanpa peningkatan dari segi persaingan dan menghormati kumpulan interspesifik yang boleh saling wujud di dalam satu habitat yang bertindih (Lakim 2008).

Anda mungkin juga menyukai