Anda di halaman 1dari 10

PENCEMARAN DAN PEMBERSIHAN AIR

NAMA: NUR NAJIHAH BT MOHD AMIN TING : 2 IBNU RUSYD N. GURU: ZARINA BT SHAKIR

MAKSUD
PERSEKITARAN YANG DICEMARI OLEH KEGIATAN MANUSIA DAN ALAM SEMULA JADI.

PUNCA PENCEMARAN AIR


Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.

KESAN PENCEMARAN AIR


3. Menjejaskan sumber pendapatan nelayan - menyebabkan ikan berpindah habitat yang lebih selamat - tumpahan minyak menyebabkan segala peralatan nelayan rosak - meningkatkan kos pemulihan - misalnya, tumpahan minyak di Pengerang telah menjejaskan pendapatan nelayan di situ memandangkan sumber pendapatan utama penduduk sekitarnya bekerja sebagai nelayan 4. Menjejaskan kesihatan - sumber air bersih berkurangan - laporan Program Alam Sekitar Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan 1.4 ribu juta dari penduduk di muka bumi ini tidak dapat bekalan air bersih bagi menampung keperluan harian mereka - penyebaran bakteria, virus dan parasit melalui bahan buangan - penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut dan keracunan makanan meningkat - Pada tahun 2005, WHO memperkirakan sekitar 1.6 juta penduduk meninggal akibat air yang tidak bersih

PEMBERSIHAN AIR
Rawatan Air Rawatan air merupakan proses membuang bahan cemar daripada air mentah bagi menghasilkan air yang selamat untuk digunakan manusia dari segi kimia dan bakteriologikal. Air juga perlu diterima dari segi estetiknya, bebas dari kekeruhan yang nyata, bau dan warna yang tidak menyenangkan. Loji rawatankonvensional meliputi proses-proses berikut:

Penyaringan Pada permulaan, serpihan kayu, dedaun, tumbuhan akuatik dan bendasing yang terapung akan diasingkan melalui proses saringan. Selepas disaring, bahan terampai yang lebih padat akan dibuang dengan membenarkan air mengalir melalui kebuk yang mana ia akan mendap ke dasar

Anda mungkin juga menyukai