Anda di halaman 1dari 3

Di dalam pembelajaran terdapat pelbagai sumber termasuk sumber dari manusia dan bukan manusia.

Sumber-sumber manusia telah pun dibincangkan sebelum ini. Ia adalah merupakan sumber hidup yang boleh ditemubual dan boleh berinteraksi. Banyak maklumat yang boleh didapati dari sumber manusia.Selain dari sumber manusia, sumber bukan manusia seperti sumber semula jadi adalah merupakan sumber penting yang boleh dirujuk untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Sumber bukan manusia ini termasuklah sumber dari alam semulajadi seperti sungai, laut, bukit, gunung, paya dan seumpamanya. Matlamat pendidikan dari pembelajaran sumber alam semulajadi ini adalah untuk menyediakan kita agar menjadi seorang yang memahami alam sekeliling dan akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai ilmu terhadap persekitaran yang anda dialami.Cara yang terbaik untuk kita memahami persekitaran kita ialah dengan memperoleh pengalaman yang sebenar terhadap kehidupan di sekeliling kita. Bunyi , warna, bau, pergerakan, tenaga adalah merupakan sumber semulajadi yang dapat dijadikan rujukan dalam proses pembelajaran. 1.Bunyi Tanpa bunyi dunia akan menjadi sunyi dan sepi. Bunyi adalah merupakan satu fenomena fizikal yang merangsang deria pendengaran anda. Alat pendengaran yang ada di dalam diri kita akan bertindak balas apabila terdapat getaran yang berfekuensidi di antara 15 dan 20,000 hertz yang sampai ke telinga anda. Hertz adalah merupakan unit frekuensi yang bersamaan satu pusingan sesaat. Bunyi yang mempunyai frekuensi melebihi 20,000 hertz dipanggil ultrasonic. Bunyi adalah merupakan aspek penting untuk membantu kita belajar. Anda mungkin sukar menumpukan perhatian dalam pelajaran dalam keadaan bunyi yang terlalu bising. Tidak semua bunyi itu dapat menggangu konsentrasi belajar kita Bunyi-bunyi yang menyenangkan seperti bunyi lagu yang perlahan, bunyi deruan ombak laut, bunyi percikan air di sungai, bunyi kicauan burung dapat menambah damai suasana. Kedamaian ini boleh member ketanangan kepada hati dan jiwa manusia. Sebenarnya kita boleh memilih bunyi-bunyi mana yang kita perlukan untuk konsentrasi kita belajar dan membuat tugasan. Sekiranya terdapat bunyi bising di sesuatu tempat, kita

boleh beralih ke tempat lain yang lebih damai elemen pentinguntuk menarik perhatian audien kita. 2.Warna Apakah akan terjadi sekiranya dunia tempat kita huni ini tidak berwarna . Pokok , binatang, bukit-bukau, tanah, air, bangunan semuanya berwarna hitam ataupun putih. Sudah tentu kehidupan kita berlainan. Paling tidak hidup anda tidak akan ceria kerana nasi yang kita makan berwarna putih manakala lauk pula berwarna hitam. Syukurlah kehidupan kita dipenuhi dengan warna warni. Merah , biru dan hijau ialah warna asas. Warna sekunder diperoleh daripada mana-mana dua warna asas. Warna sekunder ialah warna kuning, magenta dan sian.Warna objek yang dilihat oleh mata kita bergantung kepada warna cahaya yang menyinari objek dan warna cahaya yang dipantulkan oleh objek itu, Sesuatu objek berwarna asas akan memantulkan warnanya sendiri dan menolak atau menyerap semua cahaya berwarna yang lain. Sesuatu objek berwarna sekunder akan memantulkan warnanya sendiri. Objek putih memantulkan semua cahaya berwarna yang menyinarinya. Pigman pula ialah bahan berwarna menyerap dan memantulkan warna cahaya tertentu.Pigmen diperoleh daripada bahan organik atau mineral. Pencampuran pigmen boleh menghasilkan pelbagai warna. Mencampurkan ketiga-tiga warna asas dalam kadar tertentu hampir semua warna dapat dihasilkan. Warna-warna yang digunakan menandakan makna-makna tertentu, menjadikan suasana lebih riang , ceria dan menarik. Warna juga digunakan dalam makanan untuk menjadikan makanan lebih menyelerakan.Warna juga digunakan secara meluas dalam barangan kosmetik. Warna juga mendatangkan mod tertentu kepada perasaan manusia.Warna sejuk mendatangkan ketenangan.Warna-warna panas melahirkan perasaan riang dan ceria. 3. Cahaya Cahaya ialah sejenis pancaran elektromagnetik sama jenis dengan haba radiasi, gelombang radio dan juga sinar-x.Cahaya merambat dalam sutu garis lurus. Penyerakan cahaya merupakan proses pemesongan atau pemantulan cahaya daripada perambutan yang asal oleh zarahzarah halus dalam atmosfera itu.Cahaya putih terdiri daripada tujuh juzuk warna. Setiap juzuk warna mempunyai kelajuan yang berlainan. Apabila

cahaya putih melalui sebuah prisma, setiap juzuk warna dibiaskan oeh prisma kaca pada suduy yang berbeza. Penyebaran cahaya merupakan penguraian cahaya putih kepada tujuh juzuk warnanya. Cahaya merah paling sedikit dibiaskan. Cahaya ungu paling banyak dibiaskan. Tanpa cahaya kita tidak akan dapat melihat warna. Warna dihasilkan oleh pencampuran pigmen melalui proses penolakan warna. 4.Bau Deria bau yang terdapat di dalam hidung anda sangat sensitive terhadap struktur kimia yang masuk ke dalam rongga hidung anda.Deria bau yang ada di dalam hidung anda boleh bertindak balas dengan hanya satu molekul.Kekuatan deria bau manusia akan menjadi lebih kuat sebelum seseorang itu mengambil makanan. Deria bau akan bertambah lemah sekiranya anda perokok, tubuh badan yang gemuk, pengambilan dadah atau arak dan penghidap kencing manis. Sekiranya fungsi deria bau anda gagal, maka kita tidak berupaya untuk menerima beberapa maklumat penting, selesa makan kita akan terbatas, kita tidak lagi dapat menikmati harumnya . 5.Tenaga Tenaga memainkan peranan yang penting untuk mambantu kita menjalankan aktiviti hidup pada zaman ini. Kebanyakan tenaga yang digunakan oleh kita dijanakan melalui pelbagai tindak balas kimia dan berasal daripada daripada sumber tenaga yang terhad dan tidak boleh diperbahurui. Tenaga nuclear akan menjadi satu sumber tenaga pilihan yang penting selain sumber alam semulajadi yang lain. Kegunaan nuclear yang utama ialah dalam menghasilkan tenaga elektrik. Penjanaan tenaga nuclear kepada tenaga elektrik bermula di reactor nuclear. Tenaga nuclear juga digunakan untuk menggerakkan kapal selam, kapal besar, satelit. Penggunaan tenaga secara berhemat membolehkan manusia terus menikmati kemudahan dan keselesaan hidup.

Anda mungkin juga menyukai