Anda di halaman 1dari 11

Penentangan Terhadap Penjajah

Sebab penentangan
Menuntut pengadilan akibat kehilangan kuasa di tempat sendiri. Menjaga dan memelihara kedaulatan Tidak bersetuju dengan penjajahan kuasa luar.

Sultan Mahmud Shah menentang Portugis


Portugis (1511) yg diketuai oleh Alfonso de Albuquerque menyerang & menawan Melaka.
Org Melaka & Sultan Mahmud Shah berjuang tetapi gagal Sultan & pengikut lari ke Pulau Bentan. Di sana, baginda beberapa kali menyerang tp gagal. 1524 Portugis menyerang kubu Sultan Mahmud Shah & baginda berundur ke Kampar, Sumatera. Penentangan diteruskan oleh Sultan Abdul Jalil Yang Ketiga, waris Sultan Melaka yg memerintah Johor.

Raja Haji menentang Belanda


Penentangan dilakukan oleh orang Selangor & Johor. Serangan dilakukan di Melaka & perairan Selat Melaka.
Sultan Ibrahim

mengetuai org Johor menentang & membakar rumah org Belanda. Yamtuan Muda Johor mengetuai org Johor menyerang kapal-kapal Belanda di Selat Melaka.

Raja Haji

Akhir

Raja Haji terkorban dalam pertempuran dgn Belanda.

Dato Maharaja Lela menentang British


Nama sebenar Pandak Adam. Orang Besar Berlapan Perak & tinggal di Pasir Salak, Perak. tidak berpuas hati dgn tindakan J.W.W. Birch (Residen British) yg menghalang pembesar tempatan memungut cukai. Beliau menuduh Birch cuba campur tangan dlm adat Melayu & agama Islam.

Bunuh Birch sewaktu Residen British itu mandi di sungai.

1875
Seputum telah membunuh J.W.W. Birch.

Dato Maharaja Lela ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Matang.

merancang

1877

Rentap menentang British


Ketua kaum Iban di Ulu Skang. Kedatangan James Brooke memecahbelahkan masyarakat Iban.
1853 Rentap menyerang kubu Brooke di Sungai Skang.

Pertempuran berlaku di Bukit Sadok & Sadok berjaya ditawan oleh British. Rentap melarikan diri ke kawasan pendalaman & meninggal dunia beberapa tahun kemudian.

Mat Salleh menentang British


Berketurunan Sulu dan Bajau. Menentang kerana British melakukan penindasan terhadap penduduk tempatan. Cukai dikenakan sgt tinggi & Mat Salleh tidak suka campur tangan British di kawasannya.

1897

Menyerang Inggeris di Pulau Gaya British membalas dgn memusnahkan kampung Mat Salleh.

Berdamai

Mat Salleh dibenarkan mentadbir kawasan Tambunan. Mat Salleh tidak berpuas hati British mungkir janji. Mat Salleh berperang lagi dgn British Mat Salleh terbunuh dalam pertempuran dgn British pada 31 Januari 1900.

1900

Anggota Force 136 menentang Jepun


British membentuk Force 136 setelah tewas kepada Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Pasukan ini ditubuhkan untuk menetang Jepun di Tanah Melayu. Force 136 mempunyai markas di Sri Langka & India. Mereka bertanggungjawab menaikkan semangat penduduk Tanah Melayu menentang Jepun. Sukarelawan tempatan diberi latihan dan senjata untuk menentang Jepun.

Jawab soalan-soalan berikut.


1. Berikan nama pahlawan-pahlawan yang menentang penjajah di Tanah melayu. 2. Siapakah pahlawan yang menentang Belanda di Johor? 3. Dari manakah serangan terhadap Belanda dilakukan oleh Raja Haji? 4. Siapakah orang suruhan Dato Maharaja Lela? 5. Mengapakah serangan yang dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah ke atas Portugis gagal? 6. Siapakah Rentap? 7. Mat Salleh dibenarkan menakluk kawasan _________ oleh British, sebelum British mungkir janji. 8. ______________di tubuhkan oleh British untuk menentang Jepun. Mereka mempunyai markas lain di _________dan _________. 9. Siapakah anggota Force 136?

Anda mungkin juga menyukai