Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKSI Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru

dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka (Gargiulo, R.M. 2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan PPI di kalangan murid-murid berkeperluan khas, maka satu garis panduan yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan program tersebut.

Cadangan/garis panduan ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid berkeperluan khas. Kejayaan pelaksanaan program yang bakal dijalankan di sekolah ini adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita dapat meningkatkan murid-murid berkeperluan khas ini dari satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada Negara di mana mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.

PENAMBAH BAIKKAN

1. Mengikut Program Pendidikan Inklusif, kanak-kanak istimewa, sama ada cacat atau pintarcerdas, adalah ditempatkan dalam kelas biasa mengikut umur seperti kanak-kanak normal. Ini bermakna guru biasa hendaklah juga mengajar mereka bersama dengan kanak-kanak normal. Dalam keadaan ini, kanak-kanak istimewa pula terpaksa mengikuti pendidikan kurikulum biasa bersama dengan kanak-kanak normal. Bagi sekolah yang belum sempat

melaksanakan program Pendidikan Khas, guru biasanya gunakan kaedah kumpulan untuk menguruskan aktiviti pemulihan bagi kanak-kanak lambat (slow learners) kerana kecacatan bidang tertentu, dan menguruskan aktiviti pengayaan bagi kanak-kanak pintar-cerdas.

2. Bagi sekolah yang dapat peluang melaksanakan program Pendidikan Khas kerana diperuntukkan guru pendidikan khas atau guru resos serta kemudahan-kemudahan yang sesuai dan lengkap, guru biasa akan bekerjasama dengan guru resos itu dengan menjalankan aktiviti pengajaran khas untuk kanak-kanak istimewa mereka.

3. Untuk menjayakan program pendidikan khas, guru biasa hendaklah mengajar secara kolaboratif dan koperatif dengan guru resos, berusaha bersama-sama menyediakan inventori untuk mengenal pasti kanak-kanak istimewa, merancang program pengajaran, menyediakan alat-alat bantu mengajar, menentukan strategi, kaedah dan teknik mengajar, serta isi pelajaran dan penilaian.