Anda di halaman 1dari 3

Teori tingkah laku juga dikenali sebagai teori behaviorisme.

Teori ini memberi perhatian dan mengkaji tingkah laku manusia, kerana tingkah laku manusia boleh di lihat dan diukur. Pada asasnya teori ini melihat tingkah laku manusia sebagai tindakan kepada rangsangan (Stimulus to response). Teori ini juga menekankan pentingnya pengukuhan (reinforcement) menerusi ganjaran atau insentif untuk merangsang dan mempengaruhi apa dan bagaimana manusia melakukan sesuatu, termasuk bagaimana murid belajar.

Menurut teori behavioristik belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman (Gage, Berliner, 1984) Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon (Slavin, 2000). Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah input yang berupa stimulus dan output yang berupa respon. Stimulus adalah apa saja yang diberikan guru kepada siswa, sedangkan respon berupa reaksi atau tanggapan siswa terhadap stimulus yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang terjadi antara stimulus dan respon tidak penting untuk diperhatikan kerana tidak dapat diamati dan tidak dapat diukur. Yang dapat diamati adalah stimulus dan respon, oleh karena itu apa yang diberikan oleh guru (stimulus) dan apa yang diterima oleh siswa (respon) harus dapat diamati dan diukur. Teori ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut.

Antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan teori pembelajaran ialah Ivan P.Pavlov, J.B. Watson, Edward L.Thorndike dan B.F. Skinner. Menurut ahli-ahli psikologi Behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan kekal yang berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan oleh latihan atau pengalaman. Aliran Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal.Teori pengajaran tingkahlaku (behaviorisme ) ini sangat dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini. Teori Pembelajaran Behaviorisme terbahagi kepada 4 iaitu Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman Klasik Watson, Teori Edward L.Thorndike dan Teori Pelaziman Operan Skinner.

Teori Pelaziman Klasik dikaitkan dengan seorang ahli sains Rusia, Ivan P. Pavlov. Beliau menggunakan anjing untuk mengkaji sistem pencernaannya selepas diberi makanan dan akhirnya menemui Teori Pelaziman Klasik. Beliau menjalankan eksperimennya dengan menggunakan seekor anjing dan mengkaji perkaitan rembesan air liur dengan proses pelaziman. Pavlov telah mendapati bahawa rembesan air liur dan jus gastrik anjing bukan sahaja ditambah semasa makanan di dalam mulutnya, tetapi juga apabila makanan yang dikesannya. Fenomena rembesan air liur dan jus gastrik adalah sesuatu jenis gerak balas yang tidak perlu dipelajari yang dinamakan gerak balas tak terlazim. Tetapi fenomena rembesan air liur yang berlaku semasa makanan dikesannya adalah sesuatu yang dipelajari yang di panggil gerak balas terlazim. Manakala makanan yang dikesannya adalah dipanggil sebagai rangsangan terlazim. Bagi mengesahkan fenomena tersebut, Pavlov menggunakan cahaya lampu dan bunyi loceng sebagai ransangan terlazim. Hasilnya mendapati bahawa, anjing akan melelehkan air liurnya apabila loceng dibunyikan.

Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah sebarang tingkah laku yang timbul akibat ransangan. Ransangan adalah sebarang bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya apabila anda duduk di atas kerusi dalam bilik doktor gigi, anda menggetar ketakutan walaupun ubat bius dapat menghilangkan kesakitan anda. Ini disebabkan anda mengaitkan kerusi tersebut dengan pengalaman sakit dalam peristiwa cabut gigi sebelum ini. Pembelajaran yang mengaitkan kerusi doktor gigi dengan kesakitan dikenali sebagai "pelaziman klasik". Pembelajaran begini juga kadangkala disebut " Pavlovian Conditioning" (Poediger et. al. 1996sm. 225)

Watson dan Rayner pula telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia boleh dilazimkan secara pelaziman klasik. Beliau telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak lelaki bernama Albert berusia 11 bulan dan seekor tikus putih. Pada mulanya, Albert tidak menunjukkan perasaan takut apabila ditunjukkan dengan seekor tikus putih. Tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan apabila Albert mahu mencapai tikus putih tersebut, Albert menjadi takut dan mengangis. Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan

ransangan dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan. Sungguhpun begitu, kajian Watson telah dikritik kerana dianggap telah melanggar etika.

Anda mungkin juga menyukai