Anda di halaman 1dari 7

7.

0 REKOD PENJAGAAN BULANAN


7.1 Penjagaan Bulanan Penjagaan bulanan ikan hiasan dalam akuarium ialah penjagaan yang mudah. Penjagaan bulanan termasukkan mengganti air di dalam akuarium sekurangkurangnya dua minggu sekali, membuang tumbuhan hidup yang rosak,

membersihkan akuarium dan mencampurkan antiklorin dalam air selepas air diganti.

PERKARA Gentian Air Tumbuhan Rosak

Kebersihan Akuarium

Anti Klorin

Air hendaklah diganti sekurangkurangnya 2 minggu sekali. Tumbuhan akuatik yang panjang dan rosak hendaklah dicantas dan dibuang. Bahagian tangki akurium dan aksesori hendaklah dibersihkan dan segala kotoran disiphonkan. Air yang diganti hendaklah dicampurkan dengan sedikit anti klorin.

7.1.1 Menyediakan Dan Menghias Akuarium a) Kecantikan dan keindahan sesebuah akuarium terletak pada kreativiti dan keupayaan pemilik untuk menghias akuarium tersebut. b) Aktiviti menyediakan sebuah akuarium memerlukan bahan-bahan seperti tangki, cabinet, kaki akuarium dan lampu akuarium. c) Bahan-bahan hiasan pula adalah seperti tunggul kayu, batu, pasir sungai, pasir halus dan pelbagai tumbuhan akuatik hidup.

7.1.2 Langkah-Langkah Menyediakan Akuarium Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium, langkahlangkah berikut perlu diikuti: i. Bersihkan bekas terlebih dahulu.

ii.

Pasangkan penapis.

iii.

Masukkan pasir.

iv. v. vi. vii.

Masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas. Masukkan aksesori yang dikehendaki. Masukkan tumbuhan hiasan Masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya.

viii. ix.

Pasang dan hidupkan pam dan biarkan selama 2 jam Masukkan ikan hiasan.

7.1.3 Memasukkan Ikan Hiasan Ke Dalam Akuarium a) Setelah menyediakan dan menghias akuarium, bolehlah memasukkan ikan hiasan yang telah dikenalpasti kedalam akuarium tersebut. b) Langkah-langkah untuk memasukkan ikan hiasan kedalam akurium adalah seperti berikut: i. ii. Letakkan bekas plastik yang berisi ikan kedalam akuarium. Biarkan bekas plastic itu selam 20 hingga 30 minit. Langkah ini bertujuan untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastic itu dengan suhu air di dalam akuarium. iii. iv. Masukkan sedikit air dari dalam akuarium kedalam beg plastik. Selepas 30 minit, buka bekas plastik yang berisi ikan hiasan itu dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama-sama air dari dalam plastik. 7.1.4 Pengurusan Akuarium Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas atau akurium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut: a) Sistem Pengudaraan Bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air.

b) Sistem Penapisan Air Terdapat banyak system penapis yang digunakan. Biasanya pemelihara yang baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah didapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis under gravel filter kerana air lambat kotor. Penapis yang baik ialah jenis biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan.

c) Perawatan Air Air yang digunakan terutama air dari system perpaipan di Negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat digunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu diamalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasa bagi mebunuh bakteria.

d) Aksesori Kebiasaannya penternak ikan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya merbahaya kepada ikan hiasan. e) Batu Batan Dasar Pemilihan batu juga perlu dititik beratkan kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang diwarnkan supaya Nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan warna batu tidak luntur dan tidak merbahaya kepada ikan hiasan. f) Hiasan Dalam Akuarium Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang disedikan hendaklah member ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu habitatnya.

7.1.5 Rekod Penjagaan Bulanan

AKTIVITI BULAN Membeli Makanan

JANUARI

FEBRUARI

MAC

APRIL

MEI

JUN

Menganti air

Membuang tumbuhan hidup yang mati Meletakkan anti klorin

Kebersihan akuarium Mengawal suhu dan pH air.