Anda di halaman 1dari 16

TRAGEDI PEMBUNUHAN PEMIMPIN HAMAS

AS-SYAHID SYEIKH AHMAN YASIN


PADA 22 MAC 2004, 5.15am
Rintihan Syeikh Ahmad Yassin
Pemimpin HAMAS Palestin

“Tidakkah kalian lihat wahai


bangsa Arab, sudah sampai ke
tahap mana keadaan ini?
Sesungguhnya aku, seorang tua
yang lemah, tidak mampu
memegang pena dan menyandang
senjata dengan tanganku yang
sudah mati (lumpuh). Aku bukan
seorang penceramah yang lantang
yang mampu menggegarkan semua
tempat dengan suaraku (yang
perlahan ini).
Rintihan Syeikh Ahmad Yassin
Pemimpin HAMAS Palestin

“Aku tidak mampu untuk ke mana-


mana tempat untuk memenuhi
hajatku kecuali jika mereka
menggerakkan (kerusi roda) ku.

Aku, yang sudah beruban putih dan


berada di penghujung usia. Aku,
yang diserang pelbagai penyakit
dan ditimpa bermacam-macam
penderitaan.”
Syeikh Ahmad Yassin… semasa hayatnya
…uzur… tapi masih terus berjuang
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED
DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL
Semasa kejadian, Syeikh
Ahmed Yassin, ketua dan
pengasas Hamas berada di
masjid Akademi Islam yang
dibinanya di Gaza selepas
solat Subuh semalam (22
Mac 2004) tiba-tiba Israel
menyerangnya dengan 3
peluru berpandu, Serpihan
badan dan darah
berhamburan di segenap
penjuru kawasan.
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED
DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL

…salah satunya
jatuh tepat ke atas
beliau (As-Syaheed)
sehingga beliau
menemui syahadah
bersama ramai lagi
yang lain termasuk
dua orang pembantu
beliau yang menolak
kerusi rodanya.
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED
DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL

Di tengah jalan antara


rumah Syeikh Yassin
dan masjid Akademi
Islam kira-kira
beberapa ratus meter
jaraknya, darah
kelihatan di merata
tempat dan cebisan-
cebisan daging
manusia melitupi
dinding sebuah rumah
dua tingkat di timur
jalan.
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED
DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL

Pihak ambulan dan


penduduk tempatan
sama-sama tolong
mengutip dan
mengumpulkan cebisan
anggota tubuh manusia
di jalanan dan
bumbung beberapa
buah rumah
berhampiran.
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED
DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL

Saksi yang tinggal


berhampirtan masjid itu
memberitahu : "Aku
tercari-cari di mana Syeikh
Yassin selepas peluru
berpandu pertama jatuh....
(saya nampak) dia (Syeikh
Yassin) terduduk di atas
tanah dan kerusinya
hancur....orang ramai
tergesa-gesa ke kanan dan
ke kiri. Kemudian, selepas
itu jatuh 2 peluru berpandu
yang lain."
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED
DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL

Saksi yang lain berkata :


"Tatkala peluru
berpandu pertama
dilepaskan ke arah
Syeikh Yassin, saya
melihat beliau bersama 2
pengapitnya (pembantu),
apabila peluru kedua
jatuh, saya lihat Syeikh
Yassin bertukar menjadi
cebisan-cebisan daging
yang berterbangan di
udara."
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED
DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL

"Saya lihat 3 helikopter


berlegar-legar di udara
selepas ketiga-tiga peluru
berpandu itu, saya bersama
orang ramai segera untuk
menolong Syeikh dan mangsa
yang cedera, akan tetapi ia
telah bertukar menjadi
cebisan-cebisan daging. Saya
nampak mukanya, peluru
berpandu mengena kepala
beliau menyebabkan otaknya
terhambur keluar ke atas
tanah...saya menangis.... "
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED
DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL

Salah seorang pekerja


hospital As-Syifaa yang
memindahkan mayat
As-Syaheed berkata :
"Tidak tinggal satu
pun dari jasadnya
kecuali kepalanya."
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED
DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL

Berpuluh-puluh ribu
rakyat Palestin
(kebanyakan mereka
dalam keadaan
menangis) keluar ke
jalan-jalan raya
bandar Gaza.
Berdas-das
tembakan dilepaskan
ke udara.
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED
DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL
Salah seorang jemaah
sembahyang berkata,
Syeikh Yassin
sememangnya
mendambakan mati
syahid (syahadah), dan
beliau benar-benar telah
mencapainya. "Beliau
pernah berkata kepada
saya - Saya tidak takut
mati syahid, bahkan saya
sukakan mati syahid,
ketika mereka inginkan
daku, mereka boleh
mendapatkanku di
kerusi rodaku, saya tidak
bersembunyi."
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED
DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL

Syed QutbPESANAN TERAKHIR


Saudara,
Seandainya kautangisi kematianku
dan kausirami pusaraku dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku yang hancur
luluh
nyalakanlah obor buat umat ini
teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya.
Kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih yang sedang
merinduiku
Bahagialah hidupku di alam syurga
biarlah rohku terbang mendapatkan
rindunya
janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar.
(Ditulis beberapa ketika sebelum menemui syahid
pada tahun 1966.)
Disediakan oleh:

Mohd Fariiqul Amin b. Mohd Rosli
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)

;

Anda mungkin juga menyukai