Anda di halaman 1dari 17

TUGASAN 1: PENENTUAN ARAH QIBLAT

MUHAMAD HELMI BIN LAILY

a) HURAIKAN SEJARAH PENENTUAN ARAH QIBLAT

Penentuan arah kiblat pada awal Islam tidak menimbulkan masalah kerana Rasulullah SAW ada bersama-sama sahabat dan baginda sendiri yang menunjukkan arah kiblat apabila berada di luar kota Makkah. Walaubagaimanapun, apabila para sahabat mula mengembara untuk mengembangkan Islam, kaedah menentukan arah kiblat menjadi semakin rumit, kiblat berdasarkan ijtihad para sahabat Rasulullah yang dikenali kiblah al-sahabah

B) BILAKAH QIBLAT UMAT ISLAM BERTUKAR DARIPADA MASJID :AL-AQSA KEPADA MASJID AL-HARAM?

Pada mulanya, kiblat mengarah ke Baitul maqdis, namun pada tahun 624M, diubah ke Kaabah dan kekal sehingga hari ini. Pada 15 Rejab tahun ke-2 hijrah bersamaan 12 Januari 624 Masihi pada hari Khamis iaitu ketika Nabi sedang mengimami solat Zuhur. 2 rakaat awal solat tersebut menghadap ke arah baitul maqdis dan 2 rakaat seterusnya menghadap baitullah

C) NYATAKAN DALIL AL-QURAN YANG MENJELASKAN TENTANG PERPINDAHAN QIBLAT TERSEBUT

Surah Al-Baqarah :144

Maksudnya : Kerap kali kami melihat engkau (Muhammad) berulang-ulang mengadah mukamu ke langit, maka sungguh kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.

D) NYATAKAN BEBERAPA KAEDAH PENENTUAN ARAH QIBLAT

Menggunakan kompas menggunakan buruj-buruj bintang Fenomena istiwa matahari atas kaabah

Menggunakan kompas
Penandaan arah kiblat menggunakan kompas banyak diamalkan masyarakat Islam masa kini Arah yang ditunjukkan kompas adalah arah yang merujuk kepada utara magnet. Kompas digunakan sebagai alat alternatif untuk menentukan arah kiblat

Menggunakan buruj-buruj bintang


Buruj yang dijadikan panduan ialah buruj Orion (Al-Babadur). Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka, al-Nilam, dan al-Nitak akan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi pada waktu tengah malam bulan Disember. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang tiga berderetan berkenaan ke arah Barat.

Istiwa
Arah kiblat yang tepat diketahui apabila berlaku istiwa matahari atas kaabah Peristiwa ini berlaku 2 kali setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan.

E) HURAIKAN SEBAB-SEBAB MENGAPA UMAT ISLAM SOLAT MENGHADAP KAABAH

1) Perintah Allah - Lambang kesatuan ummah - Manifestasi ketaatan kepada Allah

2) Antara syarat-syarat sah solat - Salah satu syarat : menghadap arah kiblat. Jika solat tanpa menghadap ke arah kiblat, solat itu tidak sah.

3) Asal- usul - Inilah indahnya agama Islam, agama yang diredhai Allah dan setiap ibadah ada disiplin, rukun dan syarat bagi memastikan ibadah diterima Allah - Agama Islam bukan hanya pada nama, tetapi agama yang mengatur dan mendidik umatnya sentiasa berada di landasan yang betul lebih-lebih lagi perkara berkaitan ibadah - Memang tidak dinafikan Allah tidak bertempat,namun tidak bermaksud kita boleh menghadap mana-mana arah.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai