Anda di halaman 1dari 10

Tarannum hijaz Taktif Hijaz adalah nama bagi suatu kawasan meliputi beberapa daerah di negara Arab Saudi.

Iaitu termasuk kota mekah dan madinah. Dinamakan tarannum ini sebagai Hijaz kerana tarannum hijaz ini berasal dari Negara Arab. Dalam istilah ilmu tarannum ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan tarannum yang telah dipelopuri dan dipopularkan oleh Qari-qari Hijazi mengikut budaya bangsanya yang tinggal di kawasan yang padang pasir tandus, berbukit-bukau dengan batu pejalnya.

Sejarah perkembangan dan latar belakang tarannum hijaz

Tarannum hijaz telah berkembang ke seluruh dunia dan dipelajari oleh setiap Qari dan Qariah daripada pelbagai negara. Tarannum hijaz ini Seperti tarannum-tarannum yang lain, yang mengalami pengubahsuaian oleh pakar-pakar tarannum Mesir pada suatu ketika dahulu mengikut budaya bangsa yang hidup dikawasan lembah nil yang begitu subur menghujau .tarannum hijaz berlahjah misri ini adalah lebih lembut dan lebih menarik dan sesuai dengan kelembutan lungah al-quran.

Tarannum hijaz ini mula tersebar Di Malaysia dan boleh dikatakan mula dipopular sejak Musabaqah Tilawah al-Quran diperkenalkan. Tarannum hijaz dimulai oleh tokoh-tokoh tarannum yang hebat ketika itu seperti Allahyarham Masom Pergau dari Kelantan, Allahyarham Ismail Hasyim dari Kedah dan lain-lain. Tokoh-tokoh hebat tarannum ini masing-masing mempunyai cara yang berlainan dalam melagukan lagu Hijaz ini dan lagu-lagu lain. Kemudiannya ia diwarisi oleh murid-murid mereka dari generasi ke generasi selepas mereka sehinggalah ke generasi yang ada pada waktu ini.

Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan oleh saya, para Qari dan Qariah di Malaysia amat menggemari tarannum hijaz, terutamanya kepada mereka yang memiliki suara yang tinggi dan lantang. Boleh dikatakan setiap kali mereka memperdengarkan

bacaan al- Quran secara bertarannum, maka setiap kali itulah mereka tidak akan ketinggalan untuk melagukan tarannum Hijaz sebagai salah satu lagu daripada susunan beberapa lagu lain yang mereka susun.

Sifat-sifat Tarannum Hijaz


Secara umumnya, tarannum Hijaz dikenali sebagai sebuah lagu yang mempunyai gerak yang ringkas dan tegas. Tarannum ini biasanya sesuai dibawa oleh qari dan qariah pada nada nawa, jawab dan jawabul jawab. Pergerakan lagu dalam tarannum hijaz ini tidak begitu kompleks dan fleksibel seperti tarannum-tarannum lain, akan tetapi tarannum ini tetap mampu memberi kesan yang mendalam terhadap para pendengar setanding dengan tarannum-tarannum lain. Oleh kerana sebahagian daripada keseluruhan gerakan harakat tarannum Hijaz ini berada di tahap suara jawab, maka tarannum hijaz ini memerlukan kelantangan suara qari dan qariah untuk

merealisasikannya dengan berkesan.

Justeru, tarannum ini amat sesuai dengan para Qari dan Qariah yang mempunyai suara yang lantang dan tinggi. Jika tidak, berkemungkinan pembawaan lagu ini akan menjadi sedikit hambar kerana Qari ataupun Qariah yang membawa lagu ini tidak mampu mencapai tahap jawab dan jawabul jawab yang merupakan tahap kemuncak dalam lagu ini. Di bawah terdapat rajah yang memaparkan beberapa sifat-sifat yang ada di dalam tarannum hijaz.

Gerak lambat tapi berkesan.

Ketegasan pendorong semangat. Kelincahan menghidupkan persembahan. Sesuai dengan mana-mana tobaqot. Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.

Peranan Tarannum Hijaz


Tarannum Hijaz mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam sesebuah bacaan. Secara umumnya, ia juga seperti tarannum-tarannum lain yang memainkan peranan untuk menghidupkan sesuatu bacaan serta memberi kesan yang mendalam terhadap pendengar. Namun, ia tidak terhenti di situ sahaja, bahkan tarannum Hijaz mempunyai peranan-peranan lain seperti yang dinyatakan dalam Rajah di bawah seterusnya.

Memberi semangat kepada persembahan. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar. Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya. Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

Tarannum nahawand takrif dari sudut bahasa mendapati bahawa perkataan Nahawand adalah nama bagi tempat yang terletak di daerah Hamadan, Parsi.Manakala dari sudut istilahnya pula, Nahawand bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari daerah tersebut mengikut citarasa dan sosiobudayanya yang tersendiri. Maka tarannum nahawand ini berasal dari parsi, tetapi tarannum nahawand yang kita hayati dan pelajari pada masa kini adalah hasil dari ubah suai oleh qari mesir mengikut citarasa budaya mereka.

sejarah perkembangan dan latar belakang tarannum nahawand

Menurut sejarah, Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah Hamadan yang terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran. Sebenarnya daerah Hamadan adalah sebuah kota yang sangat popular suatu ketika dahulu di mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal dalam bidang perubatan iaitu al-Qanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan, iaitu Ibnu Sina atau nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Husayn bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina.

Sebagaimana berlaku perubahan dan pengubahsuaian terhadap beberapa tarannum seperti Husayni dan Kurdi, tarannum Nahawand juga tidak terlepas daripada perubahan ini. Perkara ini berlaku hasil daripada pengubahsuaian para Qurra dari Mesir yang mengubahnya mengikut selera budaya mereka. Walau bagaimanapun identiti asal alunan rentak irama Nahawand masih lagi dikekalkan.

Sebagaimana keadaannya dengan tarannum yang diwaslahkan dengan Bayyati,

tarannum Nahawand juga tidak terkecuali daripada berlakunya susunan yang mempunyai dua tempat yang bersambung pada satu tempat. Dalam erti kata lain, mana-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir sama dengan bacaan Nahawand seperti bacaan `Ajam, Rast, Kurdi dan `Iraqi. Jelasnya, jika berlaku:

(a) Ketegangan pada persembahan, maka ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum Kurdi atau `Iraqi. (b) Kelemahan pada persembahan, maka ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum `Ajam atau Rast. Tinjauan dari sudut bahasa menunjukkan bahawa perkataan `Ajam adalah berasal dari bahasa Arab yang bermaksud diam, senyap atau individu yang bukan dari kelompok bahasa sesuatu bangsa, kaum atau puak. Ia juga merujuk kepada dua pengertian utama dalam bahasa Arab iaitu mereka yang terdiri daripada bukan bangsa Arab dan bangsa Parsi. Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, Ajam atau Ajami bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Hijaz (Makkah) dengan sedikit pengubahsuaian mengikut suasana budayanya. Kini, tarannum ini dipopularkan oleh kebanyakan Qurra dari Mesir. Namun identiti asalnya (`Ajam iaitu suatu tempat yang terletak di Parsi) masih lagi dikekalkan. Tarannum Nawa Asar dan `Ushshaq juga mempunyai angin yang hampir sama dengan bacaan Nahawand.

Sifat-sifat alunan tarannum nahawand:

1. Mempunyai pergerakan yang lambat dan berkesan. 2. Mempunyai penyesuaian dengan thobaqah yang tinggi. 3. Mempunyai unsur-unsur yang kehangatan yang menyemarakan.

4. Mempunyai unsur-unsur ketegasan yang menyakinkan.

Peranan Nahawand: Setiap tarannum mempunyai misi dan visinya yang tersendiri dalam mewarnai kepelbagaian kaedah penghayatan menghayati isi kandungan al-Quran. Jelasnya, kepentingan mengetahui peranan tarannum Nahawand akan menerangkan dan memberi gambaran jelas serta panduan berhubung dengan hala tuju dalam sesuatu persembahan bacaan al-Quran. Di antara peranan dan tugasan tarannum Nahawand adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah berikut.

1. Menghangatkan persembahan bacaan. 2. menyemarakan jiwa pembaca dan pendengar. 3. Menegaskan mesej ayat yang dibaca. 4. Memantapkan kefasihan sebutan huruf-huruf al-Quran

SEJARAH TARANNUM SIKAH Definisi Sikah dan Sejarah Perkembangannya

Tarannum Sikah adalah sebuah lagu yang berasal dari negara Parsi. Tarannum sikah telah diubahsuai dan oleh diterima pakai oleh pakar-pakar tarannum al-Quran dari Negara Hijazi dan dipopularkan kepada seluruh Qari di segenap pelusuk dunia ini mengikut lahjah Arab Hijazi bermula dari kurun ketujuh sehingga kurun kesembilan belas Masihi. Sehingga kini, tarannum sikah telah dipopularkan semula oleh para Qari Mesir yang dikenali dengan nama Sikah Misri, di mana bentuk dan alunannya lebih lembut dan lebih bersopan seperti yang kita hayati sekarang

Sifat-sifat Tarannum Sikah

Tarannum Sikah adalah sebuah tarannum yang unik. Gerakannya yang nampak ringan dan bersahaja membuatkan ia berbeza daripada tarannum-tarannum lain dari sudut bentuk lagunya. Tarannum sikah amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang menceritakan tentang kerohanian, kisah-kisah nabi atau sesuatu kaum di dalam alQuran, hari kiamat dan sebagainya. Di antara Qari-qari Mesir kontemporari yang masyhur dan sering menggunakan tarannum ini dalam bacaan berlagu mereka ialah Syeikh Saad al-Ghamidi . bacaannya sering dikumandangkan oleh rakyat Malaysia dan sering juga menggunakan tarannum ini dalam bacaan murattalnya. Di bawah terdapat beberapa ciri-ciri yang berkaitan dengan tarannum Sikah. Gerak lambat meyakinkan.

Kelembutan menusuk kalbu. Berciri kesedihan dan kerintihan. Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya. Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Peranan Tarannum Sikah Tarannum Sikah mempunyai peranannya yang tersendiri dalam sesebuah persembahan. Di antara peranan-peranan tersebut dapat kita lihat dalam Rajah dibawah adalah: Melembutkan persembahan. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar. Membawa kekhusukan dan keinsafan. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

Tarannum jiharkah

Definisi Jiharkah dan Sejarah Perkembangannya

Tarannum Jiharkah adalah sebuah lagu yang berasal dari Parsi. Ia telah diterima pakai sebagai tarannum al-Quran oleh para Qari Hijazi dan telah melalui fasa pengubahsuaian mengikut kesesuaian dalam pembacaan al-Quran. Kini, Tarannum Jiharkah telah dipopularkan oleh para Qari Mesir mengikut kesesuaian budaya mereka.

Tarannum Jiharkah adalah satu seni alunan bacaan al-Quran bagi menunjukkan kehebatan al-Quran secara halus. Walaupun ia telah melalui fasa perubahan, namun pada hakikatnya keaslian seni lagu tarannum ini masih kekal.dalam tarannum jiharkah ini, Malaysia tidak ketinggalan dalam menerima pengaruh lagu ini sehinggakan tarannum jiharkah turut diaplikasikan di dalam laungan takbir Hari Raya. Namun, menurut pemerhatian yang dijalankan ke atas bacaan para peserta tilawah al-Quran di semua peringkat di Malaysia, didapati bahawa lagu yang paling jarang dibawa oleh mereka adalah Jiharkah.

Sifat-sifat Tarannum Jiharkah Tarannum Jiharkah amat dikenali dengan sifat yang mendayu-dayu dan merintih serta sedih. Oleh itu, ia amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang menceritakan tentang hari kiamat, rintihan atau doa. Ia juga sesuai pada ayat-ayat yang bersifat dalaman

ataupun ruhaniah dan aqidah. Rajah dibawah berikut menunjukkan sifat-sifat umum tarannum Jiharkah. Gerak ringan yang berkesan. Kelembutan menusuk kalbu. Harmoni. Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya. Sesuai dengan tobaqot sederhana. Peranan Tarannum Jiharkah

Tarannum Jiharkah berperanan sebagai suatu tarannum yang mampu memberi keinsafan kepada para pendengar tentang ayat-ayat yang dibaca di samping menambah kekhusyukan mereka. Selain itu, tarannum Jiharkah juga memainkan beberapa peranan lain seperti yang diterangkan dalam Rajah dibawah: Menenangkan ketegangan persembahan. Melembutkan persembahan. Membawa kekhusukan dan keinsafan. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

Demikian adalah di antara peranan-peranan yang dibawa oleh tarannum Jiharkah dalam sesuatu bacaan. Jika tarannum jiharkah dilagukan dengan baik, maka tarannum jiharkah akan dapat memberikan kesan yang begitu mendalam kepada para pendengar seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini. Oleh itu, laksanakanlah dan applikasikanlah tarannum jiharkah dalam ayat ayat yang berkaitan dengan hari kiamat, kesedihan, rintihan dan rayuan, serta kerohanian.