Anda di halaman 1dari 1

Sajak untuk Ibu Terima kasih pengerusi majlis, Assalamualaikum dan salam sejatera, kepada para hakim yang

arif dan bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan. Terimalah sajak yang saya persembahkan Sajak Untuk Ibu

Orang kata, aku lahir dari perut ibu


Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa menemaniku.. ibu Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja aku dekati ibu Bila nak bergesel aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang memujukku hanya lah ibu Bila nakal, yang memarahi aku ibu Bila merajuk yang memujukku juga ibu Bila takut yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk yang aku suka peluk..ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!

Ibu Aku sayang akan ibu Aku rindu akan ibu Bagi ku ibu adalah segala-galanya pengorbanan ibu tiada tandingannya akan ku kenang untuk selamanya