Anda di halaman 1dari 44

PENDIDIKAN SENI VISUAL 3103

PENSYARAH PEMBIMBING: EN.IBRAHIM BIN MD.NOR AHLI KUMPULAN: AINUR RUSHAIDA BINTI ROSLAN NUR DALILA ASRA BINTI HAMZAH NOOR AZURA BINTI AHMAD

LATAR BELAKANG TEORI PERKEMBANGAN PENGUTARAAN TAMPAK KANAK-KANAK

TEORI PERKEMBANGAN

TEORI KOGNITIF

TEORI PERKEMBANGAN
Perkembangan adalah perubahan dalam diri seseorang individu yang bersifat kualitatif.Satu proses yang berterusan dari masa lahir hingga ke akhir hayat. Setiap bayi akan meniarap, merangkak, duduk, berjalan dan berlari. Perubahan perkembangan boleh dilihat dari segi kemahiran interaksi kanak-kanak. Perkembangan dipengaruhi oleh faktor dan persekitaran. Perkembangan merujuk kepada perubahan dalam pemikiran, rohani, moral dan sosial

SAMBUNGAN..
Terdapat proses perkembangan yang yang berbeza daripada aspek-aspek seperti mental, jasmani, emosi dan sosial. Mok Song Sang(2001), Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan individu adalah genetik, persekitaran, perbezaan, fizikal, mental dan emosi. Perkembangan merangkumi tiga aspek penting iaitu: a. kognitif - intelek, pesepsi dan bahasa b. afektif - emosi, sosial, estetika dan kreatif c. psikomotor - perkembangan dan kemahiran.

KELEBIHAN TEORI PERKEMBANGAN


Murid dapat menyedari dan memahami apa dalam keindahan yang dikaitkan dengan alam ciptaan Meningkatkan kemahiran psikomotor halus dan kasar murid Melahirkan murid-murid yang ceria dengan memberi peluang untuk meluahkan perasaan dengan penghasilan seni.

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
Proses perkembangan kanak-kanak adalah mengikut peringkat-peringkat tertentu. Setiap peringkat diwakili dengan ciriciri dominan yang dipaparkan secara berulang-ulang di dalam hasil seni kanak-kanak. Peringkat-peringkat ini juga mempunyai kaitan dengan umur kanak-kanak dan kematangan di dalam ekspresi artistik selalunya jelas berdasarkan kematangan usia mereka.

Teori Perkembangan Artistik

Teori Perkembangan Estetik

Teori Perkembangan Afektif

Teori Perkembangan Psikomotor

TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK


Banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Persekitaran memainkan peranan penting kerana persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif.

Perkembagan Artistik
Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanakkanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.

Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.

TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH HURWITZ DAN DAY


Hurwitz dan day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan artis kanakkanak kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai :
Peringkat manipulatif
Peringkat membuat simbol

Peringkat pra-remaja

Peringkat Manipulatif Atau Zaman Awal Kanakkanak (2-4 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan :

Contengan garisan tidak terkawal

Contengan rupa

Contengan garisan terkawal

Rupa terkawal

Contengan Garisan Tidak Terkawal Berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang.

Contengan Garisan Terkawal Garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama.

Contengan Rupa Terkawal Memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka.

Contengan Rupa Kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan

Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)


Pada peringkat ini kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Simbol dan imej yang dilukis oleh kanak-kanak ini biasanya didahului dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti dengan keluarga terdekat seperti ibu bapa diikuti rakan-rakan. Simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.

Imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Umumnya seseorang yang penting di dalam kehidupan kanak-kanak tersebut digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura yang lain.

Pra-remaja ( 10-13 Tahun)


Dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolah-olah nampak realistik.

PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH HURWITZ DAN DAY Peringkat Manipulatif (2-5 tahun)

Peringkat Membuat Simbol ( 6-9 tahun)

Peringkat Pra-remaja ( 10-13 tahun)

Perkembangan Estetik
Perkembangan estetik kanak-kanak selalunya diterjemahkan melalui gerak-geri dan pergerakan badan mereka. Kebolehan kanak-kanak dalam meluahkan nilai estetika mereka merupakan satu bentuk kemahiran kognitif yang bukan sahaja penting di dalam perkembangan pemikiran dan intelektualiti mereka.

Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi. Kanak-kanak pada umur 2 hingga 4 tahun selalunya mengeluarkan isyarat-isyarat tertentu yang lebih berbaur emosi daripada rasional atau intelektualiti. Apabila usia mereka meningkat tahun ketiga dan keempat, kanak-kanak menjadi lebih peka kepada gerakan-gerakan dinamik yang melibatkan imbangan, arah, konsisten , daya dan juga keintiman.

Pada umur 6 tahun, kanak-kanak tahu bahawa gerak-geri mereka juga mempunyai elemen psikologi. Contohnya meluahkan rasa sedih dengan menundukan muka atau melahirkan ekspresi sedang berfikir dengan meletakkan tangan di bawah dagu. Semua pergerakan ini adalah luahan estetik mereka.

Teori Perkembangan Afektif


Dipelopori oleh Albert Bandura dan Richard Walters. Tekankan cara individu bertingkah laku yang betul dalam konteks sosial . Berkaitan dengan pembelajaran sosial mengetahui apa yang patut dilakukan bila, dimana dll. Tingkah laku manusia yang kompleks dan pembelajarannya berlaku dengan pelbagai cara yang melibatkan lisan, maklumat serta pemerhatian/peniruan model. Peniruan adalah berdasarkan perbuatan, perkataan, gaya, cara dan sebagainya.

Prinsip-prinsip dalam teori ini melibatkan bebrapa peringkat iaitu: - Fasa penemuan - Fasa penerimaan - Fasa pengeluaran - Fasa motivasi Menekankan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru bagi membentuk tingkah laku yang baru kepada murid-murid. Cth: etika berpakaian, ketepatan masa dan tingkah laku yang positif

Rakan sebaya sebagai model Guru sebagai model

Teori Modelling Bandura

Tiada tingkah laku agresif

Bakal contoh model yang hendak dipelajari

Teori Perkembangan Psikomotor


Havighurst mengatakan, perkembangan fizikal adalah berlandaskan sosiobudaya dan perkembangan jasmani. Selain itu, perkembangan personaliti seseorang individu turut dipengaruhi oleh nilai-nilai dan normanorma masyarakat.(Mok Soon Sang, 2001) Aspek persekitaran lebih penting bagi perkembangan seseorang individu. Ia merangkumi:

Nilai-nilai dan norma masyarakat Budaya masayarakat Faktor biologi - baka dan kematangan Faktor sosial - kawan, keluarga dan masyarakat Faktor psikologi - keperluan untuk kasih sayang dan memiliki konsep kendiri yang positif

TEORI KOGNITIF
Istilah kognitif merujuk kepada proses dalaman minda seperti penyelesaian masalah, ingatan dan juga pembelajaran bahasa. Teori kognitif secara umumnya merungkai bagaimana manusia memahami sesuatu objek atau material yang seterusnya mempengaruhi kapasiti mereka untuk mempelajari sesuatu.

Kelebihan Teori Kognitif


a. Kelebihan 1. menjana daya kreativiti dan inovasi murid. 2. memahami sesuatu secara mudah 3. meningkatkan daya reka cipta murid b. Kekurangan 1. teori tidak menyeluruh untuk semua tingkat pendidikan seperti teori humanis

Teori Perkembangan Kognitif Oleh Jean Piaget


Piaget terkenal dengan sumbangannya pada stuktur dan operasi tingkah laku cerdas dan teori perkembangan berurutan. Jalan kajian tentang bagaimana individu memperoses maklumat dan mengemukakan pendapat tentang perkembangan kognitir manusia dalam bentuk tahap demi tahap Terdapat empat peringkat perkembangan kognitif yang dikenalpasti: - peringkat deria motor - pergerakan (0-2 thn) - peringkat praoperasi - praperlaksanaan (2-7 thn) - peringkat operasi konkrit - nyata (7-11 thn) - peringkat operasi formal (12 tahun ke atas)

Piaget terdapat perbezaan individu dalam mencapai tahap perkembangan Guru harus sedia aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan pemikiran dan keupayaan fizikal kanak-kanak. Bayi dan kanak-kanak belajar sendiri melalui interaksi dengan persekitarannya. Dlm PSV teori kognitif Piaget yang proses asimilasi boleh berlaku apabila murid-murid menggunakan pengetahuan sedia ada dalam menghasilkan seni.

Sambung..
Pembelajaran sebenar berpunca dari murid itu sendiri dan ia boleh berlaku dalam pendidikan seni melalui penglibatan dan penerokaan secara aktif murid dengan benda maujud semasa proses p&p.

Teori Kognitif Jerome Bruner


Hampir sama dengan teori Piaget Membahagikan peringkat perkembangan kognitif kepada 3 iaitu: - Enaktif - libatkan penggunaan anggota pada umur 0 hingga 2 thn. - Ikonik - kebolehan membayangkan atau menggambarkan sesuatu perkara dalam umur 2 hingga 4 thn. - Simbolik - iaitu apabila kanak-kanak 5 hingga 7 dapat berfikir dan menggambarkan bahasa. - Ketiga-tiganya saling berkait dan digunakan secara berterusan dalam kehidupan harian individu.

Aspek penting dalam teori Jerome Bruner yang dikaitkan dengan pendidikan seni adalah penekanan Bruner pada pembelajaran secara induktif, pembelajaran melalui penemuan bebas ataupun pembelajaran secara terbimbing

TERIMA KASIH