Anda di halaman 1dari 6

Sediakan nota mengenai pandangan agama yang berlainan mengenai pendidikan.

Agama Islam a) Perspektif adalah sejajar dengan sistem pendidikan tradisional. b) Para guru yang mengajar di sekolah pondok dan madrasah pakar dalam bidang pegajian kitab suci. c) Mereka dianggap role model dan teladan untuk dicontohi serta disanjungi oleh masyarakat sekeliling; berkelayakan tinggi dalam perbincangan berkenaan kitab. Misalnya, Tok Guru dirujuk sekiranya para penduduk menghadapi masalah d) Sesi pengajaran adalah berbentuk induktif, yakni Tok Guru menyampaikan ilmu manakala para murid jarang berinteraksi dua hala memandangkan ilmu tersebut benar belaka. e) Pengajian kitab : i) ii) iii) iv) Dijalankan berulang kali Teknik hafalan ditekankan Para pelajar berpeiuang membahas secara konstruktif Membuat penaakulan dan mengemukakan idea secara individual

Buddha a. Zaman purba kala, pendidikan Brahmanic dijalankan di rumah seorang guru yang berasaskan kepada sistem kasta serta dikhaskan untuk djivas (iaitu Brahmana dan Kshathyas) sahaja. b. Seorang guru berpengetahuan meluas; berkemampuan mengajar kesemua mata pelajaran kepada sekumpulan kecil murid di bawah jagaan beliau. c. Namun zaman selepasnya menjadikan rumah rahib atau Sangha sebagai lokasi penyebaran ilmu pengetahuan. d. Kemasukan ke deretan pusat pengajaran tidak terhad kepada rahib dan rahib perempuan sahaja; malahan terbuka kepada mereka yang bukan beragama Buddha. e. Rumah rahib tersebut diurus oleh sekumpulan guru dan disampaikan secara lisan semata-mata serta tidak berpandukan buku. f. Para pelajar dikehendaki menghafal segala yang terkandung dalam Dhamma (kebenaran) dan Vinaya (disiplin atau pertuturan) g. Menggunakan variasi teknik pengajaran umpamanya penggunaan jadual, ilustrasi dan eksperimen. h. Variasi ilmu diketengahkan, lama-kelamaan rumah-rumah rahib sepeti Takshila dan Nalanda berkembang pesat hingga dikenali mencapai tahap universiti i. Mereka dianggap sebagai role model kepada komuniti setempat kerana capangan ilmu yang meluas kepada doktrin dan disiplin Buddha. j. Penganut memperoleh pahala melalui pemberian hadiah (barangan) dan sokongan moral yang padu

Hindu a. Guru dianggap sebagai wakil Tuhan di dunia. b. Dalam hierarki sosial, guru mempunyai kehormatan tertinggi dan berada di kedudukan kedua selepas ibu bapa. c. Para guru pakar dari segi kitab-kitab suci dan berupaya menunjukkan jalan yang benar berdasarkan pengalaman, amalan dan cetik akal yang tinggi. d. Pada zaman purba kala, ibu bapa bertanggungjawab ke atas kebajikan fizikal anakanak manakala guru dipertanggungjawabkan ke atas kebajikan kerohanian para pelajar. e. Guru mempunyai tanggungjawab moral dan profesional demi pembentukan murid-murid yang bertanggungjawab tatkala dewasa. f. Teknik penghafalan turut ditekankan dan masa banyak diperuntukkan untuk memahami susunan ayat kitab suci g. Pengajian ditamatkan apabila guru berpuas hati terhadap pencapaian pelajar berkenaan. h. Variasi guru : i) Acharyas (lebih profesional memandangkan bayaran perkhidmatan tidak dilangsaikan) ii) Upadhayas

Sikh a. Guru bak jambatan penghubung manusia dengan Tuhan b. Guru Nanak adalah pengasas agama Sikh dan dikenali sebagai Guru yang pertama dalam top-10 (guru ke-10 adalah Guru Gobind Singh). c. Guru adalah pelita jalan yang menunjukkan kebenaran jalan yang perlu dipilih kepada para murid bersaranakan paparan budi pekerti yang mulia dan ramah tamah serta sempurna. d. Guru berpengetahuan lengkap dan komprehensif dengan kitab-kitab suci.

Kristian a) Yesus Kristian merupakan Mahaguru yang menyampaikan segala agama Kristian lebih daripada dua tahun, kemudian diambil alih oleh apostles dan wali-wali (saints) b) Tanggapan peranan serta citra guru adalah : i) membantu dan membimbing mereka melengkapi diri dengan yang sedang mereka cari tetapi tidak sepenuhnya ii) melindungi murid-murid mereka daripada kumpulan-kumpulan pengaruh negatif atau ajaran-ajaran sesat iii) Menunjukkan arah yang tepat agar murid-murid mereka berpeluang menjumpai jalan yang benar dan betul berpandukan ajaran kitab-kitab suci namun tetap diberi kebebasan iv) Memberi dorongan yang wajar agar dapat meningkatkan pencapaian anak-anak murid dari segi pencarian ilmu kerohanian