Anda di halaman 1dari 6

Buah Asam Gelugur 18:40 |

Nama Botani Garcinia Cambogia - Buah Asam Gelugur Garcinia atroviridis / Garcinia Cambogia, juga dikenali sebagai Asam Gelugur, asam gelugo, atau asam keping dalam bahasa Malaysia, Jenis ini tumbuh liar dikebanyakan tempat di Malaysia dan banyak di petik disebelah Utara Semenanjung Malaysia sebagai sumber ekonomi dan nilai perubatan. Kandungan Khasiat Buah Asam Keping

Buah kekuningan ini mempunyai bentuk seperti buah labu. Selain digunakan dalam beberapa jenis masakan, seperti Laksa. Kini, buah asam juga baik untuk mengurangkan berat badan dan kegemukkan. Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA), Asam Gelugor terhasil dari air buahnya. Ia tidak beracun atau toksik, tiada perasa, serbuknya tidak berbau dan sebagai herba alternative yang amat berkesan bagi mengawal kegemukan dan kolestrol dengan cara menekan, menghalang dan menghadkan pengempulan asid-asid lemak dan kolestrol (lipogenesis) dalam badan. Kandungan unsur aktif 50% dan 70% HCA. Buah ini mengandungi Asid Citric seperti , tartaric, malic dan asid ascorbic , acid hydroxy citric , dan flavonoids. Bila dipotong nipis dan dikeringkan dibawah matahari dipanggil sebagai Asam Keping ia dugunakan dalam penyediaan beberapa jenis masakan dan rasanya amat masam. Sejarah Kegunaan dan Kandungan Asam Gelugur (GARCINIA CAMBOGIA)

Garcinia Cambogia amat baru bagi dunia herba Barat, tapi ia telah digunakan beribu tahun dahulu disebelah Asia sebagai bahan masakan. Ia juga digunakan sebagai ubat menghilangkan selera makan, menghadkan peyerapan dan pembentukan lemak, kolestrol dan pegumpulan lemak (triglycerides). Dalam perkataan lain Pembantu Pemakanan (dietary aid). Boleh dipercayai dan sentiasa bertepatan dengan maklumat saintifik menunjuk bertapa besarnya faedah kepada kesihatan. Kajian menunjukkan HCA membantu mereka yang bermasaala seperti ; 1. Mereka yang mengamal berat badan mendatar 2. Mereka yang mahu mengurangkan berat badan 3. Mereka yang terlalu gemuk Buah Asam Gelugur bukan makanan pemakanan, maka ia tidak disabitkan dengan kekurangan zat pemakanan. Mereka yang mengamal berat badan mendatar mendapati mereka amat sukar mengawal berat badan, Mereka amat keciwa kerana bila mereka rasa mereka telah berjaya mengurangkan berat badan, tetapi rupa-rupanya mereka bertambah berat. Dengan pengambilan HCA mereka mampu mendatarkan berat badan mereka kerana pemakanan yang berlebihan akan bertukar kepada tenaga dan selebihnya akan dilarut sebagai bahan buangan. Berapa banyakkah yang perlu dimakan? Jumlah yang baik bagi pengambilah HCA tidak diketahui, walau bagaimanapun pengamal pengawal berat badan mencadangkan 500 mg HCA diambil 3 kali sehari (sebelum makan), jumlah yang terlalu rendah dibandingkan dengan yang digunakan dalam uji kaji keatas binatang (berdasarkan pada setiap kilo berat badan asas). Kesan HCA lebih memberangsangkan jika diambil dengan pemakanan rendah lemak kerana HCA tidak melakukan apa apa untuk mengurangkan kesan kalori pada pemakanan lemak. Tindak balas mekanisma HCA adalah hanya sebahagian sahaja menghalang penukaran gula asas (simple sugars) kepada lemak, tapi ia amat sesuai dan berkesan apa bila diambil dengan gula asas yang tinggi. Pemakanan yang tinggi serat mendatangkan kerosakan Peyerapan HCA seperti dicatat diatas. Unsur utama dalam Asam Gelugur ialah (-) Acid Hydroxyl Citric (atau HCA). Dalam dasar kiraan harian, HCA terbentuk dari 20-30% buah-buah kecil (berry). Asam Gelugur berkerja dalam dua cara; 1. Dengan cara menyekat selera 2. Dengan cara menghalang pembentukan lemak asid (lipid synthesis) Mekanisma terkini berdasarkan dari fahaman penolakan lemak oleh pembentukan orgarnisma semulajadi atau mekanisma gangguan pembentukkan lemak metabolisma yang menghasil dan mengekalkan kegemukan. Buah Gelugur dan Physiologynya: Bahan aktif, asid hydroxycitric (HCA) diekstrak dari kulit buah gelugur (rind of the fruit) sebagai bahan menggalak pengurangan berat badan. Kajian telah membuktikan HCA mengurangkan aktiviti penting enzim dalam metabolisma lemak. Penukaran karbohidrat ke lemak memerlukan enzim yang dipanggil Citrate Lyase. HCA untuk sementara waktunya melambatkan tindak balas enzim, menghalang pembentukan asid lemak menyebabkan kurang lemak tersedia untuk peyimpanan sel sel.

Dimana ia boleh didapati? acid hydroxycitric (HCA) hanya boleh didapati dalam beberapa jenis tanaman sahaja. Asam Gelugur adalah buah dari pokok garcinia indica juga dikenali sebagai Brindle berry yang tumbuh di negeri India Selatan. Asid Hydroxycitric (HCA), bahan aktifnya adalah garcinia cambogia, dihasilkan dari kulit buah cambogia. Hasil buah ini dijual sebagai pengambilan tambahan (Supplement) mengurangkan berat badan dalam berbagai bentuk dan jenama seperti Brindleberry Extract, HCA, dan yang biasa dipasarkan sebagai Citrimax. HCA adalah bahan yang telah dikaji lebih dari dua abad. Ada juga kajian yang menunjukkan Asid Hydroxycitric membantu menghalang hati (Liver) dari diselaputi lemak hasil dari karbohidrat. HCA meningkatkan penghasilan dan simpanan glycogen sementara mengurangkan kedua duanya iaitu selera dan penambahan berat. HCA juga menyebabkan kalori yang lebih digunakan sebagai perkembangan thermogenisis. Kajian klinikal Kajian saintifik yang dilakukan oleh makmal-makmal perubatan menunjukan HCA mampu membantu siapa sahaja untuk mengurangkan berat badan. Telah dilaporkan purata berat yang dapat dikurangkan ialah sebanyak satu paun seminggu. Setiap kes kecuali satu, menunjukan kekurangan berat badan lebih ketara HCA walaupun keputusan tidak menghasilkan ketentuan secara statistik. Melalui eksperimen pada haiwan, HCA mampu merendahkan selera makan serta mengurangkan pembentukan lemak dan kolesterol pada hati. Disamping itu, HCA juga boleh bertindak mengeluarkan kolestrol yang telah terbentuk dari sistem saliran badan . Yang menarik lagi, HCA tidak menghapuskan sama sekali keinginan untuk makan. Sebaliknya ia hanya sekadar mengawal serta mengurangkan keinginan untuk makan di mana akhirnya, berat badan dapat dikurangkan dengan lebih mudah. Asam Gelugur, Ia bukan saja sejenis buah yang penuh dengan Antioksidant tapi para penyelidik di Institut penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) juga telah memperakui bahawa Asam membantu dalam menukarkan lemak kepada tenaga, membiarkan pemakanan itu membakar lemak yang berlebihan. Dalam penyelidikan seterusnya ia telah menunjukkan buah asam (fruits acidic nature) juga boleh bertindak sebagai Anti-fungal (kulat), anti-microbial (kutu dan hama) dan mempunyai ciri-ciri ubatan bagi pengurangan berat. (-)- Asid Hydroxycitric (HCA) adalah compound yang terdapat dalam Garcinia Cambogia, HCA mempunyai struktur kimia sama dengan asid citric (Asid utama dalam buah buahan citrus).

Keutamaan penyelidikan dalam makmal dan dalam kajian yang dilakukan keatas binatang mencadangkan bahawa HCA amat berguna dalam pertolongan penggurangan berat. Binatang uji kaji menunjukkan HCA membantutkan selera termasuk mengurangkan berat. Dalam satu laporan dikatakan memakan 1 gram dari buah mengandungi HCA sebelum setiap pemakanan menghasilkan kekurangan berat 1 paun sehari. Asid Hydroxycitric adalah sama jenis denganasid citric, ajen yang memberi buah buahan citrus sifat perasa Tart. HCA dihasilkan sebagai 50% ekstrak standard Garcinia Cambogia, sama seperti buah kecil dari India Selatan, yang digunakan sebagai pemeram perasa makanan dan pembantu penghadhaman. HCA menggunakan kesan anti-obesiti melalui penaklukan keatas enzim ATP citrate lyase, yang memainkan peranan penting dalam peyimpanan tenaga dan pemberi kesan keatas selera. Selera datang dari signal di antara perut dan otak, membuat rasa lapar. Bila makan, makanan dihancurkan menjadi gula glukos mudah (simple sugar glucose) kemudian menukarkannya kepada tenaga. Bila pengambilan kalori berlebihan dari yang diperlukan oleh tenaga badan, lebehan glukos ini akan bertukar kepada glycogen, yang tersimpan di hati (liver) dan otot untuk keperluan tenaga seterusnya. Berat badan mula bertambah apabila kapasiti simpanan glycogen tercapai. Bermula dari sini lebihan glukos dari pengambilan kalori ditukarkan kepada acetyl coenzyme A melalui metabolic ATP citrate lyase kemudian kepada molikul lemak yang disimpan didalan sel sel lemak. HCA berfungsi dengan menghalang pembentukan kepada ATP citrate lyase untuk mengurangkan pembentukkan acetyl coenzyme A, yang dengannya menghalang pembentukan lemak dan kolestrol. Sudut Keselamatan Ujian Toksik makmal telah membuktikan yang Garcinia Cambogia (HCA) tidak mempunyai kesan sampingan kepada jantung mahupun pada kesihatan, berdasarkan pada fakta orang Asia yang telah menggunakan buah ini berabad lamanya tanpa kesan sampingan. Hasil penyelidikan menunjukkan Buah Gelugur tidak mengganggu penghasilan tenaga, zat metabolism, pembentukan hormon (prostaglandin synthesis) atau apa saja keutamaam process bio-kimia. Namun dinasihatkan; 1. mereka yang sedang menjalani perubatan untuk mengawal tahap kolesterol terlebih dahulu berjumpa doktor sebelum menggunakan buah asam keping bagi mengurangkan berat badan. 2. Tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu mengandung. 3. Pesakit Alzheimer 4. Pesakit gangguan mental (dementia disease) 5. Ibu yang menyusu 6. Kanak kanak dan orang dewasa yang berpenyakit diabetes mellitus (kekurangan Insulin dalam tubuh badan) Kesan Berat Timbangan: Acid Hydroxycitric (HCA) menggalakkan penurunan berat seimbang kekal. Pada tahun 1994 seorang pakar diet dari Denmark membuat uji kaji keatas 28 perserta yang diberikan 750 mg HCA dan 125 gm chromium untuk 6 minggu. Sepanjang masa itu, didapati mereka telah kehilangan purata 8.21 paun (3.73 kg). Pada 2 minggu sebelum pengakhiran uji kaji itu HCA tidak diberikan, sedangkan dalam masa ini masih terdapat penurunan pada timbang berat sebanyak 1.7 paun (0.8kg) dan tiada tanda menunjukkan pertambahan berat badan dicatit. Pada tahun 1997 kajian menunjukkan seseorang telah diberi sebanyak 2.6 gram (2600 mg) HCA setiap hari selama 2 bulan sebagai sebahagian 1200 kalori sehari disertakan dengan pemakanan diet rendah lemak dan senaman. Selepas 2 bulan, orang tersebut meneruskan dengan penggambilan HCA selama setahun tanpa sekatan pada pemakanan, dipenghujung selama 1 tahun 2 bulan itu beliau didapati telah kehilangan sebanyak 15% dari berat asalnya dengan purata kehilangan sebanyak 30.4 paun (13.8 kg) Kemampuan HCA Membakar Lemak:

Untuk memahami bagaimana HCA membantu menggalakkan dan membakar pembentukkan lemak, kita akan cuba memahami penerangannya secara ringkas apa yang berlaku apabila kita memakan terlalu banyak kabohiderat. Bersama nombor dan huruf ini dikaitkan gambaran. 1. Bila kita mengambil berlebihan makanan berkabohidrat, kita mengalami berlebehan bahan yang dikenal sebagai Acetyl Coenzyme A (acetyl CoA). 2. Acetyl CoA tidak dapat melepasi mitochondrion, ia itu sel-sel peyumbang tenaga. Disebabkan ini maka tubuh menukarkan acetyl CoA kepada bahan dipanggil citrate. Citrate tidak melepasi mitochondrion untuk memasuki sel cytosol, ia adalah cecair bahagian sel. 3. Di sini enzim ATP citrate lyase memisahkan citrate kepada 2 komponants, acetyl CoA dan oxaloacetate. 4.+ 5. Acetyl CoA kemudian menukarkan bahan itu kepada malonyl coenzyme A (malonyl CoA). Malonyl CoA adalah Asas yang mana asid lemak dan kolestrol terbentuk dari kabohid rat. Anda boleh melihat jika malonyl CoA ter bentuk, maka badan akan mudah menghasilkan lemak (dan kolestrol). 6. Malonyl CoA juga menghalang pergerakan enzim carnitine acyltransferase. Enzim ini memindah lemak lemak semula kepada mitrochondrion agar ia mudah dibakar. Bila malonyl CoA menghalang aktiviti ini, maka adalah sukar untuk pembakaran lemak (mengurangkan berat badan). Kita boleh katakan bahawa badan menghasilkan lemak (disebabkan oleh malonyl CoA), lemak juga tidak di bakar kerana malonyl CoA tidak membenarkan lemak dipindahkan ke mitochondrion). A. Pengkaji menyatakan HCA berkerja dengan menghalang ATP citrate lyase daripada memisahkan Acetyl CoA dari citrate. Jika tiada terdapat acetyl CoA, ia tidak dapat menukarkan kepada malonyl CoA. Jika tidak terdapat malonyl CoA, lemak dan kolestrol tidak mudah terhasil. B. Juga penting, ketidak hadhiran bahan malonyl CoA bermakna carnitine acyltranferase boleh memindahkan lemak yang ada kepada mitochondrion dimana lemak akan mudah dibakar. Anda boleh beranggapan bahawa, jika badan tidak menghasilkan lemak (tiada malonyl CoA untuk membentuk asid lemak), ia boleh membakar lemak (tiada malonyl CoA) untuk menghalang lemak dipindahkan kepada mitochondrion. Makanisma dan Fungsi HCA : Pengawal Selera: HCA menghalang selera. Ia terjadi bukan dengan cara makanisma membenci ("aversion" mechanism) ia tidak membuat makanan itu terasa basi atau busuk, tapi dengan cara membuat pemikiran kita merasa kenyang seperti baru saja memakan makanan. Apa bila badan kita terasa kenyang, maka ia tidak timbul perasaan lapar. Hasilnya? Kita kurang berselera untuk makan.! Meningkat Tenaga: Ramai pengguna HCA sedar akan kemampuan tahap tenaga. Ini terbukti benar kepada ramai, sebab HCA membantu badan membakar lemak yang mana ia tak mampu membakar sebelum ini, secara lojik ia menambah tenaga. Bagai mana ia berkerja: Kajian tentang HCA telah dilakukan semenjak 1960. Dalam 3 dekad banyak yang telah di andaikan dan ditentukan. Rumusannya kajian menyatakan sedemikian.

Kepercayaan Tradisi Dalam perubatan tradisional India, buah asam keping digunakan untuk mengubati penyakit seperti permasalahan terkumpulnya lendir pada organ atau bahagian badan, kelewatan haid, sembelit dan jangkitan kuman pada usus. Selain daripada mengubati penyakit, buah asam keping juga mampu bertindak sebagai penghalang daripada penyakit menular. Ini terbukti dalam kegunaagnnya menghalang berlakunya sakit sendi dan permasalahan usus yang kurang lancar. Walaupun HCA boleh kekal aktif selepas beberapa jam pengambilannya, Kajian membuktikan ia 8 kali ganda lebih berkesan bila diambil 2-3 kali sehari. HCA.

kepada Anonymous 5 october 2013. Ya anda boleh buah itu terus dan amalkan minuman air untuk minggu pertama dengan memotong seulas dari buah itu dan blend perah keluar airnya, tapis campur madu atau gula batu dan minum airnya. Amalkan minuman sebelum masuk tidur 3x sehari seminggu kemudian henti untuk tiga hari dan smbung semula dan minum sehari sekali amalkan sehingga berat badan jatuh kemudian boleh henti dan lihat pada bentuk badan