Anda di halaman 1dari 1

3.

3 KELUARGA Kegagalan ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak juga dilihat sebagai salah satufaktor berlakunya tingkah laku yang membawa kepada implikasi negatif akibat daripada konflik yang dialami oleh remaja tersebut. Sememangnya, konflik yang dialami oleh remaja tersebuttidak hanya terhad kepada diri remaja itu sendiri bahkan keluarga tersebut. Latar belakangtingkah laku anti sosial adalah kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan disiplinyang tidak konsisten semasa kanak-kanak oleh ibu bapa sejak sekian lama (Jacobvitz et al.,1996). Kebanyakan tingkah laku anti sosial serta beberapa masalah lain yang berkaitan dengankonflik dalaman remaja juga berpunca daripada kegagalan cara gaya keibubapaan dan pengurusan keluarga (Jacobvitz et al., 1996, Vuchinich, 1992). Menurut Hoffman (1994),keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruhyang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa persekitaran keluargamemainkan peranan yang penting dalam proses pengsosialisasian remaja iaitu sikap, nilai dansistem kepercayaan akan diterapkan ke dalam minda remaja. Selain itu, persekitaran keluarga juga menjadi medan kepada proses perkembangan emosi, kognitif dan sosial setiap ahli didalamnya. Dalam erti kata yang lain, keluarga merupakan satu asas yang amat penting dalam pembentukan jati diri dan nilai keluarga yang ada oleh setiap remaja. Sekiranya konflik yang berlaku disebabkan oleh keluarga yang menjadi asas kepada konflik remaja, maka implikasi daripada keadaan yang berlaku dalam keluarga tersebut sememangnya akan berkekalan sertaakan dialami oleh remaja sehingga mereka mencapai usia yang matang untuk berjauhan dengankeluarga. Di samping itu, setiap keluarga juga mengamalkan corak gaya asuhan dan pemantauantersendiri yang berbeza terhadap ahlinya dan dengan ini akan memberi impak terhadap sahsiahdan moral para remaja Ibu bapa memainkan peranan yang dalam mengatasi konflik dengan remaja. Ibu bapa perlulah memahami dan mengetahui psikologi remaja yang sedang membesar. Pada umur 12hingga 21 tahun, remaja didapati menghadapi kehidupan yang kritikal pada peringkat umur ini.Pada masa ini jugalah konflik dalaman berlaku demi menentukan arah hidup mereka.Sebenarnya, pada peringkat ini remaja memerlukan perhatian dan bimbingan serta kasih sayangdaripada orang dewasa. Perasaan mereka sangat sensitif sehingga perkara-perkara yang kecil danremeh-temeh pun boleh mengecilkan hati mereka.Hurlock (1968) mendapati bahawa ibu bapa yang menggunakan disiplin yang terlaluketat lebih banyak mewujudkan krisis personaliti antara remaja dengan ibu bapa. Ibu bapa yangtidak memahami keperluan-keperluan dan kehendak-kehendak remaja akan menyebabkan remajamenjauhkan diri mereka daripada keluarga.Ibu bapa seharusnya lebih banyak meluangkan masa berbincang secara bersemukadengan anak-anak mereka dan jangan sesekali memperkecilkan kemampuan dan menolak pendapat remaja. Ini kerana remaja sentiasa mahu dihargai dan dihormati seperti mana ibu bapaingin disanjungi. Ibu bapa mesti berusaha merapatkan jurang pergaulan dan perhubungan antarasatu sama lain.Pendidikan agama yang cukup juga amat penting dalam membentuk akhlak dan sahsiahdiri yang baik kepada remaja. Oleh itu, ibu bapa juga harus memberikan anak-anak didikanagama yang secukupnya kerana melalui pendidkan agama yang lengkap dan sempurna akanmenghasilkan generasi muda yang lebih baik http://www.scribd.com/doc/38739331/Konflik-Remaja ,14/9/2013,9.10AM

Anda mungkin juga menyukai