Anda di halaman 1dari 2

Nama: . UNIT 8: JIRANKU MESRA Arahan: Baca petikan di bawah.

Kelas: 2A

Tarikh: 10 Mac 2014

Jiran Saya

Encik Lee ialah jiran saya. Encik Lee bekerja sebagai guru. Puan Lee bekerja sebagai seorang kerani. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Mei Mei dan seorang anak lelaki bernama Chai Min. Keluarga Encik Lee telah menjadi jiran saya sejak sepuluh tahun yang lalu. Hubungan keluarga saya dan keluarga Encik Lee sangat rapat. Walaupun berlainan bangsa, tetapi kami dapat hidup dengan harmoni. Setiap hari perayaan, kami akan saling mengunjungi ke rumah masingmasing. Kadangkala kami akan berkongsi mengadakan jamuan dan menjemput jiran tetangga sekitar kawasan perumahan kami. Encik Lee pernah membantu ayah saya yang terlantar sakit di hospital. Beliau telah bersusah payah menghantar dan menguruskan perihal perubatan ayah saya. Kami sekeluarga sangat terhutang budi dengan bantuan Encik Lee sekeluarga. Ayah sering menasihati saya agar menjaga hubungan baik antara jiran kerana jika kita dalam kesusahan, jiranlah orang yang akan menghulurkan bantuan kepada kita. Jadi, kita perlu sentiasa berbuat baik dengan jiran.

Anda mungkin juga menyukai