Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGASAAN ULU LUIT 26500 MARAN

PROGRAM INTERVENSI MURID TAHUN 6 AMANAH

NAMA PROGRAM: PENINGKATAN BAHASA MELAYU PENULISAN OBJEKTIF : Murid akan dapat: 1. Menjawab soalan Bahasa Melayu Penulisan dengan format yang betul: a. Dapat membina ayat mudah/majmuk dengan gramatis. b. Dapat menulis karangan sekurang-kurangnya dalam 4 perenggan dengan kesalahan tatabahasa tidak lebih daripada 10%. c. Dapat menulis ulasan dengan 5 isi utama berserta huraian dengan kesalahan tatabahasa tidak melebihi 10%.

PELAKSANAAN KUMPULAN SASARAN AKTIVITI

: MAC SEPTEMBER

: SEMUA MURID 6 AMANAH : (AKTIVITI YANG DIJALANKAN ADALAH PADA MASA P&P BIASA.) PROGRAM: 1. Murid melakukan latih tubi menjawab soalan penulisan menggunakan dalam Modul Penulisan khas untuk melatih dan membiasakan mereka dengan soalan UPSR. 2. Jadual latihan: a. Bahagian A : Isnin b. Bahagian C : Rabu c. Bahagian B : Khamis 3. Prosedur latih tubi/aktiviti:

1. Murid membaca soalan. 2. Guru membimbing murid mengenal pasti kata kunci soalan. 3. Murid diminta menyenaraikan rangka jawapan dalam jadual khas yang disediakan. 4. Guru membimbing murid membina ayat berpandu isi/ rangka jawapan. 5. Murid menjawab soalan berpandukan jawapan yang telah dibincangkan. 6. Guru membuat semakan latihan serta-merta di dalam kelas supaya murid dapat mengenal pasti kesalahan dengan segera. 7. Murid membuat pembetulan. 8. Selepas murid membuat pembetulan, latihan disemak oleh guru sekali untuk memastikan murid tidak mengulangi kesalahan yang sama.