Anda di halaman 1dari 76

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Pendidikan manusia bermula dari rahim ibu ke rumah ke persekitaran dan seterusnya ke sekolah mengikut peringkat perkembangan umur. Pendidikan sinonim dengan perkataan belajar, pembelajaran atau ilmu yang diterima oleh seseorang individu. Di Malaysia, terdapat beberapa peringkat pendidikan yang telah disarankan malah ada yang diwajibkan oleh kerajaan Kementerian Pendidikan seperti pendidikan PERMATA, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat universiti. Bagi kanak-kanak 6 tahun, mereka menerima pendidikan formal di tadika, prasekolah atau pusat perkembangan kanak-kanak swasta.

Pendidikan untuk kanak-kanak 6 tahun adalah di tadika atau prasekolah yang bertujuan membantu memberikan pendidikan kepada kanak-kanak untuk mempelajari asas membaca, menulis dan mengira dengan bantuan guru. Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (2005), pada peringkat seawal empat tahun ibu bapa telah menghantar anak-anak ke sistem pendidikan non-formal ini sebagai andaian bahawa anak-anak perlu disediakan dengan beberapa ilmu dan kemahiran bagi menghadapi persekolahan formal.

Penguasaan kemahiran 4M bermula dari mengenal huruf dan nombor serta bagaimana membentuk garisan dan mengetahui tentang ciri dan nilai yang perlu diaplikasikan terhadap sesuatu objek, perkara atau respons yang perlu diberikan terhadap persekitaran atau masyarakat. Pendedahan ilmu, pemantauan dan galakan yang diberikan oleh guru kepada setiap kanak-kanak memberi peluang kepada kanakkanak untuk menunjukkan keputusan yang baik dan cemerlang dalam aktiviti tadika seterusnya lebih bersedia untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kegagalannya pula melambatkan, menghalang atau mengehadkan perjalanan pendidikan kanak-kanak tersebut.

1.2

Pernyataan Masalah

Menteri Pelajaran dan timbalannya menguar-uarkan sasarannya dalam BHO, jumlah murid tahun satu yang belum celik huruf pada akhir tahun dijangka masih dalam lingkungan 50,000 orang. Malah, peningkatan jumlah kelahiran kanak-kanak yang semakin meningkat jumlah ini tidak banyak berubah pada akhir tahun 2012. Jadi, penetapan 85 hingga 87 peratus kanak-kanak yang berpeluang mengikuti prasekolah pada tahun 2012 itu kurang. Peratusan ini akan menyumbang kepada peratusan penguasaan kanak-kanak dalam membaca, menulis dan mengira (3M). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP) 2006 2010 menyatakan, Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk memastikan muridmurid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar di sekolah. Tujuan ini tidak tercapai apabila pada akhir Ogos 2006 hampir 100 ribu murid tahun satu belum celik huruf. Pada akhir September 2009 pula sebanyak 85,000 murid tahun satu belum menguasai 2M.

Berdasarkan kajian Imran Arif et. al. (2010), penetapan sasaran yang rendah ini pasti menghampakan pendukung PPIP yang ingin melihat murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar di sekolah rendah. Kenyataan

bahawa semua kanak-kanak normal pula menguasai kemahiran 3M selepas melangkah ke tahun empat mengesahkan kehampaan pendukung PPIP.

Pembelajaran Matematik di tadika perlu memperkenalkan nombor kepada kanak-kanak. Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak yang bakal melangkah ke tahun satu. Pengambilan guru tidak berpengalaman atau guru bukan bidang pendidikan awal kanak-kanak sebagai guru tadika pastinya memberi masalah kepada kanak-kanak untuk mengenal nombor. Rohani et. al. (2004), segelintir guru tidak memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar simbol 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling.

Perubahan kurikulum prasekolah sering berlaku di Malaysia. Perubahan ini semestinya menyusahkan guru-guru prasekolah atau tadika yang memberi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Perubahan ini menyebabkan guru-guru terpaksa menukar konsep dan idea-idea pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada. Guru pula perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan kurikulum baharu dan memikirkan kaedahkaedah yang bersesuaian untuk memberikan pengajaran yang baik kepada kanakkanak mereka kerana perlu mengikuti kurikulum yang baharu.

Menurut kajian Imran Arif et. al (2010) dalam Zurida Ismail dan Hashimah Yunus (2004), Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan kini menekankan pengajaran sains awal kepada kanak-kanak prasekolah. Dalam mengkaji sikap dan pengetahuan dalam pengajaran sains awal di peringkat sekolah, walaupun umumnya menunjukkan respons positif terhadap pengajaran sains awal tetapi masih terhadap guru sebanyak (7.4%) yang menyatakan mereka merasakan pengajaran sains awal tidak begitu menarik. Manakala hampir 40% pula berpendapat mereka menghadapi kesukaran untuk memahami sains dan beranggapan pengajaran sains awal mengambil masa yang panjang.

Ibu bapa tidak memainkan peranan untuk membantu anak-anak menguasai kemahiran 3M malah tidak mengambil tahu tahap perkembangan anak-anak mereka

dari guru tadika. Ibu bapa yang prihatin semestinya memberikan penekanan kepada guru untuk memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berjaya kepada kanakkanak. Kajian Marziaton (2012), menyatakan kesibukan bekerja kedua-dua ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mengajar dan mendidik seratus peratus kepada guru memungkinkan kanak-kanak belum dapat menguasai kemahiran asas 3M.

Disebabkan oleh masalah-masalah yang telah dinyatakan, pengkaji merasakan perlu ada satu kajian yang mengkaji adakah kanak-kanak enam tahun menguasai kemahiran 3M?

1.3

Kerangka Konseptual Kajian

Bagi tujuan ini, pengkaji telah memilih satu kerangka konseptual berdasarkan reka bentuk kajian yang dirancang. Kerangka yang dipilih adalah berdasarkan

1.4

Tujuan Kajian

Tujuan kajian dilakukan adalah bertujuan untuk melihat adakah kanak-kanak enam tahun yang juga kanak-kanak tahun akhir di pusat pendidikan awal kanak-kanak menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira?

1.4.1 Objektif Kajian

Justeru, berdasarkan tujuan kajian, beberapa objektif kajian telah dirangka bagi mencapai matlamat tujuan kajian yang telah dinyatakan. Berikut merupakan objektif kajian :-

i.

Untuk melihat penguasaan kemahiran membaca kanak-kanak enam tahun.

ii.

Untuk melihat penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak enam tahun.

iii.

Untuk melihat penguasaan kemahiran mengira kanak-kanak enam tahun.

1.5

Persoalan Kajian

Bagi mencapai objektif kajian, beberapa persoalan kajian telah dibina. Persoalan kajian adalah seperti berikut :-

i.

Bagaimanakah tahap penguasaan kemahiran asas membaca kanakkanak enam tahun?

ii.

Bagaimanakah tahap penguasaan kemahiran asas menulis kanakkanak enam tahun?

iii.

Bagaimanakah tahap penguasaan kemahiran asas mengira kanakkanak enam tahun?

1.6

Kepentingan Kajian

Kajian ini berpentingan untuk mengetahui adakah kanak-kanak 6 tahun bersedia untuk melangkah masuk ke Darjah Satu di peringkat Sekolah Rendah? Setiap kanak-kanak seharusnya menerima pendidikan sejak dari awal usia. Bagi membantu anak menerima persediaan yang baik sebelum ke melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih mencabar. Persediaan yang baik ini berkepentingan supaya anak-anak tidak ketinggalan sewaktu di Sekolah Rendah dan tidak terkejut dengan pengajaran dan pembelajaran yang lebih formal dan serius. Kajian ini juga berkepentingan untuk mengenal pasti punca mengapa dan bagaimana kanak-kanak yang dihantar ke tadika tidak masih tidak dapat menguasai asas membaca, menulis dan mengira walaupun telah 6 tahun.

Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka seawal usia empat tahun ke tadika seharusnya mengawasi perkembangan anak mereka dari semasa ke semasa. Bertaraf negara maju, Malaysia kini mempunyai pelbagai peluang pendidikan untuk kanak-kanak seawal usia bayi. Terdapat 3 jenis badan yang menganjurkan pendidikan awal kanak-kanak iaitu agensi kerajaan, separa kerajaan, organisasi sukarela dan tadika yang didirikan secara persendirian.

Nor Hashimah Binti Hiashim (2003) menerangkan, terdapat pelbagai agensi kerajaan dan separa kerajaan yang bergiat aktif menubuhkan dan membangunkan pusat-pusat prasekolah serta program-program pendidikan. Antaranya adalah FELDA, FELCRA, RISDA, KEMAS, Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Kementerian Pendidikan memperkenalkan pendidikan prasekolah di beberapa sekolah terpilih serta melaksanakan penyeragaman kurikulum bagi menjamin semua kanak-kanak dapat mengikuti pendidikan di awal usia.

Kurikulum prasekolah memberi pelbagai pendidikan untuk bagi merangkumi kepelbagaian perkembangan kanak-kanak melalui empat aspek kemahiran iaitu kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Penguasaan kanak-kanak dalam kemahiran ini membantu mempercepatkan perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai bidang akademik dan kemahiran teknik. Tahap pencapaian kanak-kanak dalam penguasaan ini juga membantu memudahkan perjalanan kanak-kanak menerima pendidikan di sekolah rendah dan seterusnya. Keberjayaan pendidikan sejak awal kanak-kanak melicinkan perjalanan masyarakat melahirkan generasi cerdas dan berkualiti tinggi serta membina negara yang berakyat maju.

1.7

Rasional Kajian

Setiap kanak-kanak perlu sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas 3M. Penguasaan kemahiran asas 3M merupakan nadi kepada perkembangan ilmu dan pengetahuan yang lebih luas dan kompleks. Penguasaan kemahiran asas 3M ini boleh didapati seawal usia empat hingga enam tahun di tadika atau prasekolah. Kepentingan

penguasaan ini bertujuan membantu diri kanak-kanak untuk menyediakan diri bagi menerima pengajaran dan pembelajaran lanjutan di sekolah rendah serta berkepentingan untuk hal-hal lain juga.

Menurut Pusat Media UNICEF, wakil UNICEF di Malaysia, En Youssouf Oomar berkata, seorang kanak-kanak yang boleh membaca dan menulis adalah seorang yang boleh diajar. Kanak-kanak yang boleh diajar boleh diperkasa untuk menuntut hak mereka, mengubah hidup, memperbaiki masyarakat dan mempengaruhi takdir kehidupan mereka.

Begitu pentingnya penguasaan kemahiran asas 3M kepada awal kanak-kanak di tadika atau prasekolah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah beberapa kali bertitah mengenai kepentingan budaya membaca. Dalam titah baginda mengatakan bahawa usaha ini sukar untuk berhasil jika kita gagal memperlengkapkan anak-anak sekolah dengan kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Ini penting dan sekali gus perlu dijadikan budaya kerana bangsa yang maju, mereka itu pati kuat membaca, banyak menulis serta pandai mengira.

Titah baginda itu adalah berdasarkan kepentingan membaca dan menulis yang ada ditekankan dalam kitab Al-Quran, seperti mana telah diperintahkan membaca dalam Surah Al Alaq ayat 1 5 yang membawa erti Bacalah wahai Nabi Muhammad dengan menyebut nama Tuhan-mu yang menciptakan sekalian makhluk. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Maha Pemurah. Yang mengajar manusia menulis dengan qalam (pena). Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.

Jelaslah, penguasaan kemahiran asas 3M seharusnya dikuasai oleh kanakkanak sedari awal usia. Penguasaan dalam 3M ini di peringkat awal kanak-kanak melalui pendidikan di tadika atau prasekolah membantu memudahkan kanak-kanak memahami pengajaran dan pembelajaran yang lebih tinggi di peringkat seterusnya.

1.8

Definisi Konsep

1.8.1 Kanak-kanak

Menurut Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak adalah seseorang yang berusia bawah umur 18 tahun. Seseorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan suatu bahagian penting masyarakat tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat.

Oleh sebab ketidakmatangan kanak-kanak dari segi fizikal, mental dan emosinya, memerlukan perlindungan, pemeliharaan dan bantuan khas, selepas kelahiran untuk membolehkannya turut serta dalam dan menyumbang secara positif ke arah membentuk suatu masyarakat Malaysia madani yang unggul.

Akta ini

mengiktiraf

bahawa tiap-tiap kanak-kanak berhak untuk

mendapatkan perlindungan dan bantuan dalam segala hal tanpa mengira apa-apa jenis perbezaan seperti ras, warna kulit, jantina, bahasa, agama, asal usul atau kecacatan fizikal, mental atau emosi atau apa-apa status lain.

Akta ini juga memperjelaskan bahawa keluarga merupakan kumpulan asas dalam masyarakat yang menyediakan suasana semula jadi bagi pembesaran, penyaraan dan kebajikan kanak-kanak supaya mereka boleh membesar dalam suasana aman, bahagia, kasih sayang dan persefahaman untuk memperoleh keyakinan penuh, maruah dan nilai diri seseorang manusia.

Menurut huraian Islam mengenai kanak-kanak, istilah kanak-kanak merujuk kepada seseorang yang belum baligh. Sebelum kanak-kanak mencapai umur baligh, mereka akan melalui peringkat sebelum mumayyiz dan peringkat mumayyiz.

Peringkat sebelum mumayyiz bermula dari saat kelahiran seseorang kanakkanak sehinggalah usianya mencapai tujuh tahun. Sepanjang tempoh ini, kanak-kanak belum mampu membezakan antara yang baik dengan yang buruk serta tidak dapat

memahami kesan atau akibat bagi sesuatu perbuatan dan belum mempunyai keupayaan untuk memahami (idrak). Peringkat umur ini, kanak-kanak disebut sebagai kanak-kanak yang belum mumayyiz.

Peringkat mumayyiz akan bermula apabila kanak-kanak telah cukup umur tujuh atau lapan tahun. Penetapan umur tujuh tahun sebagai umur mumayyiz adalah berdasarkan Hadith yang diriwayatkan oleh Abdul Malik bin Rabic bin Sabrah dan ayahnya daripada datuknya yang bermaksud, Ajarlah (atau suruhlah) kanak-kanak bersembahyang ketika berumur tujuh tahun dan pukullah dia ketika berumur sepuluh tahun.

Pemahaman daripada Hadith di atas adalah suruhan Rasulullah (s.a.w) kepada ibu bapa supaya mengajar solat kepada kanak-kanak apabila usia mereka mencapai tujuh tahun. Pengajaran tentang mendirikan solat tidak dapat dilakukan melainkan seseorang itu mempunyai kemampuan berfikir. Secara tidak langsung, Hadith ini menerangkan kemampuan berfikir akan wujud apabila seseorang kanakkanak berusia tujuh tahun. Oleh itu, kanak-kanak yang sudah mencapai tahap pemikiran tamyiz disebut sebagai kanak-kanak mumayyiz. Apabila kanak-kanak mencapai umur baligh, mereka dianggap mempunyai kemampuan berfikir dan boleh membuat keputusan yang munasabah mengenai sesuatu perkara terutama yang berkaitan dengan dirinya.

Cara untuk menentukan baligh seseorang kanak-kanak ialah melalui baligh secara tabii dan baligh berdasarkan umur. Kanak-kanak perempuan dianggap mencapai umur baligh apabila didatangi haid dan bagi kanak-kanak lelaki apabila keluar air mani. Manakala penentuan baligh berdasarkan umur ditentukan apabila tanda-tanda fizikal tidak berlaku pada tubuh badan kanak-kanak. Oleh itu, fuqaha meletakkan tahap umur tertentu sebagai umur baligh. Mengikut mazhab Hanafi, Shafii, dan Hanbali, seseorang kanak-kanak dianggap sebagai baligh apabila berusia lima belas tahun. Bagi mazhab Maliki pula mengehadkan umur tujuh belas tahun sebagai umur baligh.

10

1.8.2

Asas membaca, menulis dan mengira

Kamus Parsi (Ujian), PRPM menjelaskan asas seerti kepada permulaan. Maka, asas membaca, menulis dan mengira memberi maksud permulaan membaca, menulis dan mengira. Pelbagai takrifan mengenai membaca. Mikkel Birkegard mentakrifkan membaca adalah sebuah proses rumit mulai dari kata di halaman di hadapanmu sampai suara yang meninggalkan bibirmu. Membaca adalah kombinasi dari mengenali simbol dan pola, menghubungkannya dengan suara dan mengumpulkannya menjadi suku kata sampai akhirnya kita mampu menginterpretasikan erti sebuah kata. Menurut Daud Firmansyah pula, membaca merupakan tahap penting dalam proses perkembangan anak kerana membaca merupakan gerbang pertama untuk menuju proses pembelajaran yang lebih kompleks.

Yahya Othman (2006) pula mengatakan membaca sebagai proses sensori tertumpu pada input grafik atau maklumat grafik iaitu huruf bercetak dan susunannya dalam perkataan. Membaca juga sebagai proses persepsi atau tanggapan tertumpu pada maklumat atau kiu semantik. Selain itu, membaca sebagai aktiviti bahasa yang memberi perhatian pada maklumat sintaksis iaitu struktur ayat, intonasi dan lain-lain. Tambahan lain, beliau juga mengatakan membaca sebagai pembinaan semula mesej atau pemahaman keseluruhan tertumpu pada semua kiu dan maklumat yang terdapat dalam diri seseorang semasa membaca.

1.9

Batasan Kajian

Pengkaji membataskan pemerhatian kajian ini kepada tiga orang kanak-kanak sahaja berikutan mustahil bagi pengkaji untuk mengkaji lebih daripada tiga orang kanakkanak disebabkan kekangan tempoh kajian. Pengkaji juga mengehadkan jenis kanakkanak yang dikaji adalah kanak-kanak normal yang tidak mempunyai penyakit khusus yang kekal. Kajian pengkaji terhadap kanak-kanak yang dipilih adalah terbatas kepada kehadiran kanak-kanak di tadika kerana pengkaji mengkaji kanak-kanak di Rehal Centre, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

11

Tadika ini hanya mempunyai empat orang kanak-kanak yang berumur enam tahun. Pengkaji hanya memilih tiga kanak-kanak yang telah menuntut di tadika sejak pengkaji memulakan kajian kerana seorang antara empat lagi kanak-kanak sering tidak hadir ke tadika. Ketiga-tiga mereka adalah kanak-kanak yang telah dipilih sebagai subjek pengkaji. Kajian yang dilakukan kepada kanak-kanak ini adalah terhad selama dua bulan berikutan pengkaji juga dalam status latihan mengajar di lokasi kajian. Hasil dan kesimpulan kajian yang didapati adalah sangat terhad kerana pemerhatian dan hasil analisis dokumen dijalankan pada tempoh pengajaran dan pembelajaran harian.

Pengkaji memilih kanak-kanak enam tahun sebagai subjek kajian kerana pada usia ini merupakan tahun akhir bagi mereka belajar dan mempersiapkan diri dengan pelbagai pengetahuan asas sebelum melangkah masuk ke Darjah Satu Sekolah Rendah di mana pengajian di peringkat ini lebih formal dan kompleks berbanding pengajian di tadika. Pemilihan kanak-kanak normal pula adalah kerana, pendekatan untuk menilai kanak-kanak istimewa adalah berdasarkan kepelbagaian konsep dan jenis penyakit. Untuk melakukan pemerhatian berikut adalah di luar batas pengetahuan pengkaji.

Tempoh pengkaji memerhati ketiga-tiga kanak-kanak hanya bergantung kepada tempoh kanak-kanak berada di tadika. Pengkaji juga tidak dapat memastikan kehadiran kanak-kanak ke tadika. Walau bagaimanapun, pengkaji menjalankan kajian dengan kanak-kanak berikut beberapa kali pada waktu pengajaran dan pembelajaran iaitu pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Sekiranya tadika mengambil cuti bagi cuti-cuti tertentu, pengkaji mempunyai masa dan tempoh yang lebih terhad.

1.10

Rumusan

Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira merupakan nadi penggerak kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Sekiranya kanakkanak enam tahun menguasai ketiga-tiga asas kemahiran ini, mudah bagi guru serta

12

menjimatkan masa untuk memberikan serta mendedahkan kanak-kanak kepada ilmu dan pengajaran yang lebih luas dan kompleks. Ibu bapa, guru serta barisan pendidikan yang juga perlu prihatin terhadap perkembangan kanak-kanak tentang penguasaan kemahiran asas 3M mereka.

13

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Menurut Nor Hashimah Binti Hashim (2003) pendidikan untuk awal kanak-kanak bermula sejak lahir sehingga lapan tahun di taman asuhan, tadika atau prasekolah. Program ini dikendalikan oleh kerajaan atau agensi-agensi swasta. Kebanyakan kanak-kanak terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak dari awal usia kerana kesedaran ibu bapa pada kepentingan pendidikan dan peningkatan jumlah ibu-ibu yang bekerja.

Menurut Sufean Bin Hussin (2005) pendidikan untuk awal kanak-kanak tidak lagi menjadi isu yang remeh dalam sistem pendidikan negara. Pengiktirafan mengenai kepentingan pendidikan untuk awal kanak-kanak telah termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 telah meletakkan pendidikan awal kanakkanak secara rasmi dalam sistem pendidikan kerana pendidikan ini merupakan satu langkah permulaan yang penting dalam perkembangan individu dan masyarakat.

Kesedaran mengenai kepentingan pendidikan sistematik dari awal lagi dapat dilihat melalui falsafah dan program pendidikan awal kanak-kanak seluruh dunia seperti Froebel, Montessori, High/Scope, gerakan kibbutz di Israel dan Reggio Emilia. Selain itu, kajian mengenai kesan pendidikan awal kanak-kanak mula memberikan

14

kita gambaran yang jelai mengenai faktor-faktor yang perlu ada sekiranya mahukan pendidikan awal itu memberikan pulangan positif (Sufean Bin Hussin, 2005).

2.2

Kajian-kajian Berkaitan

2.2.1

Kajian Dalam Negara

2.2.2 2.1

Kajian Luar Negara

Kanak-kanak di pusat pendidikan awal

Prasekolah atau tadika telah meluas di Malaysia sebagai pusat rujukan pendidikan awal kanak-kanak. (Nor Hashimah Binti Hashim, 2003:27) Terdapat dua jenis program, iaitu Tadika atau Taman Didikan Kanak-kanak untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun, dan Tabika atau Taman Bimbingan Kanak-kanak untuk kanak-kanak di bawah empat tahun. Tadika perlu didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan dan Tabika pula dengan kementerian Kebajikan Masyarakat. Bagaimanapun, terdapat juga prasekolah yang mengajar kanak-kanak berumur 4-6 tahun menerima kanak-kanak berumur 2 hingga 3 tahun, khususnya prasekolah persendirian (Aishah, 2001).

Menurut Sufean Bin Hussin lagi dalam bukunya mengenai pulangan terhadap Pelaburan Pendidikan Awal Berkualiti, Amnya, didapati kanak-kanak yang mengikuti program pendidikan awal
menunjukkan kesan jangka pendek dan jangka panjang yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak mengikuti program pendidikan awal. Contohnya, apabila kesan pendidikan awal kanak-kanak terhadap pencapaian sekolah dikaji, kanak-kanak dalam projek Abecederian dan Projek prasekolah Perry menunjukkan pencapaian akademik yang lebih baik berbanding kumpulan kawalan semasa di sekolah rendah (Schweinhart & Weikart, 1999; Campell et. al. , 1997). Projek Abecederian California merupakan kajian bersifat eksperimental mengenai potensi faedah pendidikan awal untuk kanak-kanak miskin. Ia menggunakan kumpulan kawalan bagi membandingkan kesan dengan kumpulan kanak-kanak miskin yang direkrut. Seramai 111 kanak-kanak terbabit dalam

15

kajian ini sejak bayi lagi yang mana 57 orang telah diletakkan secara rawak dalam kumpulan intervensi berkualiti tinggi sejak bayi lagi sehingga berusia 5 tahun. Pengukuran susulan yang berterusan masih dilakukan ke atas setiap kanak-kanak tersebut sehingga mereka berusia 21 tahun (Campbell dll., 2001). Projek Prasekolah Perry pula merupakan satu projek yang melihat kesan program Headstart terhadap perkembangan kanak-kanak (Schweinhart, 2002). Seramai 123 kanak-kanak Afro-Amerika terlibat dalam kajian ini. Semasa berusia 3 tahun dan 4 tahun, kanak-kanak ini telah dimasukkan secara rawak ke dalam dua kumpulan (68 mengikuti program intervensi High/Scope dan selebihnya merupakan kumpulan kawalan.) perkembangan mereka diikuti sehingga mereka berusia 27 tahun (Schweinhart, Barnes & Weikart, 1993; Schweinhart & Weikart, 1999). Dalam kedua-dua projek jangka panjang bersifat longitudinal dan eksperimental ini, kesan positif jangka panjang terhadap pencapaian akademik ditemui. Mereka telah melalui program pendidikan awal semasa kanak-kanak ini didapati menunjukkan purata pencapaian akademik yang lebih baik, bukan setakat dalam tertentu seperti subjek literasi dan matematik sahaja, tetapi mereka mempunyai kadar bergraduat dari sekolah menengah yang lebih tinggi yang seterusnya mempengaruhi kadar bergraduat di universiti dan juga pendapatan serta kerjaya yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengikuti program awal yang berkualiti semasa awal kanak-kanak tadi. Wylie dan Thompson (2003) telah melihat kesan pendidikan awal ini kepada kanak-kanak di New Zealand. Setelah mengambil kira faktor sosioekonomi dan tahap pendidikan ibu, mereka mendapati pada usia 10 tahun, kanakkanak yang mendapat sekurang-kurangnya tiga tahun pendidikan pada peringkat awal kanak-kanak secara puratanya mempunyai skor pencapaian matematik, komunikasi, penyelesaian masalah logik dan bacaan yang lebih tinggi berbanding mereka yang mendapat didikan kurang daripada tiga tahun. Kajian yang melihat kesan pendidikan awal kanak-kanak terhadap kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak pula, secara umumnya telah menunjukkan mereka yang mengikuti program pendidikan berkualiti diperingkat awal mempunyai darjah kecerdasan yang lebih baik dan perkembangan kognitif yang lebih memuaskan berbanding mereka yang tidak mengikuti pendidikan awal yang berkualiti. Kecerdasan kanak-kanak diukur melalui ujian IQ. Bagi kebanyakan kajian, IQ kanak-sebelum dan selepas mengikuti program pendidikan awal diukur untuk melihat kesan program tersebut. Projek Milwaukee melaporkan bahawa kanak-kanak yang mengikuti program intervensi menunjukkan

peningkatan IQ sebanyak satu sisihan piawai daripada kumpulan kawalan sehingga berusia 10 tahun. Projek Milwaukee ini disertai oleh keluarga bandar yang dikenal pasti berisiko tinggi melalui pendapatan rendah, skor IQ di bawah 75 dan mempunyai anak yang berusia 3 hingga 6 bulan. Dalam program yang

16

berjalan selama 6 tahun ini setiap keluarga terlibat dalam program intervensi ini setiap hari sepanjang tahun. Anak-anak mendapat program pendidikan manakala ibu bapa mendapat pendidikan vokasional dan sosial seperti latihan pekerjaan, pendidikan pemulihan, kaunseling keibubapaan dan intervensi krisis keluarga (Garber & Herber, 1977). Projek Abecederian pula menunjukkan, berdasarkan alat ujian kecerdasan Standford-Binet dan WISC-R, semasa program intervensi sedang berjalan, kanakkanak yang mengikuti program tersebut menunjukkan perkembangan kognitif yang agak tinggi berbanding kumpulan kawalan. Selepas program intervensi ini tamat, walaupun terdapat sedikit penurunan skor kecerdasan dan perkembangan kognitif pada kumpulan intervensi berbanding semasa mereka melalui program tersebut, namun secara puratanya, keupayaan kognitif mereka masih mengatasi kanak-kanak dalam kumpulan kawalan semasa berada di sekolah rendah (Campbell et. al., 2001) Di Kepulauan Solomons, 666 orang kanak-kanak telah terbabit dalam satu kajian mengenai kesan pendidikan awal terhadap perkembangan kognitif (Guild, 2000). Kanak-kanak yang telah mengikuti pendidikan awal menunjukkan penguasaan kemahiran matematik dan bacaan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengikuti pendidikan awal. Di samping itu jenis program juga mempengaruhi pencapaian yang mana program yang digolongkan sebagai berkualiti tinggi menghasilkan pelajar yang menunjukkan penguasaan yang lebih baik dalam dua aspek tersebut. Dalam satu kajian lain yang melihat kualiti pendidikan awal berdasarkan jenis program dan kesannya terhadap perkembangan kanak-kanak, didapati kanakkanak di dalam program berpusatkan kanak-kanak menunjukkan kesediaan ke sekolah dari segi penguasaan kemahiran asas yang lebih baik berbanding kanakkanak yang mengikuti program bersifat didaktik (Marcon, 1999). Apabila kajian susulan dibuat, tiada perbezaan prestasi akademik yang didapati antara kanakkanak ini pada tahun 5 tetapi di akhir persekolahan rendah pada tahun berikutnya, kanak-kanak yang mengikuti program prasekolah bersifat akademik menunjukkan prestasi akademik yang kurang berbanding kanak-kanak yang mengikuti program prasekolah yang berpusatkan kanak-kanak (Marcon, 2002). Oleh itu, jelaslah negara tidak mengorak langkah yang salah dalam menekankan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dalam perkembangan insan dan masyarakat dalam usaha merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, tidak semua pendidikan awal dapat memberikan kesan positif yang diingini. Sebaliknya satu ciri yang ditemui dalam semua kajian yang dinyatakan di atas ialah program pendidikan awal yang diberikan ini tergolong dalam jenis pendidikan awal yang berkualiti tinggi. Perkara ini sebenarnya telah diambil kira di Malaysia melalui Kurikulum Kebangsaan Prasekolah. Jika diteliti,

17

kurikulum ini telah memberikan keutamaan pelaksanaan sistem pendidikan yang berkualiti berteraskan kepada beberapa perkara terutamanya prinsip Amalan Bersesuaian Perkembangan, serta beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah dibuktikan diutamakan dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).

2.2

Asas membaca, menulis dan mengira

Peringkat perkembangan manusia bermula dari bayi berkembang menjadi kanakkanak, menjadi remaja, menjadi dewasa dan seterusnya menjadi tua. Bermula dari bayi, fungsi pancaindera telah diaplikasikan sebagai asas seorang manusia. Penggunaan pancaindera menyumbang kepada perkembangan kognitif, emosi intelek dan sosial. Seawal bayi, pengasuhan dan pendidikan diberikan oleh ibu bapa.

Apabila mencapai usia empat tahun, ibu bapa telah merancang untuk menghantar anak mereka ke pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti tadika. Pendidikan di pusat pendidikan awal kanak-kanak bertujuan memberikan pendidikan maksimum kepada kanak-kanak. Di Malaysia, kanak-kanak seawal usia empat tahun telah didedahkan untuk mempelajari asas membaca, menulis dan mengira. Pelbagai aktiviti telah dirancang supaya kanak-kanak berminat untuk belajar sambil bermain. Pelbagai agensi swasta mahupun kerajaan telah membina kurikulum yang membolehkan kanak-kanak belajar secara seronok selain dapat meningkat perkembangan kognitif, emosi, intelek dan sosial secara maju dan positif.

2.3

Rumusan

Buat sendiri tnpe tesisi lain

18

19

BAB 3

METODOLOGI

3.1

Pengenalan

Baut sndri tnpe tesis lain

3.2

Reka bentuk kajian

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji ialah dengan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Rasionalnya pengkaji memilih kaedah ini kerana penyelidikan kualitatif menggunakan bentuk data yang dikumpul secara temu bual yang direkod dalam gambar atau video yang juga bersesuaian untuk pengkaji mengetahui adakah kanakkanak enam tahun menguasai asas membaca, menulis dan mengira.

Beberapa soalan telah pengkaji rangka berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan dalam 1.3. Soalan-soalan yang telah dirangka ditanya untuk Hakeema, Amirah, dan Najihah iaitu subjek pengkaji. Berikut merupakan soalan yang telah dirangka untuk ditemu bual bersama guru-guru kanak-kanak tersebut :-

Soalan temu bual kepada guru-guru enam tahun : 1. Bagaimanakah perkembangan kanak-kanak dalam mengenal huruf dan nombor? 2. Bagaimanakah perkembangan kanak-kanak dalam membaca?

20

3. Bagaimanakah perkembangan kanak-kanak dalam menjumlah dan menolak angka? 4. Bagaimanakah perkembangan kanak-kanak dalam menulis?

21

5. Adakah guru pernah bertanya kepada kanak-kanak soalan KBKK mudah? Jika pernah, adakah kanak-kanak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik? 6. Bagaimanakah keadaan kanak-kanak di dalam kelas? 7. Adakah kanak-kanak tersebut menujukkan minat atau bersemangat untuk belajar? 8. Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan guru? Adakah pembelajaran formal atau belajar sambil bermain?

Kaedah kajian menggunakan saiz sampel yang kecil. Pengkaji merupakan sebahagian daripada peserta kajian iaitu sebagai guru. Pendekatan kualitatif juga meletakkan pengkaji sebagai instrumen utama yang memungut data. Pengkaji berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji. Reka bentuk kajian boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi.

Pemerhatian dilakukan setiap kali pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Setiap aktiviti yang diikuti oleh kanak-kanak juga diperhatikan dan dinilai oleh pengkaji bagi merekod kepelbagaian pengetahuan yang telah ditonjolkan, dipelajari dan diterima oleh Hakeema, Amirah dan Najihah. Pemerhatian yang dilakukan dirakam bergantung pada kesesuaian situasi pengkaji bersama kanak-kanak tersebut. Walau bagaimanapun pengkaji telah mencatat perkembangan kanak-kanak sewaktu di dalam dan di luar kelas.

Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian. Pengkaji memilih kaedah pengumpulan data secara rekod anekdot bagi mencatat maklumat perkembangan kanak-kanak. Pemerhatian direkod berdasarkan tempat kejadian, pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan guru, situasi kanak-kanak bersama guru, rakan-rakan dan persekitaran.

Penilaian hasil pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak adalah berdasarkan hasil lembaran kerja kanak-kanak serta kejadian penting bagi pengkaji yang direkod sewaktu kanak-kanak melakukan aktiviti di luar waktu pengajaran dan pembelajaran serta ketika kanak-kanak bersosial dengan rakan-rakan. Kejadian penting ini dinilai

22

oleh pengkaji sebagai hasil pengajaran dan pembelajaran kerana kanak-kanak akan menzahirkan pengetahuan yang diterima sewaktu di kelas kepada aktiviti dan tingkah laku seharian mereka. Pengkaji juga merekod kejadian penting ini menggunakan kaedah rekod anekdot berikutan kaedah ini mudah, jelas dan boleh direkod pada bilabila sahaja.

Oleh itu, kajian ini akan melihat kajian kepada menunjukkan perbezaan penguasaan kanak-kanak dan menunjukkan hubungan perkembangan mereka dengan persekitaran mereka dalam menerima pendidikan awal. Kajian ini akan menghuraikan kenyataan, menyatakan kejadian semula jadi dan menerangkan kejadian secara verbal.

3.3

Populasi dan sampel kajian

Pengkaji menemu bual guru-guru yang mengajar kanak-kanak enam tahun. Seorang daripada guru tersebut merupakan guru praktikal manakala seorang lagi adalah guru yang telah lama mengajar kanak-kanak di tadika tersebut. Pengkaji akan memilih sebanyak tiga orang kanak-kanak enam tahun. Pemilihan adalah secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian. Berdasarkan rekod tadika, ketiga-tiga kanak-kanak yang dipilih telah menuntut pengajian di tadika tersebut sejak dari usia empat tahun.

Pengkaji menemu bual guru-guru yang mengajar ketiga-tiga kanak-kanak ini sepanjang mereka belajar di Rehal Centre. Terdapat dua guru yang terlibat yang dapat pengkaji temu bual. Beliau ialah Puan Nor Azura Binti Yakoob yang telah berkhidmat di Rehal Centre selama dua tahun yang juga merupakan guru yang berjaya mendapat pujian dari ibu bapa ibu bapa kanak-kanak di tadika kerana perkembangan positif yang telah ditonjolkan oleh anak-anak mereka. Guru seterusnya ialah Encik Mohd Fadhle Bin Ambuar yang merupakan guru latihan mengajar sementara seperti pengkaji. Pengkaji mendapati kedua-dua guru ini bersungguh-sungguh memberikan pelbagai pengetahuan asas dan kemahiran kepada kanak-kanak di tadika.

23

Kanak- kanak pemerhatian pengkaji adalah tiga orang kanak-kanak yang berusia enam tahun. Kanak-kanak pertama adalah Nur Laila Hakeema Binti Mohd Fikri juga dikenali sebagai Hakeema. Hakeema telah belajar di Rehal Centre sejak dari usia tiga tahun. Kanak-kanak kedua ialah Nur Amirah Liyana Binti Aidil Rashidi dan kanak-kanak ketiga ialah Fatin Najihah Binti Syukur. Nur Amirah Liyana Binti Aidil Rashidi dikenali sebagai Amirah manakal Fatin Najihah Binti Syukur dikenali sebagai Najihah. Ketiga-tiga mereka telah belajar di tadika ini sejak usia empat tahun.

Mereka tidak mengetahui bahawa mereka dijadikan sebagai pilihan pemerhatian pengkaji. Adalah amat mudah bagi pengkaji memerhati perkembangan mereka berikutan pengkaji merupakan guru kelas mereka. Pengkaji memerhati kanakkanak ini bermula dari tarikh 18 November 2013 sehingga 14 Februari 2014.

3.4

Alat kajian

Kajian ini akan menggunakan kaedah memungut data dalam usaha untuk mengetahui adakah kanak-kanak enam tahun menguasai asas membaca, menulis dan mengira? Kaedah kajian yang digunakan adalah merekod hasil temu bual bersama guru-guru kanak-kanak enam tahun. Pengkaji memungut hasil lembaran kerja kanakkanak bagi mengenal pasti adakah kanak-kanak ini menguasai asas membaca, menulis dan mengira atau tidak?

Data yang dikumpul oleh pengkaji adalah data temu bual pengkaji dengan guru-guru yang mengajar kanak-kanak. Hasil temu bual bersama guru-guru tersebut dicatat dan dikumpul. Bagi kaedah pemerhatian pula, pengkaji memerhati kanakkanak pada waktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi merekod tahap penguasaan asas membaca, menulis dan mengira kanak-kanak serta penglibatan mereka untuk menilai perkembangan mereka terhadap penguasaan ini. Penilaian hasil pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak adalah penilaian melalui pemungutan hasil lembaran kerja kanak-kanak.

24

Pemungutan hasil lembaran kerja kanak-kanak adalah soalan dan lembaran kerja yang dirancang oleh pengkaji sebagai guru kanak-kanak berdasarkan objektif kajian yang dibentuk oleh pengkaji.

Kaedah pemungutan data ini digunakan untuk mengumpul hasil pengajaran dan pembelajaran yang diterima kanak-kanak sewaktu pengajaran di dalam kelas seterusnya untuk menilai sama ada kanak-kanak enam tahun ini menguasai asas membaca, menulis dan mengira atau belum. Pengkaji memastikan hasil lembaran kerja kanak-kanak adalah dari hasil usaha kanak-kanak sendiri tanpa bantuan guru atau rakan-rakan. Hasil lembaran kerja tersebut adalah yang disiapkan oleh kanakkanak di tadika dengan pemantauan pengkaji berikutan pengkaji juga merupakan guru kanak-kanak.

3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10

Kajian rintis Tringulasi Tatacara pengumpulan data Tatacara penganalisisan data Prosedur pengumpulan data Rumusan

Hasil temu bual pengkaji dengan guru direkod dan dikumpul dalam bentuk gambar. Hasil pemerhatian pengkaji dengan kanak-kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran bersama pengkaji atau guru lain direkod dalam bentuk video, dianalisis serta rancangan pengajaran dan pembelajaran tersebut dikumpul oleh pengkaji dengan bantuan guru yang mengajar.

Pengkaji juga meninjau ketiga-tiga kanak-kanak ini ketika mereka menulis melihat kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak ketika menyelesaikan soalan dan latihan yang diberikan guru sewaktu pengajaran berlangsung. Peninjauan pengkaji menjadi mudah berikutan pengkaji merupakan guru yang mengajar kanak-kanak ini.

25

Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Pemerhatian ini dilakukan secara rawak bergantung pada respons dan perkembangan yang mereka tonjolkan.

Hasil pemerhatian yang dirakam akan dilaporkan untuk setiap kanak-kanak. Setiap kanak-kanak tersebut akan dilaporkan kepada empat pecahan iaitu tahap penguasaan ;-

Membaca : Mengenal huruf Membunyikan huruf Mengeja dua suku kata Mengeja tiga suku kata Membaca tanpa mengeja

Menulis : Memegang pensel dengan betul Menulis nombor dan huruf Menulis bentuk nombor dan huruf dengan betul Menjarakkan antara perkataan Menulis dengan kemas

Mengira : Mengenal nombor 0 9 Mengenal nombor 10 20 Menyebut nombor dengan betul Tahu mengira 0 9 Tahu mengira 10 20 Tahu nilai Tahu makna ( + ) Menyelesaikan soalan tambah bawah 11 Menyelesaikan soalan tambah bawah 21 Tahu makna ( - )

26

Menyelesaikan soalan tolak bawah 11 Menyelesaikan soalan tolak bawah 21

Pengumpulan hasil pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak adalah dari hasil lembaran kerja yang disediakan pengkaji untuk kanak-kanak. Bagi memastikan hasil lembaran kerja membuktikan tahap penguasaan kanak-kanak dalam membaca, menulis dan mengira, pengkaji memastikan hasil lembaran ini dilengkapkan oleh kanak-kanak dengan usaha sendiri tanpa bantuan rakan atau guru semasa menyiapkan lembaran tersebut. Pengkaji bersama kanak-kanak sepanjang mereka menyiapkan lembaran yang diberikan.

3.5

Prosedur penganalisisan data

Data dianalisis kepada tiga pecahan berdasarkan nama kanak-kanak iaitu Nur Laila Hakeema Binti Mohd Fikri, Nur Amirah Liyana Binti Aidil Rashidi dan Fatin Najihah Binti Syukur. Setiap kanak-kanak mempunyai tiga hasil kajian iaitu hasil temu bual bersama guru, hasil pemerhatian pengajaran dan pembelajaran di kelas dan penilaian hasil pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Kajian dilakukan berdasarkan objektif kajian yang telah dibentuk dalam kajian pengkaji bagi mendapat rumusan kajian adakah kanak-kanak enam tahun menguasai asas membaca, menulis dan mengira.

27

28

BAB 4

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1

Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan menerangkan segala respons yang diperoleh semasa melakukan temu bual bersama dua orang guru kanak-kanak yang dikaji, semasa pemerhatian dilakukan sewaktu kanak-kanak menerima pengajaran dan pembelajaran serta menghuraikan hasil yang diperoleh daripada pengajaran dan pembelajaran dari hasil lembaran kerja kanak-kanak tersebut.

Sebanyak dua hasil temu bual bersama dua guru kanak-kanak, empat kali pemerhatian sewaktu pengajaran dan pembelajaran dilakukan, dan dua belas hail lembaran kerja kanak-kanak yang menjadi rujukan pengkaji untuk menilai tahap penguasaan kanak-kanak dalam membaca, menulis dan mengira. Pengkaji mengutip empat hasil lembaran kerja dari setiap kanak-kanak dari pengajaran dan pembelajaran yang dirakam untuk pemerhatian pengajaran dan pembelajaran yang kanak-kanak alami di kelas.

29

4.2

Dapatan kajian

4.2.1 4.2.2 4.2.3

Dapatan hasil temu bual Dapatan pemerhatian dan rakaman video Dapatan hasil analisis dokumen

4.1.1

Hasil temu bual bersama Puan Nor Azura Binti Yakoob

Pengkaji menemu bual Puan Azura pada hujung tahun 2013. Beliau hanya menjawab ringkas setiap soalan temu bual yang diajukan pengkaji. Sebelum menemu bual beliau, pengkaji telah pun menerangkan tujuan temu bual dan memaklumkan agar beliau memfokuskan soalan pengkaji untuk kanak-kanak kelas 6 tahun 2014. Berikut merupakan jawapan yang diberikan beliau :

Soalan 1 : Bagaimanakah perkembangan kanak-kanak dalam mengenal huruf dan nombor? Jawapan : Hakeema dan Amirah tiada masalah. Sudah mengenal nombor dan huruf dengan sangat baik. Walau bagaimanapun Najihah masih tidak mengenal keseluruhan huruf dan nombor 0 10 dengan baik. Soalan 2 : Bagaimanakah perkembangan kanak-kanak dalam membaca? Jawapan : Semua kanak-kanak yang berumur 6 tahun telah pun pandai membaca. Kanak-kanak 5 tahun yang bakal memasuki kelas 6 tahun pada tahun hadapan juga telah pandai membaca kecuali Najihah. Soalan 3 : Bagaimanakah perkembangan kanak-kanak dalam menjumlah dan menolak angka? Jawapan : Najihah sebelum ini sekelas dengan kanak-kanak 4 tahun kerana belum menunjukkan prestasi yang cukup baik untuk ke kelas advance

30

bersama kanak-kanak 6 tahun. Di kelas tersebut, pengajaran penambahan dan penolakan belum dilakukan. Hakeema dan Amirah pula di kelas advance dan masih lagi memerlukan perhatian untuk proses menjumlah dan menolak angka. Soalan 4 : Bagaimanakah perkembangan kanak-kanak dalam menulis? Jawapan : Hakeema dan Amirah telah pandai menulis nama penuh sendiri dengan baik kerana guru sering bertegas supaya kanak-kanak di kelas advance ini pandai menulis nama penuh sendiri dengan betul. Najihah hanya pandai menulis nama pendek sahaja. Soalan 5 : Adakah guru pernah bertanya kepada kanak-kanak soalan KBKK mudah? Jika pernah, adakah kanak-kanak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik? Jawapan : Pernah. Hakeema memberikan jawapan dengan tenang walaupun jawapan tersebut salah. Amirah dan Najihah lebih

mendiamkan diri apabila soalan KBKK diajukan. Soalan 6 : Bagaimanakah keadaan kanak-kanak di dalam kelas? Jawapan : Kanak-kanak belajar dengan tenang sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Soalan 7 : Adakah kanak-kanak tersebut menujukkan minat atau bersemangat untuk belajar? Jawapan : Kanak-kanak sangat menunjukkan minat untuk belajar walaupun ketahanan memberi fokus setiap kanak-kanak berbeza. Soalan 8 : Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan guru? Adakah pembelajaran formal atau belajar sambil bermain? Jawapan : Pada 2 atau 3 tiga bulan pertama, kebanyakan waktu pengajaran dan pembelajaran, guru mengajar kanak-kanak membaca walaupun ibu bapa sering membuat aduan bahawa anak-anak mereka

31

tidak lagi pandai menulis walaupun sudah 2 bulan belajar. Tahun sebelum, menggunakan jadual pengajaran sebegini, kanak-kanak akhirnya mudah belajar sendiri selepas pandai membaca melalui buku-buku latihan yang diberikan.

4.1.1

Hasil temu bual bersama Encik Mohd Fadhle Bin Ambuar.

Pengkaji menemu bual Encik Fadhle setelah 3 bulan beliau mengajar di tadika berikutan beliau juga merupakan guru baru (guru sedang dalam latihan mengajar) seperti pengkaji. Berikut merupakan pengalaman yang dapat dikongsikan oleh beliau berdasarkan soalan temu bual yang diajukan :

Soalan 1 : Bagaimanakah perkembangan kanak-kanak dalam mengenal huruf dan nombor? Jawapan : Perkembangan kanak-kanak dalam mengenal huruf dan nombor terbahagi kepada dua kumpulan iaitu sederhana dan pantas. Hanya sebilangan kanak-kanak yang pantas memahami dan mengenal nombor dan huruf dan sebilangannya lagi perkembangannya hanya sederhana dalam mengenal huruf dan nombor. Ini mungkin disebabkan faktor genetik, kaedah yang digunakan, minat kanak-kanak, fokus kanakkanak dan lain-lain lagi. Soalan 2 : Bagaimanakah perkembangan kanak-kanak dalam membaca? Jawapan : Perkembangan kanak-kanak dalam membaca juga agak sederhana kerana hanya sedikit sahaja bilangan kanak-kanak yang boleh membaca. Selebihnya masih tidak tahu membaca. Soalan 3 : Bagaimanakah perkembangan kanak-kanak dalam menjumlah dan menolak angka? Jawapan : perkembangan kanak-kanak dalam menjumlah dapat dilihat melalui kaedah yang digunakan oleh guru. Dengan menggunakan permainan blok mereka lebih memahami dan lebih cepat dalam menjumlah dan menolak.

32

Soalan 4 : Bagaimanakah perkembangan kanak-kanak dalam menulis? Jawapan : Perkembangan dalam menulis pula hanya beberapa orang sahaja yang dapat menguasai kemahiran ini dengan baik manakala sebilangan yang lain tidak menguasai dengan baik dan masih dalam tahap tidak memuaskan. Soalan 5 : Adakah guru pernah bertanya kepada kanak-kanak soalan KBKK mudah? Jika pernah, adakah kanak-kanak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik? Jawapan : Pernah, kanak-kanak menjawab dengan baik dan respons yang diberikan juga amat baik walaupun pelbagai jawapan yang diberikan. Soalan 6 : Bagaimanakah keadaan kanak-kanak di dalam kelas? Jawapan : Keadaan murid di dalam kelas terkawal walaupun terdapat satu atau dua kanak-kanak yang bersikap tidak mendengar arahan guru namun apabila diulang, kanak-kanak tersebut faham. Soalan 7 : Adakah kanak-kanak tersebut menujukkan minat atau bersemangat untuk belajar? Jawapan : Bagi sesetengah pengajaran, kanak-kanak cepat bosan tetapi

keseluruhannya kanak-kanak bersemangat dan berminat untuk belajar. Soalan 8 : Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan guru? Adakah pembelajaran formal atau belajar sambil bermain? Jawapan : Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan adalah kaedah formal dan dimasukkan sekali kaedah belajar sambil bermain untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran tidak membosankan kanak-kanak.

4.2

Pemerhatian pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

Sewaktu pengajaran dan pembelajaran yang diperhatikan ini, pengkaji merakam sesi pengajaran yang sedang berlangsung. Pengajaran berlangsung antara jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Rancangan Pengajaran Harian dan hasil pemerhatian adalah seperti berikut ;-

33

4.2.1

Pemerhatian pertama

Berikut merupakan Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan guru untuk mengajar:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1

Tarikh/ Hari Masa Bil. Kanak-kanak Peringkat Umur Modul Tema Sub tema Tajuk Tunjang Utama Standard Kandungan lingkungan 10. Standard Pembelajaran

: 8 Nov 2013/ Jumaat : 11.00 pagi ( 45 minit ) : 6 orang : 5+ : Modul Teras Asas : : : Jumlahkan : Sains Dan Teknologi : (ST 8.1) Memahami operasi tambah dalam

(ST

8.1.4)

Menulis

ayat

matematik

dengan

menggunakan sama dengan (=).

simbol tambah (+) dan

: (ST 8.1.5) Menyatakan ayat matematik operasi tambah secara lisan.

Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran kanak-kanak dapat ;-

i) Menyatakan penambahan sebagai semakin banyak/bertambah. ii) Menjumlahkan nombor lingkungan bawah 10 dengan betul.

Pengetahuan Sedia Ada

: Mengenal nombor, mengetahui konsep semakin banyak/ bertambah.

34

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Guru

Aktiviti Kanakkanak

Catatan

Kemahiran Berfikir (KBKK) : Membuat penambahan nombor. Penerapan Nilai (PN) : Menghormati, yakin pada diri sendiri, kerjasama, toleransi Bahan Bantu Mengajar (BBM) : -

Fokus Kecerdasan Pelbagai (MI) : Logik matematik.

35

Mengenal Set Induksi 3 minit tambah (+)

konsep Guru menulis (+) semakin banyak di papan putih.

Kanak-kanak melihat perkara yang ditulis oleh guru.

PN: menghormati MI: logik matematik

Guru menjelaskan dan menegaskan (+)/ penambahan menjadi semakin banyak atau semakin bertambah sahaja. Langkah 1 5 minit Konsep tambah Guru menulis beberapa soalan operasi di papan putih: i)2+3=__ , ii)4+1=__ , iii)5+2=__ . Guru mengajar kaedah penambahan menggunakan jari. Kanak-kanak memberikan fokus kepada kaedah penambahan yang ditunjukkan guru. Guru menjawab soalan dengan kaedah yang telah diajarkan bersama kanak-kanak Kanak-kanak menjawab soalan operasi dengan menggunakan kaedah yang telah ditunjukkan guru bersama guru. Kanak-kanak mendengar penjelasan dan penegasan yang dibuat oleh guru. Kanak-kanak melihat perkara yang ditulis guru.

Objektif : i) Menyatakan penambahan sebagai semakin banyak/bertambah.

PN: menghormati, toleransi. MI: logik matematik

Objektif : i) Menyatakan penambahan sebagai semakin banyak/bertambah. ii) Menjumlahkan nombor lingkungan bawah 10 dengan betul.

36

Langkah 2 25 minit

Selesaikan

soalan Guru menulis 8 soalan operasi tambah di papan putih.

Kanak-kanak melihat soalan operasi yang ditulis guru dan menyediakan peralatan untuk

PN: menghormati, yakin pada diri sendiri, kerjasama, toleransi. MI: logik matematik

operasi tambah (+)

Guru menyuruh

menulis. Objektif : ii) Menjumlahkan nombor lingkungan bawah 10 dengan betul.

kanak-kanak menulis Kanak-kanak dan menyelesaikan soalan operasi di dalam buku latihan mereka. Guru membenarkan kanak-kanak berbincang dengan rakan-rakannya. Kanak-kanak berbincang dengan rakan untuk memastikan Guru meminta kanak-kanak yang telah menyelesaikan kesemua soalan berjumpa dengan guru. Guru menyemak jawapan kanakkanak. Kanak-kanak yang telah menyiapkan terlebih dahulu berjumpa dengan guru. Kanak-kanak melihat guru menanda jawapannya. Langkah 3 7 minit Bimbingan Guru mengenal pasti dan memberi bimbingan kepada kanak-kanak yang bermasalah dalam Kanak-kanak yang memerlukan bimbingan mendapat perhatian dan pengajaran jawapannya betul. menulis dan menyelesaikan soalan operasi di dalam buku latihan.

PN: menghormati, toleransi. MI: logik matematik

37

menyelesaikan soalan operasi tambah.

khusus daripada guru.

Objektif : ii) Menjumlahkan nombor lingkungan bawah 10 dengan betul.

Penutup 5 minit

Rumusan

Guru bertanya (+)/ Kanak-kanak tambah jadi boleh tak menjawab

PN: menghormati, soalan yakin pada diri

semakin guru

dengan sendiri dan MI: logik matematik Objektif : ii) Menjumlahkan nombor lingkungan bawah 10 dengan betul.

berkurang?, Tambah bersemangat akan semakin?? jadi yakin.

Berikut merupakan hasil pemerhatian yang diperoleh pengkaji sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas:

Pemerhatian 1 Hakeema Sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, Hakeema sangat memberikan perhatian terhadap pengajaran guru. Hakeema berusaha memberikan jawapan yang betul. Hakeema menjumlah dengan bersungguh-sungguh bersama guru bagi mendapatkan jawapan soalan di papan putih. Hakeema mendengar setiap arahan dan berkelakuan sangat baik di dalam kelas serta menunjukkan rasa hormat kepada guru. Amirah Amirah sangat memberikan perhatian sewaktu guru sedang mengajar. Amirah dapat menjawab soalan di papan putih dengan betul walaupun agak perlahan menjumlah. Amirah turut membantu dan membetulkan jawapan rakannya yang salah. Amirah kelihatan sangat cerdik dan bersemangat malah turut juga menarik perhatian rakan-

38

rakan untuk menjumlah. Najihah Sewaktu guru sedang mengajar, Najihah bermain dengan kerusi dan alat tulisnya. Guru tidak menyedari akan tingkah laku Najihah kerana bersemangat mengajar kanak-kanak lain yang bersemangat. Apabila ditegur guru, Najihah cuba memberikan perhatian sambil bermain secara perlahan dan secara sembunyi. Apabila guru meminta Najihah untuk menjumlah bersama guru, Najihah kelihatan teragak-agak. Apabila guru meminta Najihah untuk menjawab soalan, Najihah kelihatan tidak dapat menjumlah malah dibimbing dengan guru secara keseluruhan untuk mendapatkan jawapan.

4.2.2

Pemerhatian kedua

Berikut merupakan Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan guru untuk mengajar:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2

Date/ Day Time Number of children Age Module Theme Sub theme Title

: 29 January 2014 : 10.00 a.m. (25 minutes) : 10 children : 4+ : Basic Core Module : : : Colours In Our Class : Communication English : (BI 3.2) Read simple words with understanding. : (BI 3.2.1) Hear and pronounce simple words. : (ST 2.1.1) Memerhati and mengenal warna-warna di

Anchor Content Standard Learning Standard Spinal Integration persekitaran.

39

(PSE 2.2.1) Menunjukkan sifat positif seperti: - sabar - berkeyakinan

Learning Objective

: By the end of the class, the kids will be able to ;i) Pronounce a variety of colour with the correct

spelling. ii) Touch the correct colour requested by. Existing Knowledge Thinking Skills command. Moral Values (PN) respect. Teaching Aids (BBM) Focus On Multiple Intelligent (MI) : Colour cards, objects around the class. : Visual and space. : Focus, tolerance, cooperation, self-confidence, : Children recognize certain types of colour. : Find objects around on-demand and

Steps/ Time

Lesson Content

Strategies Of Teaching And Learning

Note

Set Induction Tell the children the Teacher organize a variety wide of colour 2 minutes topic of learning to card on a white board.. teach Teacher ask the children to guess the topic of learning. Teacher told the children about today learning topic. Step 1 5 minutes Recognize, Teacher introduce a variety of colour with PN: Respect, focus. MI: Visual and space BBM: colour cards, word cards. Objective : i) Pronounce a variety of colour with the correct

pronounce and spell English pronunciation and spelling. some kind of colour

40

spelling. Step 2 5 minutes Spell and select the Teacher organize a colour card in a corner. corresponding PN: Focus, self-

Some of the children selected and booked a confident, cooperation MI: Visual and space BBM: colour cards, word cards. Objektif : Pronounce a variety of colour with the correct spelling. i)

colour card with the word. The teacher asked the children to word cards spell word on word cards. Teacher asked the children to choose colours that match the word card given. All children tested by rotation. Teacher check with children, either word card match with colour card chosen or not

Step 3 10 minutes

Touch multi-colour Teacher explains the next activity to be in the classroom performed. Teacher hiding the word card behind the body and present the card suddenly Children should move to touch the colour requested in count of six. Children need to sit back on his own chair also in count of six. Repetitive activities using different word cards.

PN: Cooperation, self-confident, tolerance MI: Visual and space BBM: Object around the class

Objektif ii) Touch the correct colour requested by.

Closing 3 minutes

Learning solution

Teacher ask children: What we learn about? Teacher give the children the summarize learned a while ago.

PN: respect

Berikut merupakan hasil pemerhatian yang diperoleh pengkaji sepanjang kanak-kanak di dalam kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran berjalan:

41

Pemerhatian 2 Hakeema Hakeema kelihatan sangat berminat dengan gurunya walaupun guru mengajar menggunakan bahasa Inggeris. Hakeema cuba memahami dan memberi respons soalan guru yang berbahasa Inggeris. Penggunaan bahasa guru yang mudah memudahkan kanak-kanak untuk memahami komunikasi guru yang menggunakan berbahasa Inggeris. Hakeema dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran serta melibatkan diri dengan aktiviti yang dilakukan guru dengan sangat baik. Hakeema sangat seronok dengan pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti yang disediakan guru. Hakeema mengeja warna yang diminta guru dengan baik walaupun terdapat kesilapan. Amirah Amirah sangat memberikan perhatian sewaktu guru sedang mengajar. Amirah memberikan respons yang sangat melibatkan diri dengan pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti yang disediakan guru. Amirah sangat seronok dan bersungguh-sungguh sepanjang di kelas. Amirah dapat mengeja warna yang dipinta dengan tepat. Najihah Najihah kelihatan memberikan perhatian sewaktu guru sedang mengajar walaupun dengan sambil bermain dengan objek di sisinya sepanjang pengajaran berlangsung. Najihah mengikuti aktiviti yang disediakan guru dengan sangat seronok dan bersungguh-sungguh. Najihah mengingat tiga huruf pertama warna sahaja.

4.2.3

Pemerhatian ketiga

Berikut merupakan Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan guru untuk pengajaran dan pembelajaran:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3

Tarikh/ Hari Masa Bil. Kanak-kanak Peringkat Umur

: 2 Dis 2013/ Isnin : 10.00 pagi (60 minit) : 5 orang : 5+

42

Modul Tema Sub tema Tajuk

: Modul Teras Asas : : : Huruf Vokal Dan Huruf Konsonan : Komunikasi Bahasa Malaysia : (BM 3.2) Mengenal huruf vokal. (BM 3.3) Mengenal huruf konsonan.

Tunjang Utama Standard Kandungan

Standard Pembelajaran : (BM 3.2.3) Mengenal pasti huruf vokal yang terdapat dalam perkataan. (BM 3.3.2) Menyebut huruf konsonan dengan tepat. Kesepaduan Tunjang Objektif Pembelajaran : (PM 9.1.3) Berani melibatkan diri dalam aktiviti. : Pada akhir pembelajaran kanak-kanak dapat ;-

i) Mengenal huruf-huruf vokal. ii) Mengenal huruf-huruf konsonan. iii) Menyenaraikan huruf-huruf vokal dengan betul. iv) Menyenaraikan huruf-huruf konsonan dengan betul. : Mengetahui huruf A Z, mengetahui kumpulan huruf lagu ketika Circle Time.

Pengetahuan Sedia Ada a e i o u berdasarkan

Kemahiran Berfikir (KBKK) : Menyebut huruf-huruf lain selain huruf a e i o u. Penerapan Nilai (PN) : Menghormati, yakin diri, tolak ansur. : -

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Langkah/ Masa Set Induksi 5 minit

Isi Pelajaran

Aktiviti Guru

Aktiviti Kanakkanak

Catatan

Memberitahu kanak- Guru menyanyikan kanak topik pembelajaran yang ingin diajar lagu a e i o u. Guru memberitahu kanak-kanak topik pembelajaran hari ini.

Kanak-kanak mendengar perkara yang disampaikan guru dan memberi respons.

PN: menghormati

Langkah 1

Memperkenalkan

Guru memberitahu

Kanak-kanak

PN: menghormati,

43

5 minit

huruf-huruf vokal

kanak-kanak apakah huruf a e i o u yang mereka sering nyanyikan sewaktu Circle Time. Guru memperkenalkan huruf-huruf vokal.

mendengar perkara yang diberitahu guru dan memberi respons.

MI: bahasa

Objektif :

i)

Mengenal hurufhuruf vokal.

Kanak-kanak memberi perhatian terhadap pengajaran guru.

Langkah 2 7 minit

Memperkenalkan huruf-huruf konsonan.

Guru menyenaraikan semua huruf A-Z dan mengasingkan huruf-huruf vokal. Guru bertanya kanak-kanak apakah huruf selebihnya jika a e i o u adalah huruf vokal? Guru memperkenalkan huruf-huruf konsonan.

Kanak-kanak melihat perkara yang dilakukan guru dan memberi respons. Kanak-kanak memberikan respons terhadap soalan guru. Kanak-kanak memberi perhatian terhadap pengajaran guru. Kanak-kanak memberanikan diri menulis jawapan huruf vokal di papan putih.

PN: menghormati, MI: bahasa

Objektif : ii) Mengenal hurufhuruf konsonan.

Langkah 3 5 minit

Menyenaraikan huruf-huruf vokal.

Guru meminta beberapa kanakkanak untuk menulis huruf-huruf vokal di papan putih. (huruf A-Z disenaraikan di atas bahagian papan putih sebagai rujukan kanakkanak)

PN: menghormati, yakin diri MI: bahasa

Objektif : iii) Menyenaraikan huruf-huruf vokal dengan betul.

44

Langkah 4 10 minit

Menyenaraikan huruf-huruf konsonan.

Guru meminta setiap kanak-kanak untuk menulis huruf-huruf konsonan yang berbeza di papan putih. (huruf A-Z disenaraikan di atas bahagian papan putih sebagai rujukan kanakkanak)

Kanak-kanak memberanikan diri menulis jawapan huruf konsonan di papan putih.

PN: menghormati, yakin diri MI: bahasa Objektif : iv) Menyenaraikan huruf-huruf konsonan dengan betul.

Langkah 5 30 minit

Aktiviti pengukuhan

Guru meminta beberapa kanakkanak menyebut huruf-huruf vokal dan huruf konsonan. (huruf A-Z disenaraikan di atas bahagian papan putih sebagai rujukan kanakkanak) Guru meminta beberapa kanakkanak menyenaraikan huruf-huruf vokal dan huruf konsonan di papan putih. (tanpa huruf A-Z disenaraikan di atas bahagian papan

Kanak-kanak memberanikan diri menyebut jawapan huruf vokal dan konsonan dengan betul.

PN: menghormati, yakin diri, tolak ansur MI: bahasa Objektif : iii) Menyenaraikan huruf-huruf vokal dengan betul. iv)

Kanak-kanak memberanikan diri dan berebut ingin menyenaraikan jawapan huruf

Menyenaraikan huruf-huruf konsonan dengan betul. (semua kanak-

vokal dan konsonan kanak disoal dan di papan putih. diminta melibat diri dalam aktiviti dengan baik)

45

putih sebagai rujukan kanakkanak)

Penutup 3 minit

Rumusan pembelajaran

Guru bertanyakan kepada murid: Apa yang kita belajar tadi? Guru merumuskan perkara yang telah dipelajari kanakkanak sebentar tadi.

Kanak-kanak menjawab soalan guru. Kanak-kanak mendengar rumusan yang diberitahu guru.

PN: menghormati, MI: bahasa

Berikut merupakan hasil pemerhatian pengkaji mengenai respons kanakkanak sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas:

Pemerhatian 3 Hakeema Hakeema sangat memberikan perhatian sewaktu guru sedang mengajar. Mengikuti pengajaran guru dengan sangat baik dari awal sehingga bersurai. Dapat memberikan jawapan dengan baik walaupun tersilap menyebut huruf yang betul. Membantu rakan menjawab soalan dengan betul. Menghormati guru dan rakan sepanjang pemerhatian dijalankan. Amirah Amirah sangat memberikan perhatian sewaktu guru sedang mengajar. Amirah dapat menyenaraikan dan menyebut huruf dengan tepat. Menghormati guru dan rakan sepanjang waktu belajar. Memberikan perhatian dan menunjukkan kefahaman yang tinggi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang guru berikan.

46

Najihah

Najihah tidak hadir ke tadika.

4.2.4 Pemerhatian keempat

Berikut merupakan hasil pemerhatian pengkaji mengenai respons kanakkanak sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas:

Pemerhatian 4 Hakeema Hakeema memberikan perhatian terhadap pengajaran yang guru sampaikan. Mendengar arahan guru dengan sangat baik. Melakukan aktiviti yang diminta bersama rakan dengan penuh toleransi dan ceria. Menjawab soalan guru dengan penuh yakin. Menjaga hasil pencarian daun dengan baik. Amirah Amirah sangat memberikan perhatian sewaktu guru sedang mengajar. Mendengar arahan guru dengan sangat baik. Melakukan aktiviti yang diminta bersama rakan dengan penuh toleransi dan ceria. Menjawab soalan guru dengan penuh yakin. Menjaga hasil pencarian daun dengan baik. Najihah Najihah sangat memberikan perhatian sewaktu guru sedang mengajar. Mendengar arahan guru dengan sangat baik. Melakukan aktiviti yang diminta bersama rakan dengan penuh toleransi dan ceria. Menjawab soalan guru dengan penuh yakin. Menjaga hasil pencarian daun dengan baik. Kelihatan lebih tertarik untuk melakukan aktiviti penerokaan sendiri.

4.3

Penilaian hasil pengajaran dan pembelajaran

Penilaian hasil pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak terbahagi kepada hasil pengajaran dan pembelajaran berdasarkan hasil lembaran kerja kanak-kanak yang menunjukkan penguasaan mereka terhadap pengetahuan membaca, menulis dan mengira.

47

4.3.1

Hasil lembaran kerja kanak-kanak dan penilaiannya

Penilaian hasil pengajaran dan pembelajaran berdasarkan lembaran kerja kanakkanak. Hasil lembaran kerja ini disiapkan oleh kanak-kanak di bawah pengawasan pengkaji bagi memastikan kanak-kanak melakukan lembaran ini dengan kemampuan sendiri. Soalan lembaran kerja dihasilkan oleh pengkaji berikutan pengkaji merupakan guru kanak-kanak tersebut. Hasil lembaran kerja kanak-kanak dan penilaiannya adalah seperti berikut:

4.3.1.1 Hasil lembaran kerja 1 dan penilaiannya

Hasil lembaran kerja kanak-kanak ini adalah berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian 1. Hasil lembaran kerja bagi ketiga-tiga kanak-kanak adalah seperti berikut:

48

49

50

51

52

53

Berikut merupakan huraian pengkaji mengenai lembaran kerja yang dihasilkan kanak-kanak. Huraiannya adalah seperti berikut:

Penilaian Hasil Lembaran Kerja Kanak-kanak 1 Hakeema Keseluruh jawapan yang diberikan Hakeema betul dalam menjumlah. Ini

54

menunjukkan Hakeema telah mampu menambah angka bawah 10 dengan sangat baik. Hakeema juga telah dapat menulis nombor dengan betul tanpa panduan. Amirah Keseluruh jawapan yang diberikan Amirah betul dalam menjumlah. Ini menunjukkan Hakeema telah mampu menambah angka bawah 10 dengan sangat baik. Amirah juga telah dapat menulis nombor dengan betul tanpa panduan. Najihah Keseluruh jawapan yang diberikan Najihah betul dalam menjumlah. Ini menunjukkan Najihah telah mampu menambah angka bawah 10 dengan betul. Walau bagaimanapun Najihah tidak yakin untuk menulis nombor dengan betul walaupun kadang-kadang dia telah berjaya menunjukkan dia mampu menulis dengan betul tanpa panduan. Panduan yang dimaksudkan ialah nombor 1-10 yang telah ditulis untuk dia melihat bagi meniru bentuk nombor tersebut.

4.3.1.2 Hasil lembaran kerja kanak-kanak berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian 2. Hasil lembaran kerja yang diselesaikan oleh kanak-kanak adalah seperti berikut :

55

56

57

Berikut merupakan huraian pengkaji mengenai lembaran kerja yang dihasilkan kanak-kanak. Huraiannya adalah seperti berikut:

Penilaian Hasil Lembaran Kerja Kanak-kanak 2 Hakeema Jawapan yang diberikan oleh Hakeema agak mengelirukan kerana Hakeema memberi jawapan untuk item blue kepada bulatan yang berwarna hijau dan biru. Jawapan

58

lain yang diberikan Hakeema adalah betul. Guru telah memberikan pembaris untuk dipadankan dengan kemas tetapi Hakeema bertindak untuk memadankan tanpa menggunakan pembaris. Hakeema berjya menyiapkan lemabaran kerja dengan kurang kemas. Hasil lembaran juga menunjukkan Hakeema mengenali warna dalam bahasa Inggeris dengan baik. Amirah Kesemua padanan item dan warna adalah betul. Amirah menyiapkan lembaran kerja yang diberikan dengan kemas dan memadankan dengan lurus menggunakan pembaris. Hasil lembaran juga menunjukkan Hakeema mengenali warna dalam bahasa Inggeris dengan baik. Najihah Semasa menyiapkan lembaran, Najihah memerlukan bimbingan guru kerana Najihah tidak pandai membaca. Walau bagaimanapun, setelah guru menerangkan dan mentafsir kepada bahasa Melayu, Najihah dapat memadankan item dengan warna yang sepatutnya dengan betul. Ini menunjukkan Najihah mengenal warna hanya dalam bahasa Melayu.

4.3.1.2 Hasil lembaran kerja kanak-kanak berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian 3. Hasil lembaran kerja yang diselesaikan oleh kanak-kanak adalah seperti berikut :

Berikut adalah hasil Najihah:

59

60

61

Berikut merupakan huraian pengkaji mengenai lembaran kerja yang dihasilkan kanak-kanak. Huraiannya adalah seperti berikut:

Penilaian Hasil Lembaran Kerja Kanak-kanak 3

62

Hakeema

Hakeema dapat memberikan jawapan yang betul bagi kesemua soalan yang terdapat pada lembaran kerja. Hasil lembaran juga menunjukkan Hakeema mengenal hurufhuruf vokal dan konsonan dengan baik. selain itu, Hakeema juga dapat menulis huruf dengan baik.

Amirah

Amirah dapat memberikan jawapan yang betul bagi kesemua soalan yang terdapat pada lembaran kerja. Hasil lembaran juga menunjukkan Amirah mengenal hurufhuruf vokal dan konsonan dengan baik. selain itu, Amirah juga dapat menulis huruf dengan baik.

Najihah

Semasa menyiapkan lembaran kerja, Najihah meminta bantuan guru untuk membantunya. Pengkaji dapat mengenal pasti bahawa Najihah mengenal huruf vokal dan konsonan dengan panduan. Najihah tidak dapat menyenaraikan huruf-huruf vokal dan konsonan kerana dia tidak menghafal huruf-huruf berkenaan. Najihah juga tidak dapat menulis huruf tanpa bantuan yang boleh dilihatnya untuk ditiru bentuk huruf tersebut. Najihah juga tidak menuliskan nama dan umur di atas lembaran kerja.

4.3.1.2 Lembaran kerja yang diselesaikan oleh kanak-kanak adalah seperti berikut :

63

64

65

66

67

68

Berikut merupakan huraian pengkaji mengenai lembaran kerja yang dihasilkan kanak-kanak. Huraiannya adalah seperti berikut:

Penilaian Hasil Lembaran Kerja Kanak-kanak 4 Hakeema Semasa menyiapkan lembaran ini, pengkaji mendapati Hakeema dapa membaca arahan-arahan soalan dengan baik. Hakeema juga dapat memadan, membulat dan

69

menulis dengan baik dan kemas.

Amirah

Semasa menyiapkan lembaran ini, pengkaji mendapati Amirah dapa membaca arahan-arahan soalan dengan baik. Amirah juga dapat memadan, membulat dan menulis dengan baik dan kemas.

Najihah

Najihah dapat menyiapkan lembarab kerja dengan baik tetapi memerlukan bimbingan guru untuk membacakan kehendak dan arahan soalan. Ini menunjukkan Najihah dapat memahami dan mengenal perkara yang dimaksudkan tetapi tidak pandai membaca dan boleh menulis dengan meniru ejaan lembaran kerja.

70

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.0

Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan dan merumuskan dapatan kajian yang telah diperoleh. Pengkaji akan menyentuh ketiga-tiga asas penguasaan Hakeema, Amirah dan Najihah dalam membaca, menulis dan mengira. Pengkaji juga akan menyatakan faktor perbezaan yang diperoleh pengkaji melalui pengalaman pengkaji berinteraksi bersama ketiga-tiga kanak-kanak ini, guru dan ibu bapa mereka.

5.1

Rumusan

Hasil daripada perbincangan dapatan kajian dapat dirumuskan bahawa kanak-kanak 6 tahun mempunyai pengetahuan dalam mengenal nombor, huruf dan bentuk. Hakeema dan Amirah telah pun menguasai asas membaca menulis dan mengira bawah 10 dengan sangat baik manakala Najihah masih lagi tidak mengenal huruf dengan baik, belum pandai membaca, boleh menulis nombor tetapi tidak yakin dan memerlukan panduan supaya dapat meniru bentuk nombor juga huruf. Peniruan bentuk huruf dan nombor dari panduan menunjukkan Najihah boleh menulis dengan kemas dan tulisan yang agak cantik.

71

Tahap penguasaan setiap kanak-kanak 6 tahun adalah berbeza dan ada yang hampir sama. Pengkaji mendapati perbezaan ini adalah dari pendidikan yang diberikan di rumah kanak-kanak. Apabila pengkaji bertanya kepada Hakeema, Amirah dan Najihah apa yang mereka sering lakukan di rumah, jawapan yang diberikan oleh Hakeema adalah hampir sama di mana mereka berehat, bermain dan bergembira di rumah manakala Amirah pula memberikan jawapan yang berbeza iaitu membuat latihan dalam buku yang ibu berikan. Hal ini yang juga melihatkan Amirah lebih yakin dan tenang berbanding Hakeema.

5.2

Cadangan

Pengkaji telah berada sama dengan situasi guru dalam memberikan pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak dan diberitahu tentang pecahan kelas mengikut umur dan penguasaan kanak-kanak. Pecahan kelas di mana kanak-kanak yang dilihat kurang atau lambat penguasaannya diletakkan sekelas dengan kanak-kanak 4 tahun, pengkaji mencadangkan pecahan kelas kepada 3 mengikut umur iaitu kelas 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun supaya kanak-kanak 5 tahun lain tidak akan jauh ketinggalan penguasaannya dengan rakan-rakannya sebaya yang lebih pandai.

Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan serta rumusan yang telah dibuat, pengkaji ingin membuat beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan untuk membantu meningkatkan lagi pengetahuan dan penguasaan kanak-kanak dalam asas membaca, menulis dan mengira. Antara cadangan yang ingin dikemukakan adalah:

1. Memfokuskan pendedahan kanak-kanak kepada kemahiran dan penguasaan mengenal huruf dan membaca untuk bulan-bulan pertama awal tahun. 2. Meluaskan skop kaedah pengajaran dan pembelajaran kepada kepelbagaian kaedah. 3. Mengadakan slot pembelajaran kepada kanak-kanak yang balik lambat bagi mengukuhkan lagi pengetahuan mereka.

72

4. Mengadakan usaha sama lebih meluas dengan ibu bapa atau penjaga kanakkanak bagi memastikan pendidikan kanak-kana berlanjutan di rumah. 5. Memanjangkan tempoh pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak menulis kepada tempoh yang lebih lama dalam pengajaran yang santai dan seronok dan menyambung sesi pengajaran seterusnya yang mempunyai hubungan dengan pengajaran tadi.

5.3

Cadangan Kajian Lanjutan

Hasil daripada kajian ini akan lebih kukuh dan bermakna sekiranya disusuli dengan kajian-kajian lanjutan oleh pengkaji lain atau oleh guru tadika kanak-kanak 6 tahun. Oleh itu terdapat beberapa cadangan yang boleh dibuat sebagai kajian lanjutan oleh pengkaji-pengkaji yang berminat. Antara cadangan yang ingin diketengahkan adalah:

1. Kajian ini dilakukan merangkumi empat aspek kajian sekali gus iaitu penguasaan kanak-kanak 6 tahun dalam membaca, menulis dan mengira. 2. Skop kajian dipecahkan lagi kepada bagaimana memastikan guru agar memastikan setiap kanak-kanak 6 tahun menguasai asas membaca, menulis dan mengira. 3. Melibatkan ibu bapa dalam bagaimana ibu bapa memainkan peranan dalam memastikan anak-anak 6 tahun mereka menguasai asas membaca menulis dan mengira dengan baik, sebagai rumah tempat utama kanak-kanak menerima ilmu.

5.4

Penutup

Pengkaji telah membuat rumusan berdasarkan dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian yang dikaji. Pengkaji juga telah membuat rumusan secara keseluruhan dan

73

mengemukakan beberapa cadangan yang berkaitan kajian yang telah dijalankan dan untuk kajian lanjutan.

74

Bibliografi Mohamad Najib Abdul Ghafar (2004). Dinamika sistem pendidikan tinggi. Skudai: Penerbit UTM. Nor Hashimah Binti Hashim, Yahya Che Lah (2003). Panduan pendidikan prasekolah. Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Sufean Hussin, Charil Marzuki, Ahmad Zbidi Abdul Razak, Habib Md Som (2005). Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan. Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Quantitative research. Diperoleh pada Oktober http://en.wikipedia.org/wiki/Quantitative_research 12, 2013 daripada

75

Rujukan Am Jalal al-Din cAbd Rahman al-Suyyutiy. t.th. al-Ashbah wa al-Nazair fi qawacid wa furuc fiqh al-Shaficiyyah. Al-Halabi: Kaherah. Hlm. 240; Zayn al-cAbidin bin Ibrahim bin Nujaym. al-Ashbah wa al-Nazair cala madhhab Abi Hanifah al-Nucman. 1378H/1968. Muassasah al-Halabi: Kaherah. Hlm. 306. Tiga orang yang tidak dikira sebagai bertanggungjawab ke atas perbuatannya, iaitu seorang yang tidur sehingga dia sedar daripada tidurnya, seorang kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan seorang yang gila sehingga dia siuman. al-Darimiy. Sunan. Kitab al-Hudud, Bab Rafcu al-qalam can thalath.
c

Abd al-Qadir cAwdah. 1994. al-Tashric al-Jinai al-Islami: Muqaranan bi al-Qanun al-Wadci. Jil. 1. Ed. Ke-13. Muassasah al-Risalah: Beirut. Hlm. 601.

Al-Hisniy. Kifayah al-Akhyar. Jil. 2. Hlm. 151; Muhammad Abu Zuhrah. t.th. alJarimah wa al-Uqubah. Dar al-Fikr al-cArabi: Kaherah. Hlm. 162. Abu Dawud. Sunan. Kitab al-Salah. Bab Mata Yumar al-Ghulam bi al-Salah; alTirmidhiy. Sunan. Kitab al-Salah. Bab Ma Jaa Mata Yumar al-Ghulam bi alSalah. Muhammad Salam Madkur. 1976. Usul al-Fiqh al-Islami. Dar al-Nahdah: Kaherah. Hlm. 81. Pendapat ini berdasarkan Hadith Nabi (s.a.w) bahawa Asm bin Abu Bakar masuk ke rumah Rasulullah (s.a.w) dengan berpakaian yang nipis, lalu baginda berpaling daripada melihatnya dan bersabda: Wahai Asma! Apabila seseorang perempuan itu mencapai umur haid (baligh), maka tidak boleh dilihat padanya kecuali ini dan ini- sambil baginda tunjukkan pada muka dan dua tapak tangannya. Lihat Abi cAbda Llah Muhammad bin Idris al-Shaficiy. al-Umm. Jil. 2. al-Dar al-Misriyyah: Mesir. 1321H. Hlm.223. Lihat juga Abu Dawud. Sunan, Kitab al-Libas. Bab fi matubdi al-marat min zinatiha; Abi Ishaq al-Shiraziy. t.th. al-Muhadhdhab. Jil. 1. Maktabah cIsa al-Babi al-Halabi: Mesir. Hlm. 330; al-Darimiy. Sunan, Kitab al-Hudud, Bab Rafcu al-Qalam can thalath; ibid., al-Shaficiy. al-Umm. Jil. 2. Hlm. 223; AbiMuhammad cAbda Llah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah. 1969. Al-Mughni. Jil. 4. Maktabah al-Qahirah. Hlm. 345. Ibn al-Hummam. Sharh fath al-qadir. Jil. 30; al-Sarakhsiy. Al-Mabsut. Jil. 6. Hlm. 46. Pendapat yang mengatakan lima belas tahun sebagai umur baligh adalah berdasarkan pendapat Abu Yusuf dan Muhammad. Abu Hanifah diriwatkan meletakkan umur tujuh belas tahun bagi lelaki dan perempuan sebagai umur baligh dan dalam satu riwayat lain pula dikatakan pada umur lapan belas bagi lelaki dan tujuh belas tahun bagi perempuan. Lihat ibid., Ibn Qudamah. 1969.Al-Mughni. Jil. 4. Hlm. 346.

76

Ibid., al-Shiraziy. t.th. al-Muhadhdhab. Jil. 1. Hlm. 330; Ibn Qudamah. 1969. AlMughni. Jil. 4. Hlm. 346; al-Shaficiy. al-Umm. Jil. 2. Hlm. 223; Shihab al-Din Ahmad bin Ahmad bin Salamah al-Qalyubiy dan Shihab al-Din Ahmad alBarlasiy. 1956. Hashiyatani Qalyubiy wa cUmayrah. Jil. 2. Ed. Ke-2. Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi: Mesir. Shams al-Din Muhammad bin cAbad Llah al-Zarkashiy. 1993. Sharh alZarkashiy cala mukhtasar al-Kharqiy. Maktabah al-cAikan: Riyad. Hlm. 95.

Abu Dawud. Sunan, Kitab al-Hudud, Bab fi al-Ghulam Yusib al-hadd; alTirmidhiy. Sunan, Kitab al-Jihad, Bab ma jaa fi had al-bulugh al-rajul wa mata yufrad lahu. Shams al-Din Muhammad al-Dusuqiy. t.th. Hashiyah al- Dusuqiy cala al-Sharh alKabir. Jil. 3. Maktabah Zahran: Kaherah. Hlm. 293.

http://carapedia.com/pengertian_definisi_membaca_info2149.html

Anda mungkin juga menyukai