Anda di halaman 1dari 29

Topk

2
Objektif
Pengajaran

HASl L PEMBELA]AkAN
Di aklir lopik ini, anda solarusnya dapal:
1. Menjelaskan maksud objektif pengajaran;
2. Membezakan empat domain-domain kognitif, afektif, psikomotor dan
sosial;
3. Membicarakan objektif-objektif domain kognitif, afektif, psikomotor
dan sosial; dan;
4. Merumuskan objektif pengajaran dengan pengukuran dan penilaian.
PENCENALAN
Peranan utama sekolah adalah memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran pula membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran
yang telah ditetapkan. Hasil yang ingin dicapai itu termasuklah dari aspek
intelek, emosi, rohani dan jasmani. Bagi memastikan hasil pembelajaran tercapai,
seseorang guru haruslah melaksanakan penilaian seperti yang dijelaskan dalam
Topik 1. Penilaian adalah amat penting untuk membantu pengajaran dan
pembelajaran, malah ia dapat memberi manfaat dari segi penyediaan objektif
pengajaran.
Perubahan tingkah laku pelajar yang ingin dicapai, disebut sebagai objektif
pengajaran. Perubahan ini boleh dicapai melalui aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan secara tersusun dan rapi. Seterusnya,
kemajuan/perubahan pelajar perlu dinilai dari semasa ke semasa. Penilaian
berterusan ini akan menentukan tahap keberkesanan pengajaran guru dan juga
pembelajaran pelajar. Ini jelas menunjukkan wujudnya hubungan antara objektif
pengajaran, pengajaran, pengukuran dan penilaian.
TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN 25
2.1 DB]EKTlF PENCA]AkAN
FlKlk
Setiap jurulatih pasukan badminton negara mempunyai rangka latihan
dan carta perkembangan pelatih di bawah kendalian masing-
masing. Setiap latihan mempunyai objektif pengajaran yang ingin
dicapai dan sasaran yang telah ditetapkan oleh persatuan terbabit. Pada
pandangan anda, adakah objektif pengajaran ini merupakan suatu
kemestian di kalangan pendidik?
Tugas para pendidik ialah menggubal kurikulum supaya matlamat sesuatu
program pendidikan itu sesuai dengan keperluan sesebuah negara, masyarakat
dan ahlinya. Guru pula, sebagai pelaksana, perlu menentukan objektif pengajaran
dan berusaha supaya objektif ini mampu dicapai oleh pelajar-pelajarnya.
Contoh objektif pengajaran ialah seperti berikut:
Pelajar dapat menyatakan sebab-sebab berlakunya Perang Dunia Pertama.
Pelajar dapat menjelaskan cara merumuskan karangan.
Pelajar dapat menyebut bunyi vokal dan konsonan.
Pelajar dapat melukis peta Malaysia.
Pelajar dapat menyenaraikan lima haiwan berdarah panas.
Rajah 2.1 menunjukkan hubungan antara sukatan pelajaran dengan objektif
pengajaran, pengalaman pendidikan dan prosedur penilaian. Hubungan
ini jelas menunjukkan sukatan pelajaran mengawal semua aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang meliputi penentuan objektif pengajaran, pengalaman
pendidikan di dalam dan di luar bilik darjah serta penilaian hasil pengajaran
dan pembelajaran. Guru, yang berhadapan dengan dan memahami pelajar-
pelajarnya, berupaya menentukan objektif pengajaran yang sesuai untuk mereka
berasaskan sukatan pelajaran yang ditetapkan.
Seterusnya, selepas objektif pengajaran ditentukan, guru perlu menentukan
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya
mencapai objektif tersebut. Akhirnya, berasaskan objektif pengajaran dan
pengalaman pendidikan, guru perlu merancang dan melaksanakan prosedur
penilaian terhadap hasil pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada
penilaian yang dijalankan akan memberi maklum balas kepada guru tentang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (pengalaman pendidikan), tahap
kebolehcapaian objektif pengajaran bagi setiap pelajar dan juga kewajaran
sukatan pelajaran. Ini dapat dilihat dalam Rajah 2.1.
26 TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN
Para pendidik kini lebih berminat menggunakan objektif pembelajaran
daripada objektif pengajaran. Objektif pengajaran dan objektif pembelajaran
pada asasnya adalah sama. Sekiranya kita ingin membezakan antara dua
objektif ini, kita boleh terima objektif pengajaran sebagai hasil pembelajaran
maksimum bagi sesuatu kelas, sementara objektif pembelajaran adalah hasil
pembelajaran bagi seseorang pelajar atau kumpulan pelajar dalam kelas yang
sama keupayaan. Justeru, sekiranya semua pelajar dalam kelas mempunyai
keupayaan yang sama, maka objektif pengajaran adalah sama dengan objektif
pembelajaran.
Selain itu, terdapat dua pemikiran berkait dengan persoalan sama ada
objektif pengajaran perlu dinyatakan dalam bentuk tujuan pengajaran atau dalam
bentuk tingkah laku pelajar. Sebahagian pendidik mendapati objektif pengajaran
dalam bentuk tujuan pengajaran adalah kurang jelas, terutama semasa
mengukur hasil pembelajaran. Misalnya, tujuan pengajaran Pelajar dapat
membaca peta didapati tidak jelas, adakah membaca peta bermaksud pelajar
dapat menyenarai dan menjelaskan semua simbol atau dapat menjelaskan
maksud yang terkandung dalam peta. Sebahagian pendidik pula berpendapat
objektif pengajaran tidak seharusnya dinyatakan dalam bentuk tingkah laku
pelajar. Mereka percaya objektif pengajaran hanya perlu dinyatakan dalam
bentuk tujuan pengajaran. Dari tujuan tersebut, guru dan pelajar dapat
mendalami pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengubah sikap berkaitan
dengan perkara yang dipelajari.
Mengikut Krathwohl (1971), pengalaman pendidikan bermaksud mengadakan
satu siri persekitaran yang membolehkan pelajar mempelajari tingkah laku baru,
memperbaiki atau menghapuskan tingkah laku semasa dan melatih tingkah
laku ini sehingga ke peringkat pelajar itu dapat mempamerkan tingkah laku
yang diingini pada satu tahap yang memuaskan dalam keadaan tertentu.
Penyataan objektif pengajaran merupakan pemerihalan tentang tingkah laku
Rajah 2.1: Perkaitan antara sukatan pelajaran dengan pengajaran
TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN 27
pelajar yang diingini. Dengan itu, penyataan objektif pengajaran amatlah penting
kepada guru dan pelajar agar pengajaran dan pembelajaran sentiasa mengarah
kepada pencapaian objektif ini.
AKTlVlTl 2.1
Sekiranya terdapat kelemahan dalam sesebuah objektif pengajaran
tersebut, apakah langkah-langkah yang mampu anda jangkakan boleh
berlaku dan bagaimanakah anda mengatasinya?
Antara manfaat objektif pengajaran ialah menyedarkan semua pihak yang
terlibat dalam pendidikan bahawa segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan itu tidak dilakukan secara sambil lewa atau sewenang-
wenangnya. Sebaliknya, segala aktiviti ini mempunyai tujuan yang jelas
untuk mencapai objektif, tujuan dan matlamat tertentu. Objektif pengajaran
menggariskan dengan jelas arah pengajaran dan memberi panduan kepada
penggubal soalan peperiksaan dari segi bentuk dan kandungannya.
Lazimnya, pembentukan objektif pengajaran bergantung kepada tiga
(3) domain objektif pengajaran, iaitu Domain Kognitif, Domain Afektif
dan Domain Psikomotor. Bagaimanapun, sebagai pelengkap, modul ini
menambahkan lagi satu domain, iaitu Domain Sosial seperti dalam Rajah 2.2.
Rajah 2.2: Domain objektif pengajaran
2 TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN
Secara ringkas, domain-domain ini melibatkan perkara-perkara berikut:
Domain Kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
Domain Afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
Domain Psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fzikal pelajar.
Domain Sosial melibatkan perkembangan perhubungan sosial pelajar.
2.2 DB]EKTlF DDMAlN KDCNlTlF
FlKlk
Sebagai seorang pelajar, anda sudah pasti melalui tahap-tahap tertentu
untuk menguasai sesuatu ilmu baru yang sedang dipelajari. Proses
penguasaan ini melibatkan perkembangan penguasaan dan kemahiran.
Pada pandangan anda, adakah proses ini berlaku kepada semua
pelajar?
Perkembangan pemikiran adalah suatu proses yang mengambil masa yang
lama. Perkembangan pemikiran pelajar berlaku dengan pesat sewaktu mereka
bersekolah sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan fzikal mereka.
Aspek kognitif menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom membahagikan domain
kognitif ini kepada enam (6) peringkat, yang bermula dengan tahap yang
mudah dicapai kepada tahap yang sukar dicapai seperti Rajah 2.3 berikut.
Rajah 2.3: Taksonomi objektif Domain kognitif Bloom
TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN 29
Idea pengelasan mengikut kategori tersebut dicadangkan dalam
mesyuarat jawatankuasa pemeriksa kolej semasa menghadiri Konvensyen
Persatuan Psikologi Amerika di Boston pada tahun 1948 (Bloom et al., 1989).
Berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan pelajar, iaitu cara berfikir, merasa
dan bertindak, maka penyusunan objektif mengikut keupayaan dari
mudah kepada yang lebih susah, membolehkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat dirancang dan dijalankan dengan lebih sistematik dan
berkesan. Peringkat yang lebih rendah akan dicapai terlebih dahulu, diikuti
peringkat selanjutnya yang lebih susah.
1. Pengetahuan
FlKlk
Cuba anda fkirkan bagaimanakah manusia memperoleh
pengetahuan. Adakah sesuatu pengetahuan tersebut secara semula
Obj ektif pertama Domain Kognitif ialah Pengetahuan
(Knowledge), yang bermaksud keupayaan mengingat fakta, idea,
pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku (Abu
Bakar Nordin, 1986). Aspek tingkah laku yang diutamakan pada
peringkat ini ialah dari segi daya ingatan. Keupayaan pada semua
aras yang lebih tinggi memerlukan keupayaan mengingat, iaitu
mengingat adalah pra syarat untuk menguasai pemikiran yang lebih
tinggi. Pemeringkatan pengetahuan ini pula boleh dibahagikan kepada
beberapa tahap seperti berikut:
(a) Pengetahuan tentang sesuatu perkara yang khusus, misalnya,
berkait dengan istilah yang berbentuk perkataan atau simbol.
Contohnya, simbol tertentu dalam matematik, seperti >; atau
istilah tertentu dalam mata pelajaran sains, seperti fotosistesis.
Selain istilah, pengetahuan tentang perkaitan antara fakta tertentu
seperti tokoh, peristiwa atau punca maklumat, adalah pada peringkat
ini. Misalnya, peristiwa penting pada tahun 1511 dalam sejarah
Melaka dan tahun 1957 di Negara kita.
(b) Pengetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu, yang
meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan,
penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan
masalah.
(c) Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak
dalam sesuatu bidang, seperti mengetahui prinsip dan generalisasi
dan mengetahui teori dan struktur.
30 TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN
Dalam konteks pembinaan soalan ujian, lazimnya, guru sering kali
membina soalan pada peringkat pengetahuan sahaja. Keadaan ini
sebenarnya tidak menggalakkan pelajar berfikir dengan mendalam.
Amalan ini memberi gambaran kepada pelajar bahawa fungsi
pendidikan ialah semata-mata tertumpu kepada aspek pengingatan
fakta sahaja. Walaupun begitu, soalan jenis ini penting kepada pelajar
untuk membuat pertalian.
Prinsip umum bagi sesuatu soalan ialah soalan itu dibina berasaskan
apa yang diajar kepada pelajar. Justeru, soalan pada peringkat
pengetahuan perlu mempunyai aras ketepatan yang sama seperti yang
diberikan semasa pengajaran. Seterusnya, jika guru hanya mengajar pada
peringkat pengetahuan sahaja, maka soalan juga harus berkait dengan
pengetahuan yang disentuh sahaja. Guru juga tidak wajar membina
soalan berasaskan pengetahuan yang baru, yang tidak disentuh
dalam pengajaran.
Ciri-ciri soalan berasaskan pengetahuan ialah:
i. Soalan memerlukan pelajar menggunakan proses mental untuk
mengingat pengetahuan yang diminta.
ii. Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan dengan pengajaran
guru.
iii. Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk
baru.
iv. Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada betul atau salah.
v. Perkataan yang biasa digunakan ialah seperti siapa, apa, di mana, bila,
beri defnisi.
Contoh soalan peringkat Pengetahuan ialah:
Pelancong Barat lebih sukadi bawah matahari.
(a) dijemur
(b) berjemur
(c) terjemur
(d) menjemur
TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN 31
2. Kefahaman
AKTlVlTl 2.2
Dalam kehidupan seharian, kita sering menghadapi keadaan
apabila kenyataan-kenyataan yang kita kemukakan telah
disalahtafsirkan oleh orang lain. Apakah yang anda lakukan ketika
itu? Adakah terdapat beberapa cara terbaik yang anda rasakan
boleh membantu untuk memahami keadaan tersebut?
Objektif kedua Domain Kognitif ialah Kefahaman ( Comprehension),
yang bermaksud keupayaan pelajar menjelaskan pengetahuan secara yang
bermakna. Pelajar boleh menjelaskan kefahaman mereka dalam bentuk
tulisan, lisan atau simbol tertentu. Pemahaman juga boleh dibahagikan
kepada aspek-aspek seperti dalam Jadual 2.1:
Jadual 2.1: Aspek Kefahaman
(a) Menterjemah Menterjemah bentuk komunikasi asal kepada bentuk
baru dengan tidak mengubah makna asal. Misalnya,
mengubah bentuk komunikasi yang panjang kepada
bentuk komunikasi yang lebih pendek/ringkas dengan
makna yang sama.
(b) Menafsir Menafsir idea/mesej yang disampaikan dalam
bentuk tersurat atau tersirat. Setelah sesuatu i dea/
mesej i tu di fahami , maksudnya disampaikan
semula dalam perkataan pelajar itu sendiri. Misalnya,
murid dapat menafsir data dalam bentuk carta
kepada bentuk tulisan/huraian.
(c) Mengekstrapolasi Mengekstrapolasi maklumat iaitu pelajar dapat
membuat telahan/ inferens tentang apa yang akan
berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat
yang diberi/diterima.
Ciri-ciri soalan berasaskan kefahaman adalah seperti berikut:
i. Soalan memerlukan penggunaan proses mental berkait dengan
kefahaman, misalnya terjemahan, tafsiran dan ekstrapolasi.
ii. Pengetahuan/maklumat asas telah diajar/diberi kepada pelajar.
iii. Memerlukan bahan atau alat komunikasi untuk diterjemah,
ditafsir atau diektrapolasikan.
32 TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN
iv. Pelajar menyatakan kefahaman mereka dalam ayat atau perkataan
mereka sendiri.
v. Perkataan yang kerap digunakan dalam soalan ialah seperti
huraikan, bandingkan, nyatakan, bezakan, nyatakan dalam perkataan anda
sendiri.
Contoh soalan pada peringkat Kefahaman:
Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah:
Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit.
(a) Ke manakah Fahrin pergi?
(b) Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital?
(c) Siapakah yang pergi ke hospital?
(d) Fahrin berada di hospital?
3. Aplikasi
AKTlVlTl 2.3
Keputusan kerajaan untuk menaiktarafkan sistem pertahanan negara
melalui pembelian peralatan tentera yang moden dan terkini,
memerlukan bukan sahaja tenaga pakar yang mahir dari segi teori,
malah juga mampu mengaplikasikan peralatan ketenteraan tersebut
secara profesional dan terlatih. Pada pandangan anda, bagaimanakah
semua ini menjadi kenyataan? Cuba anda aplikasikan pula dalam sistem
pendidikan negara.
Objektif ketiga Domain Kognitif ialah Aplikasi (Application), yang
bermaksud keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum,
prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan situasi am (Abu
Bakar Nordin,1986). Pada peringkat ini, pelajar perlu benar-benar
memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am untuk
menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pengajaran dan penilaian
peringkat aplikasi juga sepatutnya menekankan aplikasi pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan
harian, selain dapat menyelesaikan masalah yang diberikan guru dalam
TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN 33
bilik darjah. Misalnya, murid dapat mengaitkan ciri-ciri fotosintesis dengan
kehidupan manusia.

Dalam konteks pembinaan item ujian, soalan pada aras ini bertujuan
menentukan sama ada pelajar dapat memilih pengetahuan yang
bersesuaian dan menggunakannya dengan betul dalam menyelesaikan
masalah yang baru. Aplikasi dalam konteks ini bermaksud menggunakan
sesuatu yang abstrak dalam situasi tertentu. Pengabstrakan ini mungkin
dalam bentuk idea, hukum, kaedah, prinsip atau teori yang perlu
diingati, difaham dan digunakan. Keupayaan menggunakan ilmu dalam
menyelesaikan masalah baru yang berkaitan dengannya menjadi
petunjuk sama ada pelajar telah menguasai ilmu dalam mata pelajaran
berkenaan. Menurut Bloom (1971), pelajar dikatakan menguasai peringkat
Aplikasi, sekiranya mereka dapat:
i. Menentukan prinsip yang sesuai dalam menyelesaikan masalah yang
baru.
ii. Menyebut semula satu masalah lama untuk menentukan prinsip yang
boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah baru.
iii. Menentukan had setakat mana prinsip itu boleh digunakan dalam
menyelesaikan masalah baru.
iv. Menentukan kesesuaian sesuatu prinsip untuk digunakan dalam
menyelesaikan masalah baru dengan memberikan alasan.
v. Menjelaskan fenomena baru dengan menggunakan prinsip yang
dipelajari.
vi. Menelah apa yang akan berlaku dalam situasi baru dengan
menggunakan prinsip yang dipelajari.
vii. Memberi justifkasi/alasan tentang keputusan/tindakan yang
diambil untuk menyelesaikan masalah baru dengan menggunakan
prinsip yang dipelajari.
Ciri-ciri soalan berasaskan aplikasi ialah:
i. Soalan menggunakan proses mental berkait dengan aplikasi.
ii. Soalan melibatkan tiga (3) frasa, iaitu menggunakan prinsip,
menyelesaikan masalah, dalam situasi baru.
iii. Soalan hendaklah berkaitan dengan masalah dalam situasi baru yang
tidak sama dengan masalah yang dibincang dalam bilik darjah.
iv. Perkataan yang sering digunakan ialah gunakan, pilih, buat, kira,
selesaikan.
34 TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN
Contoh soalan peringkat Aplikasi ialah:
Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian.
Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan
pengeringan pakaian itu?
I. Sejuk
II. Berangin
III. Mendung
IV. Panas
(a) I dan II sahaja
(b) I dan III sahaja
(c) II dan IV sahaja
(d) III dan IV sahaja
LATlHAN 2.1
Sediakan satu jadual yang menunjukkan kata kerja perlakuan yang
sesuai untuk objektif Domain Kognitif peringkat Pengetahuan,
Kefahaman dan Aplikasi.
4. Analisis
Objektif keempat Domain Kognitif ialah Analisis (Analysis), yang
bermaksud keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada
unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur
tersebut. Justeru, peringkat Analisis menekankan kepada keupayaan
pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan
unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan.
Selain itu, pada peringkat Analisis juga penghakiman turut berlaku,
tetapi pada peringkat yang lebih rendah daripada peringkat penilaian.
Secara ringkas, analisis terbahagi kepada tiga (3) jenis, dalam Jadual 2.2:
TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN 35
Jadual 2.2: Jenis-jenis Analisis
(a) Analisis unsur Analisis unsur ialah keupayaan pelajar menentukan
unsur-unsur yang terdapat dalam sesuatu dokumen.
Misalnya, pelajar dikehendaki mencari bukti-
bukti dalam sesuatu dokumen untuk menyokong
kesimpulan yang diberikan.
(b) Analisis hubungan Analisis hubungan ialah keupayaan pelajar
menentukan hubungan antara unsur-unsur yang
terdapat dalam komunikasi. Misalnya, pelajar
dikehendaki menentukan perkaitan antara bukti-
bukti, bukti dengan hipotesis, atau hipotesis dengan
kesimpulan.
(c) Analisis prinsip Analisis prinsip ialah keupayaan pelajar mengenal
pasti prinsip organisasi yang digunakan untuk
menghasilkan sesuatu dengan menganal i si s
tuj uan, pandangan, pendirian, sikap dan
konsepsualisasinya. Misalnya, pelajar dapat mengenal
pasti pendekatan yang digunakan oleh penyanyi
tertentu bagi menarik minat penonton.
Menurut Bloom (1971), ciri-ciri analisis adalah seperti berikut:
i. Pelajar dapat mengelaskan perkataan, frasa dan kenyataan dalam satu set
dokumen.
ii. Pelajar dapat menelah apa yang akan berlaku atau sifat yang tidak
dinyatakan dengan jelas.
iii. Pelajar dapat menggunakan kriteria yang relevan, menyusun unsur
mengikut sebab, akibat dan urutan untuk menentukan corak dan susunan
bahan dalam sesuatu dokumen.
iv. Pelajar dapat mengenal pasti prinsip organisasi dan mencorakkan rangka
keseluruhan dokumen.
Ciri-ciri soalan berasaskan analisis ialah:
i. Soalan menggunakan proses mental berkait dengan analisis, sama ada
analisis unsur, hubungan atau prinsip organisasi.
ii. Situasi masalah mestilah baru, tidak biasa atau berbeza dengan situasi semasa
pengajaran.
iii. Situasi, dokumen atau bahan yang hendak dianalisis perlu ada pada pelajar.
iv. Soalan memerlukan fkiran kritik, bukan mengulang pengetahuan yang
dipelajari.
v. Perkataan yang kerap digunakan ialah seperti mengapa,kenapa, apakah faktor,
buatkan rumusan, buktikan.
36 TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN
Contoh soalan peringkat Analisis:
Penulis sebuah buku tentang penilaian dalam pendidikan menyatakan
calon akan memperoleh jawapan yang betul sebanyak 50 peratus dalam
ujian benar-palsu dengan cara meneka. Pilih andaian berikut yang mungkin
dibuat oleh penulis:
(a) Calon meneka dengan bijak.
(b) Calon meneka secara membuta tuli.
(c) Tekaan calon dibantu oleh penentu khusus.
(d) Tekaan calon dibantu pengetahuan separa dan penentu khusus.
5. Sintesis
AKTlVlTl 2.4
Pernahkah anda membaca beberapa novel-novel yang berada di
pasaran seperti novel Salina oleh A. Samad Said, novel Kuntum Tulip
Biru oleh Arena Wati atau novel Merpati Putih Terbang Lagi oleh
Khadijah Hashim dan sebagainya. Setiap novel akan memperlihatkan
perkembangan watak dan perwatakan yang cuba diperhalusi serta
disintesiskan dalam keseluruhan novel. Pada pandangan anda,
bagaimanakah penulis mampu menggarap sesuatu karya tersebut
sehingga berjaya mengangkatnya ketahap yang lebih tinggi?
Objektif kelima Domain Kognitif ialah Sintesis (Synthesis), yang
bermaksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-
bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih berstruktur,
tersusun dan menyeluruh. Pelajar perlu menggabungkan sesuatu
struktur daripada yang tidak jelas kepada satu struktur atau perkara
yang lebih jelas. Sintesis terbahagi kepada tiga jenis, seperti dalam
Jadual 2.3:
TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN 37
Jadual 2.3: Jenis-jenis Sintesis
(a) Sintesis
penyampaian
Sintesis penyampaian, iaitu sintesis yang
menghasilkan bentuk penyampaian dengan tujuan
tertentu seperti menghi bur, menghurai kan,
menari k mi nat atau menunjukkan perasaan marah.
Misalnya, pelajar dapat menyampaikan perbahasan
dengan hujah yang menarik.
(b) Sintesis himpunan Sintesis himpunan, iaitu sintesis yang menghasilkan
satu himpunan perlakuan. Misalnya, pelajar dapat
menyusun kandungan pelajaran untuk persediaan
peperiksaan.
(c) Sintesis cadangan Sintesis cadangan, iaitu sintesis yang
menghasilkan cadangan melalui andaian, analisis
dan hubungan yang abstrak. Misalnya, pelajar dapat
mengemukakan teori yang dapat di gunakan
dal am proses pengaj aran dan pembelajaran.
Menurut Bloom (1971), bentuk penghasilan sintesis adalah seperti berikut:
i. Menghasilkan komunikasi unik dalam bentuk penulisan esei, puisi, atau
lukisan.
ii. Menghasilkan sebuah perancangan atau set operasi.
iii. Menghasilkan penerbitan satu set hubungan abstrak seperti membentuk
hipotesis.
Ciri-ciri soalan berasaskan sintesis ialah:
i. Soalan menggunakan proses mental berkaitan sintesis.
ii. Masalah, tugas atau situasi hendaklah baru kepada pelajar atau berbeza dengan
daripada semasa pengajaran.
iii. Memberikan kebebasan kepada calon menjawab sama ada dari segi isi atau
masa.
iv. Hasilnya dinilai oleh pengguna seperti pembaca atau pemerhati.
v. Soalan tidak perlu terperinci kerana ia akan membataskan kreativiti.
vi. Bentuk soalan objektif atau esei memerlukan masalah yang kreatif.
vii. Perkataan yang kerap digunakan ialah seperti ramalkan, hasilkan, tuliskan,
cadangkan apa akan berlaku.
3 TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN
6. Penilaian
Objektif keenam dan terakhir Domain Kognitif ialah Penilaian
(Evaluation), yang bermaksud keupayaan menilai sesuatu perkara
berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar. Pelajar membuat
pertimbangan tentang nilai sesuatu idea, hasil kerja, penyelesaian,
bahan dan sebagainya. Pertimbangan dibuat berdasarkan piawaian
tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain.
Misalnya, pelajar dapat menilai satu hasil kerja, sama ada bermutu atau
sebaliknya, dengan membandingkannya dengan hasil kerja lain.
Ciri-ciri soalan berasaskan penilaian ialah:
i. Soalan menguji proses mental peringkat penilaian.
ii. Situasi perkara yang hendak dinilai mestilah baru dan tidak pernah
disentuh semasa pengajaran.
iii. Mutu penilaian boleh dibandingkan dengan penilaian pakar.
iv. Soalan penilaian dibentuk berdasarkan tiga (3) bahagian, iaitu apa yang
hendak dinilai, arahan tindak balas dan kriteria yang digunakan.
v. Perkataan yang biasa digunakan ialah seperti pertimbangkan,
taksirkan, tentukan, pertahankan.
Contoh soalan pada peringkat Sintesis ialah:
Barang Kuantiti Harga
Topi 1 RM12.50
Baju 2
Jadual di atas, yang tidak lengkap, menunjukkan barang yang dibeli
oleh Raju. Raju mempunyai RM 345.00 dan selepas membeli barangan
di atas, baki wangnya ialah sebanyak RM 180.00.
Berapakah harga sehelai baju yang dibelinya itu?
A. RM 55.00
B. RM 76.25
C. RM 82.50
D. RM 152.50
TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN 39
LATlHAN 2.2
Contoh soalan pada peringkat penilaian ialah:
Kedatangan Islam ke Melaka telah disambut dengan baik oleh
pemimpin dan rakyat Melaka
Berdasarkan penyataan di atas, apakah kesannya kepada kerajaan
Melaka pada kurun ke-15?
i. Islam menjadi agama rasmi.
ii. Tulisan Arab dijadikan tulisan jawi.
iii. Istana menjadi tumpuan para intelektual.
iv. Amalan tradisi dihapuskan.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Sediakan satu jadual yang menunjukkan kata kerja perlakuan yang sesuai
untuk objektif Domain Kognitif peringkat Analisis, Sintesis dan Penilaian.
2.3 DB]EKTlF DDMAlN AFEKTlF
SEMAK KENDlkl 2.1
Bagaimana anda membentuk objektif Domain Afektif?
Sebagai insan kita semua mempunyai perasaan. Ada ketikanya kita merasa
gembira, sedih, terharu, kecewa dan sebagainya. Selepas seseorang
itu melalui pelbagai pengalaman dalam hidupnya, dia akan mempunyai
pandangan atau sikapnya tersendiri terhadap sesuatu perkara yang dialami.
40 TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN
Perasaan, sikap dan nilai adalah perkara yang dipelajari dan berkembang
dari masa ke masa, serentak dengan perkembangan insan itu sendiri dalam
pelbagai perkara. Jika kita berada dalam persekitaran yang sihat, maka
persekitaran ini sedikit sebanyak akan membentuk perasaan, sikap dan nilai
yang positif. Begitu juga sebaliknya.
Objektif Domain Afektif mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat,
sikap, penghargaan dan nilai. Dari segi praktiknya, guru jarang menulis
objektif ini dalam buku rekod pengajaran berbanding objektif kognitif, yang
ditulis dalam bentuk perlakuan pelajar. Ini berlaku kerana ketidakwujudan
prosedur dan alat yang benar-benar sesuai untuk mengukur pencapaian
objektif afektif.
Seperti juga objektif Domain Kognitif, objektif Domain Afektif boleh
dikelaskan mengikut peringkat penghayatan daripada yang paling rendah
kepada yang paling tinggi, seperti yang diutarakan oleh Bloom et al. (1988),
iaitu:
i. Penerimaan,
ii. Gerak Balas,
iii. Penilaian,
iv. Organisasi dan
v. Perwatakan.
Rajah 2.4: Objektif domain afektif
TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN 41
1. Penerimaan
Objektif pertama Domain Afektif ialah Penerimaan (Receiving), yang
bermaksud kesediaan seseorang/penerima untuk menerima sesuatu
yang ingin disampaikan. Peringkat ini bermula dengan kesedaran penerima,
misalnya, penerima sedar akan irama, lirik lagu, keadaan kehidupan. Selepas
kesedaran, individu berkenaan akan menunjukkan kesediaan untuk
menerima, iaitu individu berkenaan tidak menjauhkan diri daripada
rangsangan yang diterima. Seterusnya, individu berkenaan akan mula
bertindak secara terhad, iaitu cuba membezakan setiap rangsangan yang
diterima. Contoh objektif peringkat ini ialah pelajar dapat membezakan
aktiviti luar bilik darjah daripada aktiviti formal dalam bilik darjah.
2. Gerak Balas
SEMAK KENDlkl 2.2
Kadangkala di bawah sedar, kita sedikit sebanyak akan cenderung
untuk memberi gerak balas terhadap alunan muzik yang terhasil melalui
di saluran- saluran radio. Gerak balas yang terhasil ini berbeza di antara
individu dengan individu yang lain berdasarkan kesesuaiannya.
Pada pandangan anda, sejauh manakah muzik mampu digunakan
dalam sistem pendidikan untuk mewujudkan gerak balas di kalangan
para pelajar?
Objektif kedua Domain Afektif ialah Gerak Balas (Responding), yang
bermaksud seseorang akan bertindak balas terhadap rangsangan yang
diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat
demikian. Motif ingin tahu tentang sesuatu boleh menyebabkan seseorang
itu bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima. Tindak balas ini
akhirnya akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan.
Pada peringkat awalnya, gerak balas ini mungkin juga berlaku disebabkan
oleh arahan orang lain. Bagaimanapun, selepas individu berkenaan
mempunyai motif tersendiri, dia akan bertindak balas sendiri. Misalnya,
menunjuk minat terhadap aktiviti di luar bilik darjah yang menyebabkan
individu berkenaan bertindak balas bagi menghasilkan kepuasan
padanya, seperti membersihkan kawasan sekolah.
3. Penilaian
Objektif ketiga Domain Afektif ialah Penilaian (Valuing), yang bermaksud
seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada
masyarakat. Nilai/motif ini, yang boleh dianggap sebagai motivasi luaran,
akan menjadi landasan kepada setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh
individu berkenaan. Terdapat tiga (3) jenis nilai seperti yang dijelaskan dalam
Jadual 2.4.
42 TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN
Jadual 2.4: Tahap-tahap Penerimaan Nilai
(a) Penerimaan semua
nilai
Penerimaan semua nilai, iaitu menerima semua nilai
yang terdedah kepada individu tersebut yang menjadi
landasan kepada perlakuannya.
(b) Pemilihan nilai
tertentu
Pemilihan nilai tertentu, iaitu memilih nilai tertentu
dari nilai-nilai yang didedahkan kepada individu
tersebut yang menj adi landasan kepada
perlakuannya.
(c) Komitmen Komitmen, iaitu memegang teguh kepada sesuatu
kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan
kepada perlakuannya dan sanggup mempertahan
kepercayaan ini daripada sebarang cabaran.
LATlHAN 2.3
Sediakan satu jadual yang menunjukkan kata kerja perlakuan yang
sesuai untuk objektif Domain Afektif peringkat Penerimaan, Gerak
Balas dan Penilaian
4. Organisasi
Objektif keempat Domain Afektif ialah Organisasi (Organisation), yang
bermaksud seseorang itu boleh menyusun semua nilai yang diterimanya
kepada satu sistem yang lebih praktikal. Penyusunan nilai-nilai ini terbahagi
kepada dua peringkat, iaitu pertama, mengkonsepsualisasikan nilai-nilai
dan membentuk pertalian antaranya; dan kedua menyusun nilai-nilai ini
hingga menjadi satu sistem nilai/kepercayaan. Contohnya, pelajar dapat
menerima peraturan sekolah dan seterusnya dapat mengawal diri
mengikut peraturan tersebut. Ini dapat dilihat melalui analogi Rajah 2.5:
Rajah 2.5: Domain afektif organisasi
TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN 43
5. Perwatakan
Objektif kelima dan terakhir Domain Afektif ialah Perwatakan
(Characterisation), yang bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu
sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada
kebiasaannya, individu berkenaan akan kekal memegang sistem nilai
berkenaan. Pada peringkat ini, seseorang itu akan memperlihatkan: (a)
perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat
keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan;
dan (b) sistem nilai tersendiri, iaitu mempunyai falsafah atau prinsip hidup
tersendiri. Ini boleh dilihat melalui analogi dalam Rajah 2.6:
LATlHAN 2.4
Sediakan satu jadual yang menunjukkan kata kerja perlakuan yang
sesuai untuk objektif Domain Afektif peringkat Organisasi dan
Perwatakan.
Rajah 2.6: Domain afektif perwatakan
44 TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN
2.4

DB]EKTlF DDMAlN PSlKDMDTDk
SEMAK KENDlkl 2.3
Pernahkan anda terfkir bagaimanakah anda menguasai satu-satu
kemahiran yang melibatkan pergerakkan fzikal yang juga dikenali
sebagai psikomotor anda seperti bersukan, menari atau menunggang
motosikal? Bagaimana anda membentuk objektif-objektif Psikomotor
ini?
Psikomotor adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fzikal seseorang.
Guru-guru pendidikan jasmani memberi sentiasa memberi tumpuan kepada
pengawalan pergerakan anggota dalam pengajaran dan latihan. Pada peringkat
prasekolah dan sekolah rendah, kanak- kanak diasuh untuk menguasai
pergerakan yang biasa dilakukan dalam kehidupan harian dan juga pergerakan
baru dalam senaman. Di samping itu, mereka dilatih untuk menguasai kemahiran
khusus yang jarang dilakukan dalam kehidupan harian, misalnya, kemahiran
menggelecek dalam permainan bola sepak.
Sebagai mana dalam domain kognitif dan afektif, domain psikomotor turut
mempunyai hierarki tersendiri. Simpson (1972) mengemukakan tujuh
peringkat objektif domain psikomotor, daripada mudah kepada susah; iaitu:
i. Persepsi,
ii. Persediaan,
iii. Pergerakan Terkawal,
iv. Pergerakan Mekanistik,
v. Pergerakan Kompleks,
vi. Pergerakan Suaian dan
vii. Pergerakan Ciptaan.
TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN 45
1. Persepsi
Objektif pertama Domain Psikomotor ialah Persepsi (Perception), yang
bermaksud seseorang itu mempersepsikan satu pergerakan tertentu, seperti
memerhati pergerakan rejaman dalam permaian bola tampar. Melalui
pemerhatian ini, seseorang itu akan dapat mengingat pergerakan motor
(motor movement) berkaitan dengan pergerakan yang dilihat. Misalnya,
apabila pelajar melihat pergerakan rejaman dalam permainan bola
tampar, dia akan ingat cara bagaimana pemain melakukan rejaman
tersebut. Contoh objektif pengajaran peringkat Persepsi ialah Pelajar dapat
menjelaskan cara pemain melakukan rejaman dalam permainan bola
tampar.
2. Persediaan
Objektif kedua Domain Psikomotor ialah Persediaan (Set), yang bermaksud
seseorang itu bersedia secara mental, emosi dan fzikal untuk melakukan
sesuatu pergerakan. Misalnya, melalui pemerhatian terhadap sesuatu
pergerakan, seperti memerhati pergerakan rejaman dalam permainan
bola tampar, pelajar dapat mengingat pergerakan tersebut (persediaan
mental) dan dengan itu bersedia untuk melakukannya. Contoh objektif
pengajaran peringkat Persediaan ialah Pelajar dapat menjelaskan cara
melakukan rejaman dalam permainan bola tampar.
3. Pergerakan Terkawal
Objektif ketiga Domain Psikomotor ialah Pergerakan Terkawal (Guided
Response), yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan pergerakan
awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari. Pergerakan ini biasanya
Rajah 2.7: Objektif domain psikomotor

46 TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN
dilakukan secara peniruan dan cuba jaya. Misalnya, pelajar meniru
bagaimana pemain melakukan pergerakan rejaman dalam permainan
bola tampar. Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan Terkawal
ialah Pelajar dapat melakukan pergerakan awal cara melakukan rejaman
dalam permainan bola tampar.
4. Pergerakan Mekanistik
Objektif keempat Domain Psikomotor ialah Pergerakan Mekanistik
(Mechanistic Response), yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan
sesuatu pergerakan yang ingin dipelajari secara mahir dan yakin. Misalnya,
pelajar berjaya melakukan pergerakan rejaman dalam permainan bola
tampar seperti yang perhatikan, iaitu berjaya meniru pergerakan pemain.
Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan Mekanistik ialah Pelajar
dapat meniru cara melakukan rejaman dalam permainan bola tampar.
LATlHAN 2.5
Sediakan satu jadual yang menunjukkan kata kerja perlakuan yang
sesuai untuk objektif Domain Psikomotor peringkat Pergerakan
Kompleks, Pergerakan Suaian dan Pergerakan Ciptaan.
5. Pergerakan Kompleks
Objektif kelima Domain Psikomotor ialah Pergerakan Kompleks (Complex
Response), yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu
pergerakan yang kompleks secara cekap dan licin. Misalnya, pelajar berjaya
melakukan pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar dengan
cekap dan licin, iaitu berjaya melakukan pergerakan ini sendiri, tanpa meniru
pemain. Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan Mekanistik ialah
Pelajar dapat melakukan rejaman dalam permainan bola tampar dengan
cekap dan licin.
6. Pergerakan Suaian
Objektif keenam Domain Psikomotor ialah Pergerakan Suaian (Adaptive
Response), yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu
pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. Misalnya,
pelajar berjaya melakukan pergerakan rejaman dalam permainan bola
tampar dengan cekap dan licin semasa bola rendah. Contoh objektif
pengajaran peringkat Pergerakan Sesuaian ialah Pelajar dapat
melakukan rejaman dalam permainan bola tampar dengan cekap dan
licin semasa bola rendah.
TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN 47
7. Pergerakan Ciptaan
Objektif ketujuh dan terakhir Domain Psikomotor ialah Pergerakan Ciptaan
(Originative Response), yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan
sesuatu pergerakan baru secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan
tertentu. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan rejaman
baru dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasa bola
rendah. Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan Sesuaian ialah
Pelajar dapat melakukan rejaman baru dalam permainan bola tampar
dengan cekap dan licin semasa bola rendah.
LATlHAN 2.6
Sediakan satu jadual yang menunjukkan kata kerja perlakuan yang
sesuai untuk objektif Domain Psikomotor peringkat Pergerakan
Kompleks, Pergerakan Suaian dan Pergerakan Ciptaan.
2.5

DB]EKTlF DDMAlN SDSlAL
SEMAK KENDlkl 2.4
Adakah objektif-objektif pengajaran yang telah dibincangkan itu
mencukupi?
Selain proses/aktiviti yang berlaku dalam tiga domain utama ini, kita dapati
proses/ aktiviti dalam bidang hubungan sosial tidak diberi perhatian sewajarnya.
Contohnya, hubungan murid dengan murid, murid dengan guru atau murid
dengan orang tua. Sehubungan itu, Dettmer (1997) mencadangkan satu domain
khusus untuk hubungan/tingkah laku sosial, iaitu Domain Sosial. Domain ini
terdiri daripada lapan peringkat objektif, iaitu:
i. Berhubung,
ii. Berkomunikasi,
iii. Melibatkan Diri,
iv. Berunding,
v. Bekerjasama,
vi. Menghakim,
vii. Memulakan dan
viii Menukar.
4 TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN
1. Berhubung
Objektif pertama Domain Sosial ialah Berhubung (Relating), yang bermaksud
seseorang itu cuba menunjukkan tingkah laku membuat kontak (contact)
terhadap seseorang lain, seperti membuat kontak mata (eye contact). Di sini,
kontak mata merupakan permulaan kepada perkenalan yang berakhir
dengan berlakunya sesuatu komunikasi. Contoh objektif pengajaran
peringkat Berhubung ialah Pelajar menyedari kehadiran seseorang lain.
2. Berkomunikasi
Objektif kedua Domain Sosial ialah Berkomunikasi (Communicating), yang
bermaksud seseorang itu cuba berkomunikasi dengan seseorang lain,
iaitu cuba memberi atau menerima mesej, seperti ingin bertanya tentang
sesuatu. Di sini, tingkah laku ingin bertanya itu menyebabkan orang kedua
Rajah 2.8: Objektif domain sosial
TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN 49
turut bertindak untuk berkomunikasi. Contoh objektif pengajaran peringkat
Berkomunikasi ialah Pelajar cuba berkomunikasi dengan seseorang lain
melalui bahasa isyarat.
3. Melibatkan Diri
Objektif ketiga Domain Sosial ialah Melibatkan Diri (Participating), yang
bermaksud seseorang itu secara sukarela mengambil bahagian dalam sesuatu
aktiviti berkumpulan, seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain.
Di sini, tingkah laku berbual akan menggalakkan ahli kumpulan turut
mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Contoh objektif pengajaran
peringkat Melibatkan Diri ialah Pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti
berkumpulan (lihat Rajah 2.9).
Rajah 2.9: Melibatkan diri
4. Berunding
Objektif keempat Domain Sosial ialah Berunding (Negotiating), yang
bermaksud seseorang itu boleh membuat perbincangan dengan ahli-ahli
kumpulan tentang sesuatu isu/masalah yang timbul, seperti berbincang
untuk membuat sesuatu keputusan. Di sini, tingkah laku berbincang
menunjukkan seseorang itu ingin membantu untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi kumpulannya. Contoh objektif pengajaran
peringkat Berunding ialah Pelajar cuba menjelaskan sesuatu isu/
masalah supaya penyelesaian yang baik dapat dicapai dengan segera.
5. Bekerjasama
Objektif kelima Domain Sosial ialah Berkerjasama (Collaborating),
yang bermaksud seseorang itu boleh berkerjasama dengan ahli-ahli
50 TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN
kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek, seperti berkerjasama untuk
membersihkan kawasan sekolah. Di sini, tingkah laku berkerjasama
menunjukkan seseorang itu ingin semua ahli sama-sama menyelesaikan
projek/masalah yang dihadapi. Contoh objektif pengajaran peringkat
Berkerjasama ialah Pelajar dapat menguruskan ahli-ahli kumpulan untuk
menjayakan projek.
6. Menghakim
Objektif keenam Domain Sosial ialah Menghakim (Adjudicating), yang
bermaksud seseorang itu dapat bertindak untuk mendamaikan sesuatu
keadaan apabila terdapat perbezaan pendapat, seperti meleraikan
satu pertengkaran. Di sini, tingkah laku meleraikan pertengkaran
menunjukkan seseorang itu ingin mengekalkan keharmonian di kalangan
ahli-ahli kumpulannya. Contoh objektif pengajaran peringkat Menghakim
ialah Pelajar dapat menyelesaikan perbalahan di kalangan ahli-ahli
kumpulan (lihat Rajah 2.10).
7. Memulakan
Objektif ketujuh Domain Sosial ialah Memulakan (Initiating), yang
bermaksud seseorang itu dapat memulakan sesuatu aktiviti berkumpulan
yang baru, walaupun terpaksa menghadapi risiko tertentu, seperti
berkhemah di tepi sungai. Di sini, tingkah laku mengadakan
perkhemahan menunjukkan seseorang itu ingin melihat ahli-ahli
kumpulannya mendapat pengalaman baru. Contoh objektif pengajaran
peringkat Memulakan ialah Pelajar berjaya mencadang dan melaksanakan
projek baru bersama ahli-ahli kumpulannya.
Rajah 2.10: Menghakim
TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN 51
8. Menukar
Objektif kelapan dan terakhir Domain Sosial ialah Menukar (Converting),
yang bermaksud seseorang itu berupaya menukarkan gaya hidup ahli-
ahli kumpulan kepada gaya hidup baru, seperti mencintai alam sekitar. Di
sini, tingkah laku mendorong ahli-ahli kumpulan mencintai alam sekitar
menunjukkan seseorang itu ingin melihat ahli-ahli kumpulannya hidup
dalam persekitaran yang lebih harmoni. Contoh objektif pengajaran
peringkat Menukar ialah Pelajar berjaya mendorong ahli-ahli kumpulannya
membersihkan kawasan sekolah setiap minggu.
kUMUSAN
Penggubalan alat pengukuran memerlukan perancangan yang rapi, teliti dan
sistematik, agar keputusan yang diperoleh benar-benar tepat dan sebarang
tindakan susulan akan tepat dan selaras. Penetapan dan penentuan objektif
pengajaran yang jelas akan dapat membantu guru dalam menyediakan alat
pengukuran yang berkesan dan sesuai bertepatan dengan objektif penilaian
yang ditetapkan. Topik ini telah menjelaskan tentang peringkat-peringkat
objektif pengajaran bagi Domain Kognitif, Domain Afektif, Domain Psikomotor
dan Domain Sosial.
Domain Afektif
Domain Kognitif
Domain Psikomotor
Domain Sosial
Objektif Pengajaran
U]lAN 1
1. Jelaskan pertalian antara objektif pelajaran dengan penilaian.
2. Berikan tiga (3) peringkat objektif Domain Afektif.
3. Jelaskan maksud objektif Analisis dalam Domain Kognitif.
52 TOIK Z O]LKTIF LNCA]AkAN
U]lAN 2
1. Jelaskan apakah Domain Sosial.
2. Senarai dan jelaskan tiga (3) peringkat objektif Domain Sosial.
3. Berikan contoh perlakuan yang sesuai bagi tiga (3) peringkat objektif Domain
Sosial di atas.
kU]UKAN
Abu Bakar Nordin. (1987). Developing scale in affective domain. Occasional
papers no.5. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bloom, B.S. (1989). Taksonomi objektif pendidikan, buku pedoman 1: Domain
kognitif(ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bloom, B.S., Hasting, J.T., & Madaus, G.F. (1971). Handbook on formative
and summative evaluation of student learning. New York: Harper and Row
Publisher.
Dettmer, P.A. (1997). New blooms for established fields. Presented at
Annual Conference of the Kansas Association for Gifted, Talented,
and Creative, Hutchinson, KS.
Hanna, G.S. & Detmer, P.A. (2004). Assessment for affective teaching: Using
context-adaptive planning. Boston: Pearson.
Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., & Masia, B.B. (1965). Classroom testing:
Construction. Illinois: F.E Peacock Publisher Inc.
Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum. Penilaian kendalian sekolah . Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Raminah Haji Sabran (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia:
Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Simpson, E.J. (1972). The Psychomotor Domain, vol. 3. Washington, DC:
Gryphon House.