Anda di halaman 1dari 10

KERTAS CADANGAN PROGRAM BULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH TAHUN 2014 SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA.

TARIKH : SEPANJANG BULAN FEBRUARI 2014 PENDAHULUAN Program Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah yang telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan pada tahun-tahun sebelumnya telah berjaya meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar terhadap keburukan dan bahaya dadah. Program ini diteruskan pada tahun ini dengan memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk memberi impak yang lebih ketara dan penglibatan pelajar yang lebih menyeluruh. Ini adalah selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah,Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan Sekolah Bebas Dadah menjelang tahun 2015. RASIONAL Pelajar merupakan asset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan negara yang patut dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan aspirasi negara. Pelajar adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang dinamik dan progresif. Kekuatan dalaman para pelajar seperti daya juang, ketahanan dan keyakinan diri serta daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui Program Pendidikan Dadah yang terancang dan bersepadu. MATLAMAT Matlamat PPDa di sekolah ialah untuk member pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid,guru, staf sokongan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran Negara Bebas Dadah Tahun 2015. OBJEKTIF Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar di semua peringkat tentang bahaya dadah. Menggunakan aktiviti kesenian sebagai medium untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam proses pembelajaran dan pendidikan bersepadu secara langsung dan tidak langsung berhubung dengan pendidikan dadah. KUMPULAN SASARAN Semua murid tahap 1 dan tahap 2, guru-guru dan semua staf Sekolah Kebangsaan Pokok Sena.

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK BAHAYA DADAH PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa 2014) TAJUK Sayembara Deklamasi Puisi/Sajak PPDa Peringkat Sekolah. OBJEKTIF Menerapkan nilai murni dan menyampaikan mesej anti Dadah bagi melahirkan masyarakat penyayang melalui karya kreatif khususnya puisi / sajak. Menyampaikan mesej PPDa melalui karya kreatif dan penghayatan melalui pendeklamasian sajak. Mengembangkan bakat dan potensi pelajar dalam karya kreatif (puisi) dan pendeklamasian sajak. PENYERTAAN Penyertaan terbuka kepada pelajar tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6. TARIKH PERTANDINGAN Minggu ke 4 bulan Februari (2014). HADIAH SAJAK Tahun 4 Johan Naib Johan Ketiga Tahun 5 Johan Naib Johan Ketiga Tahun 6 Johan Naib Johan Ketiga JUMLAH KESELURUHAN = = = = RM 2.50 RM 1.50 RM 1.00 RM 15.00 = = = RM 2.50 RM 1.50 RM 1.00 = = = RM 2.50 RM 1.50 RM 1.00

PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS POSTER (PPDa)

PENDAHULAN Pertandingan mewarna PPDa ini bertujuan untuk member kesedaran tentang bahaya dadah melalui seni lukis. OBJEKTIF Menggalakkan murid meningkatkan pengetahuan tentang bahaya dadah. Menyedarkan murid tentang dadah itu bahaya. Mencungkil dan mengasah bakat seni di kalangan murid. Menggalakkan murid untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan.

PENYERTAAN Terbuka kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Pokok Sena. HADIAH MENGIKUT KELAS Pra Sekolah 1 Johan Naib Johan Ketiga Pra Sekolah 2 Johan Naib Johan Ketiga PPKI Johan Naib Johan Ketiga TAHUN 1 Johan Naib Johan Ketiga Saguhati = = = = RM 2.50 RM 1.50 RM 1.00 RM 1.00 = = = RM 2.50 RM 1.50 RM 1.00 = = = RM 2.50 RM 1.50 RM 1.00 = = = RM 2.50 RM 1.50 RM 1.00

Saguhati

RM 1.00

TAHUN 2 Johan Naib Johan Ketiga Saguhati Saguhati TAHUN 3 Johan Naib Johan Ketiga Saguhati Saguhati TAHUN 4 Johan Naib Johan Ketiga Saguhati Saguhati TAHUN 5 Johan Naib Johan Ketiga Saguhati Saguhati TAHUN 6 Johan = RM 2.50 = = = = = RM 2.50 RM 1.50 RM 1.00 RM 1.00 RM 1.00 = = = = = RM 2.50 RM 1.50 RM 1.00 RM 1.00 RM 1.00 = = = = = RM 2.50 RM 1.50 RM 1.00 RM 1.00 RM 1.00 = = = = = RM 2.50 RM 1.50 RM 1.00 RM 1.00 RM 1.00

Naib Johan Ketiga Saguhati Saguhati

= = = =

RM 1.50 RM 1.00 RM 1.00 RM 1.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 57.00

PERTANDINGAN BUKU SKRAP (PPDa) RASIONAL Cabaran dan harapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan masyarakat untuk sifar dalam memenangi DADAH di sekolah akan tercapai. Dengan ini melalui aktiviti seperti ini dapat mendedahkan murid-murid tentang bahaya dadah dan kempen menangani masalah dadah dengan lebih berkesan lagi. Aktiviti ini diharapkan dapat melahirkan insan pelajar yang memahami keburukan ancaman dadah dengan lebih berkesan. OBJEKTIF Meningkatkan kemahiran diri dalam memahami serta menangani masalah dadah di kalangan murid-murid. Memupuk semangat dan tanggungjawab sebagai insan sejahtera, jasmani, emosi, rohani dan intelek. Membimbing murid ke arah pembentukan masyarakat bersih dari gejala dadah. Memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid-murid tentang bahaya dadah dan meletakkan sasaran Negara Bebas Dadah Tahun 2015. PENYERTAAN Semua murid tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6. 1 kumpulan (4 hingga 5 orang ahli) HADIAH Tahun 4 Johan Naib Johan Ketiga JUMLAH Tahun 5 RM 10.00 RM 8.00 RM 5.00 RM 23.00

Johan Naib Johan Ketiga JUMLAH

RM 10.00 RM 8.00 RM 5.00 RM 23.00

Tahun 6 Johan Naib Johan Ketiga JUMLAH RM 10.00 RM 8.00 RM 5.00 RM 23.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 69.00

PROGRAM CERAMAH TENTANG BAHAYA DADAH OLEH PEGAWAI AADK KOTA SETAR RASIONAL Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada murid-murid sekolah. Ini amat membimbangkan kerana pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk terlibat. Oleh itu, program ini perlu dilaksanakan di sekolah untuk member kesedaran kepada murid betapa bahayanya dadah dalam kehidupan seharian. MATLAMAT Memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya dadah. Supaya murid menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah. OBJEKTIF Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kepada murid dan guru agar dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan dadah. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani. Membentuk murid bertingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni. Memantapkan daya ketahanan murid.

PENYERTAAN Semua murid SKPS. STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM Perbincangan dengan Guru Besar dan PK HEM. Penetapan tarikh, tempat dan aktiviti program. Menyediakan kertas cadangan program. Menyediakan AJK bertugas serta bidang tugas masing-masing. Mengadakan mesyuarat dan taklimat. Pelaksanaan program.

PELAKSANAAN PROGRAM CERAMAH TENTANG BAHAYA DADAH OLEH PEGAWAI AADK KOTA SETAR SERTA MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM BULAN ANTI DADAH TAHUN 2014. Tarikh Hari Tempat Masa : : : : 27 Februari 2014 Khamis Dewan SKPS 07.45 pagi hingga 10.30 pagi

Aturcara Majlis Penutupan Bulan Anti Dadah Tahun 2014 Masa 07.45 pagi 8.00 pagi 08.00 pagi 08.15 pagi Aktiviti Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Poazi

Ucapan Oleh Penyelaras Program Sempena Bulan Anti Dadah Tahun 2014 dan Program 5 Minit Anti Dadah. 08.15 pagi 9.00 pagi Persembahan Murid Deklamasi Sajak Tentang Bahaya Dadah Persembahan Murid Nyanyian lagu Anti Dadah 09.00 pagi -10.00 pagi Ceramah tentang Bahaya Dadah oleh Pegawai AADK Kota Setar 10.00 pagi -10.45 pagi Rehat Pameran Dadah (murid boleh melihat pameran Dadah dari AADK Kota Setar) 10.45 pagi - 11.00 pagi Majlis Penutupan Bulan Anti Dadah 2014 oleh Guru Besar SK Pokok Sena 11.00 pagi 11.30 pagi Majlis Penyampaian Hadiah Untuk Pemenang 11.30 pagi -01.15 Murid belajar seperti biasa di dalam kelas masing-masing. petang ANGGARAN PERBELANJAAN UNTUK PROGRAM BULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH. Pertandingan deklamasi sajak Pertandingan mewarna dan melukis Poster Pertandingan buku skrap Makan dan Minum Penceramah dan Pameran (4 X RM 5.00) Banner Bulan Anti Dadah Bahan fotostat RM 15.00 RM 57.00 RM 69.00 RM 20.00 RM 30.00 RM 9.00 RM 200.00

JUMLAH KESELURUHAN

CARTA ORGANISASI PELAKSANAAN PROGRAM BULAN PPDa 2014 PENASIHAT : TN HAJI AZIS BIN ABD RAHMAN (GB SKPS) PENGERUSI : PN ROS NANI BT ITENG (PK HEM) NAIB PENGERUSI : PN KHARIMA BT ZAINAL ABIDIN (PK KOKURIKULUM) PENYELARAS PROGRAM : PN NOORANI BT MOHD HUSSAIN SETIAUSAHA : PN ROSMAWATI BT ABDUL GHANI (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING) NAIB SETIAUSAHA : PN AZIAN BT ISMAIL AJK PELAKSANA BACAAN DOA USTAZ MOHD POAZI BIN CHE NOR USTAZ MUKTI BIN HAMID AJK KAWALAN DISIPLIN MURID SAIPUL B MAT YASIN ROSMIZAWATI BT MUHAMAD MUHAMMAD SOFI BIN HASHIM AJK SIARAYA EN MAHAZIR BIN MD JIWA MOHD MAHYUDIN BIN MOHD ISHAK EKA RUSMAWATY BT SUJAK AJK PERSEMBAHAN MURID AJK JAMUAN TETAMU HAMIDAH BT HUSSAIN SOPIAH BT SAMSU NOR ARMIZA BT ZAINAL ZARITA BT SHIRUN @ HARUN ARSHADIAH BT ABU BAKA NOORSHIMAH BT ABDUL KADIR RAMLAH BT ALI NORHAYATI BT ABIDIN

AJK HADIAH AZIAN BT ISMAIL ROSHIZA BT HASHIM ERNIE HAFIZA BT ABD KADIR BUSHRO BT ALI NORMA BT SHAARI FUWILAH BT OTHMAN HAKIM PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK RUSNI BT SAID NORENI BT AHMAD NOR HAYATI BT OTHMAN NORHAYATI BT HAMZAH

PENGACARA MAJLIS SAFINAH BT MD SAID SITI BALKHIS BT ABD RAZAK

HAKIM PERTANDINGAN MELUKIS POSTER SITI BASRAH BT OMAR SITI SALMAH BT MOHAMAD NURUL HANA BT ABD WAHAB

HAKIM PERTANDINGAN MEWARNA NOORANI BT MOHD HUSSAIN NOR AZIANA BT AZIZAN JURIAH BT MATT NOR SHAFINI BT MOHD SHUKOR

HAKIM PERTANDINGAN BUKU SKRAP ROSMAWATI BT ABDUL GHANI MAZNAH BT MUSTAFFA

BUKU PROGRAM / BROSURE NOORZALIZA BT HAJI GHAZALI SITI RUZAIDAH BT OTHMAN SARIMAH BT SAAD

SIJIL PENGHARGAAN / CENDERAHATI KEPADA TETAMU UNDANGAN WARDA HAYATI BT HAJI GHAZALI WAN NOR ASHIKIN BT WAN OTHMAN

PENYEDIAAN TEMPAT UNTUK SESI CERAMAH DAN PAMERAN IRWAN SUHARDI BIN HUSIN ANUAR BIN MD DIN MOHD FADZIL BIN HALIM NORHAIYATI BT MOHAMAD

PENUTUP Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) adalah satu pendekatan untuk menyedarkan murid-murid sekolah dan guru tentang bahaya dadah serta menjauhinya dengan meletakkan sasaran NEGARA BEBAS DADAH TAHUN 2015. Semoga objektif yang digarapkan dalam program ini dapat dicapai dengan jayanya serta member manfaat kepada semua pihak yang terlibat terutamanya murid-murid itu sendiri. Adalah diharapkan agar program ini berjalan dengan lancar seperti yang dicadangkan.

Disediakan oleh : .. (Rosmawati Bt Abdul Ghani) Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Pokok Sena

Disemak oleh : . (Tn Haji Azis Bin Abd Rahman) Guru Besar SK Pokok Sena

Anda mungkin juga menyukai