Anda di halaman 1dari 6

ANAK ITIK YANG HODOH Pada suatu masa dahulu, seekor ibu itik mengeram enam biji telur.

Tidak lama kemudian, satu per satu telur itu menetas dan keluarlah anak itik yang comel serta berbulu kuning. Tetapi satu telur yang agak besar menetas dan anak itu itu berwarna kelabu! Sungguh hodoh rupamu! ibu itik berkata. Ibu itik membawa anak-anak itik itu menuju kekolam. Ia melompat ke dalam air dan anak itik juga turut bersama. Kemudian ia membawa anak-anaknya berjumpa binatan-binatang yang lain di ladang itu. Semua binatang di ladang gembira berjumpa anak-anak iti yang comel itu. Tetapi mereka mentertawakan anak itik yang besar dan berwarna kelabu itu. Ia diejek dan dihalau dari situ. Anak itik yang hodoh berasa sungguh sedih. Ia tidak ada kawan dan tidak ada tempat tinggal. Pada keesokkan harinya, semasa semua binatang masih tidur nyenyak, ia berjalan keluar dari pintu pagar ladang itu. Apabila hampir senja, beberapa itik liar datang ke tempat itu tertawakannya dan berkata, Pergi kamu dari sini! Hodohnya kamu! Sekali lagi itik hodoh itu berasa tersisih dan beredar dari situ. Ia sampai pada sebuah pondok. Ia berasa lapar dan letih lalu meminta ayam membenarkannya tinggal di situ. Ayam juga memberikannya makanan. Ayam bertanya, Bolehkah kamu bertelur? Tidak, kata itik itu. Bolehkah kamu mengejar tikus? Tanya kucing. Tidak, kata itik itu. Kalau begitu kamu mesti pergi dari sini, kata ayam dan kucing. Sekali lagi itik hodoh itu kesunyian. Musim salji pun tiba dan cuaca bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi ais. Itik itu memandang ke langit dan melihat sekumpulan burung yang sangat cantik berterbangan di udara. Burung-burung berbulu putih itu besar dan berleher panjang. Alangkah bagusnya jika aku seperti burung-burung itu, ia berkata di dalam hatinya. Pada keesokan harinya, seorang petani yang baik hati terjumpa itik itu di atas tanah beku dan membawanya pulang. Anak itik berfikir bahawa ia sudah selamat berada disitu. Pada petang harinya, anak petani itu bermain dengannya dan membawanya ke perigi. Dia terlalu kasar sehingga anak itik itu menjadi takut. Anak itik itu pun melarikan diri dari ladang. Anak itik itu terjumpa sebuah tasik di kawasan yang berumput panjang. Ia berasa selamat di situ. Ia tinggal di situ sehingga matahari mula bersinar semula. Anak itik itu cuba mengembangkan sayapnya. Ia terkejut apabila melihat sayapnya sudah menjadi putih. Ia berasa seperti dirinya boleh terbang dan akhirnya ia terbang tinggi di langit! Apabila ia turun ke tasik, ia ternampak bayangnya di dalam air. Alangkah cantiknya burung itu, fikirnya

Tiga ekor burung putih berleher panjang sedang berenang berhampiran. Burung-burung itu melihatnya dan berkata, Wah ! awak seekor angsa yang tampan. Marilah berenang dengan kami. Apa? Aku seekor angsa? Ya, tengoklah rupa dirimu dalam air, kata burung-burung itu. Itik hodoh itu tidak percaya akan apa yang dilihatnya. Aku seekor angsa! Aku memang seekor angsa! ia menjerit dengan gembira. Semenjak hari itu, ia tidak lagi di panggil hodoh dan ia tidak lagi sunyi.

Bawang Putih Bawang Merah

Sejak ketiadaan ayah dan ibu kandungnya,Bawang Putih tinggal bersama ibu tirinya, Mak Kundur dan adik tirinya Bawang Merah.Mereka sangat benci akan Bawang Putih.Dia sering dimarahi dan dipukul. Pada suatu malam,Bawang Putih bermimpi bertemu ibunya.Ibunya menyuruhnya masuk ke hutan dan mencari pohon beringin rendang.Pergilah hiburkan hatimu dan bersabarlah,suatu hari nanti kau akan mendapat kebahagiaan. Keesokan harinya,Bawang Putih segera menyiapkan kerja-kerja rumah.Setelah ibu tirinya pergi bekerja dan adik tirinya masih tidur,Bawang Putih pun masuk ke hutan.Dia mencari pohon beringin rendang itu. Setelah puas mencari,dia pun sampai ke situ.Dia terpandan sebuah buaian yang tergantun di pohon beringin.Tempat tersebut seakan-akan sebuah taman tempat puteri kayangan turun ke bumi untuk bermain-main. Ketika dia duduk di atas buaian itu,tiba-tiba buaian itu berayun dengan sendiri.Semakin lama semakin laju.Dia dapat melihat bunga-bunga yang mengelilingi pohon beringin itu turut bergoyanggoyang.Hatinya terasa sungguh terhibur. Tiba-tiba Bawang Putih teringatkan Mak Kundur.Ibu tirinya pasti akan memarihanya bila pulang dan mendapati dirinya tiada di rumah.Namun Bawang Putih tidak tahu bagaimana hendak memberhntikan buaian itu.Bawang putih lalu berkata kepada buaian itu,Wahai buaian,tolonglah berhenti,akuingin pulang ke rumah.Tiba-tiba buaian itu pun berhenti dengan sendirina.Pokok-pokok bunga juga turut berhenti bergoyang. Pada sutu hari Bawang Putih bermaian buaian seperti biasa.Tanpa disedarinya seorng putera raja sedang memerhatinya.Baginda tertarik melihat bagaimana buaian itu boleh berayun sendiri bila Bawang Putih menaikinya. Ketika Bawang Putih hendak pulang baginda menyuruh penirinya mengekorinya.Setelah tahu di mana Bawang Puth tinggal,baginda pergi ke rumah tersebut,Ketika itu Mak Kundur dan Bawang Merah berada di halaman rumah.Di manakah anak makcik yang seorang lagi?Tanya baginda.Mak Kundur menyangka baginda adalah orang kaya.Makcik mana ada anak yang lain.Bawang Merah inilah satu-satunya anak makcik, kata Mak Kundur. Baginda menceritakan tentang gadis yang dilihatnya bermain buain di hutan.Bawang Merah inilah yang bermain buaian itu,bohong Mak Kundur.Setelah beredar,Mak Kundur memaksa Bawang Putih menunjukkan tempat buaian itu. Mak Kundur membawa Bawang Merah bermaian buaian itu.Namun buaian itu tidak berayun dengan sendiri.Putera raja mengintainya dari sebalik pokok.Baginda menyuruh pengiringnya ke rumah Mak Kundur dan membawa Bawang Putih ke situ.Pengiringnya pun pergi tetapi mendapati Bawang Putih dikurung dan diikat.Maka dia segera membuka ikatan itu dan membawa gadis itu bertemu dengan baginda.Mak Kundur terkejut melihat kehadiran bainda dan Bawang Putih. Bila Bawang Putih berbuai dan menyanyi,buaian itupun berayun laju.Makcik telah berbohong kepada beta! kata putera raja.Ketika itu barulah Mak Kundur tahu bahawa lelaki itu adalah putera raja.Kamu ibu yang zalim.Kamu telah menyeksa Bawan Putih! kata baginda lagi.Mak Kundur menangis dan meminta ampun kepada baginda.Bawaqng Merah pula meraung dan menanis kerana dewngkikan

Bawang Putih.Bawang Putih yan baik hati meminta utera raja mengampunkan Mak Kundur dan Bawang Merah.Baginda kagum dengan sifat kemuliaan Bawang Putih.Putera raja akhirnya mengahwini Bawang Putih.

SITANGGANG Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja. Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya. Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang. Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri. Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya. Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok kata Si Talang. Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, kata Deruma dengan gembira. Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya. Siapakah kedua-dua orang tua ini? tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya. Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan, jawab anak kapal itu. Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ? tanya isteri Si Tanggang. Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali. Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal ! herdik Si Tanggang. Mukanya merah padam kerana malu dan marah. Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai kegemaranmu, nak kata Si Deruma. Pergi! tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut. Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi.

Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya. Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang. Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.