Anda di halaman 1dari 9

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

KEMAHIRAN KEPIMPINAN

Matlamat Melatih fasilitator dalam kalangan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam aspek kepimpinan, pengendalian kumpulan dan bijak membuat keputusan.

Objektif 1. Melahirkan fasilitator yang mempunyai potensi diri yang dapat mengendalikan sesuatu aktiviti 2. Membolehkan pelajar menyampaikan maklumat dengan pendekatan yang lebih berkesan 3. 4. Melahirkan kepimpinan yang mempunyai positif thinking. Melahirkan fasilitator yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi.

Aktiviti 1

AKU PEMIMPIN

Masa

30 Minit

Alatan

Kertas A4, Pen

Objektif diri

1.

Mengetahui bahawa setiap individu ada potensi

2.

Peserta dapat menghargai potensi diri

Langkah 1. 2. 3. 4. Peserta diminta berada dalam kumpulan kecil Setiap peserta diberikan sehelai kertas A4 dan pen. Peserta diminta menyenaraikan jawatan yang pernah disandang. Setiap peserta membacakan jawatan yang pernah disandang kepada ahli kumpulannya 5. Setiap kumpulan diminta menghantar seorang ahli kumpulan yang menyandang jawatan paling banyak.
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK MUKAH

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

6. 7.

Peserta tersebut diminta menyatakan semula kepada semua peserta. Fasilitator meminta peserta menyatakan perasaan apabila menyatakan jawatan-jawatan yang pernah di sandang kepada rakan-rakan

Rumusan 1. 2. 3. Setiap insan unik dan bernilai Setiap insan yang dilahirkan adalah pemimpin. Sebaik-baiknya berbanggalah dengan diri kita dan apa yang kita ada kerana ia adalah kelebihan diri kita

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK MUKAH

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

Aktiviti 2

KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Masa

30 Minit

Alatan

Borang kekuatan dan kelemahan, pen

Objektif

1. 2.

Berani mengakui kekuatan dan kelemahan diri Dapat meningkat konsep kendiri

Langkah 1. 2. Peserta berada dalam kelompok besar Fasilitator mengedarkan borang kekuatan dan kelemahan kepada peserta. 3. 4. Peserta diminta mengisi borang tersebut. Beberapa peserta diminta membaca maklumat yang diisi dalam borang. 5. Fasilitator membuat rumusan.

Rumusan 1. 2. Setiap insan mempunyai kekuatan dan kelemahan Setiap insan perlu meningkatkan kekuatan diri untuk menjadi pemimpin yang cemerlang.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK MUKAH

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

NAMA

: _________________________________________

KEKUATAN

KELEMAHAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK MUKAH

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

Aktiviti 3

KAPAL KARAM

Masa Alatan Objektif

: : :

30 Minit Lampiran Kapal Karam 1. Supaya peserta dapat bertindak dengan cepat 2 Keputusan yang dibuat mestilah tepat dan tidak terburu-buru.

Langkah 1. 2. Fasilitator mengedarkan lampiran kapal karam kepada peserta Peserta dikehendaki menyenaraikan enam orang yang perlu diselamatkan mengikut keutamaan. 3. Setelah itu fasilitator meminta peserta menyatakan pendapat mereka tentang penyusunan nama tersebut. 4. Peserta lain diminta memberi pendapat.

Rumusan 1. 2. 3. Seseorang itu perlu bijak bertindak. Tenang menghadapi saat-saat genting. Keputusan yang dibuat hasil pemikiran yang tajam.

KAPAL KARAM
ORANG KAYA YANG BUDIMAN

GURU KELAS ANDA

KAWAN KARIB

ADIK YANG NAKAL PENGEDAR DADAH YANG JUTAWAN

IBU YANG SAKIT TUA

PENAGIH DADAH YANG INSAF ABANG YANG BUTA

ORANG MISKIN BAPA YANG TIDAK BEKERJA

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK MUKAH

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

Aktiviti 4 :

SAMPAIKAN MESEJKU

Peserta Masa Bahan

: : :

6 hingga 8 orang 40 minit Teks mesej, kertas dan pen.

Prosedur

1.

Bahagikan kumpulan kepada 6 hingga 8 orang. Setiap kumpulan berada dalam satu barisan pada jarak 2 meter antara satu sama lain.

2.

Peserta pertama akan diberi mesej untuk dihafal dalam masa 1 minit kemudian diminta menyampaikan mesej tersebut secara berbisik kepada peserta kedua tanpa didengari oleh orang lain.

3.

Peserta kedua bergerak menyampaikan mesej kepada rakan peserta ketiga dan seterusnya hingga peserta terakhir.

4.

Peserta terakhir perlu menulis mesej yang diterima dari rakannya pada sehelai kertas.

5.

Bandingkan antara mesej yang terhasil oleh setiap kumpulan dengan mesej asal.

6.

Jika perlu, setiap kumpulan membuat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan kumpulan masing-masing.

7.

Sebagai pengukuhan aktiviti ini boleh diulang dengan mesej yang lain.

Rumusan

Aktiviti ini memerlukan kerjasama dan ketelusan dalam menyampaikan mesej supaya ketepatan mesej itu dapat dikekalkan.
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK MUKAH

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

Aktiviti 5 :

PERMAINAN RAJAH

Peserta Masa Bahan

: : :

10 orang 40 minit Helaian aktiviti / rajah, sehelai kertas kosong dan

sebatang pen bagi setiap orang. Prosedur :

1.

Peserta diminta mencari pasangan dan duduk secara berdepan. Peserta 1 diberi helaian aktiviti /rajah yang telah disediakan manakala Peserta 2 diberi sehelai kertas kosong dan sebatang pen.

2.

Peserta 1 dikehendaki menghuraikan rajah secara lisan kepada pasangannya. Peserta 2 dikehendaki melukis rajah tersebut pada bahagian atas kertas kosong tanpa dibenarkan bertanya soalan.

Walau bagaimanapun mereka dibenarkan meminta supaya sesuatu arahan diulang tetapi tidak dibenarkan meminta sebarang penjelasan.

3.

Langkah 2 diulang. Kali ini peserta dibenarkan untuk bertanya soalan. Rajah akan dilukis pada kali kedua dibahagian bawah kertas kosong tadi.

4.

Kedua-dua lakaran dibandingkan dengan rajah asal.

Rumusan

Komunikasi sehala melibatkan sesuatu mesej dihantar daripada seorang individu kepada individu yang lain tanpa maklum balas. Komunikasi 2 hala pula melibatkan maklumbalas daripada pihak
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK MUKAH

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

penerima mesej dan penyampai mesej melalui soalan yang ditanya, bersetuju tentang sesuatu perkara dan bertanya sesuatu dengan menggunakan cara yang berlainan.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK MUKAH

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK MUKAH

Anda mungkin juga menyukai