Anda di halaman 1dari 29

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

SOALAN
1. Tamadun Cina dalam pemantapan Tamadun Malaysia dan dunia. Dari aspek : Kepercayaan Kebudayaan Sosial Teknologi Ilmu pengetahuan

JAWAPAN SOALAN
Kesan interaksi antara Tamadun China dalam pemantapan Tamadun Malaysia dan dunia.
i. Terhadap Tamadun Malaysia. ii. Terhadap kawasan bulatan budaya. iii. Terhadap kawasan di luar lingkungan bulatan budaya.

a. Terhadap Tamadun Malaysia


i. Sistem tulisan dan bahasa. Tamadun Melayu telah menyerap beberapa perbendaharaan kata dari bahasa cina dan diguna pakai dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu.

ii. Aspek kebudayaan. Aspek kebudayaan pula meliputi Budaya Baba-Nyonya dan juga Cina Peranakan atau Cina Kampung. Budaya Baba-Nyonya. Komuniti Cina ini telah menetap di Melaka, disebabkan ketiadaan pendatang wanita Cina, maka mereka berkahwin dengan wanita tempatan ataupun wanita Indonesia. Dari perkahwinan campur tersebut, maka lahirlah masyarakat Baba-Nyonya.

Selain itu, mereka turut bertutur dalam bahasa Melayu dan dikenali sebagai bahasa Melayu Baba. Masakan Baba juga dipengaruhi oleh masakan Melayu, kebiasaannya mereka menggunakan tangan untuk makan seperti orang Melayu. Cina Peranakan / Cina Kampung Penggunaan dialek Kelantan yang fasih. Cita rasa yang sama dengan orang tempatan seperti gemar menyaksikan wayang kulit, permainan mah-jong, wayang gedek dan menora.

iii. Kesenian. Pembinaan masjid seperti masjid Tanjung Kling (gambar di bawah) dan masjid Tengkera.

Pagoda dan kuil (gambar di bawah) yang terdapat dalam tamadun Melayu.

b. i.

Terhadap kawasan Bulatan Budaya. Terhadap Korea Agama dan kepercayaan. Ajarannya adalah Konfusianisme dan Buddhanisme. Konfusianisme Kerajaan Korea telah menghantar beratus-ratus pelajar ke negera China untuk mendalami ajaran Konfusius serta memahami sistem pentadbiran China. Sarjana-sarjana Korea juga telah mengikuti, mengkaji dan mempelajari proses perkembangan ini.

Buddhanisme Menjelang tahun 392 M, kerajaan Koguryo di Korea telah mengeluarkan dekri yang mewajibkan rakyat harus percaya pada Buddhisme. Paekche pula dikenali sebagai sebuah negeri yang mempunyai banyak kuil (rumah ibadat untuk penganut Buddha) dan terdapat ramai sami. Setelah kejayaan menyatupadukan Korea, kerajaan Silla dianggap sebagai dinasti Buddha kerana pemerintahnya menggunakan agama Buddha untuk mengesahkan kedudukan dan kedaulatannya di Korea.

Sistem tulisan dan bahasa. Pada kurun ke-15, semasa pemerintahan Dinasti Li di Korea, sistem tulisan Korea telah dicipta dengan merujuk kepada hasil yang tercapai dalam ilmu fonetik Cina. Perkara tersebut terus diamalkan hingga kini, sehingga menyebabkan bahasa Korea masih penuh dengan perbendaharaan dan istilah-istilah dari bahasa Cina.

Bidang kesenian, sains dan teknologi. Apabila Buddhisme memasuki Korea, diperkenalkan lagi unsur-unsur kesenian Buddha dalam seni bina, seni arca dan seni lukis. Kesenian Korea juga termasuklah seni tembikar, seni lukis dan kaligrafi, sebenarnya unsur kesenian Korea merupakan lanjutan daripada kesenian Cina. Korea Kuno memperoleh pelbagai teknologi hasil daripada penghasilan (pertanian, pertukangan, perubatan dan sebagainya), buatan logam serta kraf tangan yang berasal dari China.

Contoh : lukisan hasil karya, Joseon Shin Yun Bon yang dilabelkan sebagai Kekayaan Nasional No.135 di negara Korea dan disimpan di Gansong Art Museum di Korea pada masa kini.

ii. Terhadap Jepun Sistem tulisan dan bahasa Pada kurun ke-9 pula, Kana, iaitu sistem tulisan Jepun telah dicipta berdasarkan Kanji, iaitu sistem tulisan Cina.

Kini, kedua-dua sistem tulisan ini digunakan secara bercampur dengan bahasa Jepun.

Aspek sejarah Rekod rasmi yang terawal mengenai sejarah Jepun ialah Nihongi (Annals of Japan), tergubal dalam bahasa Cina. Pada kurun ke-8 sehinggalah awal kurun ke20, di mana penulisan sejarah rasmi di Jepun semuanya dalam bahasa Cina. Bahkan, format dan susunan, pendekatan, perspektif dan orientasi nilai adalah sama dengan persejarahan Cina.

Agama dan kepercayaan Ajaran agama Konfusianisme. Ajaran ini dibawa masuk dan disebar ke Jepun pada masa Dinasti Jin Barat. Pada masa ini terdapat tiga aliran fahaman Konfusianisme, iaitu pertama, Aliran Shushi; kedua, Aliran Wang Yangming dan ketiga, Aliran Kogaku (Pelajaran Purba). Agama Buddha disebarkan pada awal kurun ke6 dari China sebagai sebahagian daripada kebudayaan Cina, iaitu yang telah dicinakan.

Di samping itu, agama Buddha mendapat sambutan baik di Jepun pada zaman Dinasti Sui dan Dinasti Tang sehingga menyebabkan mazhab Buddha yang berasal dari China, masing-masing berkembang di negara Jepun. Lantas, Putera Shotoku menganggap fahaman Buddha sebagai fahaman yang terunggul di dunia dan mengeluarkan dekri untuk meminta rakyat jelata supaya menganuti agama tersebut.

Bidang ilmiah dan kesenian. Seni bina, seni lukis, kaligrafi, kesusasteraan dan muzik. Teknologi pencetakan penghasilan barang lakuer, porselin dan tembikar, kain sutera, kertas, bahan letupan dan banyak lagi.

Unsur-unsur kebudayaan China dalam kehidupan sehari-hari pun banyak terserap dalam pakaian (kimono), makanan (tauhu, teh dan seni teh, kicap serta penggunaan penyepit), permainan (wau dan mahjong), perkebunan, pesta dan perayaan, upacara dan ritual (acara penyembahan).

iii. Terhadap Vietnam Sistem tulisan dan bahasa Institusi dan sistem kerajaan serta politik, perundangan, pendidikan dan peperiksaan dari China terus dipinjam masuk ke dalam tamadun Vietnam. Agama dan kepercayaan Konfusianisme amat berpengaruh sebagai suatu sumber rujukan bagi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan etika sepanjang sejarah Vietnam sehinggalah kedatangan kuasa penjajah-penjajah Barat.

Selain ajaran Konfusianisme, ajaran agama Buddhisme merupakan salah satu lanjutan daripada Buddhisme Cina di Vietnam. Kebudayaan Pakaian, makanan, permainan, peralatan muzik, perayaan (Tahun Baru Cina), ritus dan upacara. Dalam sejarah Vietnam juga, tidak dapat dinafikan terdapat kemunculan orang Vietnam yang memiliki kepandaian dalam menulis puisi Cina dan mahir dalam seni lukis, seni ukir, seni bina dan kaligrafi Cina.

iii. Terhadap kawasan di luar lingkungan bulatan budaya. i. Terhadap Asia Tenggara Teknologi penghasilan barangan. (Gula tebu, samsu, kertas, kain, bahan letupan, lilin, kasut dan sebagainya), pembinaan, perlombongan, pertanian (pada dan sayur-sayuran) dan pertukangan (emas dan besi) yang lebih baik dan berkesan, bahkan nilai kerja dan estetik yang baru dipamerkan.

Kebudayaan. Proses budaya iaitu amalgamasi (penyatuan) atau perkahwinan campur telah berlaku dengan penduduk tempatan. Selain amalgamasi, proses akulturasi (pembudayaan), iaitu proses pertembungan yang membawa kepada saling pinjammeminjam unsur-unsur budaya berlaku hasil daripada interaksi antara dua kumpulan etnik tersebut

Agama Ajaran Buddhisme di China merupakan aliran Mahayana manakala di Myanmar dan Thailand pula merupakan aliran Buddha Theravada. Sungguhpun begitu, ketiga-tiga pihak yang berinteraksi ini, tetap mementingkan ajaran agama Buddha yang asal. Di Myanmar terdapat sebilangan konsep Buddhisme yang berasal-usul China dan terdapat rumah peribadatan, iaitu kuil yang sama reka bentuk dengan kuil-kuil di negara China.

Ilmu pengetahuan Semasa Dinasti Ming, berikutan ekspedisi pelayaran Hulubalang Zheng He. Ekspedisi ini telah melancarkan pelayaran ke rantau Asia Tenggara, India, Tanah Arab dan Afrika Timur sebanyak tujuh kali dalam jangka masa 28 tahun. Ekspedisi Zheng He juga merupakan ekspedisi pelayaran yang terbesar di dunia pada masa itu yang berada di Asia Tenggara dan dari segi muatan serta keperluan, bilangan anak kapal dan tugas yang dilaksanakan.

i. Terhadap India Sistem kepercayaan dan keagamaan Agama Buddha yang berkembang pesat di India pada kurun ke-6 S.M, telah dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China pada kurun pertama (zaman Han Timur). Dalam konteks untuk memahami ajaran Buddha ini, para sami-sami dan penziarahpenziarah Cina harus melakukan suatu perjalanan yang sukar, menetap di India dan mempelajari kitab Buddha dalam bahasa Sanskrit.

Selain itu, terdapat juga perdebatan dan perbincangan antara Buddhisme dengan Konfusianisme untuk selama beberapa ratus tahun di negara China. Bidang sains dan teknologi Serikultur dan penanaman pokok mulberi, pembuatan kertas, tembikar dan bahan letupan, teknologi pencetakan dan penggunaan kompas, pasti telah dibawa masuk ke India melalui perdagangan dan pelbagai saluran lain.

Bidang ilmu perubatan Mengikut Sejarah Dinasti Sui, banyak karya perubatan India diterjemahkan ke dalam bahasa Cina, manakala dalam buku-buku perubatan Dinasti Tang tercatat juga ubat dan teknik surgeri India dalam bidang oftalmologi, pediatrik dan ginekologi. Mengikut rekod sejarah, istana Tang amat menaruh keyakinan pada ahli-ahli perubatan India dan antara ubat yang diperkenalkan ialah ubat untuk umur panjang.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai