Anda di halaman 1dari 4

TAJUK : WAHYU PERTAMA NABI MUHAMMAD S.A.W.

TEKS ASSLAMMUALAIKUM W.B.T Terima kasih pengacara yang berseri, Barisan hakim yang arif lagi disegani, Sidang hadirin yang dirahmati, Wahyu Pertama Rasulullah tajuk diberi. CATATAN Ucapan Salam Kata-kata aluan Pantun

Tajuk Ibunya bernama Aminah, Ayahnya bernama Abdullah, Dilahirkan ke dunia indah, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Pengenalan Nasyid

Kawan-kawan , Kejahilan masyarakat Mekah pada waktu sebelum baginda menerima wahyu menyebabkan baginda berasa sangat sedih. Kejahilan mereka yang memuja patung berhala, perhambaan, layanan buruk terhadap wanita, sikap tamak dan suka berjudi, membunuh bayi baru lahir dan penipuan dalam timbangan . Hadirin sekalian, Bagaimana dengan masyarakat kita pada hari ini? Sikap masyarakat jahiliah pada waktu itu telah mempengaruhi masyarakat kita sekarang. Contohnya gejala membuang bayi baru lahir yang menular dalam masyarakat kita pada hari, jelas menunjukkan jahilnya masyarakat dalam ilmu agama.

Pengenalan

Pengajaran Isu semasa

Turunlah wahyu pada usia 40 tahun, Berlaku pada 17 Ramadhan, Melalui Malaikat Jibril wahyu diterima, Hati berdebar, Badan menggeletar. Kawan-kawan, Sebelum wahyu diturunkan, perkara pertama yang berlaku kepada baginda ialah mimpi baik semasa tidur.
Perkara pertama yang berlaku kepada Rasulullah S.A.W. ialah mimpi baik semasa tidur. Baginda hanya mimpi melihat ia datang seperti cahaya subuh. Kemudian ditimbulkan kepada baginda rasa cinta untuk berkhulwah

Sajak

Turun Wahyu Pertama

Isi Huraian Hadis

(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari) Hadirin sekalian,

Kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah, perlulah mentaati pemimpin. Tetapi , ingat!!! Jangan sesekali kita tunduk dan patuh pada pemimpin yang bercanggah dengan ajaran Islam. Tersesat..Malu bertanya , Tak Tahu Ke mana. Hadirin sekalian, Ajaran sesat yang semakin menular pada hari ini,harus kita tentang. Janganlah termakan pujuk rayu dari ajaran ini kerana bimbang terpesongnya akidah umat Islam.

Kawan-kawan, Isi Semasa baginda bersendirian di Gua Hira, tiba-tiba baginda dikelilingi cahaya. Apabila baginda mendongak , Malaikat Jibril berdiri di depannya. Baginda tergamam. Bacalah, kata Malaikat. Baginda menjawab, Aku tidak tahu membaca. Jibril mengulanginya sebanyak tiga kali dan setiap kali jawapannya sama. Kemudian, Jibril mengajar baginda: Wahyu Pertama

Dalil

(Surah Al-Alaq : Ayat 1 hingga 5) Kawan-kawan, Betapa pentingnya kita untuk mempelajari ilmu. Tidak kira di mana kita berada, dengan siapa kita belajar, carilah ilmu. Banyakan lah membaca kerana Membaca Itu Jambatan Ilmu. Contohnya , mantan perdana menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad sangat suka membaca dan menjadikan membaca sebagai hobinya. Beliau akan membaca sebuah buku seminggu . Pengajaran Isu Semasa

Tidak hairanlah seluruh dunia sangat menghormati beliau kerana ilmu yang dimilikinya . Jadi, marilah kita semua sama-sama menanamkan minat untuk membaca.

Kawan-Kawan, Setelah Nabi Muhammad didatangi oleh Jibril, Baginda berada dalam ketakutan. Berlarilah baginda terus ke rumah. Seakan tidak percaya apa yang dilihatnya. Tetapi semasa turun dari bukit itu, Jibril muncul lagi dan berkata Muhammad, Kau pesuruh Allah dan aku ini Malaikat Jibril. Baginda terus berpaling, namun di mana sahaja baginda berpaling, Jibril muncul dan mengulangi kata-katanya , Muhammad, Kau pesuruh Allah dan aku ini Malaikat Jibril. Tahukah kawan-kawan? Setelah Malaikat Jibril pergi, Nabi Muhammad terus berlari, Dalam keadaan menggeletar diri, Datanglah Khadijah menyelimuti. Berceritalah baginda kepada si isteri, Tidak percayai apa yang dilihati, Bimbang roh jahat yang merasuki, Allah sentiasa memelihara akan suami. Hadirin sekalian, Setiap Umat Islam berperanan untuk menyebarkan dakwah. Sebarkanlah dakwah secara berhikmah. Firman Allah :

Isi

Keadaan Baginda Ketika Wahyu Pertama

Isi

Pengajaran

Dalil Maksudnya : Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah dengan cara yang lebih baik. (Surah Al-Nahl : 125) Pada masa kini, telah wujud pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak media untuk menyebarkan dakwah. Antaranya ialah Program

Pencetus Ummah yang telah diadakan bagi melahirkan pendakwah. Program ini cukup memberikan kesan kepada masyarakat di Malaysia.

Isu Semasa

Hadirin sekalian, Setelah baginda telah pulang ke rumah, bergegaslah Saidatina Khadijah membawa Nabi Muhammad berjumpa dengan sepupunya iaitu Waraqah bin Naufal. Saidatina Khadijah menceritakan apa yang Isi dan huraian telah berlaku kepada Waraqah. Lalu, Waraqah memberitahu bahawa yang datang menemui baginda ialah Namus iaitu Malaikat Jibril yang pernah turun kepada Nabi Musa. Waraqah memberitahu baginda dan Saidatina Khadijah, bahawa baginda akan dipulaukan dan disisihkan oleh penduduk Mekah. Kawan-kawan, Selepas tiga tahun baginda menyampaikan dakwah secara rahsia, Huraian baginda menyampaikan dakwah secara terbuka. Berkat kesabaran baginda bersama para sahabat menyampaikan dakwah telah tersebarn ya Islam ke seluruh pelusuk dunia sehingga hari ini. Pengajarannya, kita semua perlulah jauhi kemungkaran yang semakin berleluasa pada zaman sekarang. Akibatnya Allah telah menurunkan bala bencana kepada manusia . Contohnya telah berlaku banjir besar, banjir kilat dan tanah runtuh. Isu semasa dan pengajaran

Kawan-kawan, Begitulah cerita saya pada hari ini, Wahyu pertama yang diturunkan. Sekian, Wabillahhitaufik wal hidayah wassalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.