Anda di halaman 1dari 31

Tamadun islam (WAJ

3101)

Tajuk : Interaksi Antara Pelbagai

Tamadun

Disediakan Oleh : Hew Jing Ting, Michelle Emily Ng Li Yee

Pengenalan
INTERAKSI

Maksud umum pertemuan, perhubungan & komunikasi antara :individu & individu individu & masyarakat masyarakat & masyarakat

Pengenalan
Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang bangsa atau etnik.
Interaksi antara tamadun terbentuk melalui proses interaksi antara budaya. Perdagangan memainkan peranan yang penting

Faktor-Faktor Yang Menggerakkan Interaksi


Kepimpinan Peranan pemimpin melalui pelaksanaan visi dan misi untuk memajukan bangsa dengan aktiviti interaksi Golongan agamawan Malalui motivasi agama dan dakwah Geografi Kedudukan yang strategik memungkinkan berlakunya interaksi

Faktor-Faktor Yang Menggerakkan Interaksi


Perkahwinan Antara pasangan yang berlainan etnik, bangsa dan budaya yang menyebabkan berlaku asimilasi. Perdagangan Melalui proses hubungan dua hala antara negara-negara yang berdagang. Misi politik Melalui pelbagai pendekatan sama ada penaklukan, penjajahan atau kerjasama antara pelbagai negara.

INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN

Tamadun India dan Cina

Tamadun Melayu dan India

Tamadun Melayu dan Cina Tamadun Eropah dan tamadun lain

Tamadun Cina dan Jepun

Tamadun India Dan Cina


Rekod sejarah Cina menunjukan bahawa interaksi antara tamadun India dan Cina berlaku pada abad ke2 melalui hubungan perdagangan. Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang merupakan saluran interaksi. Peneyebaran agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke Cina.

Kesan Interaksi
Penyebaran Agama Buddha
Dibawa masuk ke China pada kurun pertama Masihi. Maharaja menghantar wakil ke India untuk memahami dan mendalami ajaran tersebut. Sami dari Cina menetap di India & mempelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit & Pali).

Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka).


Ajaran Buddha disesuaikan dengan tradisi budaya masyarakat Cina termasuk doktrin Daoisme & Konfusianisme.

Kesan Interaksi
Sains dan Teknologi
Dari Cina o pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan dan kompas. o Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India. Dari India o Penghasilan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India diterjemah kepada bahasa Cina o Ahli astronomi India yang pernah berkhidmat di cina menghasilkan sistem kalendar lunar Cina yang baru.

o Karya perubatan India diterjemah kepada bahasa Cina.

Kesan Interaksi
Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian
Ilmu fonetik Cina menggunakan pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit dipelajari melalui ajaran Buddhisme.
Kitab Buddha membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre. Seni muzik India diperkenalkan kepada China o alat-alat muzik Cina dikenalpasti berasal dari India pipa dan konghou.

Tamadun Melayu Dan India


Bermula seawal abad ke-3 S.M.. Bahan bertulis dari India yang ditemui meyebut tentang Malayadvipa (Semenanjung Melayu). Berlaku apabila pelayaran para pedagang Melayu menyeberangi Teluk Bengal bagi mencari brg dagangan (kain dan logam) serta membawa rempah ratus untuk didagangkan di India. Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu pula ialah untuk mendapatkan emas. Suvarnabhumi (tanah emas) merupakan gelaran yang diberi kepada Tanah Melayu.

Kesan Interaksi
Penyebaran Agama
Sebelum berlaku interaksi penduduk tempatan berpegang kepada kepercayaan animisme. Agama Hindu dan Buddha telah diterima selepas interaksi berlaku Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah.

Kesan Interaksi
Sistem Pemerintahan
Konsep Dewaraja (dalam bahasa Sanskrit yang bermakna God King) iaitu konsep ketuhanan agama Hindu Membesarkan keagungan dewa-dewi dan dikaitkan dengan kedudukan serta status Raja sebagai jelmaan Tuhan.

Upacara pertabalan diadakan bagi mengekalkan dan menunjukkan status tinggi Raja.
Panca Persada yang seperti Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha.

Kesan Interaksi
Struktur Masyarakat
Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyrakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dengan golongan rakyat biasa. Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal (raja mempunyai kuasa mutlak) dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Kesan Interaksi
Adat Resam dan Budaya
Kedatangan agama Hindu mempengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu amalan jampi dan mantera. Wujud juga amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke Bumi bagi bayi. Masyarakat India Chitty memperlihatkan persamaan dengan kebudayaan Melayu.

Kesan Interaksi
Bahasa
Pengaruh Bahasa Sanskrit Penemuan Batu Bersurat yang membuktikan pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa melayu Kuno yang digunakan ketika itu.
Kedukan Bukit (683M) Batu Bersurat Talang Tuwo (684M) Batu Bersurat Kota Kapur (686M) Batu Bersurat Karang Berahi (692M)

Batu Bersurat Terengganu, selain daripada perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari Bahasa Sanskrit.

Pengaruh dari Bahasa Sanskrit (perbandingan Bahasa Melayu Lama dan baru)
Bhakti Bhumi = = bakti bumi

Dosa
Drohaka Maharddhika

=
= =

dosa
derhaka merdeka

Prakara =
Rupa Samicra Tathapi Vela

perkara
= = = = rupa mesra tetapi bila

Kesan Interaksi
Kesusasteraan
Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabharata. Epik Mahabharata diberi wajah tempatan, contohnya Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa, Hikayat Panda Delima, dan Hikayat Sang Boma. Karya sastera Melayu tradisional mementingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja dan menyelitkan unsur epik dan mitos. Kesusasteraan turut diadaptasikan dalam wayang kulit.

Tamadun Melayu dan Cina


Rekod rasmi Cina bertarikh 638M mencatatkan Kedah pernah menjalin hubungan diplomatik dengan Cina apabila para pedagang Kedah berdagang ke Cina. Kedah merupakan pusat perhentian utama bagi sami Buddha dari Cina yang belayar melalui Selat Melaka untuk ke India sekitar tahun 250M. Semasa zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dengan Cina penting agar Melaka selamat dari ancaman musuh.

Laksamana Cheng Ho telah dihantar untuk membawa perutusan pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah kerajaan Melaka oleh Maharaja Cina. Selain itu, Maharaja Cina juga telah menghantar puterinya, Hang li Po untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah bagi mengekalkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Melayu Melaka.

Kelompok yang berasal daripada keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya atau Peranakan. Pada awal abad ke-19, setelah kedatangan kuasa British dan penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina yang terdiri daripada golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sebagai Cina Selat atau Straits Chinese.

Kesan Interaksi
Penyebaran Agama
Islam di Tanah Melayu pada peringkat awal dikatakan datang dari Tanah Besar Cina ekoran hubungan perdagangan. Islam yang datang melalui para pedagang dari Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dengan penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082).

Kesan Interaksi
Warisan Cina Peranakan
Dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu Baba banyak mengandungi perkataan Hokkien. Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka untuk makan dengan menggunakan tangan. Pakaian kebaya dan kain sarong.

Kesan Interaksi
Kebudayaan
Pertukaran barangan sebagai hadiah bagi mengekalkan hubungan diplomatik mendorong perkenalan pelbagai tekstil (kain) dari negara Cina seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah.

Kesan Interaksi
Perubatan dan Teknologi
Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menyeimbangkan yin dan yang. Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1000 jenis dapat mengubati penyakit seperti asma, anemia, dan kanser. Penggunaan Teh Cina ataupun green tea dalam perubatan. Teknologi perlombongan, pertanian dan pertukangan. Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin.

Tamadun Eropah dan Lain

Perkataan Eropah berasal daripada Europe dan berhubungkait dengan lagenda. Europa, iaitu anak perempuan Raja Tyre dari Pantai Phoenicia (hari ini dikenali sbg Lubnan) jatuh hati dengan Raja Zeus (yg menjelma sbg lembu jantan), telah dilarikan ke Crete Konotasi. Dengan melarikan puteri dari Phoenicia ke Crete memindahkan pencapaian tamadun-tamadun lama Asia dari timur ke koloni di Laut Aegean (Davies, 1995).

Terdapat empat zaman yang nyata dalam tamadun Eropah:


1) Zaman Silam/Klasik (Yunani, Graeco-Rom; 3000 S.M.)

2) Zaman Kebudayaan Aegean (Greek)


3) Zaman Penguasaan Yunani oleh Iskandar Zulkarnain 4) Zaman Graeco-Rom/Helenistik

Tamadun Cina dan Jepun


Berlaku secara aman. Asimilasi Tamadun Cina dalam Tamadun Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun.

Kesan Interaksi
Agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto)
Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana) Perkembangan intelektual dan kesusasteraan. Upacara seperti upacara minum the dan seni taman dijalankan. Menggunakan struktur pembinaan bandar.

Kesan Interaksi
Penyebaran ajaran falsalah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga. Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu. Sistem pemerintahan berpusat.

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai