Anda di halaman 1dari 5

b. Penulisan Akademik Permainan guitar boleh terdiri daripada dua jenis iaitu plucking dan strumming.

Berdasarkan video yang telah saya muaturun dari internet (youtube), teknik permainan plucking telah digunakan. Dalam permainan guitar yang boleh dilihat dalam video tersebut, dua perkara penting yang perlu diketahui dalam memainkan plucking ialah plucking hand dan juga fretting hand (yang memegang badan fret gitar). Kedua-duanya mesti mempunyai keseragaman dan mengikut melodi & ritma. Kemahiran mengingati melodi & ritma sangat penting untuk melatih perasaan seseoarang pemain guitar. Fretting hand biasanya adalah tangan yang menekan not kord-kord yang akan dimainkan. Kadangkadang teknik hammers on & flick off ditambah untuk mencantikkan bunyi melodi. Plucking hand pula adalah tangan yang memetik tali gitar untuk menghasilkan bunyi. Plucking merupakan salah satu daripada teknik fingerstyle yang wujud di dunia ini. Plucking merupakan stail gitar klasik. Untuk zaman sekarang, banyak muzik rockers telah memperkenalkan beberapa teknik plucking yang baru. Sebenarnya, terdapat 2 kaedah utama untuk memainkan plucking iaitu samaada menggunakan pick ataupun menggunakan jari. Tugasan saya pada kali ini mengehendaki saya memuaturunkan video yang teknik pluckingnya adalah dengan menggunakan jari. Untuk memainkan plucking dengan menggunakan jari, seseorang itu haruslah mengaplikasikan teknik P, I, M, A. Dalam klasik gitar, "PIMA" adalah tanda untuk plucking (right-hand), yang menjelaskan jari mana yang digunakan iaitu; P = pulgar = ibu jari I = indice = jari telunjuk M = medio = jari hantu A = Anular = jari manis (kadang-kadang ditandakan C/X/E) Ini adalah 4 jari yang biasanya kerap digunakan. Ibu jari adalah untuk gerakan, down-picking dan jari-jari yang lainnya adalah untuk gerakan up-picking. Biasanya, sekiranya menggunakan 4 jari sahaja, jari kelingking akan menahan badan gitar ini akan

membantu tangan pemain gitar supaya tidak bergerak-gerak dan plucking dalam keadaan setempat. Dalam rakaman video yang telah dimuaturun, kita boleh lihat bahawa pemain gitar tersebut menggunakan penjarian P, I, M, A untuk memainkan lagu klasik iaitu Etude in G Major oleh F. Carulli. Etude bermaksud latihan muzik ringkas atau gubahan muzik ringkas. Sebenarnya, terdapat ramai pemuzik yang telah menulis Etude. F. Carulli juga tidak ketinggalan. Nama penuh beliau ialah Ferdinando Maria Meinrado Francesco Pascale Rosario Carulli (Naples, 9 February 1770 Paris, 17 February 1841), berasal dari Intali. Beliau ialah pencipta muzik untuk guitar klasikal. Beliau telah menghasilkan sebuah buku muzik yang bertajuk Guitarre Op. 27, yang muziknya masih digunakan oleh ramai murid pada masa kini. Sepanjang hidup beliau, beliau telah mencipta 400 karya muzik untuk instrument gitar. Berdasarkan transkripsi lagu yang telah saya buat pula, hasil pendengaran video tersebut, saya mendapati bahawa lagu tersebut berada dalam nada G Major. Lagu tersebut terdiri daripada 32bar dan 4 frasa : frasa 1 = Bar 1-8, frasa 2 = Bar 9-16, frasa 3 = Bar 17-24 dan frasa 4 = Bar 25-32. Dalam lagu ini, banyak berlaku repetisi di mana melodinya dimain berulang-ulang; frasa 2 adalah repetisi daripada frasa 1 dan frasa 4 adalah repetisi daripada frasa 3. Selain itu, lagu tersebut berada dalam meter 2/4. Ini bermaksud setiap bar hanya boleh mempunyai 2beat. Lagu ini diakhiri dalam kaden perfect iaitu V7-I. Skor gitar biasanya ditulis dalam dua bahagian: 1 bahagian yang batang notnya menghala ke bawa dan dipanggil bes not. Bes not ini biasanya dimainkan dengan menggunakan ibu jari. Bahagian yang kedua ialah not yang batangnya ditulis menghala ke atas. Biasanya, not-not tersebut ialah melodi lagu dan dimainkan dengan menggunakan penjarian I, M, dan A. Kesimpulannya, terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk memainkan gitar mengikut keseuaian permainan masing-masing. Penggunaan teknik yang betul dapat membantu dalam persembahan gitar kita. Selain itu, keperluan untuk memahami skor atau lagu yang ingin dimainkan juga penting untuk seorang pemain gitar kerana ia membantu pemain tersebut untuk menghayati lagu yang ingin dipersembahkan dan ini mendorong kepada persembahan yang baik.

Bibliography Buku Butterworth, A., & Associated Board of the Royal Schools of Music (Great Britain). (1999). Harmony in practice. London: Associated Board of the Royal School of Music. Evans, B. (2011). Live sound fundamentals. Boston, MA, USA: Course Technology Music basics for guitarists: Learn the fundamentals of music theory, chord progressions, scales, notation, and more. (2010). San Anselmo, CA: String Letter Pub. Internet Ferdinando Carulli - Wikipedia, the free encyclopedia. (n.d.). Retrieved September 3, 2013, from http://en.wikipedia.org/wiki/Ferdinando_Carulli Guitar/Picking and Plucking - Wikibooks, open books for an open world. (n.d.). Retrieved September 4, 2013, from http://en.wikibooks.org/wiki/Guitar/Picking_and_Plucking How to Finger Pick: Guitar Fingerpicking Basics. (n.d.). Retrieved from http://www.guitarfriendly.net/how-to-finger-pick-guitar-fingerpicking-basics/

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai