Anda di halaman 1dari 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

KOD KURSUS /COURSE CODE TAJUK KURSUS / COURSE TITLE SEMESTER / SEMESTER : NAMA ASBULLEH MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. E-MAIL LEARNING CENTRE MALAYSIA) :

: HBEF3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

Mei 2013 NAINIH BTE ABDULLAH @

: 710206125658001 : 710206-12-5658 : 0198425146 : nainih1971@yahoo.com : OUM (OPEN UNIVERSITY KOTA KINABALU SABAH.

ISI KANDUNGAN Bil 1 2 3 4 5 pendahuluan Pengenalan 3.0 Objektif am 3.1 Objektif Khusus 4.0 sorotan kajian 4.1 apakah kesan kaedah latih tubi dalam p&p 4.2 Bagaimanakah kaedah latih tubi membantu p&p 6 5.0 objektif kajian 5.1 Membantu menyelesaikan masalah p&p 5.2 menambah baik p&p 7 8 9 10. 6.0 Fokus kajian 7.0 batasan kajian 8.0 kepentingan kajian 9.0 sorotan kajian 9.1 peserta kajian 9.2 Etika penyelidikan 11 10.0 pengumpulan data 10.1 12 13 14 Instumen Kajian 7.0 analisis kajian 8.0 intervensi kajian
2

perkara

muka surat 3 4-5 4-5 5 5-6

6-7 7 8 8-9 9-10

10 11 11-13 13-14 14-15

8.1.1 kitaran 1 8.1.2 kitaran 2 8.1.3 kitaran 3 8.1.4 kitaran 4 15 16 rumusan rujukan 16-17 18-19

1.0 Pendahuluan Pemerhatian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran mengenai mata pelajaran Matematik. Saya telkah mengadakan pemerhatian serta kajian tindakan ini di SK Lingkungan Beaufort Terdapat dua objektif yang ingin saya capai. Pertama pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ini mampu berubah

pembelajaran . Kedua adakah kaedah yang diguna pakai sesuai serta dapat menarik minat pelajar bermasalah ini untuk belajar dan gaya pembelajarannya terdapat perubahan iaitu dari tidak tahu mengira ke pada boleh mengira dengan lebih baik. Untuk mencapai objektifobjektif tersebut, satu tindakan kajian telah diadakan. Kajian ini dibentuk selepas mendapati terdapat masalah di kelas Tahun Tiga kelas dimana pengkaji dipertanggungjawabkan mengambil alih dalam subjek Matematik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran . Terdapat enam orang murid yang bermasalah pembelajaran Matematik. Namun, murid-murid ini tidak semuanya menghadapi masalah yang terlalu susah belajar,tetapi mereka ini boleh mengira,kecuali seorang yang belum menguasai menghitung tambah dan tolak dengan baik,inilah murid yang akan saya

sasarkan sebagai murid respondan dalam pembelajaran dan pengajaran inklusif ini. tidak dapat menghitung dengan baik ini menjadikan respondan bermasalah menggunakan pengiraan keseluruhannya . Murid=murid ini lebih gemar dan selesa bermain dan kemahiran

menganggu rakan mereka. . Murid sememangnya dapat menggunakan

mengira mereka sekiranya mereka ini memberi tumpuan dengan lebih perhatian dari guru. Apabila ditanya murid mengatakan bahawa mereka malu dan tidak berkeyakinan untuk belajar mengira kerana takut sebutan yang dihasilkan salah dan tidak sama dengan nilai nombor dengan nombor yang dibaca. Sejurus dengan itu saya cuba ingin menyelidik punca dan cuba mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dengan menggunakan kaedah verbal repetition dengan menggunakan pengajaran menghitung secara berulang-ulang dan secara turutan menaik dan menurun supaya murid lebih berkeyakinan untuk membaca nombor serta menyebut nilai nombor semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

1.1 Pengenalan Tajuk : Masalah Pembelajaran Tidak Boleh Menyelesaikan operasi tambah mengumpul semula dengan baik,Menggnakan Kaedah Latih Tubi untuk mengatasi pembelajaran menyelesaikan masalah matematik tambah mengumpul semua dalam pendidikan Inklusif. Kamarudin Husin (1988) menyatakan tujuan latih tubi ialah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu, menjamin ketekalannya. Pemilihan kaedah latih tubi ini juga dapat membantu.Jesteru itu saya memilih kaedah latih tubi dalam kajian tindakan saya ini.Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Lingkungan Beaufort Sabah,ianya bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bijak nombor dan congak cepat kepada semua

murid supaya memenuhi impian warga sekolah agar kadar buta nombor di kalangan muridmuridnya adalah sifar. Justeru itu, satu kajian telah dilaksanakan ke atas murid-murid Tahun 3 berdasarkan keputusan Ujian Membaca Secara nombor Intensif pada bulan Mac

lalu.Tinjauan awal telah menunjukkan murid ini tidak dapat membaca nombor yang diberikan sehingga yang mengandungi aktiviti bijak nombor dari 100 sehingga 1000 dan congak cepat tambah mengumpul semula dalam lingkungan 1000. Dalam kajian ini Penggunaan kaedah latih tubi diguna pakai untuk mengatasi masalah pembelajaran kemahiran congak cepat tambah mengumpul semula sehingga 1000 murid, Selain itu, murid disajikan dengan bahan bantu mengajar yang menarik serta tulisan berwarna mengikut nilai nombor serta murid juga menggunakan alat bantu konkrit seperti tutup botol diikat sepuluh-sepuluh. Teknik ini telah berjaya menarik minat murid untuk menghitung sesuatu masalah tambah metamatik. Setiap hari murid akan dibekalkan dengan nombor dari yang nombor puluh ke nilai ratus, ianya untuk memudahkan murid mengingat nilai nombor dengan lebih baik, operasi tambah tanpa mengumpul semula juga disertakan. Ia bertujuan mendedahkan muridmurid dengan penyelesaian operasi yang lebih mencabar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid ini dapat membaca menyelesaikan masalah tambah yang mengandungi gabungan tambah tanpa mengumpul semula dan mengumpul semula dengan mudah tanpa perlu menghitung satu-satu. Oleh yang demikian, kaedah latih tubi ini amat sesuai digunakan di kalangan murid-murid ini kerana ia telah berjaya membawa mereka ini belajar dalam suasana yang menyeronokkan. 2.0 pernyataan masalah Bahagian Sekolah-Sekolah KPM telah merangka program pengajaran pemulihan di sekolah rendah bagi memenuhi keperluan murid-murid lembam ini (Abdul Rasid dan Zulkafli 2008).
5

Dari program ini diharapkan masalah murid-murid ini dapat di atasi terutamanya dalam mengatasi masalah Kemahiran mengira di kalangan murid-murid ini. Permasalahan dalam kemahiran mengira ini merupakan tugas mencabar bagi semua guru-guru matematik,samada di sekolah rendah mahupun di peringkat menengah.Setiap dari guru ini akan berhadapan masalah dalam penyampaian pengajaran kepada murid-murid ini. Masalah pencapaian yang rendah atau masalah pembelajaran murid kebiasaannya dipengaruhi oleh faktor psikologi, biologi dan persekitaran (Roselan 2003),dalam kajian ini saya juga mendapati faktor seperti yang dinyatakan itu ada pada diri subjek kajian saya ini.Masalah kelemahan kemahiran mencongak cepat yang didapati ini perlu perhatian lebih,dan kaedah latih tubi adalah kaedah yang membolehkan guru memberi tumpuan dan masa yang lebih kepada murid-murid ini. Murid-murid ini lemah dalam penyelesaian sesuatu maslah membuatkan mereka tidak berminat belajar terutamanya dalam pembelajaran matematik dan yang berkaitan dalam aktiviti pengiraan.Guru perlu peka dengan kekurangan mereka ini serta menyediakan bahan pembelajaran yang boleh menarik perhatian dan membuatkan mereka menumpukan minat untuk belajar.Pengajaran dan pembelajaran perlu bermula dari mudah ke susah,maksudnya murid-murid ini perlu dibimbing sepenuhnya serta diberikan pembelajaran yang dilakukan secara berperingkat dan kurang membosankan.Latih tubi dilakukan mengikut keupayaan kecerdasan dan penakulan kognitif mereka.Masalah guru yang perlu banyak menumpukan pada murid yang lebih pandai dan sedarhana pandai akan membantutkan perkembangan pembelajaran mereka ini.
3.0 Objektif Am Adalah diharapkan di akhir pengajaran dan pembelajaran penggunaan Latih Tubi ini dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca nombor ,menyelesaikan masalah tambah tanpa mengumpul dan tambah mengumpul semua dalam kalangan murid seorang murid Tahun Tiga. Responden saya ini akan boleh mengira dan menghitung nombor serta menyelesaikan sesuatu operasi tambah dengan lancar serta dapat menyelesaikan masalah yang mencukupi opoersi tolak,darab dan bahagi dengan lebih baik pada masa akan datang. 3.1 Objektif Khusus i. Di akhir kajian 100% pelajar boleh me dengan lancar. Menghitung dengan baik ii. Di akhir kajian 100% pelajar boleh menyelesaikan masalah tambah dengan baik dan lancar.

4.0 Soalan kajian Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian seperti berikut. 4.1. Apakah kesan Kaedah Latih Tubi terhadap seorang murid Tahun Tiga SK Lingkungan dalam masalah kemahiran menghitung?
6

4.2 Bagaimanakah Kaedah Latih Tubi membantu menambah baik amalan pengajaran saya membantu murid yang bermasalah menyelesaikan maslah dan menghitung seorang murid Tahun Tiga ?

5.0 Objektif kajian Kajian ini dilaksanakan berdasarkan objektif-objektif berikut, iaitu: 5.1 membantu untuk mengubah masalah menghitung nombor dengan menggunakan

Kaedah Latih Tubi kepada seorang murid Tahun Tiga SK Lingkungan 5.2 menambah baik amalan pengajaran saya dalam membantu murid Tahun Tiga dalam

pengajaran matematik menyelesaikan opersai dengan menggunakan Kaedah Latih Tubi. 6.0 Fokus kajian Kajian saya berfokuskan kepada seorang murid Tahun Tiga iaitu Siti Nur Marissa yang menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran menghitung dan menyelesaikan masalah tambah mengumpul semulak Berdasarkan Ujian Bijak Nombor dan Congak Cepat yang telah dilaksanakan, keputusan ujian yang diadakan adalah di tahap yang sangat lemah. Daripada pemerhatian semasa melaksanakan ujian membaca intensif tersebut, permasalahan yang dihadapi oleh responden adalah gagal menguasai kemahiran menghitung dan menyelesaikan masalah. semasa menjawab soalan ujian. Keadaan ini membuatkan saya berasa bimbang dan mula mencuba teknik latih tubi dalam membantu Marrisa.Diharapkan masalah yang dihadapi oleh murid ini dapat diatasi serta kemahiran menghitung dan

menyelesaikan masalah murid ini semakoin baik dan pada masa akan datang,dan pelajar ini boleh membaca ,menghitung serta menyelesaikan masalah dengan lebih lancar. 7.0 Batasan kajian Dalam setiap kerja yang dilakukan pasti ada masalah dan kakangan yang membatasi perlaksanannya.Begitulah yang terjadi dalam kajian saya ini,saya menghadapi masalah masa dan tempat,masalah masa yang saya hadapi ialah pelaksanaan kaedah latih tubi hanya dapat saya lakukan selama satu jam setiap sessi pembelajaran disebabkan murid-murid ini terikat dengan pembelajaran mata pelajaran lain selain Matematik. Suasana bilik darjah yang sempit(bilik darjah pemulihan) membatasi pergerakan untuk mengadakan kaedah latih tubi yang lebih menyeronokkan seperti latih tubi didik hibur,bermain sambil menghitung dan menyelesaikan masalah metamtik secara berulang-ulang.Di samping itu kaedah latih tubi ini hanya memfokuskan kemahiran membaca nombor dan menghitung serta menjawab soalan
7

membuatkan murid mudah bosan dan pembelajaran akan menjadi kurang menarik murid akan malas pada masa pembelajaran akan datang.Kerjasama dari pihak pentadbiran yang agak kurang memberangsangkan juga faktor membatasi kajian saya ini.Seperkara lagi saya mendapati pelajar ini kurang memberi tumpuan pada pelajarannya,pelajar ini menghadapi masalah suka berkhayal dan kurang daya ingatan,Maksudnya respondan saya ini lebih suka mendiamkan diri,termenung dan menjauhkan diri dari rakan sedarjah serta mempunyai nilai diri yang sangat rendah(malu) ini juga membatasi pembelajaran yang saya adakan khas untuknya. 8.0 Kepentingan Kajian Dalam kajian saya ini saya harapkan kaedah latih tubi yang saya gunakan ini dapat membantu ke empat-empat murid saya ini dalam mengatasi masalah kemahiran menghitung nombor dan menyelesaikan masalah tambah murid.Saya juga berharap kaedah ini dapat dimanfaatkan kepada sekolah SK Lingkungan khususnya,dan diketengahkan kepada sekolah-sekolah yang menghadapi masalah yang sama di Daerah Beaufort dan Negari Sabah amnya.Kaedah latih tubi ini amat sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid yang bermasalah dalam pengiraan, pembacaan dan penulisan juga. 9.0 Sorotan Kajian Setiap pelajar di negara kita mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan tidak mengira umur, jantina atau pun bangsa. Dasar Pendidikan Negara yang inginkan pelajarnya maju dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial perlu menitikberatkan supaya pelajar dapat mengembangkan potensi diri mereka. Terdapat segolongan pelajar yang dilabelkan pelajar istimewa atau khas. Pelajar ini sebenarnya juga mempunyai keistimewaan seperti pelajar lain, tetapi mereka sering dianggap lemah, mundur atau lembam. Pelajar ini sebenarnya perlu diberi perhatian dan galakkan supaya dapat memberi sumbangan kepada negara sebagaimana pelajar normal yang lain. Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tiga peringkat perkembangan yang telah berlaku di Malaysia. Peringkat perkembangan ini adalah berdasarkan peranan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh pihak-pihak yang tertentu iaitu, peranan kerajaan sebagai tunggak utama, badan-badan sukarela yang prihatin sama ada dari dalam dan luar negara. Peringkat tersebut adalah seperti berikut: 1) Peringkat pertama (awal 1947-akhir 1947) Pada peringkat ini peranan utama dijalankan oleh pertubuhan ibu bapa, pertubuhan etnik dan pertubuhan sukarela dari dalam dan luar negara. Pada peringkat ini timbul kesedaran mengenai kanak-kanak istimewa ini dan pelbagai pihak memberikan sumbangan untuk membantu mereka. Kesedaran mengenai kanak-kanak istimewa ini sangat penting dalam sejarah Pendidikan Khas. 2) Peringkat kedua (1948-1980) Pada tahun 1948, kerajaan telah menubuhkan beberapa sekolah khas
seperti Sekolah Rendah Princess Elizabeth di Johor Bahru dan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang (1954). Penubuhan sekolah-sekolah ini menunjukkan keperihatinan 8

kerajaan untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak istimewa ini. Seterusnya Kementerian Pendidikan telah melipatkgandakan usaha mempertingkatkan lagi mutu pelajaran Pendidikan Khas. Pada tahun 1960an, Kementerian mula mewujudkan kursus untuk guru-guru di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Maktab ini telah menganjurkan kursus cacat penglihatan (1962) dan kursus cacat pendengaran (1963).

3) Peringkat ketiga (1981 kini) Pihak kerajaan adalah tunggak utama dimana kerajaan telah memberikan kemudahan fizikal seperti sekolah, khidmat sokongan (pekerja), sumber kewangan yang mencukupi dan khidmat kepakaran yang disalurkan terus kepada Pendidikan Khas. Kerajaan telah membina sekolah khas seperti Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang (1969) yang menawarkan mata pelajaran Vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (1987) menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia. Program Pendidikan Khas Integrasi bagi pelajar yang menghadapi masalah pendengaran pula terdapat di Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh Malaysia seperti SMT Azizah, Johor Bahru, SMT Langkawi, Kedah, SMT Batu Pahat, Johor, SMT Bagan Serai, Perak, SMT Tanah Merah Kelantan dan SMT Keningau Sabah. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, Jilid 41, No 26, Tambahan No. 94, Perundangan (A) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1998 di bahagian II menyatakan Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan Pendidikan Khas.
Kanak-kanak istimewa yang memerlukan Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada 7 kategori iaitu : 1) Kanak-kanak cerdas-pintar dan berbakat istimewa 2) Kanak-kanak cacat fizikal (Psikomotor atau neurosisi) 3) Kanak-kanak cacat penglihatan 4) Kanak-kanak cacat pendengaran dan masalah komunikasi 5) Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku (Behavioural disorders) 6) Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning disabilities) 7) Kanak-kanak kerencatan akal (Mentally retarded)

Kanak-kanak istimewa ini sebagaimana kanak-kanak lain akan menjalani persekolahan bermula dengan Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Kanak-kanak ini boleh memasuki prasekolah melalui Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas. Mereka mestilah berumur 6 tahun hingga 14 tahun. Mereka mestilah disahkan oleh pengamal perubatan sebagai kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak tersebut juga boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Apabila tamat prasekolah, kanak-kanak Pendidikan Khas boleh memasuki sekolah rendah mengikuti aliran akademik. Syarat yang sama seperti prasekolah perlu diikuti iaitu, berumur 6 hingga 14 tahun, disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Kementerian telah menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah asrama dan makan minum secara percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif. Setelah tamat pelajaran peringkat sekolah rendah, pelajar Pendidikan Khas boleh memasuki pelajaran peringkat menengah. Syarat yang dikenakan iaitu berumur 13 hingga 19 tahun, disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Kementerian telah menyediakan 2 jenis aliran pelajaran peringkat sekolah menengah iaitu aliran akademik dan vokasional. Aliran akademik boleh diikuti di sekolah menengah akademik biasa dan vokasional di sekolah menengah teknik yang terlibat. Tempoh pengajian pelajar Pendidikan Khas berbeza dengan pelajar normal yang lain. Pengajian peringkat sekolah rendah adalah enam tahun. Manakala peringkat menengah pula adalah lima tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum di mana-mana peringkat sama ada sekolah rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan. Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Dalam hal ini saya menggunakan kajian tindakan sebagai metodologi kajian saya ini.di sini saya menyentuh mengenai perkara-perkara berikut sebagai landasan kajian tindakan ini. Diharapkan hasil kajian tindakan saya ini akan dapat menghuraikan masalah pembacaan pengiraan dan penyelesaian masalah respondan saya.ianya berkeperluan Kajian tindakan Menurut Modul HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan /ms 106 yang mengatakan bahawa Kajian Tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian.Proses dalam kajian ini melibatkan perancangan,tindakan secara sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah spesifik. 9.1 Peserta Kajian Kajian ini melibatkan diri saya sebagai peserta pengkaji dengan seorang murid Tahun Tiga sebagai respondan saya. Hal ini kerana saya terlibat secara langsung sebagai penyelidik ini untuk menambah baik amalan saya sebagai guru Matematik. Selain itu, saya telah memilih
10

seorang murid perempuan

dari kelas Tahun Tiga sebagai peserta kajian.Murid ini

mempunyai personaliti berbeza ,begitu juga dengan kebolehan kognitifnya,murid ini mempunyai masalah pembelajaran seperti yang diketengahkan oleh pendidikan khas atau pendidikan inklusif iaitu belum boleh menghitung nombor secara lancar ,masalah ketera ialah menyelesaikan masalah tambah mengumpul semula. Nama respondan saya guna Marissa,berumur 9 tahun,murid perempuan,Marissa juga dalam program LINUS,di mana Marissa mengalami masalah dalam kedua dua matapelajaran LINUS iaitu masalah Literasi (Bahasa Malaysia)dan

Numerasi(Matematik),Marissa datang dari keluarga ibubapa bercerai serta dijaga oleh datuk dan nenek di kampong,ibunya dianggap ibu tunggal bekerja di Labuan,bapa pula berkahwin semula dan mempunyai keluarga sendiri,mempunyai seorang abang berumur 12 tahun,kakak berumur 11 tahun dan adik lelaki berumur 7 tahun.Adik beradik lain dari peerkahwinan bapa yang terdahulu serta adik baru dari perkahwinan bapanya sekarang,bermakna Marissa mempunyai dua orang ibu selain ibu sebenar.anak ke tiga dan yang amat lemah poembelajarannya,ini setelah saya selidik dengan lebih lanjut lagi kedua abang dan kakak seta adiknya tidak mempunyai masalah pembelajaran,mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik,maklumat di dapati dari guru kelas Tahun 6 abangnya diantara murid yang diharapkan mendapat mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 4A 1 B,kakaknya pula seorang pelajar yang berpontensi untuk cemerlang UPSR 2014 melalui keputusan peperiksaan lalu mendapat 3A 2B,dan adiknya di Tahun 1 pula melepasi saringan LINUS lalu dengan keputusan NUMERASI Menguasai LITERASI tidak menguasai tetapi menurut Guru Bahasa Malaysia Cik Alinah Hj.Amit murid ini sudah boleh membaca kemungkinan dalam Saringan 2 LINUS bulan September ini murid ini akan melepasi Saringan tersebut menguasai.Berbanding dengan respondan ini,saya selaku guru matematik dan Tuan Hj.Salleh selaku guru kelas dan guru Bahasa Melayu mengakui bahawa dai murid mempunyai masalah pembelajaran yang perlu lebih perhatian dan memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran lebih,di harapkan dengan kaedah latih tubi yang saya terapkan dapat membantunya,serta berlaku perubahan dalam pembelajarannya. 9.2 Etika Penyelidikan Sebagai penyelidik, saya berpegang teguh dengan etika penyelidikan. Sebelum melaksanakan penyelidikan, saya telah mendapatkan kebenaran daripada guru kelas Tahun Tiga, iaitu Tuan Haji Mohd.Salleh Bin Hj Hamid,untuk melibatkan murid dalam kajian ini. Beliau telah memberikan kebenaran secara lisan kepada saya. Selain itu, saya berikan surat persetujuan kepada Marissa untuk ditandatangani. Saya turut mendapatkan kebenaran daripada ibu dan
11

penjaga pelajar ini,kerana saya memerlukan masa lebih untuk mendapatkan keputusan yang baik dari kajian saya ini.

10.0 Pengumpulan Data 10.1 Tinjauan Masalah i. Kaedah Soal selidik Dalam pelaksanaan kajian ini, saya telah menjalankan soal selidik tahap penguasaan menghitung nombor kepada seorang murid Tahun Tiga berasaskan Ujian pra bijak nombor Tahun Tiga di bawah penggunaan kaedah latih tubi dengan menggunakan Kad Senarai Semak nombor. Analisis dapatan menunjukkan 100 % respondan tidak boleh menghitung nombor dan menyelesaikan tambah mengumpul semula dengan betul dan lancar. Sepatutnya di Tahun Tiga , mereka telah menguasai kemahiran menghitung dan menyelesaikan operasi tambah mengumpul semula dengan mudah. Satu kaji selidik akan diadakan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran

kepada respondan ini. Setiap perubahan murid dicatat bagi memastikan setakat mana penguasaan pelajar ini dalam sesuatu kemahiran yang telah guru ajarkan. Kaji selidik untuk mengetahui Masalah yang dihadapi oleh murid diperhatikan melalui latihan dan lembaran kerja secara lisan dan bertulis, semakan lembaran kerja dan penentuan penguasaan kemahiran menbghitung dan menyelesaikan operasi tambah mengumpul semula,Setelah mengenal pasti peserta kajian, aktiviti pertama yang dilaksanakan ialah menggunakan latih tubi mengenal nombor,menyebut,membaca serta menghitung nombor. Setiap sesi dijalankan semasa murid lain menyiapkan tugasan. Sesi ini mengambil masa 5 hingga 10 minit. Kad nombor dari 1 hingga 100 disediakan untuk dibaca secara latih tubi. Proses ini berterusan selama 1 jam ,setelah penilaian diadakan k respondan didapati sudah dapat membaca dan membunyikan nombor,menyebut serta membaca nombor dengan baik. 6.0 Instrumen ujian Dalam instrument ujian ini saya menggunakan dua tindakan untuk menguji keupayan bacaan respondan kajian ini.kedua-dua ujian yang dilakukan ialah ujian pra dan yang kedua ialah ujian pos.dari hasil kedua-dua ujian ini akan membantu saya menjalankan kajian tindakan saya ini semakin baik,serta akan membantu saya melaksanakan aktiviti latih tubi yang saya rancang akan dapat menolong respondan saya mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan mengubah pembacaan mereka pada masa akan datang. Jadual 1 hasil ujian menghitung nombor dan meyelesaikan masalah operasi tambah Marrisa
12

Bil

Aktiviti

Penerangan

Tarikh perlaksanaan

Ujian diagnostik dilaksanakan kepada 20 orang murid Tahun Tiga SK Lingkungan

Mengenal pasti masalah membaca nombor Marissa

11.Jun.2013

Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Kelas Tahun Tiga

Tema 1 (nombor) membaca nombor 1 hingga 100 Marissa masih belum mengenal beberapa nombor 32,37,45,53,59,76,77,83,89 dan 97

12.Jun.s013

13.Jun.2013

Pengajaran dan Pembelajaran Tahun Tiga Mata pelajaran Matematik

Tema 2 (operrasi tambah) tidak dapat menjawab 8 soalan dari 10 tambah mengumpul semula, 5 dari soalan 7 tambah tanpa mengumpul semula dengan bantuan guru ,

14.Jun.2013

Latih tubi 1

Latih tubi

17.Jun.2013

Latih tubi 2

Latih tubi

18.Jun.2013

Latih tubi 3

Latih tubi

19.Jun.2013

Ujian

Menentukan kefahaman menghitung nombor dan

20.Jun.2013

13

menyelesaikan masalah tambah mengumpul semula murid.

7.0 Analisis Kajian Setelah di lihat dalam jadual celik nombor didapati respondan ini menghadapi masalah pemahaman pembelajaran matematik yang sangat lemah.Hasil respondan memerlukan kaedah latih tubi yang konstentan dan bahan bantu yang lebih menarik. 8.0 Intervensi kajian Dalam intervensi kajian ini saya membina tindakan melalui kitaran 1 hingga kitaran 3, dalam satu-satu aktiviti ianya dibina untuk memberikan saya ruang membahagikan aktiviti mengikut keupayaan menghitung dan menyelesaikan masalah tambah mengikut keupayaan respondan. Kitaran 1 respondan Marissa : Membaca nombor secara latih tubi Latih tubi ini juga dikenali sebagai latih tubi aspek sebutan nilai dimana saya melatih respondan Marissa menyebut nombor 1 hingga 20 dengan menggunakan kad nombor. respondan yang berbeza

Teknik latih tubi ini dilaksanakan selama 1 minggu selama sepuluh minit diperuntukkan untuk setiap hari. Saya mengimbaskan kad nombor terlebih dahulu di hadapan Marissa. Seterusnya saya meminta Marissa menyebut nombor secara latih tubi sebanyak 5 kali. Setelah itu baharulah saya membunyikan nilai nombor dengan lancar dan diikuti oleh Marissa. Ia dilaksanakan bertujuan untuk melatih Marisa menyebut nombor tersebut dengan sebutan yang betul secara berulang-ulang sebanyak lima kali bagi mengekalkan ingatannya terhadap bunyi nilai nombor tersebut. Latih tubi ini diulang bagi nombor seterusnya yang lain dan dilaksanakan sehingga Marissa dapat menguasai nombor dengan sebutan nilai nombor yang betul.

8.1.2 Kitaran 2 : (latih tubi 2) Menyelesaikan masalah operasi secara congak secara latih tubi. Marissa Saya memberi kad operasi Terlebih dahulu saya menunjukkan symbol tambah secara berulang kali.Marissa akan menyebut symbol tambah serta fungsinya dalam menyelesaikan
14

operasi tambah. untuk setiap operasi tambah yang ditunjukkan. Setelah menggunakan teknik latih tubi dan didapati Marissa dapat mencongak dengan agak memuaskan dan lancar.

Seterusnya, saya memberi kad operasi tambah mengumpul semula iaitu untuk kitaran seterusnya iaitu selama 15 minit dan latih tubi bacaan sebanyak 5 kali. 8.1.3 Kitaran 3 : Latih tubi 3 Memadankan soalan dengan jawapan operasi tambah mengumpul semula. Guru menunjukkan kad bergambar soalan operasi tambah dan meminta murid memadankan setiap gambar tersebut dengan jawapan yang betul dan membaca kembali jawapan pada setiap soalan itu tadi sebanyak 3 kali. Guru membimbing murid untuk mendapatkan jawapan yang betul apabila respondan tersalah padanan soalan dan jawapan. Guru mengambil catatan perkembangan murid,jawapan,emosi serta perlakuan murid semasa menjalankan aktiviti ini. Langkah 3: Menyelesaikan masalah tambah mengumpul semula secara latih tubi. Latih tubi menjawab soalan lembaran masalah tambah mengumpul semula untuk

meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan menghitung Marrissa supaya respondan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah dengan cepat. Ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi penguasaan Marissa menyebut dan mengenal nombor serta menghitung nombor. Dalam aktiviti ini, Marrisa diminta untuk membaca kad nombor secara cepat tanpa bantuan guru. Proses ini berterusan selama 30 minit sehingga Marissa dapat mengenal dan membaca dan menghitung,menyelesaikan masalah tanpa tersekat selama tiga hari. Selama tempoh pelaksanaan, didapati Marissa telah menunjukkan kemajuan dalam penguasaan kemahiran mengenal nombor,menghitung dan menyelesaikan masalah tambah. Selain itu,aktiviti ini membantu Marissa mengingat dan membetulkan kesilapan semasa menyebut,menyelesaikan masalah tambah dengan betul dan cepat. 8.1.4 Kitaran empat : Ujian pencapaian aktiviti : Guru akan membuat ujian kepada murid untuk mengetahui sejauh mana penguasaan murid dalam menyelesaikan masalah

tambah.Guru sekali lagi menunjukkan kad nombor dan penyelesaian masalah kepada murid. Guru mencatatkan pencapaian murid sebagai rekod perkembangan pencapaian respondan. Setelah selesai dengan aktiviti latih tubi ini,dan didapati kesemua respondan telah dapat ,menguasai kemahiran menyelesaikan masalah,saya akan meneruskan pula ke aktiviti pengukuhan dan pengayaan, dan dapat mengikuti pembelajarannya tanpa rasa malu dan
15

ragu,maknanya Marissa akan lebih yakin untuk menyelesaikan masalah matematik pada masa akan datang. a Pengukuhan Pengkaji meminta menghitung nombor 100 ke 150. Kemudian murid diberikan penyelesaian masalah . b Pengayaan Pengkaji membiarkan murid menuis nombor 100 ke 150 danmnenjawab soalan lembaran murid menjawab tanpa bantuan guru,

Rumusan Schon (1987), Sparks-Langer (1992) dan Zeicher & Liston (1996) (dalam Noriati A.Rashid, Bon Pong Ying & Wong Kiet Wah, 2010) menyatakan aliran pendidikan guru pada masa kini memberikan penekanan kepada penghasilan guru yang reflektif, mampu melibatkan diri dalam proses inkuiri terhadap amalan diri dari segi sosial, emosi dan akademik. Kajian tindakan ini turut akan menjadikan saya guru reflektif melalui proses belajar bersama. Di samping itu, sepanjang saya melaksanakan kajian tindakan ini, saya berpeluang mempelajari cara berkomunikasi dengan pihak sekolah dan murid-murid. Dengan ini,ianya akan memberi keyakinan diri saya sebagai seorang pendidik dapat dipertingkatkan. Malahan, kajian tindakan ini memberi kesediaan kepada saya untuk berhadapan dengan situasi sebenar sebagai seorang pendidik.Kajian tindakan ini jiga merupakan pengalaman baharu kepada saya dalam proses menjadi seorang penyelidik dalam bidang pendidikan. Saya berpeluang mempelajari cara mengumpul, menganalisis dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu isu secara saintifik. Justeru, saya turut berpeluang mempelajari cara mengubahsuai perancangan untuk memenuhi keperluan murid. Hal ini sejajar dengan pernyataan memberi pendidikan yang berkualiti dan bermakna kepada generasi baharu.
Melalui kajian tindakan ini juga, saya berupaya memahami dan mendalami masalah yang dihadapi oleh murid sehingga menyebabkan mereka kurang menyerlah dalam bidang tertentu. Saya berpeluang untuk menggunakan kaedah latih tubi ini dalam pembelajaran untuk membantu peserta kajian. Melalui kaedah pembelajaran, saya dapat menerapkan unsur-unsur kemahiran belajar dan kemahiran berfikir dalam diri murid. Pelaksanaan kajian tindakan ini telah memberikan pendedahan kepada saya tentang etika penyelidikan. Dalam mematuhi etika penyelidikan, saya memastikan saya menghormati hak-hak peserta dan mampu menjaga kebajikan mereka secara psikologikal, sosial dan fizikal. Pelaksanaan kajian tindakan ini memberi kesan positif kepada ke empat-empat murid saya. Perkembangan positif yang berlaku pada anak-anak didik menjelaskan kesan teori pembelajaran Pelaziman Operan Thorndike (1911). Di samping itu, gaya pembelajaran 16

membaca merka juga berubah. Secara tidak langsung, kaedah latih tubi membantu membaiki kemahiran membaca murid-murid ini. Pelaksanaan kajian tindakan ini juga memberi kesan positif kepada saya apabila saya dapat meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran semasa saya di kelas dalam matapelajaran lain yang saya ajarkan.

Rujukan Sheila anak Jamat (2012) KESAN KAEDAH LATIH TUBI GARIS TIGA DALAM MENGURANGKAN KESILAPAN MENULIS HURUF KECIL k DAN p DALAM
17

BAHASA MELAYU MURID TAHUN EMPAT Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 222-233. Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Buku panduan,Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas(masalah penguasaan 3M).1998 Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Majid Konting. 1994. Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka Dayang Norliza Awang Yem. (2010). Kesan Kaedah Ansur Maju dalam Mengurangkan Kekerapan Kesalahan Menulis Huruf Kecil k dan p Murid Tahun Lima. Buku Koleksi Artikel PT, Seminar PT Tahun 2010 IPG KBL (BM Pendidikan Rendah),110-125. Syarifa Azura Syed Hassan(2006)Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen. (Hallahan & Kaufman 1991). Reading for students with hearing impairment:Research review and implications.Volta Review (Watson. 1999). Deaf and Hearing Impaired Pupils in Mainstream School. London. David Fulton. (Akamatsu, C. & Andrews, 1. 1993). It takes Two to Be Literate: Literacy Interactions Between parent and Child. Sign Language Studies. 8L 333-360 (Fernandes, J. 1999). Practical Ideas For The Classroom and Community. Perspectives in Education and Deatness. (Waters, G.S. & Doehring, D.G. 1990). Reading Acquisitionin Congenitally Deaf Children Who Communicate orally: Insights IToman analysis of component reading,language and memory skills. Reading and its development. San Diego. (Carter, Dillon, & Pisoni 2002). How Do Deaf Children Learn About Prereading?.American Annals of the Deaf

18

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DI SEKOLAH RENDAH Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 67 Malay Language Education Journal Meimon Binti Sanai (2009) CELIK HURUF: LANCAR BACA Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102-112. Capaian-capaian internet Lina Ping Madang. (2010). Penggunaan Kertas Kotak Bergaris Dalam Membantu Murid Tahun Dua Menulis Huruf J Besar dan Kecil Dengan Betul Semasa Menjawab Soalan Pemahaman Bahasa Melayu. Buku Koleksi Artikel PT, Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2010 IPG KBL (BM Pendidikan Rendah),157-171.

19

Anda mungkin juga menyukai