Anda di halaman 1dari 4

Tajuk 1

: Pembangunan Profesionalisme Berterusan : Kebertentanggungjawaban Inisiatif Kendiri

Pembentang

: Dr Nasrudin bin Basar Ketua Penolong Pengarah, Sektor Peningkatan Ilmu Bahagian Pendidikan Guru

Tarikh

: 26 Oktober 2013

PENDAHULUAN Kehadiran guru-guru di dalam program PPG ini boleh memberi impak yang besar kepada diri sendiri, pelajar, guru besar dan negara. Apa yang dapat boleh diaplikasikan di dalam kelas dan berkongsi dengan guru-guru di sekolah. . Pembangunan Profesionalisme Berterusan Program latihan secara sistematik Yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta

kecemerlangan perkhidmatan.

Guru-guru yang mengikuti program PPG ini adalah inisiatif sendiri bukan dipaksa oleh mana-mana pihak. Diharap guru menggunakan peluang yang diberi ini untuk mempertingkatkan profesionalisme keguruan dan dapat mengubah segalanya bukan setakat akademik sahaja. Guru perlu meningkatkan kualiti diri untuk menjadikan pelajar kita boleh survive dengan kehidupan mereka pada masa depan. Tidak hanya untuk lulus peperiksaan sahaja. Katanya transformasi keguruan sebagai profesion pilihan yang merupakan satu daripada 11 anjakan dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada peningkatan pembelajaran dan pembangunan guru Bagi mencapai

wawasan untuk menyediakan modal insan yang cemerlang pada masa hadapan, amatlah penting bagi setiap warga pendidik sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu pengetahuan seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini.

Tugasan pada kali ini berkaitan dengan seminar, di mana sangat penting bagi seseorang guru untuk memdapatkan maklumat dan kemudiannya menyampaikan semula maklumat yang diterima kepada orang ketiga. Ini merupakan suatu kemahiran yang penting kerana sebagai guru, perlu menyampaikan seberapa banyak maklumat kepada murid.

RUMUSAN Program pensiswazah guru (PPG) yang telah dilaksanakan oleh pihak Open Universiti kepada para guru telah bermula sejak tahun 2002. Program ini bertujuan menaik taraf pendidikan para guru di Malaysia. Kajian tersebut melibatkan bidang-bidang kritikal seperti Sains, Matematik dan bahasa Inggeris. Kajian juga telah dilakukan bukan sahaja kepada mereka yang berjaya, malah kepada segelintir yang gagal dalam program ini. Bahagian Pendidikan Guru telah membuat kajian impak sama ada untuk meneruskan program ini atau pun tidak. Berdasarkan pencapaian yang positif, maka BPG telah membuat keputusan untuk meneruskan program yang sungguh bermakna ini dengan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. OUM telah menyediakan program-program yang dapat membantu para guru bagi mencapai matlamat melahirkan guru yang cemerlang supaya dapat menghasilkan modal insan yang diperlukan oleh negara Malaysia. Guru-guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu seiring dengan kepesatan era teknologi dan maklumat (IT) seiring dengan perkembangan pada abad ke-21 ini. Justeru, melalui program pensiswazahan guru yang dilaksanakan ini, banyak memberi kesan yang positif kepada profesionalisme keguruan ini. Gunakanlah peluang yang ada ini bukan sekadar untuk lulus semata-mata, tetapi dapat diaplikasikan semasa mengajar.

Kandungan pembentangan yang dikupas oleh Dr Nasrudin dalam semaniar tersebut terdiri daripada empat aspek iaitu pembangunan profesionalisme, pembangunan

profesionalisme kendiri, kebertanggungjawaban guru dan, laluan kerjaya.

Pada masa kini, seseorang guru itu perlulah menguasai lebih banyak bidang ilmu supaya menjadi lebih mantap dalam penyapaian ilmu kepada anak murid. Berdasarkan kajian, kualiti guru yang kita miliki sekarang belum tentu menjamin kejayaan untuk masa akan

daatang. Kia dapat melihat ramai pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, namun masih terdapat pelajar yang gagal. Maksudnya, masih ada ruang yang pelru dibaiki.

Sebagai seorang guru yang berjaya, bukanlah sekadar berjaya menjadi guru yang cemerlang, namun dilihat bagaimana berjayanya melahrikan murid-murid yang berjaya. Dalam hal ini, pada masa hadapan, murid-murid inilah yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan nagara kita. Para guru pada masa kini merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menyediakan modal insan pada masa hadapan.

Profesionisme keguruan perlu ditranformasikan pada masa kini agar dapat malahirkan guru-guru yang dapat menghasilkan kemenjadian pelajar yang cemerlang. Persaingan dalam tenaga kerjaya pada masa kini dan akan datang semakin mencabar. Sekiranya murid ini tidak dapat dibentuk dengan baik, maka pastinya Negara kita akan mengalami masalah pada masa akan datang dalam penyediaan modal insan yang mampu bersaing pada peringkat dunia.

Para pendidik mestilah sentiasa berfikiran positif untuk bersedia memperkasakan ilmu melalui program-program yang disediakan oleh kementerian. Setiap program telah dirangka dengan teliti bagi memperkasakan ilmu den menaikatafkan guru-guru di negara ini seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin maju. Kita tidak boleh ketinggalan ke belakang. OUM telah melaksanakan program yang dapat melatih para guru dalam pelbagai bidang.

KESIMPULAN Sememangnya peranan guru masih sangat penting dalam usaha membangunkan modal insan yang cemerlang. Terutamanya kawasan-kawasan pedalaman yang serba kekurangan amat memerlukan dan mengharapkan sepenuhnya kepada para guru. Justeru, peranan dan tanggungjawab guru sangat penting dan masyarakat bergantung sepenuhnya kepada warga guru bagi menaikkan taraf hidup masyarakat di luar bandar.

Sebagai guru yang lahir daripada Open Universiti perlulah lebih cemerlang daripada yang lain kerana mendapat pengalaman dan kemahiran yang berbeza daripada tempat lain. Sekiranya guru tidak berubah, maka sistem pendidikan tidak akan berubah. Contohnya, murid

yang diajar oleh guru yang berprestasi tinggi, peratus pencapaiannya juga semakin menanigkat.