Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas izin-Nya jua kita warga sekolah pada hari ini dapat bersama-sama menyempurnakan Majlis Pelancaran Minggu Pendidikan dan Pencegahan Dadah bersama Program Guru Penyayang dan Mentor Mentee pada tahun 2014 ini. Murid-murid yang dikasihi sekalian, Menurut Kamus Dewan,dadah ditakrifkan sebagai ubat-ubatan. Sememangnya ubat itu adalah dadah tetapi digunakan dalam dos yang terkawal. Dadah juga terbahagi kepada beberapa jenis contohnya morfin,heroin,kokain,syabu,ganja dan banyak lagi. Kesan dadah juga berbeza-beza bergantung kepada dos dan cara pengambilan. Ada yang muntah-muntah,badan menggeletar dan boleh membawa kepada kematian. Bagi pelajar pula, antara tanda awal yang boleh dikesan jika terlibat dengan dadah ialah; sering ponteng sekolah, datang sekolah pada hari-hari tertentu sahaja, prestasi akademik merosot dengan mendadak, mata merah, sering mengantuk di dalam kelas dan sering ke tandas. Pelajar-pelajar yang dikasihi, jika anak-anak pelajar tidak mahu terlibat dengan najis dadah, jauhilah dahulu rokok kerana bermula dengan rokoklah pelajar-pelajar akan terlibat dengan dadah pula. Ingatlah,dadah,sekali mencuba,deritanya akan ditanggung seumur hidup pelajar. Banyak masalah sosial lain yang akan timbul akibat terlibat dengan najis dadah. Mula-mula pelajar akan membohongi ibu bapa, mencuri wang untuk mendapatkan bekalan dadah dan jika tidak mendapat apa yang diinginkan, tidak mustahil pelajar sanggup membunuh asalkan hajat dapat dipenuhi. Banyak kisah teladan yang telah dipaparkan sama ada dalam drama-drama ataupun beritaberita dalam akhbar. Tidak lupa juga kisah tentang keldai dadah. Tahukah pelajar-pelajar siapa itu keldai dadah? Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah merangka pelbagai aktiviti untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya dadah. Sertailah segala aktiviti yang akan diadakan sama ada ceramah, pameran, kuiz dan pertandingan-pertandingan lain. Bagi Program Guru Penyayang dan Mentor-Mentee pula, Program ini bertujuan untuk meningkatkan SIFAT KEPEDULIAN(concerned) guru terhadap muridnya dengan cara

mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling hormat-menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Di samping itu, program ini dilaksanakan untuk menawan jiwa raga(heart and mind) murid agar mereka menghargai dan menyayangi sekolah, guru, ibu bapa, masyarakat dan Negara. Guru penyayang juga mengenali muridnya dengan rapat. Ianya bukan sahaja perlu mengetahui dan memahami kebolehan, kekuatan dan kelemahan muridnya tetapi juga berusaha membantu murid itu meningkatkan kekuatannya, dan mengatasi kelemahannya. Pendek kata, guru penyayang membantu murid membangunkan potensinya ke tahap semaksimum mungkin. Guru penyayang juga merupakan pendengar yang sabar dan setia. Dengan bersifat reseptif dan mendengar kepada masalah murid, menjadikan mereka lebih mesra dan boleh didampingi. Satu lagi ciri guru penyayang ialah guru itu sentiasa berusaha melebihi tanggungjawabnya, iaitu go above and beyond untuk membantu muridnya di dalam dan di luar bilik darjah. Ringkasnya guru penyayang sentiasa go the extra mile untuk membantu muridnya, terutamanya murid-murid yang pemalu atau yang menghadapi masalah pembelajaran. Kata pepatah a little help goes a long way Murid-murid mempunyai kebolehan pembelajaran dan tahap kefahaman yang berbezabeza. Ada murid yang cepat faham konsep yang diajar, sementara terdapat murid yang menghadapi kesukaran untuk memahami pengajaran guru. Mereka ini akan ketinggalan jika guru tidak peka kepada masalah mereka ini. Sesuai dengan prinsip No child left behind Guru penyayang yang sentiasa peka dan sensitif terhadap keperluan individu yang berbezabeza ini akan dapat membantu murid berkeperluan khas untuk sama-sama mencapai kejayaan seperti rakan-rakannya yang lain. Dalam konteks sekolah, mentor itu biasanya guru dan mentee adalah murid. Program mentor-mentee ini bertujuan untuk menentukan bahawa setiap murid itu mempunyai orang yang lebih arif yang boleh dirujuknya dan mendapatkan bimbingan dan bantuan dalam menyelesaikan masalah. Mentor boleh memantau kemajuan menteenya. Program mentor-mentee ini boleh dilihat sebagai satu kaedah pengisian atau amalan guru penyayang. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam hubungannya dengan murid, ibu bapa, dan komuniti. Jika sifat professional askar ialah disiplin dan kepatuhan, sifat professional guru ialah penyayang. Hanya dengan mengamalkan amalan penyayang, dapat guru melaksanakan tugas hakikinya mendidik dan membentuk sahsiah murid-murid. Saya percaya bahawa jika amalan guru penyayang ini dapat diperluaskan kepada semua sekolah dan dapat diamalkan semua guru, banyak gejala sosial, salahlaku disiplin, dan keciciran di kalangan murid sekolah akan dapat dikurangkan. Pada masa yang sama, pembelajaran dan pencapaian dalam peperiksaan awam akan dapat ditingkatkan. Justeru, saya menyeru kepada semua guru agar mengamalkan budaya guru penyayang ini.

Akhir kata, saya dengan lafaz Bismillahirrahmanrrahim merasmikan Pelancaran Minggu Pendidikan dan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah dan Program Mentor Mentee Tahun 2014. Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh