Anda di halaman 1dari 2

Terdapat beberapa jenis penyanyi yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Antara jenisnya ialah penumpang atau pengikut, sumbang, bertutur nyanyi, alih nada dan renj terhad. Penumpang Penyanyi penumpang ialah ahli yang bleh menyanyi dengan pic yang tepat dan baik sekiranya ia menyanyi dalam kumpulan atau diiringi iringan muzik. Penyanyi jenis ini tidak dapat menyanyi sendiri tanpa rakan-rakan lain atau bantuan iringan. Hal ini mungkin disebabkan tiada keyakinan diri atay malu dan takut membuat kesilapan. Salah satu sebab adalah kerana ia mempunyai ingatan tanal yang kurang baik. Antara cara-cara yang dapat membantu penyanyi jenis ini ialah : Latihan menyanyi secara bertalun yang akan membantu ingatan tonal yang baik dan memberi keyakinan dalam nyanyian solo. Menghafaz corak melodi yang pendek dalam solfa. Galakkan menyanyi dalam hati atau kepala. inner hearing ini memerlukan daya konsentrasi yang tinggi. Latihan nyanyian dan mengulang corak melodi perlu dijalankan dalam teknik latih tubi.

Sumbang Penyanyi jenis ini tidak dapat menyanyikan melodi dalam nada dan pic yang tepat.Ia tidak dapat memadankan pic atau ton dan kurang pengalaman dalam menyanyi dan tidak peka dengan suara sendiri kerana kurang daya konsentrasi. Antara cara untuk mengatasinya ialah: Perlu memberi perhatian dan fokus kepada elemen bunyi dan

mengeksperimen dengan suara sendiri bersama rakan-rakan lain. Berlatih dengan tekun dalam menyanyi pic dan corak irama melodi pendek secara imitasi berulang kali. Memadankan pic dengan bantuan visual atau ikon untuk memahami perkaitan pic tinggi dan rendah.

Menggunakan isyarat tangan yang dicadangkan oleh Kodaly. Nyanyian dengan bell bertangan. Menggunakan cara kenistetik yang diutarakan oleh Carabone.

Alih Nada Penyanyi boleh menyanyi dalam pic dan nada yang tepat tetapi cuma dalam beberapa frasa sahaja dan kemudian beralih nada kerana nada itu lebih selesa untuknya. Antara cara-cara yang dapat membantu penyanyi jenis ialah : Menyanyi lagu-lagu bertalun dalam pic yang selesa. Berlatih lagu-lagu tersebut sehingga dapat mengikut nada yang tepat. Peringatan untuk membantu penyanyi yang mempunyai masalah alih nada ialah : Boleh dibuat secara kumpulan atau individu. Tunjuukan tanda serius dan bersungguh-sungguh ingin membantu suapaya mereka percaya kepada anda. Sesi latihan perlu dalam masa yang pendek, dalam 5 hingga 10 minit tetapi kerap. Bincang dengan pihak pentadbir untuk mendapat sokongan. Gunakan pelbagai aktiviti dan rancang aktiviti dengan teliti supaya berhasil. Gunakan kata-kata pujian supaya mereka merasa ada peningkatan dan yang mereka boleh buat. Jangan putus asa.

Anda mungkin juga menyukai