Anda di halaman 1dari 10

UJIAN KHAS MAC 2014

BAHAGIAN A
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Semut - semut _______ air kopi yang tertumpah di atas meja itu. A. B. C. D. mendatangi mengerumuni mendekati menghurungi ketika ini

2. Banyak orang mengatakan bahawa bencana alam yang berlaku berpunca____________ kerakusan manusia memanipulasi sumber alam. A. B. C. D. dari daripada pada oleh

3. Puncak gunung itu kelihatan _____________kerana diliputi kabus yang tebal. A. B. C. D. berkepul-kepul berpintal pintal berbalam - balam bergumpal gumpal

4. Saya sungguh______________kerana tidak sempat berjumpa dengan kawan lama saya di majlis itu. A. B. C. D. terharu terkilan terasa tersinggung
1

UJIAN KHAS MAC 2014

5. Pak Abu mencantas ________ pisang yang tua di kebunnya . A. B. C. D. pelepah ranting batang dahan

6. Peragawati itu sedang________daripada kain songket. A. B. C. D. mempamerkan menunjukkan memperagakan mempersembahkan

7. Kenyataan yang dikeluarkannya ____________ dengan pendapat yang diputuskan oleh jawatankuasa persatuan. A. B. C. D. bercanggah berubah bertelagah bersaing

8. "Setelah___________selesai bersiram nanti, sediakan santapan untuk Sultan Izzuddin," kata bendahara kepada gerau di Istana Seri Kenangan. A. B. C. D. patik beta baginda tuanku

9. Ibu_________ telinga adik kerana adik tidak mengendahkan larangannya supaya tidak bermain hujan. A. B. C. D. memegang memiat mengetil mencubit

10. Pelakuan pendatang asing yang meninjau-ninjau_____________ rumah penduduk tempatan pada setiap petang menyebabkan mereka berasa cuak. A. B. C. D. setengah segelintir sebahagian separuh

UJIAN KHAS MAC 2014

11. Puan Aini sekeluarga mengenakan pakaian yang____________pada pagi hari raya Aidilfitri. A. B. C. D. sedondon sepasang sepada seiras Telekom yang tersergam indah itu diilhamkan

12. Reka bentuk Menara oleh__________tempatan. A. B. C. D. Jurubina Juruhias Juruukur Juruteknik

13. Bunyi tembakan yang __________kedengaran di medan pertempuran antara pihak tentera dengan segerombolan pengganas. A. B. C. D. bersimpang-siur bersiut-siutan bersiung-siungan berdengung-dengung

14. Amirul muntah-muntah kerana mengalami_______________setelah mengambil ubat yang dibelinya daripada seorang penjual ubat di kaki lima. A. B. C. D. kebas ruam kekejangan alahan

15. Semua pelajar tingkatan dua dikehendaki _______________di Dataran Bestari pada pukul 10.30 pagi ini kerana ada perkara penting yang hendak disampaikan oleh pengetua sekolah. A. B. C. D. berjajar bersusun berhimpun berlonggok

16. Rakyat Malaysia begitu terkejut _________________mendengar berita penemuan mayat jutawan wanita yang dilaporkan hilang itu. A. Apabila B. Sejak C. Akan D. bila

UJIAN KHAS MAC 2014

17. Rombongan ____________dari Jepun telah sampai ke Putrajaya untuk bertemu dengan Perdana Menteri sebelum menyertai Seminar Pelaburan Asean. A. B. C. D. karyawan usahawan sejarawan budayawan

18. Warna _____________merupakan warna kesukaan anak perempuan Puan Zalina. A. B. C. D. biru kebiru-biruan telur kuning perang-perang biru laut

19. Encik Ram mengupah_______________dalaman untuk menyusun atur perabot dan lukisanlukisan di rumah barunya. A. B. C. D. jurucerakin jurulatih juruhias jurubina

20. Tuan Pengetua _______________ hadiah kepada pemenang pertandingan pidato sekolah itu. A. B. C. D. menyatakan menyampaikan menyempurnakan mempersetujui

UJIAN KHAS MAC 2014

BAHAGIAN B (i) - Ringkasan


Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan perpaduan di Malaysia . Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Terdapat tiga kaum majoriti di Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India, manakala kaum yang lain ialah Iban, Kadazan, Sikh dan sebagainya. Pascakemerdekaan negara kita telah mengalami pelbagai perubahan yang mendadak dari segi ekonomi, sosial dan politik. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan demi mengekalkan perpaduan di Malaysia. Antara kepentingan perpaduan adalah untuk menjamin keamanan negara. Setiap kaum mempunyai kepercayaan, adat resam, budaya, agama dan bahasa yang berbeza. Jika setiap kaum saling bertoleransi, maka pertelingkahan yang menyebabkan rusuhan kaum dapat dielakkan. Perpaduan juga dapat menjamin ekonomi negara untuk terus membangun dan masalah sosial pula dapat diminimumkan. Dari segi politik, pemimpin negara dapat berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk memimpin negara ke arah kemajuan. Oleh itu, rakyat yang bersatu padu dapat mengekalkan kedaulatan negara seterusnya memartabatkan bangsa Malaysia di mata dunia. Tegasnya, perpaduan dapat melahirkan negara yang harmoni dan aman damai.Sementelahan, perpaduan amat signifikan untuk meningkatkan imej negara. Masyarakat Malaysia mengamalkan sikap bertolak ansur, peramah, murah hati, dan bersopan santun sepanjang masa. Sikap komuniti Malaysia yang mengagumkan ini menjadi elemen yang menarik perhatian pelancong asing untuk melawat negara kita. Rentetan itu, integrasi kaum di Malaysia dapat meningkatkan reputasi negara kita di persada dunia. Tambahan pula, perpaduan dapat menggalakkan pelabur asing untuk melabur di negara kita. Hal ini demikian kerana pelabur asing lazimnya lebih berminat untuk melabur di negara yang stabil berbanding negara yang huru-hara. Integrasi kaum dapat menjamin ekonomi negara daripada merosot dan meningkatkan keyakinan pelabur asing. Ekoran daripada itu, pelaburan asing dapat meningkatkan pengaliran mata wang asing ke negara kita dan seterusnya meningkatkan pendapatan negara. Secara tuntasnya, semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk mengekalkan perpaduan. Hal ini demikian kerana tanpa perpaduan, imej negara akan tercalar di persada antarabangsa dan seterusnya membawa kepada kemerosotan ekonomi negara. Kejayaan mengekalkan perpaduan di Malaysia terletak pada penglibatan dan

(Dipetik dan diubah suai daripada Kepentingan Perpaduan', Dewan Siswa, Jun 2009)
5

UJIAN KHAS MAC 2014

BAHAGIAN B (ii) Pemahaman


Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat-ayat sendiri. 1. Berikan maksud rangkai kata menggembleng tenaga. [2 markah] 2. Mengapakah pelabur asing berminat untuk melabur di negara kita? .... . . . . [4 markah] 3. Pada pendapat anda, apakah cara-cara bagi memupuk perpaduan di sekolah? . . . . . . [4 markah]
6

UJIAN KHAS MAC 2014

RUANGAN JAWAPAN
BAHAGIAN A

1.

10.

2.

11.

3.

12.

4.

13.

5.

14.

6.

15.

7.

16.

17.

9.

18

10.

19.

UJIAN KHAS MAC 2014

BAHAGIAN B(ii) ....


8

UJIAN KHAS MAC 2014

UJIAN KHAS MAC 2014

10

Anda mungkin juga menyukai