Menurut Ng Haw Kuen, Wellness/Kesejahteraan bukan sahaja bermaksud bebas dari penyakit dan keuzuran, malah ia juga melibatkan aspek kesejahteraan fizikal, mental dan sosial. Beliau menyenaraikan 8 komponen dalam model kesejahteraan. 1. Kesejahteraan Sosial - Kesejahteraan hubungan individu dengan orang lain, komuniti dan masyarakat. 2. Kesejahteraan Emosi - Kesedaran dan penerimaan perasaan diri sendiri dan orang lain serta kemampuan menguruskan, mengekspresi dan integrasi perasaan. 3. Kesejahteraan Fizikal - Mengekalkan kecergasan dan kekuatan badan. 4. Kesejahteraan Intelek - Perkembangan pengetahuan dan penggunaannya untuk mencapai kesejahteraan hidup. 5. Kesejahteraan Rohani - Kesedaran tentang hubungan harmoni dengan alam semesta. 6. Kesejahteraan psikologikal - Sikap optimis atau positif terhadap pengalaman hidup. 7. Kesejahteraan pekerjaan - Kepuasan dan kekayaan hasil dari pekerjaan serta peluang eksprerasi nilai. 8. kesejahteraan persekitaran - Stabiliti antara rumah dan pekerjaan serta hubungan individu dengan alam sekitar dan komuniti