Anda di halaman 1dari 17

LINGUISTIK PEGENALAN Linguistik merupakan satu disiplin ilmu yang juga satu bidang yang baharu berkembang jika

dibandingkan dengan disiplin ilmu yang lain, seperti Sejarah, Matematik, Geografi dan sebagainya. Dalam konteks ilmu , linguistik mula dikaji pada permulaan separuh abad ini dan berkembang di Britian pada awal tahun 60-an. Di Amerika , disiplin linguistik berkembang lebih awal , iaitu sekitar tahun 50-an di peringkat ijazah lanjutan. Lingusitik bermaksud ilmu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa yang merangkumi semua segi komunikasi manusia , iaitu daripada pamerian bunyi-bunyi bahasa kepada analisis seluruh pemikiran manusia yang dinyatakan dalam bentuk pertuturan dan tulisan. Perkataan linguistik itu berasal daripada perkataan Latin lingua, iaitu bahasa. Perkataan Latin ini juga digunakan dalam banyak bahasa lain yang berasal daripada bahasa Latin seperti dalam bahasa Perancis (Langue, langage), bahasa Itali ( lingua, atau bahasa Sepanyol ( lengua) atau dalam bahasa Inggeris ( linguistics). Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistik atau linguistik . Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716) Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. David Crystal juga mendefiniskan linguistik dalam bukunya A Dictionary of Linguistics anf Phonetics (1986 : 181), linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa ( The Svientific study of language). Stork dan Widdowson(1993) turut mengatakan linguistik merupakan bidang kajian dan subjek kajiannya ialah bahasa. Menurut (J.Lyons,1968:1)(Abdullah Hassan) linguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik. Saintifik bermaksud kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumusrumus tertentu. Linguistik ini terbahagi kepada dua iaitu linguistik tulen dan linguistik terapan. Linguistik tulen adalah seperti fonetik, fonologi, morfologi , sintaksis dan semantik Manakala linguistik terapan, seperti sosiolinguistik, psikolinguistik, wacana, pragmatik, pengkomputeran linguistik dan linguistik forensik.

LINGUISTIK BIDANG LINGUISTIK Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan

Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji

aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.


Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu

pendidikandan psikologi.

Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi,

kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.

Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula

digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.

Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan

mengajarkan bahasa.

Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang

mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.

Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu

terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.

Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi

pendefinisian aspek dan kajian secara umum.

Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan

kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.

Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa

yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.

Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu

usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.

Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itu

sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.

LINGUISTIK

Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan

Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang

linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.

"Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik

perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.

Teknik asas linguistik perbandingan ialah "kaedah perbandingan" yang bertujuan

untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.

Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat

diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.

Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat

hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.

Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula

matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.

LINGUISTIK

Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk

menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.

Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa

yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan:

Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut

ciri-ciri.

Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan

antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman.

Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan

sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.

Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu

bahasa.

Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa

zaman atau masa dan tempat tertentu.

Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi

menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.

Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk

memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa.

Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau

etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.

Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan

antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk.

Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek

bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu

Linguistik Kontekstual 4

LINGUISTIK

Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin

akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains yagn mengkaji interaksi interaksi linguistik dengan masyarakat pada

sosial

keseluruhannya.

Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan

linguistik.

Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan

linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif.

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK 5

LINGUISTIK

Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. 1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom Dalam sejaran ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tensedalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan 6

LINGUISTIK puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik. Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb,participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada ilmu bahasa Latin. Mereka bahasa. kurang Walau

menyumbang kepada

perkembangan

baharu

berkenaan

bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu. 1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Sekarang mari kita bincang pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman 7

LINGUISTIK ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Quran dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama. 1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Tahukah anda bahawa kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L. Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut mengeluarkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.

SEKILAS TENTANG VARIASI BAHASA VARIASI BAHASA Variasi bahasa membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang 8

LINGUISTIK menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya.

Variasi Bahasa. Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza. Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu : 1. Pengguna orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan 2. Penggunaan kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan. Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa. Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu. Dalam konteks Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor. Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah

penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Dalam rangka Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagaibagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor. Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya.Hakikat bahasa dan variasivariasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris,mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan. Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum 9

LINGUISTIK bahasa tersebut. Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Tujuannya supaya mudah difahami. Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau. Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa. Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik. Variasi Bahasa (Dialek)

Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Isyarat Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi. Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini, biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh, serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka. Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara. Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama. 10

LINGUISTIK Contohnya, Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama. Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak. Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun. Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu. Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh Dialek oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek. Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Idiolek Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Dialek kawasan Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama 11

Variasi bahasa

LINGUISTIK dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.

Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis Dialek sosial rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisivariasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial. Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut:

12

LINGUISTIK

Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal. Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana. Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya. Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal. 13

LINGUISTIK Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal Ragam Bahasa Bebas Ayat yang tidak gramatis. Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan Bahasa Terkawal Ayat yang gramatis Mementingkan aspek-aspek sebutanm

intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa. Contoh: Awak sangat degil. Saya telah

tatabahasa. Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu.

berkali-kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana.

Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal Ragam Bahasa Mesra Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya. Ciri-ciri lain: a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap Ragam Bahasa Formal

Bahasa Slanga Bahasa tidak rasmi, tidak baku. Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard. Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring. Bahasa Basahan Juga disebut sebagai bahasa kolokial. Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut. Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi. Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu: (a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa 14

LINGUISTIK Bahasa Baku mengapa bagaimana sedang (b) bentuk kependekan Bahasa Baku hendak tidak sudah (c) perubahan bunyi Bahasa Baku ambil kecil pula Bahasa Pasar Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan. Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua). Menggunakan banyak sebagai kata penguat, contoh: banyak cantik. Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak. Bahasa Halus Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama. Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan. Kata ganti nama diri merupakan ciri15 Bahasa Basahan ambik kecik pulak Bahasa Basahan Nak Tak Dah Bahasa Basahan Kenapa macam mana Tengah

LINGUISTIK ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda. Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang. Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua. Berikut diturunkan beberapa contoh: Bahasa Basahan kencing berak mengandung/bunting kubur Bahasa Kasar Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya. Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka. Dialek variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut. Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial. Dialek berbeza dari segi: a. Sebutan Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo. b Gaya lagu bahasa Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan. 16 Bahasa Halus Buang air kecil Buang air besar Berbadan dua makam

LINGUISTIK c. Tatabahasa Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan. perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor). (d) Kosa kata Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri) (e) kata ganti diri Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya) Hang (dialek utara bermaksud kamu)

17

Anda mungkin juga menyukai